Anda di halaman 1dari 3

SUNGAI PETANI: Ketika ramai wanita memilih kerjaya yang sesuai dengan

golongan hawa, ada yang memilih tugas kasar yang biasanya dilakukan
lelaki.

Bergelar pemandu lori sampah bukanlah satu pilihan utama, namun bagi
Siti Nor Aini Ramli, 30, ia dianggap kerjaya unik yang memberikannya satu
kepuasan terutama apabila berjaya memecah kelompok penguasaan
golongan lelaki.

Walaupun ada yang menganggap pekerjaan itu sebagai kotor dan tidak
sesuai untuk wanita, ibu kepada dua cahaya mata perempuan berusia
lapan dan 11 tahun itu mengakui beliau langsung tidak kekok, malah
gembira kerana kerjaya mencabar itu amat bersesuaian dengan jiwanya
yang sukakan cabaran.

"Saya bersyukur orang sekeliling saya tidak pernah pandang rendah


dengan kerja ini dan mereka yang mengenali saya sentiasa berfikiran
terbuka.

"Cuma kadang-kadang saya ada juga terasa apabila anak-anak tegur kata
saya bau sampah apabila balik kerja, namun saya sentiasa ingatkan
mereka bahawa apa yang saya lakukan ini adalah pekerjaan yang halal
untuk keluarga," katanya.

Beliau adalah pemandu lori sampah wanita tunggal di syarikat pelupusan


sisa pepejal Environment Idaman (E-Idaman).

Nor Aini ditugaskan mengendalikan lori seberat tiga tan jenis "mini amroll"
mengutip sisa pepejal dan pukal di kawasan perumahan di bandar ini.

Memasuki lorong kawasan perumahan yang sesetengahnya sempit di


tambah pula kenderaan penduduk yang diletakkan di kiri dan kanan laluan
memerlukan kemahiran tinggi.

Nor Aini berkata walaupun mengendalikan tugas lasak, ia tidak


menjejaskan fitrahnya sebagai seorang wanita dan ibu lebih-lebih lagi
ketika bersama-sama anak dan suami di rumah.

Baginya, tiada masalah untuk seorang wanita bekerja sebagai pemandu


jentera berat, tambahan hari ini ramai golongan hawa mula berjinak-jinak
dengan kerjaya sebegitu termasuk sebagai pemandu bas dan teksi.

"Kerja mencabar bukan suatu yang baharu bagi saya kerana sebelum ini,
saya adalah seorang sukarelawan Askar Wataniah yang terbabit dengan
urusan membawa kenderaan berat.
"Jadi tiada masalah untuk saya membawa kenderaan seperti ini,
memandangkan saya mempunyai pengalaman lebih lima tahun
mengendalikan kenderaan berat sebelum saya memohon untuk jawatan
sebagai pemandu lori di E-Idaman," katanya.

Nor Aini tidak menganggap pekerjaannya kini sesuatu yang luar biasa
kerana niatnya hanya untuk menambah pendapatan keluarga.

Tambah menarik, beliau berkata hasratnya itu turut disokong sepenuhnya


oleh suami, Mohamad Fuadzi Othman, 52, serta keluarganya.

Siti Nor Aini mempunyai Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang


Malaysia (GDL) bagi lori tiga tan ke atas dan masih berkhidmat dengan
Askar Wataniah sejak lima tahun lalu.

"Mereka tidak pernah menghalang cuma risau dengan keadaan saya, tetapi
hari ini, saya membuktikan kepada mereka yang saya boleh lakukan
pekerjaan ini.

"Rakan-rakannya sudah maklum dengan minat saya dalam kerja mencabar


dan mereka tidak pernah menjauhi walaupun menyedari saya bekerja
sebagai pemandu lori sampah," katanya.

Ditanya mengenai pandangan masyarakat terhadap pemandu lori wanita,


Nor Aini berkata beliau tidak pernah mempedulikan apa yang dikatakan
oleh masyarakat sekeliling kerana dia tidak melakukan perkara yang salah
di sisi undang-undang.

Memang saya sering menjadi perhatian dan setiap kali keluar bekerja, tidak kurang
yang memuji keberanian saya mengendalikan kenderaan seperti ini," katanya.

Mengenai cabaran dihadapi, Nor Aini berkata dia kadang kala ditugaskan
membawa lori sampah seberat lima tan dan perlu masuk ke kawasan perumahan
untuk mengangkut sisa domestik.

"Lori sampah sememangnya memerlukan pemanduan dan pengendalian yang


cermat kerana perlu memasuki kawasan perumahan yang mempunyai lorong yang
kecil dan sempit.

"Sama seperti 'mini amroll', kami perlu masuk ke kawasan perumahan serta tempat
awam dan perlu sentiasa mengawasi jarak kami supaya tidak merosakkan
kenderaan atau objek yang berada di sekeliling kawasan mengangkut sampah dan
kerjasama daripada rakan sekerja banyak membantu memudahkan tugasan itu,"
katanya.

Nor Aini juga mengakui kadang-kadang lori tidak terlepas dengan masalah
kerosakan dan pengalaman tidak dapat dilupakannya apabila lori yang membawa
sampah rosak di tengah jalan.

"Waktu itu, memang sedikit panik sebab saya yang sedang mengendalikan lori itu,
nasib baik ada rakan sekerja lain yang mengawal trafik yang sedikit sesak sebelum
bantuan sampai," katanya.

Anda mungkin juga menyukai