Anda di halaman 1dari 6

Kisah Teladan Tiga Orang Budak Hitam

Watak utama
a) Tiga orang Budak Hitam
b) Tok Pi
Watak sampingan
a) Yah
Latar masa
a) Siang
b) Malam
Latar tempat
a) Dangau di kebun
b) Kawasan pokok pisang
Latar masyarakat

a) Masyarakat Kampung Pisang Sebatang

Babak 1
Nun di selatan sana terdapat sebuah perkampungan yang diberi nama Kampung
Pisang Sebatang yang dihuni oleh penduduknya yang sangat bersatu padu. Mereka
hidup dalam harmoni dan masing-masing sentiasa menjaga kebajikan kampung
mereka. Mereka sangat meminati pisang namun hanya terdapat sepohon pisang sahaja
untuk penduduk kampung. Hinggalah pada suatu hari pokok pisang tersebut tidak
mengeluarkan buah yang banyak. Tok Pi ditugaskan menjaga pokok pisang tersebut.

Budak Hitam 1 : We! pagi-pagi macam ini sedap kalau kita dapat makan pisang yang
ranum lagi enak.
Budak Hitam 2: Aku dengar-dengar pokok pisang sebatang di kampung ini sedang
Berbuah. Tapi pokok pisang itu tidak berbuah dengan banyak seperti
musim yang lalu.
Budak Hitam 3: Tapi..tapi... Tok Pi yang garang yang ditugaskan menjaga pokok pisang
itu. Takutnya..
Budak Hitam 1: Ehhhh... Kita beramai-ramai bukan seorang.. Sepakat membawa
berkat..
Budak Hitam 2: kalau begitu, ayuh..cepat-cepat.. Takut nanti orang lain pula kebas
pisang
kita.
Budak Hitam 3: Korang je la yang pergi ambil aku jaga line.. Korang tahulah Tok Pi kalau
marah sentap aku.. Terkencing woo.
Budak Hitam 2: Mana tak garang..mak aku cakap Tok Pi tu dulu askar..dh naik kebas
punggung aku ni asyik dok kena rotan Tok Pi masa belajar mengaji
al-Quran dengan dia dulu.
Budak Hitam 1: Ahhh!! Peduli apa aku dengan Tok Pi.. rezeki dah ada..rugilah kalau kita
tak sambar. Lagi pun, bukannya Tok Pi selalu meronda dekat pokok
pisang tu.
Budak Hitam 3: Ye jugak kan..apa lagi geng..jom la buat plan bila nk mulakan operasi

Babak 2
Di sebuah pondok kecil di kawasan kebun. Angin sepoi-sepoi bahasa dinikmati dengan
nyamannya oleh pasangan tua (Tok Pi dan isteri). Rotan yang menjadi gerunan anakanak muda Kampung Pisang Sebatang digenggam erat seolah-olah bimbang akan
terlepas dari genggaman.

Tok Pi : Nyaman betul angin petang ni..kalau dapat minum kopi O dengan pisang goreng
enak ni.
Yah : Awak ni dah kenapa bang, tak nampak tu mangkuk tingkat kat sebelah awak
tu..cuba buka tengok apa yang masak untuk awak.
Tok Pi : Alah ko ni Yah.. saja abang nak bergurau..dah lama sangat tak rasa pisang
goreng cheese awak ni, kempunan pulak rasa kalau sehari tak dapat makan.
Yah : Alah abang ni, melebih-lebih pulak puji saya. Selalunya, pagi-pagi dah hilang
pergi makan kat kedai si Zainab tu.
Tok Pi : awak ni ke situ pulak. Sekali-sekala nak bertukar jugak bertukar selera.
Yah : Hmmm..ye la bang oii
Dalam asyik menikmati juadah petang mereka. Tiba-tiba Mak Yah bersuara
Yah : Ehh abang! Itu bukan budak-budak Hitam tu ke? Apa yang mereka
terhendap-hendap dekat pagar tu. Pelik pula saya tengok.
Tok Pi mencapai cermin mata usangnya sementara pandangannya tidak terlepas
mencari kelibat tiga budak hitam itu seraya berkata.
Tok Pi : Haa..ada la rancangan jahat budak-budak tu..aku dah masak sangat dengan
perangai budak-budak ni. Minggu lepas reban ayam si Mail mereka
pecahkan..habis ayam Mail mereka jual.. mengamuk sakan si
Mail..hmmm..budak-budak..tak boleh jadi ni, aku kena pergi siasat apa yang
budak-budak ni nak buat.

Yah : Ye lah bang..pergilah tapi hati-hati, awak tu matanya bukan terang sangat.
Tok Pi : Ye lah Yah. Aku pergi ni.
Babak 3

Sedang budak-budak Hitam itu tertinjau-tinjau kawasan kebun pisang itu, mereka tidak
sedar bahawa perbuatan mereka itu sedang diperhatikan oleh Tok Pi..tiba-tiba mereka
disergah oleh suara keras Tok Pi.
Tok Pi

: Haaa..apa yang kamu terhendap-hendap tu?

Budak Hitam 2 : Ehh Tok Pi (sambil tersenyum)..assalamualaikum..apa khabar? (kata


Budak Hitam 2 cuba untuk berseloroh) Apa Tok Pi buat kat sini?
Tok Pi

: Hmm..baik..Aku pulak yang kamu tanya..keja aku memang menjaga


pokok pisang ni..dah tentu lah aku ada kat sini. Yang kamu bertiga ni
tiba-tiba tercangak kat sini kenapa?

Budak Hitam 3 : Kami sebenarnya saja nak tengok-tengok kampung. (kata Budak Hitam
3 dalam nada gurau)
Budak Hitam 1 : Betul tu Tok Pi..tak kan lah nak jalan-jalan dalam kampung sendiri pun
tak boleh..hehehe (nada sinis)
Tok Pi

: Ahhh..sudah! baik kamu bertiga angkat kaki sebelum rotan puaka aku ni
hinggap kat badan kamu. ( sambil mengangkat rotan cuba untuk
menakut-nakutkan mereka)

Budak Hitam 2 : Wehh! Jom..jom..jom..karang mengamuk pula orang tua ni..(ketiga-tiga


Budak Hitam itu lari ketakutan)

Pada malam itu, mereka bertiga bersepakat untuk tetap meneruskan rancangan
mereka.
Budak Hitam 3 : fuhhhnyaris-nyaris petang tadi nak tertangkap kan wehh..
Budak Hitam 1 : tertangkap dengan sapa?
Budak Hitam 2 : ehh kau ni.. dengan sapa lagi..dengan Tok Pi lah..aku debik kang!
Budak Hitam 1 : hehehe (sambil tergaru-garu)
Budak Hitam 3: Ishh..dah lah korang ni..ada baiknya kita susun cantik..cantik plan kita

untuk esok. Jadi apa pendapat korang?


Budak Hitam 2 : Aku rasa baik kita mencuri tengah malam esok sebab masa tu
confirm
Tok Pi dah balik rumah nak tidur.
Budak Hitam 1: Ye jugak kan..bila Tok Pi tak ada senang la kerja kita..banyak la buah
pisang yang kita dapat nanti.
Budak Hitam 3 : Ok..aku setuju..esok mlm kita mulakan operasi. Ok la geng aku chaw
dulu. (ketiga-tiga Budak Hitam pulang ke rumah masing-masing)
Babak 4
Keesokan malamnya..setelah sampai di kebun yang terdapat sepohon pokok pisang
yang dijaga Tok Pi.....
Budak Hitam 1 : Kawan-kawan pisang tak banyak lah, kalau kita curi dah tentu lah Tok
Pi
perasan. Takut aku
Budak Hitam 3 : alamak kau ni, penakut sangat. Kalau aku dah dapat, kau jangan nak
minta pisang aku
Budak Hitam 2 : woi, apa tunggu lagi? Jom lah kebas pisang tu sebelum ada orang
nampak (sambil mereka mengumpul buah pisang, mereka menyanyi
dengan gembira)
Dalam asyik mereka memetik pisang, tiba-tiba...... sappppp!!!!! (rotan Tok Pi hinggap di
punggung Budak Hitam 3)
Budak Hitam 3
Tok Pi
Budak Hitam 2

: aduhhhhh!!!! Ampun..ampun tok


: korang curi pisang aku, dah lah buahnya tak banyak.
: Alah tok, kami ambil sorang satu je. Tak kan tu pon nak
berkira

Budak Hitam 1
Tok Pi

: Yelah tok.......
: korang jangan cuba nak buat lawak dengan aku!.
Masalahnya, pokok pisang sebatang ni milik penduduk
Kampung Pisang Sebatang. Sudah! Aku nak hantar korang ke
balai terus! Hari itu pun ayam-ayam Mail hilang korang yang

jual kan??!! Baik korang mengaku! (kata Tok Pie dengan


nada keras sambil menjegilkan matanya)
Ketiga-tiga Budak Hitam : Ye, ye Tok! Memang itu kami yang buat. Maafkan kami tok.
Kami janji tak akan buat lagi. Tolongla Tok! Kami tak nak
masuk penjara Tok! Tolong tok...tolong.
( merayu budak-budak Hitam sambil menangis)
Tok Pi

: Boleh percaya ke janji kamu bertiga ni..dah banyak kali kamu


buat onar dalam kampung ni. Sudah! Jangan nak merayu
pada aku kat sini..biar pihak polis yang tangani kes kamu.
Mari ikut aku! (Tok Pi cuba membawa mereka berjumpa Tok
Penghulu.)

Budak Hitam 1

: Tolong la tok..kami bertiga minta maafjangan bawa kami ke


balai. Kasihanilah kami Tok!

Tok Pie

: Herm baiklah. Tapi aku tetap tidak akan lepaskan kamu


berdua. Aku tetap akan bawa kamu berjumpa tok penghulu.
Biar tok penghulu selesaikan perkara ini. Ini sebagai
pengajaran kepada kamu bertiga supaya kamu tidak
mengulangi lagi perkara yang sama. Mari ikut aku!
(Tok Pie mengheret mereka bertiga ke rumah Tok Penghulu)

Anda mungkin juga menyukai