Anda di halaman 1dari 3

SOALAN LATIHAN

Latihan 1

Pilih jawapan yang tepat.

1) Wuduk ialah __________________


a) Membasuh seluruh anggota badan dengan air disertai dengan niat
yang tertentu
b) Membasuh anggota yang tertentu dengan air disertai niat yang tertentu
c) Membasuh anggota badan dengan tanah disertai dengan niat yang tertentu
d) Membasuh anggota yang tertentu dengan air tanpa niat yang tertentu.

2) Apa hukumnya jika seseorang itu mengambil wuduk kerana hendak


melakukan sembahyang dan menyentuh Al-Quran ?
a) Sunat c) Wajib
b) Makruh d) Harus

3) Syarat-syarat wuduk ada berapa perkara?


a) 5 c) 7
b) 6 d) 8

4) Berkumur-kumur adalah perkara-perkara ________ dilakukan ketika berwuduk.


a) Harus
b) Haram
c) Wajib
d) Sunat

5) Perkara-perkara yang membatalkan wuduk ada berapa perkara?


a) 2 c) 4
b) 3 d) 5

6) Di bawah ini adalah semua perkara-perkara yang boleh membatalkan wuduk


KECUALI
a) Tidur dalam keadaan dua punggung tidak tetap
b) Keluar sesuatu dari qubul dan dubur
c) Melebihkan had yang wajib ketika membasuh anggota wuduk
d) Bersentuh tapak tangan dengan kemaluan manusia.

7) Apa hukumnya jika tidak membaca doa selepas wuduk?


a) Tidak sah wuduknya
b) Sah wuduknya
c) Berdosa
d) Mengulang wuduk

8) Berikan dua perkara yang diwajibkan berwuduk


a) Solat dan menyentuh Al-Quran
b) Solat dan ketika masuk masjid
c) Ketika hendak tidur dan mandi
d) Ketika hendak menyucikan diri daripada najis dan membaca Al-Quran
9) Rukun wuduk ada berapa perkara?
a) 6 c) 8
b) 7 d) 9

10) Di bawah ini adalah antara hikmah berwuduk KECUALI


a) Menjaga kebersihan diri
b) Mendekatkan diri kepada Allah
c) Menjauhkan diri kita daripada terkena najis
d) Menghindarkan diri daripada gangguan syaitan

Latihan 2

Tandakan ( / ) bagi perkaran yang membatal wudhuk dan tandakan ( X ) bagi kenyataan tidak membatalkan
wudhuk.

bil Kenyataan ( / ) atau ( X )


1 Aidil terkentut.
2 Aisyah memegang tangan bapanya.
3 Nenek pengsan selepas berwuduk.
4 Nabil tersentuh tangan sepupu perempuannya.
5 Amira termakan dan terminum.
6 Syakirin tertidur dalam keadaan meniarap.
7 Latifah memegang kucing selepas bewuduk
8 Karim tidur tidak beralih kedudukan tempat tidur
9 Mariam memegang tangan suaminya
10 Ahmad bersin
11 Tangan abu terluka berdarah terkena kaca
12 Atirah telah keluar darah haid
13 Baju Firdaus terkena darah.
Abu telah berwudhuk tetapi beliau melewatkan
solat, Air wudhuk abu telah kering sebelum
14
menunaikan solat. Adakah telah batal
wudhuknya tadi.
15 Amin bersentuhan tangan zainal
Soalan KBAT

Berdasarkan gambarajah di atas, kawan anda telah berwudhuk dengan membuka pili air dengan laju dan membazir
air. Sebagai rakan bagaimana anda untuk menasihatinya.

Gunakan nota ringkas ini sebagai panduan menjawab

Bagaimana yang dikatakan pembaziran ketika mengambil wudhuk?

Pembaziran berlaku sama ada dalam penggunaan air (yakni menggunakan air secara berlebih-lebihan) atau menambahkan
bilangan basuhan melebihi kadar maksima yang disunatkan iaitu tiga kali. Rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesiapa membasuh
melebihi tiga kali sesungguhnya ia melakukan kesalahan dan melampau batas”. (Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Ibnu Majah,
Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah).

Jika mengambil wudhuk melalui tadahan air paip, seelok-eloknya kecilkan bukaan paip untuk mengelak air berlebihan ketika
mengambil wudhuk. Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. berjalan melalui Sa’ad r.a. yang sedang
mengambil wudhuk (dengan menggunakan air yang banyak). Lalu baginda berkata kepadanya; “Pembaziran apakah ini wahai
Sa’ad?”. Lalu Sa’ad menjawab; “Adakah dalam menggunakan air juga terdapat pembaziran?”. Rasulullah menjawab; “Ya!
Sekalipun engkau berada di tepi sungai yang mengalir airnya”. (Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah).

Rangka jawapan anda


Isi : Sebagai rakan saya akan menasihatinya agar ………….

Hurain isi :

Hurian tambahan :

Kesimpulan : Kesimpulannya………….

JAWAPAN :

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai