Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum w.b.

t,

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana,

serta hadirin yang ceria.

Nyanyi~

Terpesona istana kaca,

Terkesima kata mulia,

Seribu utusan mahkota hiasan,

Membingkis berita damaikan dua kota.

Itu lagu Siti Nurhaliza. Nama saya pula, Uzair Haqq bin Mohd Farhan.

Saya akan menyampaikan sebuah kisah tentang siapa yang dinyatakan

dalam lagu tadi iaitu ‘Kepimpinan Nabi Sulaiman’

Kawan-kawan semua kenal Nabi Sulaiman?

Nabi Sulaiman merupakan putera kepada Nabi Daud. Baginda

membantu bapanya menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat

pada ketika itu. Apabila mencapai usia 100 tahun, Nabi Daud telah
wafat. Nabi Daud menyerahkan kerajaan Bani Israel kepada anaknya.

Ketika itu Nabi Sulaiman berusia 13 tahun.

Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama)

Sulaiman ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadah), lagi

sentiasa rujuk kembali (bertaubat).

Surah Sad ayat 30

Hebat harimau kerana belangnya,

Hebat ayam pula pada tajinya.

Apakah agaknya kelebihan Nabi Sulaiman?

Hmmmmmm,

Mari saya kongsikan.

Yang pertama baginda boleh menguasai bahasa binatang, angin,

dan jin. Wah! Hebat bukan. Kita mahu berbahasa Inggeris pun

tergagap-gagap, inikan pula memahami bahasa haiwan. “Meow- meow-

meow “ “Haaaa, apa yang saya cakap tadi? Tak tahu kan? Hihihi.

Allright, later, I’ll share with all of you how Prophet Sulaiman talk

with animal. Eh, speaking pula. Hihihi


Yang kedua, kekuasaan jajahan takluk Nabi Sulaiman sangat

luas. Hal ini diceritakan dalam Surah Sad ayat 35

Katanya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan

kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan)

yang tidak akan ada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya

Engkaulah yang sentiasa melimpah kurniaNya.

Yang ketiga, kekayaan kerajaan Nabi Sulaiman sangat luar

biasa. Meliputi dasar bumi dan lautan. Nabi Sulaiman a.s memerintah

tidak sahaja negeri Arab tetapi Israel, Parsi, Rom dan Habsyah.

Zaman sekarang apabila melihat kekayaan Dato’ Alif Syukri pun kita

sudah kagum. Apatah lagi kekayaan Nabi Sulaiman. Subhanallah.

Hadirin yang budiman,

Yang bulat tak akan datang bergolek,

Yang pipih tak akan datang melayang.

Begitulah kata pepatah Melayu kita. Setiap kejayaan tidak akan

datang dengan mudah. Perlukan ilmu dan usaha. Seperti pelaksanaan

Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR). Bagi mencapai tahap


kompeten terpuji murid-murid perlu melaksanakan tugasan yang

diberi.

Sebentar tadi saya berjanji untuk menceritakan tentang

kemahiran berbahasa Nabi Sulaiman kan? Haaaa, hal ini kita akan

dapati dari kisah Nabi Sulaiman bersama burung Hud-hud.

Nabi Sulaiman memeriksa anggota,

Tersedar hud-hud tiada bersama,

Lantas murka kunjung tiba,

Bakal di hukum oleh sang raja.

Hud-hud melapor tergesa-gesa,

Membawa khabar kerajaan Sabaa’,

Ratu Balqis ratu yang bijaksana,

Sayang menyembah matahari pula

Maka, burung Hud-hud bertindak sebagai utusan membawa

risalah dakwah. Begitulah kawan-kawan, dakwah ini begitu luas. Tidak

terhad kepada cara yang tegas semata-mata. Cara berhikmah lebih

dapat menyentuh hati. Apatah lagi dakwah zaman sekarang. Pelbagai

isu yang melanda, rakyat bagai hilang pedoman, maka pendekatan

berhikmah lebih perlu digunakan.


Sebagai kesimpulannya, walaupun kita masih kanak-kanak tetapi

gaya kepimpinan Nabi Sulaiman masih boleh dicontohi. Bagaimana?

1. Berusahalah untuk mencapai sesuatu dalam hidup kita. Terdapat

pelbagai cara untuk berjaya. Jangan mudah berputus asa.

2. Santunilah haiwan dengan baik. Kucing, semut, burung, kura-kura

serta apa jua haiwan. Mereka adalah makhluk Allah dan mempunyai

perasaan.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai