Anda di halaman 1dari 2

SEBELUM BIG

Pada semester kali ini, kami unit PISMP Pendidikan Khas ambilan Januari
2013 telah bersepakat untuk melakukan khidmat masyarakat membersihkan stor
GERKO dan kawasan sekitar Stadium Puteri Gunung Ledang (PGL). Kami selaku
AJK aktiviti telah membahagikan tugasan bagi memastikan setiap kawasan yang
perlu dibersihkan dapat disiapkan pada jangka masa yang ditetapkan. Di dalam
stor

GERKO

terdapat

peralatan

permainan

dan

olahraga

dan

alatan

perkhemahan. Kami telah membahagikan ahli unit kami untuk membersihkan


peralatan-peralatan tersebut. Hal ini bagi memastikan gerak kerja lebih teratur
dan berjalan lancar.
peralatan

memasak,

Beberapa orang guru pelatih dikehendaki membersihkan


sebahagian

yang

lain

perlu

menyimpan

peralatan

perkhemahan di dalam stor GERKO yang lama dan selebihnya perlu menyusun
alatan permainan dan olahraga di dalam stor GERKO yang baru. Tempat alatan
itu disimpan juga diletakkan tagging bagi memudahkan urusan penyimpanan
alatan permainan selepas ini. Semua ahli unit kami memberikan kerjasama yang
baik bak kata pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing .

SELEPAS BIG
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana kami selaku ajk aktiviti berjaya
menjalankan tugas kami dengan lancar dan mendapat kerjasama yang sangat
baik daripada pihak pensyarah dan rakan guru pelatih yang lain.

Kesemua

peralatan

Kawasan

di dalam stor gerko kelihatan tersusun rapi dan kemas.

sekitar juga kelihatan bersih kerana kerjasama yang ditunjukkan guru pelatih
mengutip sampah -sarap. Akhir sekali, kesemua tugasan kami selesai dengan
jayanya dan mendapat pujian daripada pensyarah yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai