Anda di halaman 1dari 5

Pengertian Alam Sekitar Menurut Islam

Pengertian Alam Sekitar Menurut Islam


Alam Sekitar berasaskan kepada ajaran tauhid atau
kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia,
alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak
sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan
tuhan.

Walaubagaimanapun menurut Barat,


Alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada
biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma.
Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang
berkait dengan iklim dan cuaca.

Antara pencemaran alam sekitar :-


Pencemaran Air

Pencemaran Bunyi

Pencemaran Udara
Pencemaran Darat

Firman Allah :
"Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu
agama kamu dan Aku menyempurnakan ke
atas kamu nikmatKu, dan Aku redha bagi
kamu Islam sebagai Agama"
KEPENTINGAN MANUSIA TERHADAP ALAM
SEKITAR MENURUT ISLAM
Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia dijadikan
daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal kejadiannya.

Hubungan manusia dengan haiwan

Hubungan manusia dengan tumbuhan

Hubungan manusia dengan permilikan tanah

Unsur alam mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membina
pertumbuhan dan kesihatan manusia disamping kesejahteraan manusia.

""Dengan ini, betapa kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi
dan manusia mestilah memakmur, mentadbir, mengurus dan membangunkan alam ini mengikut
syariat dan hukum Allah sera melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.""
PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya
wujudnya proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

1) Konsep Tauhid

2) Konsep Syariah

3) Konsep Ilmu

4) Konsep Khalifah

5) Konsep Akhlak

ISU–ISU ALAM SEKITAR

1) Konsep Tauhid
Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling ditekankan ialah konsep tauhid.
Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam pandangan tauhid, manusia hanya takut pada satu
kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja, mengadap pada satu kiblat dan
menumpukan harapan dan kehendak pada satu sumber sahaja.

2) Konsep Syariah
Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Segala teori Syariah merangkumi semua
aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual.
Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang Islam dalam kegiatan
mereka di dunia

3) Konsep Ilmu
Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar, ilmu pengetahuan merupakan perkar penting yang mesti ditekankan. Ini kerana
orang yang berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh
merosakkan diri, masyarakat dan juga alam sekitar.
4) Konsep Khalifah
Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia menjaga alam
sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah, maka mereka tidak akan
melakukan kerosakan kepada alam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin

5) Konsep Akhlak
Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan ala sekitar.
Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian.
Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka
menjaga kebersihan, bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam
menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.

PERANAN MANUSIA DALAM MENJAGA ALAM


SEKITAR
1. Manusia perlulah menjaga alam sekitar kerana alam sekitar juga ciptaan Allah
2. Alam sekitar memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan seharian
3. Tanpa alam sekitar bencana alam mudah terjadi
4. Alam sekitar juga memberi kesempurnaan kehidupan manusia
5. Tumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting untuk menghasilkan oksigen bagi
manusia
6. Kesimpulannya Manusia perlu memainkan peranan penting dalam menjaga alam
sekitar sebagaimana yang telah tertulis dalam al-Quran ;

surah Al-A’raf: 56-58

“Dan janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi sesudah (Allah)


memperbaikinya dan berdoalah kepadanya dengan rasa takut (tidak akan diterima)
dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada
orang-orang yang berbuat baik. (56)

Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum
kedatangan rahma Nya (hujan) hingga apabila angin itu telah membawa awan
mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di
daerah itu. Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu berbagai macam buah-
buahan. Seperti itulah kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-
mudahan kamu mengambil pelajaran. (57)

Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh dengan seizin Allah, dan tanah
yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami
mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami)bagi orang-orang yang bersyukur.”(58)
Allah melarang hambaNya untuk membuat kerusakan dimuka bumi ini karena Allah
telah memberikan karunia yang banyak untuk dimanfaatkan manusia dimuka bumi
ini. Hanya saja ada sebagian kaum yang berbuat kerusakan di muka bumi.

KESIMPULAN

Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah s.w.t. dan menjadi ‘ayat’ dalam
memahami hakikat kewujudan dan keagungan Allah s.w.t.

Kesejahteraan alam ini perlu dipelihara sebagai tanda kesyukuran dan demi
mendapat keredaan Allah.

Tugas pemeliharaan dan pemuliharaan alam sebenarnya merupakan tanggungjawab


setiap manusia yang mendiami alam ini, tanpa mengira batasan agama.

Setiap agama dan kepercayaan di dunia mempunyai panduan tertentu dalam


menyatakan perhubungan mengenai manusia dan alam sekitar.

Apa yang penting adalah keupayaan dan usaha penganut setiap agama dalam
merealisasikan prinsip-prinsip panduan menjadi amalan kehidupan seharian.

Hasil dan kesan daripada perlakuan manusia pada hari ini akan menentukan
kesejahteraan alam pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai