Anda di halaman 1dari 6

MODUL 3 (Sambungan)

3.1 (iii) Manifestasi Iman dalam Kehidupan

1.0 Hakikat Iman

2.0 Tuntutan Iman

3.0 Manifestasi Iman

3.1 Menumbuhkan Kekuatan


3.2 Mempengaruhi Seluruh Bidang Kehidupan
3.3 Meningkatkan Prestasi Kerja

1.0 Hakikat Iman

Iman yang disebut di dalam al Qur'an adalah satu hakikat. la


tidak terpisah daripada realiti kehidupan insan. Iman bukan
semata mata angan angan atau janji janji kosong. Iman adalah
intipati Islam. Tidak ada tujuan lain diturunkan kitab kitab kepada
rasul rasul selain untuk menyeru manusia beriman. Di dalam al
Qur'an diterangkan bahawa di atas keimanan inilah lahirnya
hidayah, kebenaran, ilmu, penerangan, bimbingan dan
pandangan hati. Sebaliknya, tanpa iman akan timbullah dalam
diri seseorang itu kufur, jahil, zalim, syirik, nifaq dan fusuq.

Dengan itu, iman adalah hakikat yang mesti terjelma dalam


semua bidang dan lapangan kehidupan insan. Iman yang hanya
terpendam dalam jiwa lebih merupakan dakwaan tak terbukti.

2.0 Tuntutan Iman

Iman menuntut agar seseorang mu'min itu meyakini bahawa


semua perkara yang telah ditetapkan sebagai wajib oleh Allah
melalui Rasul Nya s.a.w adalah wajib dilaksanakan. Menafikan
perkara perkara yang telah diwajibkan sebagai wajib adalah satu
keingkaran terhadap iman itu sendiri.

Di samping itu, seseorang mu'min bukan sahaja cukup dengan


meyakini kewajiban kewajiban tersebut, tetapi juga ia dituntut
untuk mempraktikkan keyakinannya melalui tindakan dan
perbuatan. Dengan itu iman sebenarnya bukanlah setakat
tanggapan atau kepercayaan dalam hati. Tetapi iman adalah
sesuatu yang dituruti dengan karya dalam kehidupan ini. Iman
merupakan kepercayaan, keikhlasan dan aman.

Rasulullah s.a.w telah menggambarkan tuntutan dalam hadithnya


yang mafhumnya:

"Iman itu bukanlah merupakan angan angan dan bukan pula


perhiasan lahir, tetapi ia adalah suatu yang tertanam dalam hati
dan dibuktikan oleh amal." (Ibnu Najjar, Dailami)

Dalam al Qur'an terdapat lebih 70 ayat yang menyebutkan iman


yang diiringi dengan amal. Tidak cukup pula dengan semata mata
amal, tetapi hendaklah pula dengan amal yang saleh. Iaitu,
sesuatu amal yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah serta
memenuhi tuntutan tuntutan syari'at Islam. Dengan erti yang
luas, seseorang itu hendaklah beramal untuk membawa kebaikan
dunia dan akhirat, untuk individu dan masyarakat, serta untuk
rohani dan kebendaan.

3.0 Manifestasi Iman

Iman yang benar melahirkan manifestasi manifestasi dalam


kehidupan seperti berikut

1. Menumbuhkan Kekuatan

Manusia hidup dalam dunia ini dengan matlamat tertentu serta


cita cita besar yang hendak dicapai. Sebesar mana citacita
tersebut besar jugalah halangan dan liku liku yang mesti
ditempuh. Dengan itu bagi membolehkan manusia mencapai
matlamatnya, ia memerlukan kekuatan tempat bersandar yang
dapat menolongnya dalam memudahkan segala kesulitannya.
Kekuatan yang diharapkan ini sebenarnya hanyalah akan ditemui
di bawah naungan keimanan kepada Allah. Iman itulah sahaja
yang dapat memberi kekuatan dan ketahanan yang sebenar yang
akhirnya melahirkan jiwa yang kuat dalam menghadapi cabaran
cabaran hidup.
Sandaran ini berteraskan kepada keyakinan seseorang mu'min
bahawa jika Allah menolongnya tidak ada sesuatu atau sesiapa
pun yang dapat menewaskannya.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Jika Allah menolong kamu, tidak ada yang dapat mengalahkan


kamu" (Ali 'Imran: 160)

Bahkan dengan kepercayaan yang kukuh terhadap Allah, akan


dapat melahirkan sifat tawakkal. Tawakkal bukan bererti
menyerah tanpa usaha atau membiarkan segala sesuatu berjalan
menurut keadaannya. Tetapi tawakkal dengan erti yang
sesungguhnya menanamkan dalam jiwa orang beriman akan
kekuatan berjuang, semangat bekerja keras dan tekun serta
kemahuan yang tidak pernah padam.

Al Qur'an berulang ulang kali menceritakan sifat tawakkal yang


dimiliki oleh para rasul yang tidak pernah padam dalam
berhadapan dengan musuh musuh mereka.

Di samping itu, seseorang mu'min itu juga melakukan sesuatu di


atas dasar kebenaran. la mempercayai kebenaran dan ia
mendukung kebenaran. Seseorang mu'min itu tidak bekerja
untuk kebatilan. Oleh kerana seseorang mu'min itu melakukan
sesuatu untuk kebenaran, maka keyakinan inilah yang
menumbuhkan kekuatan dalam jiwanya untuk terus mendukung
kebenaran tersebut.

Sekali gus, seseorang mu'min yang mendukung kebenaran akan


membebaskan dirinya daripada kelemahan kelemahan jiwa. la
tidak akan merasakan dirinya rendah daripada golongan yang
menegakkan kebatilan. Ini kerana pendukung kebenaran
dilindungi oleh Allah, para malaikat Nya dan orangorang mu'min.

Manifestasi iman yang seperti inilah yang melahirkan golongan


yang kuat seperti pemuda pemuda Ashabul Kahfi. Mereka berani
mempertahankan keimanan mereka walaupun seluruh
masyarakat ingkar terhadap iman tersebut.

2. Mempengaruhi Seluruh Bidang Kehidupan


Keimanan yang mendalam akan mempengaruhi seluruh
kehidupan manusia di segi:

a) Mengasaskan keluarga Islam yang sejati

Seseorang mu'min itu akan sedar bahawa keimanan yang


sejahtera tidak terpisah daripada wujudnya keluarga mu'min
yang sejati. Ini bererti manifestasi iman yang ada dalam dirinya
hendaklah dilihat berkembang merentasi diri peribadinya semata
mata. Dalam Islam, rumah tangga adalah merupakan sebuah
institusi asas bagi membolehkan pengembangan dan
penyempurnaan nilai nilai baik yang dimiliki oleh seseorang
mu'min. Ini dapat terlaksana kerana dalam sesebuah keluarga
berlaku interaksi di antara suami, isteri dan anak anak di mana
tuntutan tuntutan iman itu dapat dikawal dengam lebih rapi.

b) Mengembangkan kebaikan kepada Masyarakat

Hidup bermasyarakat menuntut seseorang mu'min itu, selaku


khalifah Allah di muka bumi ini, untuk menyeru kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran. Suasana ini dapat meningkatkan
kesedaran terhadap tanggung j awab bersama dalam masyarakat
akan pentingnya menjaga kesejahteraan masyarakat.
Kesejahteraan masyarakat melibatkan semua bidang kehidupan
yang dilalui oleh anggota anggota masyarakat tersebut. Ini
termasuklah bidang bidang kejiranan, perniagaan, menegakkan
hukum Allah, menunaikan kewajiban harta benda, memelihara
amanah serta hidup tolong menolong.

3. Meningkatkan Prestasi Kerja

Seseorang mu'min yang sedar akan tuntutan iman yang sebenar


menanggapi kehidupan ini secara keseluruhan. Ia melihat hidup
ini sebagai satu totality. Ia tidak memisahkan kehidupan kepada
bahagian bahagian yang sempit. Pandangan hidupnya
menyeluruh. Visinya tentang kehidupan adalah bersepadu.

Dengan itu ia melihat pencapian iman yang sebenar adalah


dengan manusia menggunakan segala sumber yang ada di bumi
ini. Sumber sumber ini difahami sebagai sesuatu yang
diamanahkan Allah kepada khalifah Nya. Dengan sumber sumber
yang ada di muka bumi ini ia akan berusaha secukup cukupnya
untuk kebaikan bersama agar dengannya, Allah akan menerima
usahanya sebagai amal saleh. Sumber sumber ini termasuklah
inteleknya, tenaganya, kepakarannya, masanya, hartanya dan
jiwanya.

Ini juga bererti apa sahaja yang dilakukan oleh seseorang


mu'min, maka hendaklah dilakukan dengan baik dan sempurna.
Dalam konteks kerja ini bererti ia hendaklah meningkatkan
prestasi dan produktivitinya.

Dengan itu adalah jelas bahawa seseorang mu'min itu bekerja


untuk meningkatkan produktivitinya agar melalui cara itu Allah
reda kepadanya. Jelas di sini bahawa ia melakukan sesuatu
pekerjaan adalah untuk mendapatkan keredaan Allah. la bekerja
bukan semata mata kerana didorong oleh sesuatu dari luar.
Sebaliknya, keimanannya adalah faktor utama yang mendorong
agar ia bekerja dengan balk dan sempurna.

Ini bererti, seseorang mu'min itu bekerja kerana kehendak


jiwanya dan dorongan hatinya. Dia bekerja kerana seruan dan
perintah daripada dirinya. Dia bekerja bukan kerana
dipaksapaksa. Dia bekerja dengan dorongan semangat dari
dalam, iaitu keimananya kepada Allah serta risalah Nya. Dia
bekerja kerana mengingati tugas dan tanggungjawab yang
diletakkan oleh Allah di atas bahunya, iaitu untuk memakmurkan
bumi dan menguasai alam

Seseorang mu'min yakin bahawa kebahagian pada hari akhirat


serta kejayaan di dunia ini bergantung kepada amal dan
kerahmatan Allah. Syurga tidak diberikan kepada orang orang
yang malas. Penguasaan alam ini pula tidak akan diserahkan
kepada orang orang yang tidak mahu berusaha.

Seseorang mu'min itu juga sedar untuk melayakkan ia memasuki


syurga Allah hendaklah ia mencapai ihsan dalam iman dan 'amal.

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Ihsan, ertinya kamu beribadah kepada Allah seolah olah kamu


melihat Nya. Dan jika kamu tidak dapat merasakan demikian,
maka sedarlah bahawa Allah melihatmu." (Bukhari, Muslim)

Untuk menguasai alam juga manusia hendaklah mencapai ihsan


dan itqan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu


mengerjakan suatu pekerjaan, supaya dikerjakannya dengan baik
dan sempurna." (Al Baihaqi)

Sebagai kesimpulan iman yang benar akan melahirkan mu'min

dan mu'minah yang:

a. mengabdikan dirinya sepenuh penuhnya kepada Allah dalam


seluruh bidang kehidupannya

b. membuktikan keimanannya dengan amal dalam bidang


bidang kehidupan yang boleh melayakkannya mendapat
keredaan Allah

c. menumbuhkan dalam dirinya rasa keyakinan, kekuatan dan


ketabahan kerana percaya kepada Allah dan
memperjuangkan kebenaran daripada Nya

d. memastikan seluruh kehidupannya didasarkan kepada asas


asas keimanan dan tidak membiarkan mana mana sudut
kehidupan terbiar tanpa ditadbirkan oleh iman

e. melihat kehidupan sebagai satu keseluruhan dan tidak rela


membiarkan pemisahan pemisahan yang sempit dalam
kehidupan

f. meyakini bahawa segala sumber yang diamanahkan oleh


Allah hendaklah digunakan sepenuh penuhnya dalam
hayatnya yang singkat dalam kehidupan dunia ini demi
mendapat kexedaan Allah dan manfaat manusia sejagat

g. meyakini iman dan produktiviti kerja di dunia adalah satu


entiti yang tidak terpisah antara satu sama lain

h. meyakini kesempurnaan dan kecemerlangan dalam kerja


adalah sebahagian daripada tuntutan ihsan dalam beriman

Anda mungkin juga menyukai