Anda di halaman 1dari 19

KEMAHIRAN DINAMIKA

ETIKET SOSIAL

Program Matrikulasi Perakaunan 2012/2013


Kolej Mara Kuala Nerang

Nama Pensyarah:
Encik Jamal Nasir bin Hj Musa

Nama Pelajar:
 Tuan Ainnshah Binti Tuan Rozani
 Nur Syahirah Binti Zakri
 Norhafizah Munira Binti Che Pakri
 Nur Aliena Binti Ahmad Pakri
 Nor Azmina Binti Tajuddin

Nama Kelas:

P18

Tarikh Hantar:

6 Januari 2013
Bil Butiran Muka Surat
1 Definisi
Takrif 3
Elemen-elemen
2 Penampilan dan Penggayaan Diri
 Penampilan diri yang positif
 Gaya berjalan
 Gaya berdiri 4-6
 Perhiasan
 Minyak wangi
 Kesihatan , Kebersihan dan Kekemasan
3 Kesopanan Dalam Menghadiri Majlis
 Cara Menyesuaikan Diri Dalam Majlis
 Adab Masuk Ke Dalam Majlis
7-8
 Adab Ketika Majlis Sedang Berlangsung
 Aksi Ganjil Yang Buruk Di Dalam Majlis
 Mengawal Diri Dalam Majlis
4 Kemahiran Perbualan Sosial
 Tertib Perbualan Sosial
 Tajuk-tajuk Perbualan Sosial
 Tatacara Memperkenalkan Seseorang 9-11
 Tertib Memperkenalkan
 Cara Menjawab Yang Sopan
 Tegahan dalam perbualan
5 Kesesuaian Penggunaan Pakaian
 Pakaian Wanita
11-15
 Pakaian Lelaki
 Panduan Pakaian Sesuai Ke Majilis-Majlis Tertentu
6 Kesopanan Dalam Pertermuan dan Perkenalan
 Gaya Berjabat Tangan 15-16
 Perkara-perkara Negatif Semasa Bersalam
7 Tertib Di Meja Makan
 Gaya Duduk
 Panduan di Meja Makan 16-19
 Adab Di Meja Makan
ETIKET SOSIAL

Definisi
Menurut beberapa pendapat, etiket ialah :

 Peraturan pergaulan / budi bahasa


 Hukum-hukum adab tertib
 Ketetapan dalam tingkah laku social
 Kesopanan dan bertimbang rasa
 Peraturan / cara melakukan sesuatu

Kesimpulannya, etiket ialah peraturan-peraturan yang berkaitan dengan citarasa,


kesesuaian, adab tertib, penampilan, kesopanan dan sebagainya semasa menghadiri
sebarang majlis sama ada majlis rasmi atau majlis tidak rasmi.

Takrif:

Keterampilan/etiket sosial boleh ditakrifkan sebagai alat kelengkapan kemuliaan


keperibadian untuk membina, membela dan memelihara harga diri apabila berdamping
dengan orang lain.

Elemen-elemen Etiket Sosial:


1. Penampilan dan Penggayaan Diri.
2. Kesopanan Dalam Menghadiri Majlis.
3. Kemahiran Perbualan Sosial.
4. Kesesuaian Penggunaan Pakaian
5. Kesopanan Dalam Pertemuan dan Perkenalan
6. Tertib di Meja Makan
Penampilan dan penggayaan diri

 Penampilan yang baik dan berkemas, membuatkan individu lain bertanggapan baik terhadap
anda dan anda juga berperasaan lebih positif atau dalam mood yang baik.

 Dengan mood dan perasaan yang positif, ia kemudiannya memaparkan diri anda sebagai
seorang yang berkeyakinan, menarik dan berkebolehan.

Penampilan diri yang positif

1. Pamerkan muka yang mesra dan perhiaskan dengan senyuman.


2. Bersifat peramah dan orang terdahulu melafazkan doa (salam) pertemuan.
3. Perkenalkan diri anda seraya bersalam (jika perlu) dan tunjukkan minat.
4. Ingatkan nama orang yang baru dikenali.
5. Perlihatkan keyakinan diri dan rasa keselesaan.
6. Gunakan bahasa badan dan gerak-geri yang disenangi.

Gaya Berjalan
1. Bila berjalan hendaklah secara biasa saja dengan kelajuannya atau gayanya.
2. Langkah permulaan ialah kaki kanan manakala berundur sentiasa gunakan kaki kiri
sebagai langkah permulaan.
3. Hayunan tangan ke hadapan dan belakang berlawanan dengan gerakan kaki tetapi
jangan terlalu tinggi.

Gaya Berdiri
1. Berdiri dengan betul dan tidak pula membongkok.
2. Dada sentiasa ke hadapan manakala perut ke dalam.
3. Kaki perlu terbuka sedikit, tidak rapat sangat dan tidak pula terbuka luas.
4. Tangan hendaklah di sisi badan atau di belakang mengikut keadaan situasi.
Perhiasan

 Barang-barang kemas sama ada tulen atau tiruan seperti subang, gelang tangan, rantai
tangan, jam, cincin, dan rantai leher memang perlu dipakai. Kesederhanaan adalah yang
paling sesuai dan ia adalah sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh yang
demikian, hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai. Elakkan memakai terlalu banyak
hiasan.

a) Tali Pinggang

 i) dari jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai

b) Selendang dan Skaf

 dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di majlis rasmi dengan
cara disangkutkan di bahu.
 Dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi kematian-selendang menutupi
seluruh kepala.

c) Beg Tangan

Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti :-


 Kegunaan harian di pejabat.
 Kegunaan pelbagai.
 Kegunaan majlis rasmi.

Minyak wangi

 Pilihan yang lembut, supaya ia tidak melemaskan atau memeningkan seperti :

a) Minyak wangi tulen


 Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja.

b) Eau de toilette
 Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah. Ia perlu dipakai beberapa kali sehari
kerana baunya tidak pekat.

c) Semburan badan
 Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat.
Kesihatan, kebersihan dan kekemasan

Aspek ini amat penting, ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi


keutamaan kepada pengurusan dirinya.

Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah :

a) Bahagian kepala dan muka


• Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga.
• Misai dan janggut diurus dengan baik.
• Bulu hidung tidak kelihatan liar.
• Gigi sentisa bersih.
• Pernafasan tidak berbau.

b) Bahagian badan dan tangan


• Badan tidak berbau.
• Baju tidak ada tanda tercarik.
• Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan, poket dan kolar.
• Baju kelihatan tidak bergosok (iron).
• Kuku jari dipotong tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-gigit.
• Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit atau
bersisik.

c) Bahagian punggung dan kaki


• Seluar tidak kelihatan tidak bergosok (iron)
• Seluar tidak kelihatan tercarik.
• Tidak berstokin.
• Memakai stokin lebih daripada hadnya harinya.
• Bagi wanita, jangan pakai stokin berwarna perang atau berbunga.
• Kasut kelihatan kelabu.
• Kasut coklat kelihatan hitam.
• Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah “worn-out”.
Kesopanan dalam menghadiri majlis

Cara Menyesuaikan Diri Dalam Majlis :


1. Lemparkan senyuman kepada semua tetamu yang ditemui.
2. Jumpalah tuan rumah majlis tersebut untuk tunjuk kehadiran kita dan beri
penghormatan.
3. Cuba cari kenalan yang boleh diajak berbual.
4. Mulakan perbualan dengan tetamu yang paling hampir.
5. Bertanya khabar dan bersalaman mengikut kesesuaian.
6. Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menanyakan tentang orang lain.
7. Tentukan perlakuan anda tidak terburu-buru dan bercakaplah dengan suara yang
sederhana.
8. Akui sekiranya terlupa nama orang yang diperkenalkan dan bertanya sekali lagi.
Elakkan melakukannya buat kali ketiga.

Adab Masuk Ke Dalam Majlis


 Masuklah melalui pintu hadapan.
 Berjalanlah dengan tegap, jangan teragak-agak.
 Mulakan dengan salam jika majlis belum bermula. Tidak perlu memberi salam jika
majlis sedang berlangsung sebaliknya masuklah dengan senyap supaya majlis tidak
terganggu.
 Jangan mengasak-asak, melanggar atau melangkah-langkah orang yang telah duduk
terlebih dahulu.
 Bersalamanlah dengan orang bersebelahan yang berhampiran. Bersalamlah dan
tegur menegur dengan semua orang jika majlis belum bermula.
 Cari tempat duduk yang sesuai. Duduklah dengan tenang dan berbuallah dengan
teratur.
Adab Ketika Majlis Sedang Berlangsung
 Jangan banyak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang.
 Jangan berdiri di tengah-tengah kumpulan orang yang duduk.
 Ikuti agenda yang sedang berlangsung dengan penuh perhatian.
 Jangan bercakap yang boleh mengganggu konsentrasi orang lain (juga konsentrasi
anda sendiri).
 Dengar percakapan dan mesej yang cuba disampaikan dalam majlis dengan baik dan
teliti.
 Elakkan dari menunjukkan kekaguman yang berlebihan (over acting) terhadap
seseorang.
 Elakkan dari menyuruh seseorang mengulangi perbicaraannya.
 Tutup telefon bimbit.
 Jangan memberi isyarat tubuh yang anda tidak suka kepada majlis tersebut.

Aksi Ganjil Yang Buruk Di Dalam Majlis


 Tertawa berdekah-dekah. Anda memadai tersenyum sahaja. Rasulullah s.a.w. hanya
tersenyum dan tidak tertawa berdekah-dekah.
 Mengorek hidung, telinga atau gigi.
 Berludah, menghembus hingus atau berkahak.
 Terkentut sama ada berbunyi atau tidak.
 Mengeliat dan menguap. Lebih teruk lagi jika anda mengeluarkan suara.
 Meniru-niru cara kaum wanita bergaya, berjalan atau berhias.
 Menggesa orang lain mendapatkan sesuatu keperluan untuk diri sendiri.

Mengawal Diri Dalam Majlis


 Jangan hilang kawalan diri dan kawalan emosi seperti menangis, melolong, marah,
berang, memekik, memaki hamun atau mengamuk.
 Jika anda hilang kawalan diri seketika, segeralah bertenang. Jangan mengambil
tindakan melulu atau bertindak mengikut nafsu. Hentikan perbicaraan.
 Apabila telah reda baharulah berbicara semula.
 Jauhi sikap keras hati
Kemahiran Perbualan Sosial
 Tertib Perbualan Sosial
1. Mulakan tajuk perbualan dengan tajuk yang ringan dan tidak terlalu peribadi.
2. Kedua-kedua pihak berminat.
3. Pandang ke arah orang yang bercakap.
4. Dengar dengan teliti.
5. Bercakap dengan nada yang biasa.
6. Bercakap secara bersahaja.
7. Bercakap dengan jelas dan bahasa yang mudah difahami.
8. Seimbangkan perbualan dengan bertanya dan menjawab dan sebaliknya.
9. Gunakan teknik soalan terbuka.
10. Apabila memberi pujian, nyatakan dengan jelas.
11. Apabila menerima pujian dan pertolongan, ucapkan terima kasih dengan ikhlas.
12. Orang terdahulu mempelawa teman membuat atau memulakan sesuatu.
13. Tunjukkan sikap sedia membantu dan rasa empati anda.
14. Menegur individu yang kelihatan resah dan tidak selesa lalu dipelawa untuk
bersama.
15. Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama).
16. Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam sesuatu kumpulan.
17. Ucapkan salam perpisahan apabila bersurai dan jangan lupa meninggalkan kenangan
dengan menghulurkan “call card”.

 Tajuk-tajuk Perbualan Sosial


Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai adalah seperti berikut:
1. Hobi.
2. Sukan.
3. Muzik.
4. Rancangan Televisyen.
5. Pakaian.
6. Menanam bunga (Gardening).
7. Makanan.
8. Pengembaraan.
Tatacara Memperkenalkan Seseorang
1. Dapatkan tumpuan dan perhatian dengan penuh minat daripada kedua-dua pihak.
2. Tentukan kedua-dua belah pihak bersedia untuk diperkenalkan.
3. Sebut nama dengan jelas dan betul.
4. Perlakuan tidak terburu-buru.
5. Nada suara rendah.
6. Akui jika terlupa nama.
7. Kenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting.
8. Kenalkan lelaki kepada wanita (dari status atau pangkat) yang sama.
9. Kenalkan orang yang rendah pangkatnya kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya.
10. Penghormatan deberi keutamaan kepada golongan diraja, para pembesar, ketua
negara dan pemimpin masyarakat.
11. Dalam urusan perniagaan, pangkat atau kuasa adalah penting.
12. Elakkan menonjolkan diri dengan sebut pangkat dan kedudukan.
13. Wanita berjabat tangan dahulu untuk berjabat tangan. Sekiranya tidak mahu,
memadai dengan menundukkan sahaja kepala dan letakkan tangan d belakang. Tidak
perlu menggunakan tudung atau sapu tangan untuk berjabat tangan.

Tertib Memperkenalkan
i) Izinkan saya memperkenalkan ...............
ii) Puan..........inilah Encik..............
iii) Boleh saya memperkenalkan ...................

Cara Menjawab Yang Sopan


i) Apa Khabar ?
ii) Bertuah dapat berkenalan!
iii) Hello!
Larangan Semasa Menjawab Perkenalan
i) Elakkan bertanya tentang asal usul tempat / daerah / bangsa / agama.
ii) Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus.
iii) Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara.
iv) Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain.
v) Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan.
vi) Elakkan memberi senyuman sinis / tidak ikhlas.

Kesesuaian Penggunaan Pakaian

Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :-

Pakaian Wanita

 Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari.


 Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.
 Jangan melebihi empat warna pada satu masa
 Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk
badan.
 Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.
 Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang.
 Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.
 Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.
 Rambut hendaklah tersisir rapi.
 Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung.
 Jika memakai mini telengkong, warna tudung hendaklah bertentangan
dengan warna baju.
 Bila gunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’
 Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.
 Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang
berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan.
 Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun berbunga
besar.
 Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.
 Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang sama.

Pakaian Lelaki

 Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher.


 Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar).
 Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.
 Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
 Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang.
 Sesuaikan warna tali leher dengan baju.
 Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak.
 Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
 Sesuaikan warna stoking dengan seluar.
 Kasut hendaklah bersih dan berkilat.
 Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.
 Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang kembut. Jika bergaul dengan orang
ramai sapukan ‘cologne’ di kedua belah bahu.
 Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet
tersebut.
 Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)
 Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa corak
(light and plain) sebagai pilihan kedua.
 Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar.
 Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan
dan tangan.
 Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur
keseluruhannya.
 Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat hingga
kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe).
 Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan
berpakaian putih / berpakaian sukan.
 Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi.

Panduan Pakaian Sesuai Ke Majilis-Majlis Tertentu


KESESUAIAN PAKAIAN BAGI PELBAGAI MAJLIS ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
(a) Perempuan (b) Lelaki
Majlis-majlis :

1)Bankuet Negara atau Negeri


(a) Baju Kurung Atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b) Mess Kit/White Tie/Baju Kebangsaan Rasmi dengan Darjah Kebesaran

2)Jamuan Makan Malam Rasmi oleh Ketua Negara atau Ketua Kerajaan
(a)Baju Kurung berselendang/Baju Kebaya Labuh Berselendang
(b)Baju Kebangsaan Hitam/Black Tie

3)Jamuan Makan Malam Formal


(a)Baju Kurung/Baju Kebaya Labuh
(b)Baju Kebangsaan /Lounge Suit

4)Jamuan Makan Malam Tidak Formal


(a)Baju Melayu Moden
(b)Baju Batik Lengan Panjang
5)Jamuan Makan Tengahari Rasmi
(a)Baju Kebaya/Baju Kurung
(b)Baju Batik Lengan Panjang/ Lounge suit/Pakaian Kerja

6)Jamuan Makan Tengahari Tidak Rasmi


(a) Baju Melayu Moden
(b) Baju Batik Lengan Panjang

7)Jamuan Teh Rasmi Kebesaran


(a)Baju Kurung/Baju Kebaya Labuh
(b)Baju Batik Lengan Panjang/ Lounge suit/Pakaian Kerja

8)Penguniaan Darjah Kebesaran


(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Baju Batik Lengan Panjang /Lounge Suit/Pakaian Kerja

9)Istiadat Pertabalan
(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Pakaian Istiadat/Baju Kebangsaan Rasmi

10)Hari Ulang Tahun Kemerdekaan


(a)Baju Kebaya/Baju Kurung
(b)Baju Batik Lengan Panjang/Bush-Jacket/Pakaian Kerja

11)Pembukaan Persidangan Parlimen


(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Pakaian Istiadat/Baju Kebangsaan Rasmi

12)Mengadap Tuanku
(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Lounge suit gelap dan bersongkok/ baju kebangsaan
13)Cocktails dan Receptions
(a)Baju Kebaya/Baju Kurung
(b)Baju Batik Lengan Panjang/Lounge Suit

14)Musabaqah
(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Baju Kebangsaan/ Baju Batik Lengan Panjang/Lain-lain Pakaian yang sesuai

15)Pengebumian
(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Baju Kebangsaan/ Baju Batik Lengan Panjang/Lain-lain Pakaian yang sesuai

16)Majlis Anjuran Agensi (siang)


(a) Pakaian Kerja
(b) Baju Kebangsaan

17)Majlis di Luar Dewan seperti Perasmian Sukan


(a)Baju Kurung
(b)Pakaian Kerja

18)Anugerah Sastera Negara dan Anugerah Seni


(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Baju Batik Lengan Panjang/Baju Kebangsaan Hitam/Lounge suit warna gelap

BERJABAT TANGAN (BERSALAM)


Pelbagai cara
• Kasar dan agresif
• Mengawal
• Hujung jari sahaja
• Tarik
• Sejuk
Perkara-perkara negatif semasa bersalam
• Pengangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau sambil lewa.
• Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan kurang penting.
• Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting / kurang suka dan tidak berminat.
• Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan marah.
• Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau membenci.

Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh adalah mengikut


keadaan . Dalam keadaan biasa, kira-kira lima saat. Sekiranya tidak mahu bersalam,
memadai dengan menundukkan kepala dan letakkan tangan di belakang. Tidak perlu
menggunakan pelapik seperti tudung / sapu tangan untuk bersalam.

Tertib di meja makan


 Peraturan dan tatasusila di meja makan amat perlu diketahui umum bagi menjaga
imej seseorang. Terdapat tetamu dalam sesuatu majlis yang bersifat bersopan
santun tetapi tidak faham akan peraturan menggunakan perlatan makan dengan
betul. Terdapat juga tetamu yang melihat di antara satu sama lain bagi memulakan
sesuatu hidangan kerana kurang pasti mana satu peralatan yang hendak diambil.
Akhirnya masing-masing menunggu orang lain untuk memulakan kerana bimbang
tersalah ambil.Jika orang yang memulakan tersalah ambil atau tersalah cara, tetamu
lain yang mengikuti akan turut tersilap ambil. Ini akan menjadikan semua tetamu
akan makan dengan cara yang tidak sesuai.

 Gaya Duduk
1. Masuk dari sebelah kanan kerusi jika keadaan membolehkan.
2. Bila sudah duduk, tegakkan badan dan jangan membongkok.
3. Kemudian rapatkan kaki dan lutu.
4. Kaki hendaklah dikawal, jangan ditelak di atas paha.
5. Bila bangun dari kerusi, badan jangan terlalu membongkok.
6. Keluar hendaklah melalui sebelah kanan juga.
7. Bila berdiri, luruskan belakang dan tegakkan kepala.
 Panduan di Meja Makan
1. Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja walaupun cantik.
2. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.
3. Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia dianggap seperti
menghina tuan rumah.
4. Elakkan menggunakan tangan untuk makan.
5. Jangan terlalu bising bila menggunakan sudu dan garpu.
6. Jangan sekali-kali mencungkil gigi, mengorek telinga atau hidung.
7. Jika perlu meninggalkan meja, letakkan napkin di atas kerusi menandakan anda akan
kembali semula. Jika napkin diletakkan di atas meja, menandakan anda akan terus
balik.
8. Letakkan sudu dan garpu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai makan.
9. Letakkan sudu dan garpu bersilang sekiranya belum selesai makan.
10. Sekiranya makanan pembasuh mulut dihidangkan di dalam piring, sudu boleh
ditinggalkandi dalam bekasnya bila selesai makan. Sekiranya ia dihidangkan di dalam
gelas berkaki yangberlapik, sudu hendaklah diletakkan di atas piring pelapik di
sebelah kanan.

Adab di Meja Makan

 Minum sebelum makan


Minum sebelum makan diedarkan oleh pelayan semasa tetamu berlegar di ruang
legar. Minuman ini merupakan hidangan kepada tetamu sebelum majlis jamuan
makan dimulakan. Biasanya minuman yang dihidangkan ialah jus atau minuman
ringan lain. Elakkan daripada mengambil lebih daripada dua kali. Jangan meminta
minuman kegemaran atau minuman lain yang tidak dihidangkan.

 Cara keluar masuk:


Masuk dan juga keluar di meja makan adalah melalui sebelah kanan kerusi tempat
duduk.

 Napkin
Setelah duduk ambil napkin dan letakkan di atas paha. Cara meletakkan napkinialah
dengan memegang bucu napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikit
 Berbual
Apabila berbual hendaklah dengan mereka yang berhampiran sahaja. Jika di meja
bulat, perbualan terhad kepada mereka yang duduk semeja sahaja

 Hidangan
Mengikut amalan, makanan akan dihidangkan dari sebelah kiri dan mengambil
semula pinggan oleh pelayan juga dari sebelah kiri. Minuman (air sejuk) akan
dihidangkan dan ditambah melalui sebelah kanan. Beri laluan kepada pelayan
semasa hidangan dihidangkan dan mengambil perkakas keluar. Sentiasa berikan
ucapan terima kasih kepada pelayan yang memberi hidangan.

 Kedudukan peralatan
Sudu dan pisau terletak di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Pisau
kecil untuk mentega diltekkan di atas piring sebelah kiri. Gelas minuman terletak di
sebelah kanan.

 Cara menggunakan peralatan


Cara menggunakan perlatan yang disediakan ialah daripada luar ke arah dalam
susunan yang.

 Makanan pembuka selera


Makanan pembuka selera biasanya dalam bentuk cocktail prawn beserta dengan sos
tertentu. Cara makan ialah dengan garpu dipegang di sebelah kanan dan suap ke
mulut dengan menghala bahagian tajamnya ke bawah. Garpu kecil yang digunakan
untuk makanan ini hendaklah diletakkan di atas piring lapik sebelah kanan dalam
keadaan terlentang apabila selesai makan.

 Sup
Gunakan sudu di sebelah kanan yang berbentuk bulat. Cara menyenduk sup adalah
dengan menghalakan sudu ke arah luar daripada badan. Jika lada dan garam
diperlukan tetapi jauh, minta bantuan daripada tetamu yang boleh mencapainya.
Selesai makan sup, letakkan sudu di dalam mangkuk sup atau atas piring lapik
sebelah kanan dalam keadaan terlentang. Makan roti adalah dengan cara mencubit.
Jangan disapu mentega seperti burger.

 Hidangan ikan
Jika hidangan ikan disediakan sebelum hidangan utama, limau yang disediakan
bersama hidangan hendaklah diperah dengan memegang bucu limau dan menikam
bahagian tengah limau itu dengan garpu dan dipusingkan garpu perlahan-lahan.
Perkakas yang digunakan untuk hidangan ini ialah pisau dan garpu, dengan itu pisau
dipegang di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Setelah selesai
makan, pisau dan garpu disusun rapat dengan mata pisau menghala ke dalam dan
garpu dalam keadaan terlentang.

 Sorbet
Selepas hidangan iakn, sorbet dihidangkan. Sorbet merupakan sejenis aiskrim dan
bukannya dessert. Sorbetb dihidangkan bagi menghilangkan rasa ikan yang dimakan
sebelum menikmati makanan lain.
 Hidangan utama (steak)
Apabila makan hidangan utama, seperti steak, bahagian utama hidangan diletakkan
paling hampir pada tetamu dan hidangan biasanya disertakan dengan hidangan lain.
Pisau dipegang di tangan kanan dan garpu di sebelah kiri. Hidangan utama
hendaklah dipotong kecil (chewable portion) dan suap ke mulut satu persatu.

 Dessert
Dessert dihidangkan setelah selesai makan utama. Dessert adalah seperti aiskrim,
pusing dan seumpamanya. Gunakan sudu kecil atau garpu yang berkenaan.

 Kopi
Kopi dihidangkan selepas semua hidangan selesai dinikmati. Kopi hendaklah dikacau
perlahan-lahan. Sekiranya memerlukan susu dan gula, tambah susu dahulu dan
diikuti dengan gula pula.

 Merokok
Elakkan daripada merokok

 Berjenaka
Jangan berjenaka semasa makan

 Meninggalkan tempat duduk


Apabila hendak meninggalkan meja makan hendaklah keluar antara dua hidangan
dan hendaklah hidangan tersebut telah dinikmati, kecuali dalam keadaan kecemasan

 Cara keluar
Keluar dari meja makan adalah dengan menolak kerusi ke belakang perlahan dan
keluar dari sebelah kanan, tolak semula kerusi ke tempat asalnya

 Mencungkil gigi
Mencungkil gigi adalah dianggap kurang sopan walaupun dengan cara menutup.

Anda mungkin juga menyukai