Anda di halaman 1dari 4

PENYAMPAI : TIMBALAN MENTERI KATEGORI: UCAPAN

PERASMIAN
TARIKH : 06-Mar-2010 HARI : Sabtu
MAJLIS : PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT DAERAH KECIL MENUMBOK
TEMPAT : DEWAN AWANG SEMAUN, MENUMBOK
ISU : KEMPEN KEBERSIHAN

TEKS UCAPAN PENUH :

Bismillahir rahmanir rahim

Terima kasih saudara pengerusi majlis,

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Barisan tetamu kehormat,

Y.Bhg.Datuk,Datin

Tuan-tuan/ puan-puan yang dihormati sekalian,

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima


kasih kerana diberi peluang untuk melancarkan PERASMIAN
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KECIL
MENUMBOK. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurniaNya maka dapat saya berkunjung ke
Daerah Kecil Menumbok pada hari ini. Saya juga berasa
dihargai kerana kehadiran saya di terima dan di sambut baik
oleh masyarakat Menumbok pada pagi ini. Di kesempatan ini
juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan
tahniah kepada Majlis Daerah Kecil Menumbok di atas
penganjuran majlis ini yang saya kira mampu memberi
impak ke atas kerjasama MDKM dengan komuniti dalam
kawasan pentadbirannya ke arah pembangunan yang lebih
mampan.

Tuan-tuan dan Puan-puan, para hadirin yang saya hormati


sekalian,
2. Alhamdulillah kita dapat berhimpun di majlis yang mulia
ini untuk mengimarahkan bersama sambutan Maulidur Rasul
tahun ini. Majlis yang diadakan ini bukan sahaja memberi
ruang kepada kita untuk memperingati dan meraikan
bersama hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, malah majlis
ini juga merupakan wadah kita untuk mengukuhkan lagi
ukhuwah dan perpaduan di kalangan umat Islam yang
berbilang kaum. Semangat ukhuwah dan perpaduan perlu
sentiasa dijiwai dan disemarakkan oleh setiap lapisan
masyarakat kerana ia begitu penting dalam mewujudkan
keadaan yang lebih aman dan harmoni mencapai kemajuan
dan kejayaan yang lebih bermakna dalam pelbagai aspek
kehidupan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

3. Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu rahmat yang


bersifat menyeluruh. Ia meliputi soal-soal membimbing
umat, mengukuhkan nilai hidup dan mengajak kea rah jalan
yang diredhai Allah SWT. Berasaskan kerangka misi ini,
Rasulullah SAW mewariskan kepada umat Islam al-Quran
dan Sunnahnya sebagai panduan mencorak hidup yang lebih
bermakna dan diredhai Allah.

4. Yang perlu kini ialah kebangkitan semula dalam konteks


menyuburkan minda yang sejahtera, memperkasakan jiwa
keimanan dan menyusun gerak kerja yang pragmatik serta
komprehensif. Semuanya dengan panduan sejarah
perjuangan Rasulullah bermula dari saat kelahiran
sehinggalah saat kewafatan baginda.

5. Dalam erti kata yang lain, Maulidur Rasul yang kita


sambut dan raikan setiap tahun ini hendaklah dijadikan
sebagai momentum untuk mempertingkatkan lagi gerak
langkah kearah cara hidup yang sempurna sebagaimana
yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kita perlu bangkit dalam
konteks pemikiran atau pembangunan minda, pembangunan
iman atau akidah, pembangunan jiwa atau hati,
pembangunan sikap atau akhlak, pembangunan ilmu dan
keintelektualan, pembangunan kesatuan hati dan perasaan
dalaman umat. Kesemua aspek ini perlu dibangunkan melalui
proses yang berterusan dan bekesinambungan dengan
kembali semula ke landasan yang diajar dan diwasiatkan
oleh Rasulullah SAW.

6. Maka, adalah perlu bagi seluruh rakyat khususnya umat


Islam kembali kepada asas ajaran Islam iaitu mentaati Allah,
mentaati Rasulullah SAW serta taat kepada pemimpin
dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan
serta panduan hidup. Langkah ini adalah selaras dengan
peraturan hidup yang digariskan oleh Allah SWT yang wajib
kita patuhi, sebagaimana Firman-Nya di dalam surah An-
Nisaa’, ayat 59 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu
kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah
dan kepada ‘ulil-amri’ (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)
Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada
Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih
baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya.”

Tuan-tuan dan puan-puan,

7. Kita dituntut berpegang teguh kepada Al-Quran dan


Sunnah bagi memastikan hala tuju hidup berada di landasan
yang betul. Ini adalah kerana Islam menuntut umat
berusaha bersungguh-sungguh meraih kemajuan dan
keteguhan ekonomi berpaksikan syarak. Maknanya,
peradaban yang dibina harus melalui usaha gigih
membangunkan ekonomi dan teknologi dengan mempunyai
roh serta kekuatan hakiki berpaksikan agama tauhid. Inilah
yang sepatutnya kita bina dan perjuangkan.
8. Dengan membetulkan salah anggapan terhadap ajaran
Islam berhubung tuntutan meraih kemajuan dunia, umat
Islam tidak patut lagi berlengah. Kita mesti melipatgandakan
usaha memacu diri, keluarga, masyarakat dan negara
menerpa laju menuju masa depan yang lebih gemilang.

9. Selaras dengan itu, kerajaan melakukan pelaburan besar


untuk memperkasakan pendidikan di semua peringkat di
samping memberi penekanan kepada aspek penyelidikan dan
pembangunan (R&D). Pelaburan dalam bidang pendidikan
sememangnya berbaloi untuk melahirkan modal insan yang
berminda kelas pertama bagi menggerak pembangunan yang
lebih holistik menjana umah gemilang.

10. Selaras dengan hasrat mencapai negara maju menjelang


tahun 2020, maka amatlah tepat dan kena pada masanya
bagi umat Islam di negeri ini terutamanya kepimpinan
masyarakat bahkan seluruh umat mengorak langkah yang
sewajarnya kea rah membina kembali nilai-nilai peradaban
yang unggul di samping menghapuskan semua gejala yang
boleh merosakkan umat dan tamadun.

11. Dalam hubungan ini, umat Islam tiada pilihan selain


daripada membina semula penguasaan terhadap ilmu. Inilah
kaedah yang terbaik dalam membangunkan kembali cita-cita
dan kemahuan untuk memantap ukhuwah memperkasa
ummah sekaligus menggemilangkan semula Islam dan
umatnya di sepanjang zaman.

12. Dengan doa dan harapan agar aspirasi suci ini dapat kita
realisasikan bersama, maka saya dengan sukacitanya
melancarkan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah
Kecil Menumbok bagi tahun 1431H/2010M ini dengan
rasminya.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum


warahmatullahi wabaraktuh.

Anda mungkin juga menyukai