Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN ZAKAT TINGKATAN 3

Pilih jawapan yang betul berdasarkan pilihan yang diberi.

1. Zakat dari segi bahasa bermaksud: 6. Zakat terbahagi kepada dua jenis:

A. Bersih, suci dan berseri A. Zakat Fitrah dan Zakat Perniagaan


B. Subur, suci, berkat dan berkembang B. Zakat Fitrah dan Zakat Emas
C. Subur, bersih, berkat dan berkembang C. Zakat Fitrah dan Zakat Harta
D. Subur, suci, berkat dan bertambah D. Zakat Harta dan Zakat Haiwan Ternakan

2. Fakir bermaksud... 7. Berikut adalah syarat wajib zakat fitrah kecuali…

A. Mampu menampung sebahagian keperluan A. Islam


B. Tiada harta yang cukup untuk keperluan dirinya B. Hidup pada akhir Ramadhan dan awal Syawal
C. Cukup-cukup untuk makan C. Baligh
D. Mempunyai harta melebihi keperluan makan dan minum
untuk diri dan tanggungannya pada malam dan siang hari
raya

3. Ibnul sabil bermaksud... 8. Hukum waktu mengeluarkan zakat fitrah sepanjang Bulan
Ramadhan adalah...
A. Dilantik pemerintah untuk kumpul dan agih zakat
B. Orang yang berjuang di jalan Allah A. Wajib
C. Dibebani hutang untuk keperluan diri dan keluarga dan tidak B. Sunat
mampu membayarnya C. Makruh
D. Orang yang bermusafir dengan tujuan yang diharuskan D. Harus
syarak kemudian terputus perbelanjaan

4. Hikmah zakat kepada pemberi ialah... 9. Hukum mengeluarkan zakat selepas solat Hari
Raya Aidilfitri sehingga sebelum terbenam matahari 1 Syawal.
A. Membersihkan hati daripada hasad dengki dan iri hati
terhadap golongan kaya A. Wajib
B. Mengeratkan ikatan ukhuwah dan kasih sayang sesama Islam B. Sunat
C. Mendidik jiwa dengan sifat pemurah dan menjauhi sifat C. Makruh
bakhil D. Haram
D. Sebagai sumber modal bagi golongan miskin untuk menjana
ekonomi keluarga

5. Kadar zakat fitrah ialah … 10. Hukum mengeluarkan zakat fitrah selepas terbenam matahari
pada hari raya pertama.
A. 1 gantang baghdad bersamaan 2.5 kilogram emas
B. 1 gantang baghdad bersamaan 2.7 kilogram emas A. Wajib
C. 1 gantang baghdad bersamaan 2.4 kilogram emas B. Haram
D. 2 gantang baghdad bersamaan 2.7 kilogram emas C. Makruh
D. Sunat

2. Nyatakan HUKUM dan ALASAN bagi situasi di bawah:

a. Encik Ahmad mengeluarkan zakat fitrah bayinya yang baru lahir pada akhir Ramadhan.

__________________________________________________________________________________________________________________

b. Encik Abu mengeluarkan zakat fitrah selepas menunaikan solat fardhu Subuh pada 1 Syawal.

___________________________________________________________________________________________________________________
Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya
dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah,
iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang
berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi
makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada
Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

DALIL ZAKAT FITRAH


Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu,
sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu,
tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab,
haul dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:

?Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada
hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari
kaum Muslimin? (HR ?Bukhari)

Ucapan Rasulullah SAW ?kanak-kanak dan orang dewasa??menunjukkan bahawa Zakat Fitrah itu
wajib bagi anak kecil, diambil dari hartanya apabila ia memiliki harta, lalu dikeluarkan oleh
walinya, seperti halnya dalam zakat harta. Apabila ia tidak memliki harta, maka zakat fitrahnya
wajib bagi orang yang memberikan nafkah kepadanya. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur
Ulama.

Fatwa Zakat Fitrah


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah
telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat
fitrah iaitu:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan


tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas
terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan
berkekalan Islamnya

4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH


• Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa
waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir
Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
• Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya
dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.

• Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya
bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya
selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah
pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera
zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka
akan bertambahlah dosanya.

DI MANA ZAKAT FITRAH PERLU DIBAYAR


Zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya
waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum
solat hari raya. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, dengan melihat
pendapat ihtiyat iaitu mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari
mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.
Justeru jika ketika itu kita masih berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung, lebih elok
baginya untuk dibayar di tempat kerjanya kerana ia bersifat yakin dan tahqiq sedangkan
kepulangannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dzan yang mungkin tidak
berlaku.
Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik
mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan
yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.

KADAR ZAKAT FITRAH


Asal kadar zakat fitrah adalah satu sha? (gantang) dan nilainya seperti yang dinyatakan oleh Dr.
Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh al-Islami wa Adillatuh iaitu 2.751 kg. Dan di sisi mazhab
Hanafi ialah 3.8 kg.

Fatwa Kadar Zakat Fitrah


Dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-57 bertarikh 10 Jun 2003
seperti berikut:

• Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga
setempat oleh BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan
satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg.

• Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga
setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White bagi
negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

Menjelang Ramadan, Jawatankuasa Syariah atau Fatwa Negeri akan memutuskan nilai harga
beras semasa mengikut daerah atau jenis dan gred beras yang dimakan oleh penduduk.
Kemudian diputuskan dengan mengambil kira nilaian sebanyak segantang beras iaitu hampir
kepada 2.60 kg.

Anda mungkin juga menyukai