Anda di halaman 1dari 1

Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka


menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam
taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai
jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan
cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari,
belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu
pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam
taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat
tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-
sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk


bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan
berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang
tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan
menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah
dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang
terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam


hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga,
hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana
tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum
musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang
tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan
berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan
pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang
terlantar di atas katil di rumah.

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila


melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan
rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang
sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat
daripada rakannya.

Anda mungkin juga menyukai