Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Muhamad merupakan seorang pensyarah kanan di ________ yang terkenal itu.
A taman
B universiti
C jabatan
D persatuan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Mak Intan menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut sebelum diserahkan
kepada pelanggannya.
A bilah
B berkas
C batang
D tongkol
UJIAN AWAL TAHUN 6 2 Bahasa Melayu Pemahaman (011)

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diusahakan oleh golongan wanita
terutamanya di Terengganu.
A menekat
B menenun
C menyulam
D menganyam

4 Jamal ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang
kata itu.
A memerah
B mengilap
C menerjah
D mencanai

5 “ Aku akan berjumpa dengan _________ di sini esok,” Kata Fazleen kepada Yasriq.
A engkau
B aku
C kita
D kami

6 Rumah kayu di hujung kampung __________ beratapkan nipah.


A mana
B situ
C itu
D sini
UJIAN AWAL TAHUN 6 3 Bahasa Melayu Pemahaman (011)

7 En.Nizam menyewa rumah itu ____________dua tahun yang lalu.


A demi
B dengan
C sejak
D Akan

8 Wak Rina menerima sepucuk surat _____________ sahabatnya yang berada di Pulau Pinang.
A daripada
B kepada
C ke
D dari

9 Suara Kartini ________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang tidur lena.
A lunak
B garau
C manja
D nyaring

10 Ibu amat ____akan kakak yang berada di kampong.


A baru
B rindu
C takut
D Selesa

11 Wak Sina dan Sellis _______ mendaki Gunung Kinabalu pada tahun lepas.
A akan
B boleh
C sampai
D pernah
UJIAN AWAL TAHUN 6 4 Bahasa Melayu Pemahaman (011)

12 “Kamu ________ membayar bil elektrik di pejabat pos ,” pesan Puan Hamisah kepada anak
gadisnya.
A dapat
B boleh
C mahu
D sedang

Soalan 13

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13 I Rajin benar dia membantu ibunya.


II Buku itu benar tebal untuk dibaca.
III Kain yang dipakai oleh pelajar itu benar nipis.
IV Cantik benar rupa paras pasangan mempelai itu.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
UJIAN AWAL TAHUN 6 5 Bahasa Melayu Pemahaman (011)

Soalan 14

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 “Lemang dan rendang ayam yang dihidangkan oleh ibu ini enak sungguh,” kata adik kepada kakak.

A Adik dan kakak sedang menikmati lemang dan rendang ayam masakan ibu yang sungguh
enak.
B Adik memberitahu kakak tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang telah disajikan
oleh ibu.
C Adik diberitahu tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang dimasak oleh ibu dan
kakak mereka.
D Adik dan kakak diberitahu tentang kepandaian ibu membuat lemang dan rendang ayam
yang sangat enak.

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

15 A Encik Norman singgah di kedai itu untuk membeli sekilogram ikan.


B Batu arang merupakan antara bahan bakar yang penting pada masa dahulu.
C D’saji Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan tradisional Melayu.
D Aisyah suka mendengar koleksi lagu-lagu nyanyian seniman agung P. Ramlee.

16 I Cik Yatimi menghiasi mukanya supaya lebih kelihatan cantik dan ceria.
II Hujan yang mula melebat menyebabkan kawasan rendah itu ditenggelami air.
III Mukanya berkerut cemas sambil menajam matanya memandang kepada budak itu.
IV Perajurit kita sanggup berkorban nyawa demi untuk mempertahankan negara tercinta.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
UJIAN AWAL TAHUN 6 6 Bahasa Melayu Pemahaman (011)

Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Cepat bersiap, sekejap lagi kita nak pergi berkelah, “kata Pak Lang kepada kami.

Tanpa banyak bicara, kami segera bersiap. Sejam kemudian, kami tiba di pantai Teluk Batik. Aku
terpegun melihat pemandangan di sekitar pantai itu.

Selesai sahaja menurunkan barang, aku dan Aman, anak Pak Lang yang seusia denganku menuju ke
pantai. Kami meninggalkan Kak Su dan Syuhada bersama-sama dengan ibu mereka untuk menyusun
barang dan bekalan yang dibawa. Tidak sabar rasanya hendak mandi di laut kerana inilah
pengalamanku yang pertama. Tanpa membuang masa, aku terjun ke dalam air.

“Masinnya air laut, pedih mataku!” ujarku diikuti gelak ketawa Aman.

Aku kagum melihat kecekapan anak-anak Pak Lang berenang. Sedang asyik mandi-manda, tiba-
tiba aku hilang imbangan dan hampir lemas. Mujurlah Kak Su telah menyelamatkan aku. Betapa
malunya aku diselamatkan oleh Kak Su kerana tidak tahu berenang.

Setelah perasaanku tenang semula, aku memberanikan diri untuk mandi-manda di gigi air. Aman
menasihatiku supaya berhati-hati. Kulihat anak-anak Pak Langku selamba sahaja melonjak ketika
ombak besar melanda. Akhirnya, aku melangkah ke air separas pinggang setelah keyakinanku mula
berputik. Belum puas kami mandi, Pak Lang menyuruh kami membilas badan di bilik mandi yang
berhampiran. Sementara menunggu kami bersiap, Pak Lang memasukkan semua barang ke dalam
kereta.

“Bagaimana perkelahan di sini, Fahim? Tanya Mak Long kepadaku ketika meninggalkan pantai itu.

“Wah, hebat dan menakjubkan, Mak Lang!” balasku dengan pantas.

“Baguslah, Fahim. Pengalaman itu cukup berharga, bukan? Cuti nanti, ajaklah adik-adik kamu
bersama-sama. Bolehlah kita pergi ke tempat-tempat menarik yang laim pula,” ujar Mak Lang lagi.

17 Mengapakah ‘aku’ hampir lemas ketika mandi di laut?


A Matanya pedih
B Hilang kawalan
C Tidak berkeyakinan
D Pengalaman pertamanya

18 Penulis berasa malu kerana


A terminum air laut yang masin dan berasa pedih mata.
B hilang imbangan dan hampir lemas ketika mandi
C diketawakan oleh Aman kerana tidak sabar hendak mandi.
D Kak Su yang menyelamatkannya daripada lemas.
UJIAN AWAL TAHUN 6 7 Bahasa Melayu Pemahaman (011)

19 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Fahim.


A Suka menasihati
B Cepat bertindak
C Cekap berenang
D Sentiasa membantu

20 Rangkai kata keyakinanku mula berputik dalam petikan bermaksud


A penulis melihat keupayaan semua sepupunya bermain ombak.
B Kak Su ada bersama-sama ketika menyelamatkan penulis.
C penulis semakin mahir berenang walaupun ombak besar.
D perasaan penulis kembali tenang dan berani.

Anda mungkin juga menyukai