Anda di halaman 1dari 8

MINGGU PENDIDIKAN KHAS ( MENONTON WAYANG )

1.0 PENDAHULUAN

Program Menonton Wayang ini merupakan program julung kali dianjurkan oleh Unit
Kurikulum bagi aktiviti dalam Minggu Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas
Integrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Batu Unjur. Program ini
tercetus hasil perkongsian idea dengan guru-guru yang berpengalaman dan permintaan
ibu bapa murid pendidikan khas. Sehubungan dengan itu, inisiatif diambil bagi
mengetengahkan budaya dan seni perfileman dalam kalangan murid-murid Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) dan bagi merealisasikan budaya ilmu dan seni
budaya supaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh yang
demikian, usaha ini dilaksanakan sebagai wadah dalam akitiviti pemupukan, pengayaan
dan pengembangan budaya seni dalam diri individu murid khas berdasarkan penyertaan
murid-murid dalam program terapi wayang ini. Secara tidak langsung, program ini dapat
meningkatkan aspek budaya seni dalam diri murid-murid. Diharapkan, Program
Menonton Wayang ini dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid Pendidikan
Khas sebagai akses kepada pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat bagi kelayakan
taraf pendidikan dan tidak disterotaipkan sebagai murid buta huruf dan buta seni budaya
bangsa.

2.0 RASIONAL

Kecemerlangan pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi Kementerian


Pendidikan Malaysia. Tuntutan untuk menyediakan pentas pendidikan atas prinsip
kesamarataan juga menjadi tanggungjawab dan memastikan murid-murid istimewa di
seluruh negara mencapai tahap yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam semua
program yang dilaksanakan. Program Menonton Wayang dijalankan kerana program ini
merupakan satu landasan ke arah kecemerlangan kurikulum.
Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada murid-murid istimewa daripada
kepelbagaian kategori dan mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah supaya mereka
dapat turut serta dalam suatu komuniti sosial serta dapat bertukar-tukar fikiran selain
menonton wayang bersama-sama rakan-rakan yang lain dan membina budaya seni
bersama.

1
MINGGU PENDIDIKAN KHAS ( MENONTON WAYANG )

3.0 MATLAMAT

3.1 Memperkasakan aspek kognitif dan pengamatan murid melalui Pembelajaran


tidak formal.
3.2 Memberi peluang, penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dalam
mengembangkan potensi diri, bakat, minat dan kebolehan mereka.
3.3 Mendedahkan murid dengan persekitaran dan menyesuaikan diri dengan
masyarakat.
3.4 Mewujudkan rasa yakin dan mampu berinteraksi dengan sesiapa dan di mana
sahaja.
3.5 Melahirkan murid yang serba boleh, bertanggungjawab, berilmu, serta mematuhi
pelbagai bentuk peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
3.6 Mewujudkan kerjasama dan keserasian antara guru-guru Pendidikan Khas,
Pembantu Pengurusan Murid dan murid-murid Pendidikan Khas.

4.0 OBJEKTIF

Melalui program ini, murid diharap dapat:


4.1 Meningkatkan kemahiran berbahasa, komunikasi, pengamatan dan sosial iaitu,
mendengar, bertutur dan menganalisis melalui tayangan wayang.
4.2 Menarik penyertaan murid dalam aktiviti seni
4.3 Merangsang minat murid bertutur dan mendalami ilmu pengetahuan tentang
seni.
4.4 Salah satu cara penggalak kecemerlangan murid pendidikan khas khas dalam
bidang akademik.
4.5 Menggalakkan perkongsian maklumat di kalangan guru Pendidikan Khas SK
Batu Unjur dengan murid-murid pendidikan khas dan pembantu pengurusan
murid. Memberi kesedaran kepada murid pendidikan khas bahawa ilmu adalah
penting kepada mereka.

5.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan
Batu Unjur

2
MINGGU PENDIDIKAN KHAS ( MENONTON WAYANG )

6.0 TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 4 April 2015


Hari : Khamis

7.0 TEMPOH / MASA


Program Menonton Wayang ini akan mengambil masa setengah hari sahaja, iaitu
bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

8.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran Program Menonton Wayang ini mengfokuskan kepada murid-


murid Pendidkan Khas Bermasalah Pembelajaran yang dapat mengurus diri, berdikari,
berminat, dapat mengawal tingkahlaku dan mampu mendengar arahan yang diberikan
oleh guru.

9.0 LOKASI

Program Menonton Wayang ini bertempat di GSC AEON Bukit Tinggi, Klang

10.0 PENYERTAAN

Murid-murid Bermasalah Pembelajaran SK Batu Unjur seramai 30 orang, guru-guru


Kelas Pendidikan Khas SK Batu Unjur seramai 6 orang, pembantu pengurusan murid
seramai 3 orang.

Rujuk Lampiran A - Senarai nama murid

Lampiran B - Senarai nama guru pengiring dan pemBANTU


pengurusan murid.

3
MINGGU PENDIDIKAN KHAS ( MENONTON WAYANG )

11.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Mohd Suhaimi Bin Mohd Hashim (Guru Besar)


Naib pengerusi 1 : Pn. Fadhilah Binti Zakaria (Penolong Kanan
Pentadbiran)
Naib pengerusi 2 : Pn. Nor Aziah Binti Abdul Ghaffar
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
Penyelaras : Pn. Faridah Binti Abdul Rahman
Ketua Projek : Pn. Nurul Ayuni Binti Hj. Azmi
Setiausaha/Laporan : Pn. Fatin Nadia Binti Sabree

Bendahari : Pn. NorZuhaida Binti Zulkhipli

JAWATANKUASA PELAKSANA

4
MINGGU PENDIDIKAN KHAS ( MENONTON WAYANG )
BIL. AJK TUGAS

1. KETUA PROJEK ~ memastikan projek berjalan


dengan lancar.
Pn. Nurul Ayuni bt Hj. Azmi

2. LAPORAN/ALBUM ~membuat laporan selepas


program
Pn. Fatin Nadia Binti Sabree
~ menyediakan gambar untuk
En. Mohd Syahrul Azman Bin Bolalan album
@ Balalo

3. BENDAHARI ~ pengurusan duit

Pn. Nor Zuhaida Binti Zulkhipli

4. PENGANGKUTAN ~ menguruskan pengangkutan

Pn. Noraziah bt Mohd Nor

5. KESELAMATAN ~ memastikan keselamatan murid


terjamin
Tn. Hj. Abdul Salam Bin Hj. Abdul Kadir
~ bawa peti kecemasan 12.0
CADANGAN
6. MAKANAN / MENU ~ menguruskan makanan
ATUR CARA
sebelum bertolak.
En. Zulhelmi Bin Md Isa PROGRAM
8. TEMPAT DAN PERALATAN ~ pengurusan tempat
TARIKH/HARI MASA ATURCARA
Pn. Noor Aziah bt Mohd Nor
16 April 2015 7.45 pagi - Makan Pagi RMT di kantin sekolah
9. BORANG KEBENARAN KELUAR ~ label kelas
(KHAMIS)
MURID / AWESOME,BRILLIANT,
8.15 pagi - Aktiviti Pengenalan Peraturan Di Pawagam
TAG NAMA MURID CHARISMA,TEACCH,
9.00 pagi - Rehat
Pn. Salfarina Binti Omar PENDAFTARAN dan borang
9.30 pagi - Persiapan untuk bertolak
pendaftaran
Pn. Fairus Binti Harun
9.45 pagi - Bertolak ke AEON Kinta City, Ipoh
Pn. Zuriati Binti
10.30 pagi - Menonton Wayang
11. DISIPLIN ~ memastikan disiplin murid
12.00 t/hari - Bertolak balikterkawal
ke SK Tasik Damai
dengan bantuan guru
Abdul Karim Bin Kamaruzaman pengiring
Semua guru

12. PEMBAHAGIAN MURID ~ membuat pembahagian murid


mengikut kesesuaian
Pn. Nadia Marina Binti Mohd Yunus

Pn. Noor Aziah Binti Mohd Nor

13. JURUFOTO ~ mengambil gambar untuk


diberi kepada Setiausaha
Pn. Nurul Ayuni Binti HJ. Azmi 5

Pn. Nor Zuhaida Binti Zulkhipli


MINGGU PENDIDIKAN KHAS ( MENONTON WAYANG )

13.0 SUMBER KEWANGAN

13.1 Penerimaan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Sekolah(PCG/LPBT/kaunseling) RM 440

2 Sumbangan RM 150

JUMLAH KESELURUHAN RM 590

13.2 Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Sewa 1 buah bas 1X RM 200 RM 200

2 Bayaran makan murid 30 x RM 5 RM 150

3 Tiket Wayang 30 x RM 8 RM 240

JUMLAH KESELURUHAN RM 590

14.0 PENUTUP

6
MINGGU PENDIDIKAN KHAS ( MENONTON WAYANG )

Pada umumnya filem adalah karya seni. Sementara manusia pula pada
umumnya memerlukan karya seni sebagai makanan jiwa selain makanan zahir untuk
mendapatkan tenaga dan kesihatan. Manusia yang waras memerlukan seni, bukan
sebagai makanan tambahan tetapi sebagai makanan ruji mempertajamkan pemikiran.
Filem tidak sekadar ditonton tetapi dibaca. Mereka membaca sistem tanda atau
semiotik. Tanda-tanda yang mempunyai makna yang lebih besar daripada yang
terpancar di layar.

Meminjam pemikiran Jostein Gripsrud dalam buku Film Studies: Critical


Approaches, filem adalah penggerak sosial. Filem katanya, hanya bahan mentah tetapi
istimewanya ia menyediakan pengalaman dan makna yang boleh dimanfaatkan oleh
manusia. Maka tujuan menonton filem adalah menggiatkan fikiran kita terus bekerja dan
mengutip pengalaman baru dari karya seni ini kerana ia bertepatan dengan saranan
kerajaan yang mewujudkan Key Performance Indicators (KPI) di setiap kementerian bagi
mengukur dan melihat sejauh mana pencapaian kementerian berkenaan dan oleh sebab
demikian, Unit Pendidikan Khas SK Batu Unjur menyahut seruan iaitu ingin memenuhi
prinsip ini dengan berusaha menjalankan pelbagai aktiviti amali di luar bilik darjah seperti
terapi wayang bagi meningkatkan penguasaan pengamatan murid Pendidikan Khas.

Diharapkan dengan adanya aktiviti sebegini akan mewujudkan kesungguhan dan


tumpuan dalam diri guru-guru bagi melaksanakan aktiviti agar dapat memberikan satu
inspirasi dan semangat kepada murid-murid bermasalah pembelajaran supaya bersemangat
dan bersikap proaktif sejajar dengan prinsip-prinsip dalam bidang pendidikan yang
bertepatan dengan prinsip-prinsip Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Akhir kata,
kami mengharapkan program dan aktiviti yang dijalankan ini mendapat kerjasama dari
semua pihak dan menjadi inspirasi kepada Program Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran SK Batu Unjur.

7
MINGGU PENDIDIKAN KHAS ( MENONTON WAYANG )

Disediakan oleh

.................................................
(PN.)

Disemak oleh

.....................................................
(PN. ARBA’AYAH BINTI JAILANI)
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Disahkan oleh

....................................................
(PN. BADARIAH BINTI MAHFODS)
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai