Anda di halaman 1dari 10

Tajuk : Mengkaji fasa-fasa bulan dan waktu terbit dan terbenam bulan

Tujuan : Memerhatikan fasa-fasa bulan serta waktu terbit dan terbenam bulan

Hipotesis : Fasa bulan menentukan masa terbit dan masa terbenam

Pengenalan:

Bulan berputar di sekeliling bumi kerana bulan mengorbit Matahari. Bahagian yang
sama atau sisi yang sama bulan sentiasa menghadap Bumi. Bulan mempunyai bahagian gelap
yang disebut maria dan dataran yang terang disebut terrae. Bulan juga mempunyai kerak, mantel
dan teras. Namun begitu, ia tidak mempunyai air atau atmosfera. Bulan adalah satelit semulajadi
bumi. Bulan mengorbit bumi sama seperti bumi mengorbit matahari. Hal ini terjadi kerana adanya
graviti. Bulan memiliki diameter 3.476 km bersamaan satu per empat ukuran Bumi. Graviti bulan
haya satu per enam daripada kekuatan tarikan graviti bumi. Seterusnya, bulan mengorbit lengkap
di sekeliling bumi setiap 29.5 hari pada pandangan daripada bumi atau lebih dikenali sebagai
tempoh sinodik. Bulan tidak mempunyai cahaya sendiri tetapi ia memantulkan cahaya daripada
matahari. Bulan juga tidak mempunyai atmosfera. Suhu permukaan bulan pada siang hari adalah
225 °F namun akan turun mendadak menjadi -243 °F pada malam hari. (Kurtus, 2017).

Ciri-ciri permukaan bulan terbahagi kepada lima kelompok iaitu lautan bulan, gunung
bulan, kawah bulan, sinar bulan dan lembah bulan. Lautan di bulan adalah dataran luas yang
nampak sebagai daerah gelap di permukaan bulan. Laut di bulan tidak sama seperti laut di bumi.
Permukaan licin dan bukan pemantul cahaya matahari yang baik. Dataran yang lebih tinggi di
sekitarnya adalah lebih terang kerana memantulkan cahaya dengan baik. Gunung di bulan pula
mempunyai puncak gunung dengan yang berketinggian sekitar 30 000 kaki di atas permukaan
bulan. Gambar bulan yang diambil dengan teleskop membantu menentukan lokasi dan ketinggian
beberapa gunung di bulan. (Freundenrich, 2017).

Seterusnya, permukaan bulan dipenuhi dengan ribuan kawah dengan pelbagai


ukuran. Kawah-kawah tersebut berdiamater antara beberapa ratus meter sehingga 500 mil. Sinar
bulan pula merupakan sinar yang memancar ke segala arah dan berasal daripada beberapa
kawah bulan. Sinaran terbentuk daripada gumpalan bahan yang keluar daripada kawah. Bahan
tersebut memantulkan cahaya lebih baik berbanding di tempat sekelilingnya. Lembah bulan pula
kelihatan seperti dasar sungai yang sudah tua atau jurang.
Berikutnya, fasa-fasa bulan adalah perubahan bentuk bulan yang dilihat dari bumi.
Bulan dapat dilihat oleh mata kerana memantulkan cahaya matahari. Bentuk bulan yang dilihat
dari bumi adalah berubah setiap hari. (Goldsmith, 2009).

Bulan Separa
Bulan Sabit

Purnama Baru

Cahaya Matahari
Anak Bulan

Bulan Purnama

Bulan Sabit
Lama
Purnama Lama

Rajah 1: Fasa-fasa bulan yang berlaku.

Radas:

Telefon pintar Oppo F5, kertas, pen dan aplikasi Daff Moon.

Prosedur:

1) Cuaca baik harus dipastikan semasa eksperimen dijalankan dengan memastikan hari
tidak hujan dan awan tidak tebal.
2) Lokasi yang sesuai dipilih dan bulan dapat diperhatikan di kawasan tersebut selama 2
minggu.
3) Bulan diperhatikan dengan menggunakan mata kasar dan melukis fasa-fasa bulan di atas
kertas
4) Mengambil data lain dengan menggunakan aplikasi Daff Moon.
5) Pemerhatian direkodkan di dalam jadual.
Keputusan :

Masa 11 Feb 12 Feb 14 Feb 15 Feb 17 Feb 18 Feb


(P.M)
Alt (°) Azm Alt (°) Azm Alt (°) Azm Alt (°) Azm Alt (°) Azm Alt (°) Azm
(°) (°) (°) (°) (°) (°)
8:20 55 281 65 295 73 9 65 40 41 64 28 71

8:40 50 285 61 292 73 354 68 30 46 62 32 70

9:00 46 286 56 285 72 339 70 20 50 60 37 69

9:20 42 279 52 288 70 326 71 7 54 58 41 68

9:40 35 279 47 286 67 318 71 352 58 54 46 66

10:00 32 279 42 285 63 310 71 340 62 48 50 64

Jadual: Altitud dan Azimuth bagi lokasi bulan bermula pada 8:20 hingga 10.00 malam pada 11 Feb
hingga 18 Feb 2019.

Graf: Altitud melawan hari

AZIMUTH
279 285
ALTITUD 48 64
310

18-Feb 28 32 37 41 340 46 54 50 66
279 286
318
NILAI AZIMTUH (°)

17-Feb 58
279 288 68
16-Feb 41 46 326
50 54 58 62
285 60 69
286
15-Feb
TARIKH

65 68 70 71
352 71 71
339
285 292 62 70
14-Feb 73 73 72 70 67 63

13-Feb 354 7
20 64
281 295 30 71
9 40
12-Feb 65 72 56 52 47 42
11-Feb 12-Feb 13-Feb 14-Feb 15-Feb 16-Feb 17-Feb 18-Feb
11-Feb 55 50 TARIKH
46 42 32 32
NILAI ALTITUD (°)
8.20 PM 8.40 PM 9.00 PM 9.20 PM 9.40 PM 10
8.2 8.4 9 9.2 9.4 10
Graf: Azimuth melawan hari

Perbincangan

Altitud dan azimuth.

Azimuth mewakili arah kardinal di mana suatu objek dapat dijumpai; di dalam amali ini objek
tersebut ialah bulan. Ia bervariasi antara 0° sehingga 360°. Ia terbahagi kepada empat penunjuk
arah yang utama iaitu 0° adalah utara, 90° timur, 180° selatan, dan 270° barat. Setelah
mengetahui arah objek tersebut terletak, ketinggian objek pula perlu diukur iaitu altitude.
Ketinggian objek diukur bermula daripada 0° hingga 90°. Altitude diukur menggunakan sudut

antara ufuk, anda dan objek. Objek yang mempunyai altitude 0° adalah tepat di ufuk manakala
objek pada ketinggian 90 darjah adalah berada di atas kepala. Antara cara mudah untuk
mengukur altitude ialah merentangkan lengan dan megengam tangan sebagai penumbuk,
penumbuk tersebut mewakili 10°, jika bulan berada pada ketinggian 30°. Maka ia mewakili sekitar
3 penumbuk. Walaubagaimanapun, di dalam amali ini aplikasi Daff Moon digunakan kerana ia
lebih tepat dan telah diselaraskan nilainya dengan kaedah manual.

Berdasarkan data tersebut, altitud dan azimuth boleh digunakan untuk menentukan lokasi bulan
di atas langit, dan semua data direkodkan di dalam jadual (rujuk jadual) dan di atas kertas
polarkoordinat untuk melihat pergerakan bulan (rujuk lampiran) . Pada pukul 8.00 malam selama
enam hari bermula 11 Februari sehingga 18 Februari nilai altitud mula menurun (rujuk nilai yang
bewarna hijau pada graf) tetapi pada pukul 10.20 malam altitude mula bertambah (rujuk nilai yang
bewarna kuning pada graf). Hal ini terjadi kerana bulan pada terbit lebih lambat bermula pada 15
Februari sehingga 18 Februari kerana altitud bulan pada pukul 8.00 malam semakin berkurang
berbanding hari lain dan semakin lewat malam semakin bertambah nilai altitud bulan. Hal ini
kerana bulan bergerak 13.2° dalam satu hari relatif kepada bintang , iaitu lebih kurang 0.5° sejam
atau lebih sedikit daripada diamaternya dalam satu jam (Byrd, 2019). Bulan bergerak lebih
lambat daripada

Gambarajah: setiap hari bulan beredar sebanyak 13.2°


bumi, bumi perlu menambah 13.2° pada setiap putaran lengkap iaitu 360° +13.2° atau 52.8 minit
untuk melintasi bulan semula pada hari keesokkanya. Oleh itu bulan akan terbit 52.8 minit lambat
setiap hari tetapi setelah bulan melengkapkan peredaran mengelilingi bumi, bulan akan terbit
semula pada masa permulaanya (Tan, M.W, 2016)

Menurut timeanddate.com pada 11 Februari bulan mula terbit pada 11.51 pagi dan pada pukul
8.20 malam bulan berada pada altitud 56° manakala pada 18 Februari bulan terbit pada pukul
6.21 petang dan pada pukul 8.20 malam ia berada di altitud 28°. Selain itu, berdasarkan kertas
graf polarkoordinat kedudukan bulan pada 2 hari berturutan iaitu hari 14 Februari dan 15 Februari
pada waktu sama iaitu 8.20 malam menunjukkan kedudukan bulan lebih mengarah ke timur
menunjukkan bulan terbit lebih lewat. (rujuk lampiran polarkoordinat)

Gambarajah bulan terbit dan altitud pada 11 Februari.

Gambarajah bulan terbit dan altitud pada 18 Februari.

Fasa dan bentuk bulan

Semasa bulan mengorbit bumi , fasa bulan sentiasa berubah dan ia menunjukkan usia bulan
tersebut dalam kitaran bulan atau kitaran lunar. Fasa bulan adalah berbeza mengikut dari mana
pemerhati melihat permukaan bulan yang memantulkan cahaya matahari kerana ia mengorbit
bumi. Berdasarkan amali ini, terdapat pelbagai bentuk bulan yang diperhatikan bermula daripada
11 Februari sehingga 18 Februari 2019. Berdasarkan jadual di bawah ialah pemerhatian fasa-
fasa bulan selama 8 hari.
Tarikh 11 Feb 12 Feb 13 Feb 14 Feb 15 Feb 16 Feb 17 Feb 18 Feb
Fasa Bulan Bulan Hujan Bulan Bulan Bulan Hujan0 Bulan
bulan sabit sabit (Bulan suku suku hampir (Bulan hampir
muda muda suku pertama pertama purnama hampir purnama
pertama) muda purnama muda
muda )
Jadual : Perubahan fasa bulan selama 8 hari pemerhatian.

Pada 11 hingga 12 Feb bulan mennujukan fasa bulan sabit, pada 14 sehingga 15 pula
menunjukkan bulan suku pertama, seterusnya pada 16 hingga 18 Feb ia menunjukan fasa bulan
hampir purnama. Kesemua data ini diperiksa pada laman web yang berautoriti iaitu
timeanddate.com menunjukkan kesemua data adalah betul dan mengikut kalendar lunar dan
pada 13 Feb bermula bulan suku pertama tetapi pada kawasan pemerhatian hujan maka bulan
tidak dapat diperhatikan dengan jelas. Setiap fasa bulan dapat dikira dengan mengambil kira
bulan mengorbit bumi selama 29.5 hari pada tempoh senodik iaitu padnagan dari bumi dan
dibahagikan dengan lapan yang mewakili lapan fasa bulan dan mendapati sela masa bagi setiap
fasa ialah 3.5 hari. Berdasarkan pemerhatian di jadual pertukaran fasa antara bulan suku pertama
(13 Februari hingga 15 Feb) ke bulan hampir purnama pada 16 Februari mengambil masa hampir
3.5 hari . (Rujuk jadual )

Walaubagaimanapun agak sukar untuk menentukan fasa Bulan hampir purnama muda dan bulan
hampir purnama tua kerana peratusan cahaya yang dapat dilihat pada permukaan tidak menentu
dan sentiasa berubah mengikut hari. Oleh itu, 4 fasa utama di ambil sebagai indikator kerana ia
lebih mudah dilihat an ditentukan iaitu anak bulan, bulan suku pertama, bulan penuh dan bulan
suku akhir. Sela masa dikira dengan 29.5 dibahagikan kepada 4 iaitu sela masa setiap fasa ialah
7 hari (D, 2018).

Orientasi bulan

Berdasarkan pemerhatian persamaan antara 8 hari ialah permukaan bulan yang dilihat adalah
sama iaitu pada permukaan bulan yang mempunyai gambar arnab. Hal ini terjadi kerana bulan
membuat satu peredaran lengkap mengelilingi bumi pada setiap 29.5 hari mengikut tempoh
sinodik dan menyebabkan berlakunya fasa bulan. Bulan juga berputar mengelilingi matahari
sebanyak 29 hari juga. Di sebabkan perkara inilah permukaan bulan dilihat adalah sama yang
menghadap pemerhati di bumi. Dengan erti kata lain, tempoh masa untuk 1 peredaran dan 1
putaran bulan adalah sama. Disebabkan kedua-dua pergerakan (putaran dan peredaran) ini
mengambil jumlah masa yang sama, kita hanya dapat melihat permukaan yang sama sahaja
pada setiap masa (Hadhazy, 2014).

Gambarajah: Permukaan bulan di sebelah kiri sahaja dapat dilihat pada permukaan bumi.

Selain itu, hal ini terjadi disebabkan adanya tarikan graviti. Apabila kita berdiri, bumi akan menarik
kita ke permukaan. Kaki adalah yang paling dekat dengan bumi berbanding dengan kepala.
Gambaran seperti itu bermaksud bumi menarik dan mengenakan daya graviti yang kuat kepada
bahagian yang paling bawah berbanding kepada permukaan atas. Perubahan yang sedikit ini
dipanggil sebagai tidal force atau daya air pasang. Begitu juga dengan bulan, apabila bulan
berada dekat dengan sesuatu planet; misalnya bumi, daya graviti air pasang ini akan
menyebabkan bulan berputar dan beredar dalam masa yang sama mengelilingi planet.
Pernyataan ini dikukuhkan lagi menurut (Martínez, 2018) disebabkan daya air pasang yang
dihasilkan oleh bumi. Perubahan air pasang menyebabkan geseran yang secara beransur-ansur
melambatkan kelajuan putaran bulan sehingga tempoh putarannya bertepatan dengan tempoh
orbitnya. Proses ini dikenali sebagai gandingan pasang surut (tidal coupling) . Oleh itu sehingga
hari ini, kedudukan planet telah tetap dari sisi terdekat bulan.
Di samping itu, di permukaan bulan seakan-akan bentuk seekor arnab, melalui pemerhatian
semakin jelas kelihatan bentuk arnab di permukaan bulan semakin dekat dengan fasa bulan
penuh kerana pada fasa bulan penuh jelas kelihatan bentuk arnab. Berdasarakan pemerhatian
dapat dirumuskan apabila semakin mendekati bulan purnama kepala arnab menghadap ke atas
manakala apabila kepala arnab menghadap ke bawah ia semakin mendekati fasa anak bulan.
Pada 16 sehingga 18 Feb kepala arnab beransur-ansur berada di atas manakala pada 11 Feb
kepala bulan berada di bahagian bawah menunjukkan permulaan bulan selepas anak bulan
kerana pada 11 Feb adalah fasa bulan sabit muda. Oleh itu fasa-fasa bulan juga boleh ditentukan
dengan melihat orientasi bulan di langit.

Gambarajah: Permukaan bulan seperti bentuk arnab.

Cadangan penambahbaikan:
1. Pemerhatian perlu dipastikan dibuat setiap hari jika tidak hujan untuk mengikuti
perkembangan fasa bulan tersebut untuk mendapat keputusan yang sempurna.
2. Jadual terbit dan terbenam bulan perlu dirujuk sebelum melaksanakan kajian amali supaya
dapat mengetahui waktu yang sesuai untuk melakukan pemerhatian.
3. Kamera dan alat yang canggih perlu digunakan untuk memastikan mendapat gambar
struktur bulan yang jelas seperti camera DSLR dan aplikasi Stellerium.
4. Pemerhatian seharusnya dibuat pada waktu terbitnya bulan supaya gambar fasa dapat
diambil dengan jelas.
5. Pastikan tiada halangan dan berada di kedudukan yang tinggi semasa mengumpul data bagi
mengelakkan halangan seperti pokok, bukit dan sebagainya.

Kesimpulan:

Kesimpulannya, fasa- fasa bulan adalah bentuk-bentuk bulan yang berlainan yang
kelihatan dan dicerap daripada bumi. Ini adalah kerana kedudukan bulan yang berbeza akan
menyebabkan ia memantulkan cahaya matahari pada kawasan-kawasan bulan yang tertentu
sahaja. Bulan juga terbit dan terbenam seperti Matahari iaitu terbit di sebelah abrat dan terbenam
di sebelah timur. Semakin hari Bulan akan terbit lambat dan terbenam lambat. Perubahan hari
mempengaruhi fasa-fasa bulan yang kelihatan.

Rujukan :
Byrd, D. (2019, January 25). Top 4 keys to understanding moon phases. Retrieved from
earthsky.org: https://earthsky.org/moon-phases/understandingmoonphases

D, R. (2018, April 21). How Long Is Each Moon Phase? Retrieved from sciencing.com:
https://sciencing.com/long-moon-phase-8770391.html

Freundenrich, C. (2017). How the moon works. Retrieved from How Stuff Works.com:
http://science.howstuffworks.com/moon1.htm

Goldsmith, M. (2009). Angkasa Lepas. Selangor: ITBM.

Hadhazy, A. (2014, October 30). Why Do We Always See the Same Side of the Moon? Retrieved
from http://discovermagazine.com: http://discovermagazine.com/2014/dec/2-ask-
discover

Kurtus, R. (2017, Februari 1). Characteristics of our Moon. Retrieved from School for Champions:
http://www.school-for-champions.com/astronomy/moon.htm#.WOZJ3_mGPIU
Martínez, V. J. (2018, January 26). MÈTODE'S WHYS AND WHEREFORES: Why do we always
see the same side of the Moon? Retrieved from metode.org: s://metode.org/metodes-
whys-and-wherefores/why-do-we-always-see-the-same-side-of-the-moon.html

Tan, M.W. (2016). Bulan Kita. Bandar Enstek: IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Lampiran:

Anda mungkin juga menyukai