Anda di halaman 1dari 3

Punca-Punca Jerebu

(Untuk rujukkan murid-murid kelas MPV dan PD)

KARANGAN: PUNCA FENOMENA JEREBU


Punca Fenomena Jerebu

Fenomena cuaca berjerebu merupakan duri dalam daging kepada pihak kerajaan dan rakyat. Fenomena
ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali melanda negara.
Realitinya, keadaan negara yang berjerebu ini amat membahayakan kesihatan rakyat. Keadaan
berjerebu ini seolah-olah tiada noktah akhirnya. Bagaimana jerebu berlaku? Apakah punca-puncanya ?
Persoalan inilah yang akan dirungkaikan di bawah ini.

Punca utama fenomena jerebu melanda negara ialah pembebasan asap daripada kenderaan. Hal ini
demikian kerana bilangan kenderaan yang semakin meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Masyarakat tidak suka berkongsi kenderaan hingga menyebabkan kenderaan terlalu banyak di atas jalan
raya. Kenderaan seperti lori, trelar, bas dan banyak lagi mengeluarkan asap karbon monoksida sehingga
mencemarkan udara.Keadaan menjadi lebih parah jika kenderaan tidak di servis mengikut jadual hingga
mengeluarkan asap yang terlalu tebal dan melebihi had yang sepatutnya.

Selain itu, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka juga menyebabkan keadaan jerebu
terjadi-jadi. Pembakaran secara terbuka di lakuakan untuk membersihkan kawasan pertanian atau
membersihkan kawasan persekitaran rumah. Sampah sarap dibakar sesuka hati dan sisa hasil pertanian
dibakar menyebabkan asap memenuhi ruang udara. Sikap masyarakat yang dikatakan bagai enau di
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sangat membahayakan persekitaran kita. Natijahnya,
jika perkara ini berterusan, maka rakyat akan diserang sesak nafas dan penyakit asma.

Sebagai sebuah negara perindustrian, pengeluaran asap kotor dari kilang juga dikenal pasti sebagai
punca fenomena jerebu berlaku. Situasi ini bertambah buruk terutamanya di kawasan perindustrian
kerana pihak pengilang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap
beracun ke udara. Kesan langsung apabila situasi ini berlaku, makan akan turun hujan asid dan penyakit
kulit pasti menyerang kita.

Di samping itu , kegiatan penebangan hutan yang berlaku dengan leluasa juga menyebabkan keadaan
cuaca berjerebu. Pembalak di kawasan hutan membuka hutan dengan jalan mudah ini. Mereka bersikap
tidak bertangungjawab sehingga menyebabkan negara-negara jika terpaksa menerima padahnya.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam soal penjagaan alam
sekitar. Kualiti udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Oleh
itu, kita harus memikirkan setiap perbuatan yang melibatkan pembakaran supaya dapat mengelakkan
fenomena jerebu.
KESAN-KESAN JEREBU

IMPLIKASI KESIHATAN

Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang
merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.Gas-gas ini dan zarah
terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa
diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.Dalam
kes yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel
hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.Selain itu,bahan-bahan seperti
plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.Di samping itu,zarah pencemar
boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.Bahan
hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh mencetuskan kanser dan menyebabkan kerosakan
otak.

DARJAH PENGLIHATAN YANG RENDAH


Fenomena jerebu juga mengakibatkan masalah penglihatan yang rendah.Masalah ini dapat
dibuktikan melalui kejadian jerebu yang berlaku di bandar Kuching apabila darjah penglihatan
hanya 5 meter sahaja ketika dilanda jerebu pada tahun 1997.Darjah penglihatan yang rendah
boleh mengakibatkan kemalangan udara,darat dan laut yang ngeri.Kesan ini juga dapat
dibuktikan apabila dua buah pesawat penumpang hampir-hampir berlanggar semasa
berlakunya jerebu pada bulan September 1992 kerana pandangan juruterbang tersekat ketika
melintasi Kuala Lumpur.Selain itu,pada tahun 1997 sebuah pesawat terhempas di
Medan,Indonesia akibat daripada jerebu yang telah menyebabkan penlihatan juruterbang
tersekat.Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami kejadian jerebu yang teruk apabila
kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di beberapa tempat yang dilanda jerebu pada tahun
2005.Di samping itu,kapal juga terdedah kepada risiko kemalangan dalam keadaan cuaca
buruk.Hal ini dapat dilihat apabila beberapa kes pelanggaran kapal kargo berlaku di Selat
Melaka.Trajedi ini bukan sahaja mengakibatkan nyawa terkorban tetapi jga menyebabkan
berlakunya pencemaran alam yang serius.

EKONOMI NEGARA TERJEJAS

Salah satu kesan jangka panjang akibat jerebu ialah ekonomi negara akan terjejas.Kesan ini
dapat dilihat apabila pembatalan penerbangan kapal terbang terpaksa dibuat akibat kejadian
jerebu.Salah satu syarikat penerbangan yang mengalami kerugian besar akibat pembatalan
penerbangan ialah Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS).Selain itu,kilang
perindustrian,kuari,dan sektor pembinaan terpaksa menghentikan operasi.Tambahan
pula,industri pelancongan juga turut terkena tempias akibat jerebu apabila pelancong
membatalkan lawatan ke Malaysia.Di samping itu,pekerja-pekerja yang yang bekerja di luar
pejabat mungkin terpaksa mengambil cuti demi kebaikan kesihatan mereka.Para nelayan juga
tidak keluar kelaut kerana keselamatan dan kesihatan tidak terjamin.Penjaja-penjaja di tepi
jalan juga tidak dapat menjalankan aktiviti perniaagaan mereka akibat jerebu.Hal ini
mengakibatkan sumber rezeki dan pendapatan terjejas serta pengusaha mengalami kerugian
besar.
HASIL DAN KUALITI PERTANIAN TERJEJAS

Jerebu juga telah mengakibatkan hasil dan kualiti sektor pertanian terjejas.Hal ini berlaku
apabila jerebu menghalang kepadatan cahaya rendah yang diperlukan oleh tanaman untuk
membesar.Kadar pancaran cahaya yang rendah mengurangkan proses fotosintesis tanaman.Hal
ini menyebabkan tempoh matang tanaman menjadi lebih panjang.Selain itu,aktiviti serangga
pemangsa juga terjejas seterusnya menyebabkan letusan populasi makhluk perosak akan
berlaku.Justeru,pendebungaan juga akan terganggu.Gejala seumpama ini telah menyebabkan
hasil pertanian negara terjejas sebanyak 30 peratus.Lantaran itu,hasil dan kualiti tanaman akan
merosot.

Anda mungkin juga menyukai