Anda di halaman 1dari 7

MODEL ASSURE REKA BENTUK PENGAJARAN

Tajuk

: Wuduk

Guru

: 2 Berdikari

Mata Pelajaran

: Pendidikan Islam

Tempoh Masa

: 60 minit

Analisis Pelajar
Ciri-Ciri Umum

Jumlah pelajar : 5 orang


Umur : 8 tahun
Jantina : Tiga perempuan
Dua lelaki
Masalah pembelajaran : - Hiperaktif 2 orang
- Slow Learner 2 orang
- Autism 1 orang
Taraf ekonomi sosial keluarga : Kerani pejabat, Jururawat, Pekerja sektor swasta, Peniaga

dan Petani.
Pendapatan keluarga : kesemua keluarga berpendapatan sederhana

Pengetahuan sedia ada / Kemahiran Pra Syarat

Murid pernah melihat cara berwuduk tetapi tidak didedahkan


Murid boleh menggunakan mouse dan laptop dengan baik
Murid dapat membezakan air yang bersih untuk berwuduk

Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran kinestetik = hiperaktif dan slow learner


Gaya pembelajaran visual = autisme
Kesemua murid gemar menonton video
Murid autism dan hiperaktif lebih kepada gaya pembelajaran belajar secara bermain.
Murid slow learner gaya pembelajaran yang lebih teliti iaitu langkah demi langkah.
Setiap murid akan lebih bermotivasi sekiranya didorong dengan pujian, token dan lain-lain.
Murid hiperkatif dapat menumpukan perhatian di dalam kelas sekejap sahaja.

Nyatakan Objekti
STANDARD KANDUNGAN
4.1 Wuduk

STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.1 Mengenal anggota wuduk yang fardhu.

Muka
Tangan
Kepala
Kaki

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid-murid berupaya untuk :1) Mengenal kesemua empat anggota wuduk yang fardhu dengan betul dan tepat dengan
menggunakan :
i.
ii.
iii.

Imej magnifier
Sentuhan badan sendiri
Kad imbas

Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan


Kaedah
KAEDAH BERCERITA
Sangat sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak yang mempunyai masalah

pembelajaran.
Kaedah ini dapat menarik perhatian pelajar seperti pelajar slow learner, hiperaktif dan

sindrom down.
Kaedah bercerita ini digabungkan dengan bahan audio dan imej supaya diapat

dijadikan video.
Kaedah ini dapat menjadikan murid seronok dan terhibur dengan bahan yang

ditayangkan.
Kaedah bercerita ini dapat mewujudkan perassan teruja dan seronok dalam diri
murid-murid. perasaan teruja kerana murid tidak sabar untuk mengetahui cerita yang
seterusnya dan kesudahan cerita yang ditunjukkan.

KAEDAH PERBINCANGAN
Kaedah perbincangan digunakan untuk berbincang dengan murid tentang maksud

wuduk, kegunaan air utuk berwuduk dan lain-lain.


Guru akan berbincang dengan guru tentang topic yang dipelajari pada hari tersebut.
Kaedah ini dapat melatih murid untuk berfikir dan mengeluarkan idea-idea mereka
sendiri. Selain itu, murid juga dapat mengeluarkan pendapat meraka sendiri.

DIDIK HIBUR
Tanyangan video animasi Upin dan Ipin.
Kaedah ini dapat menimbulkan perasaan teruja, seronok dan gembira dalam diri
murid-murid.

Murid-murid dapat melapaskan tekanan dan berasa santai dengan kaedah

pengajaran ini.
Kebanyakan murid sangat takut dengan guru-guru yang terlampau seriaus
sehinggakan mereka tidak dapat belajar dengan selesa. Oleh itu, dengan
menggunakan kaedah ini murid dapat merasa bebas dan santai dengan tayangan
video Upin dan Ipin.

KAEDAH BELAJAR SECARA BERMAIN


Guru menggunakan kad imbas dan kaedah suai kenal serta imej magnifier.
Guru menggunakan kaedah ini bertujuan untuk murid-murid mengaplikasikan apa

yang dipelajari ke dalam pengajaran dan pembelajaran.


Guru dapat memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan komputer
secara terus.

Media dan Bahan


POWER POINT
Software Power Point digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kepada
murid-murid untuk memperkenalkan anggota-anggota wuduk fardhu.
Software power point ini ditukar kepada software ispring supaya murid dapat merasa
lain daripada power point yang telah digunakan sebelum ini.
Ispring power point ini berbentuk video untuk menarik minat murid supaya dapat
memberikan tumpuan kepada pdp.
Penggunaan power point flash ini dapat menarik minat murid kerana guru boleh
memasukkan kesan bunyi yang boleh digabungkan dengan animasi gambar-gambar
yang bergerak.
Murid-murid tidak mudah bosan dan cepat hilang tumpuan kerana setiap slaid
disertakan dengan pelbagai animasi dan muzik yang sesuai digunakan.
Selain itu, kaedah ini juga lain daripada keadah yang selalu digunakan. Guru
biasanya menggunakan keadah chalk and talk atau hanya penerangan semata-mata.
Oleh itu, murid mudah bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pembelajaran yang digunakan.
Maklumat yang sukar diterangkan akan memudahkan guru dengan menggunakan
power point slaid ini seperti menerangkan tentang pergerakan sesuatu benda.
IMEJ
Gambar badan manusia digunakan untuk memperkenalkan bahagian anggota badan
yang digunakan untuk berwuduk yang bahagian wajib sahaja seperti muka, lengan,
kepala dan kaki.
Gambar ini menggunaka software imej magnifier.
Murid-murid akan teruja apabila kanta pembesar yang digerakkan akan menunjukkan

bahagian anggota badan dan akan menjadi besar dan jelas.


Imej ini digunakan untuk memberikan kelainan ketika mengajar.
Guru tidak hanya tertumpu kepada video dan audio sahaja tetapi guru juga boleh
mempelbagaikan bahan pengajaran dengan menggunakan visual.
Bahan ini sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak yang menggunakan gaya
pembelajaran visual.
Gaya visual ini ialah murid autism, slow learner dan lain-lain.

VIDEO
Untuk memudahkan pembelajaran dan pengajaran saya, saya telah mengubah video

untuk disesuaikan dengan topic yang telah saya ajar.


Saya memilih karekter Upin dan Ipin untuk membuat video ini. Hal ini kerana, kartun
Upin Ipin sangat popular dikalangan kanak-kanak maka saya telah memilih animasi

kartun ini untuk disesuaikan dengan topic yang saya ajar pada hari tersebut.
Di dalam video ini juga saya memasukkan juga bahan audio ke dalam video ini.
Bahan audio ini disesuaikan dengan imej yang digunaka dalam video ini.
Bahan video ini digunakan memandangkan semua murid berminat dengan video.
Murid hiperaktif sangat sesuai menggunakan bahan video ini dalam pengajaran dan

pembelajaran.
Pelajar kinestetik dan auditori dapat diraikan dengan menggunaka bahan ini. Di
samping itu, murid dapat menghilangkan rasa bosan dalam pdp

KAD IMBAS
Kad imbas yang digunakan adalah berbentu ict yang digunakan di dalam software

Hot Potato.
Kad imbas digunakan di dalam ict. Bahan ini dapat menarik minat murid kerana kad

imbas ini digunakan di dalam computer.


Kad imbas ini adalah lain daripada yang biasa digunakan oleh guru-guru.
Kad imbas ini dapat melatih murid menggunakan computer dan guru dapat melihat

keupayaan murid menggunakan computer.


Bahan ini dapat menguji pengetahuan am murid tentan computer seperti
menggunakan mouse dan lain-lain.

AUDIO
Audio digunakan pada bahagian memperkenalkan anggota wuduk yang fardhu.
Apabila gambar ditujukkan murid-murid boleh mendengar suara yang dirakam

dengan menyebut apa gambar yang ditujukkan.


Ini dapat membantu murid yang tidak dapat membaca dengan mendengar audio
yang disediakan.

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah

BAGAIMANA DISEMAK / DIPRATONTON


POWER POINT
1. Ditukarkan kepada software Ispring dan akan dimasukkan dalam perisian
exe.
2. Imej, audio akan dimasukkan kedalam perisian power point Ispring sebelum
dimasukkan ke dalam perisian exe.
3. Power point ispring ini akan digunakan dalam langkah pengenalan, set
induksi langkah ke dua dan langkah yang terakhir.

IMEJ
1. Gambar yang digunakan akan dimasukkan ke dalam perisian exe.
2. Kemudian daripada perisian exe akan mengginakan Idevice imej magnifier.
3. Ini bertujuan untuk melihat secara dekat gambar yang ditunjukkan dengan
menggunakan kanta pembesar.
VIDEO
1. Video yang diubah menggunakan perisian power director.
2. Video yang digunakan menggunakan watak Upin dan Ipin, dan Opah.
3. Video digunakan pada langkah 1 iaitu bahagian memperkenalkan maksud
wuduk.
KAD IMBAS
1. Kad imbas yang digunakan ialah menggunakan perisian Hot Potato.
2. Guru akan memastikan semua murid dapat menggunakan komputer untuk
membuat aktiviti kad imbas ini.
3. Kad imbas digunakan untuk aktiviti memperkenalkan anggota anggota

wuduk yang fardhu.


AUDIO
1. Bahan audio digunakan dalam video yang telah diubah.
2. Bahan audio juga digunakan di dalam power point .

PERSEDIAAN PERSEKITARAN
Persekitaran di dalam kelas adalah selesa bagi semua murid.
Kedudukan pelajar hiperaktif berada berdekatan dengan guru.
Pastikan kedudukan pelajar di dalam kelas adalah berbentuk ladang.
Laptop disediakan oleh guru menggunakan laptop sendiri.

PERSEDIAAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN


Murid ditunjukkan gambar jenis-jenis air untuk diteka air apakah yang sesuai
digunakan.

Penglibatan Pelajar
SET INDUKSI (+ 5 MINIT)
1) Pelajar dipertontonkan gambar air yang berbeza iaitu air mineral, air milo dan air sirap bandung.
2) pelajar menyatakan air yang boleh digunakan untuk berwuduk

3) pelajar bersoal jawab tentang jenis air tersebut


4) guru mengaitkan jenis air yang ditunjukkan dengan pembelajaran mereka pada hari ini
LANGKAH 1 (+ 15 MINIT)
1) pelajar didedahkan dengan video mengenai maksud wuduk dan tujuan berwuduk
2) guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai maksud wuduk
3) guru bersoal jawab dengan murid tentang tujuan berwuduk
4) pelajar diberikan aktiviti true and false untuk menguji kefahaman mereka.
5) pelajar disoal oleh guru tentang maksud wuduk yang mereka fahami
6) guru memberikan pengukuhan tentang maksud wuduk kepada para pelajar
Langkah 2 ( + 20 minit)
1) pelajar diperkenalkan bilangan anggota wuduk fardhu
2) pelajar diperkenalkan dengan gambar-gambar anggota wuduk fardhu
3) pelajar melihat sambil menyebut bahagian anggota wuduk yang ditunjukkan kepada mereka.
4) pelajar diberi peluang untuk menggunakan imej magnifier untuk mengetahui kedudukan anggota
wuduk di badan manusia
5) pelajar melihat sambil menyentuh pada bahagian aggota badan sendiri.
6) setiap pelajar diberi peluang untuk membuat aktiviti suai dan padan bagi anggota wuduk
Langkah 3 (+ 15 minit)
1) pelajar ditunjukkan demo tentang bagaimana menjawab soalan yang telah disediakan oleh guru.
2) guru menggunakan aktiviti saya dipilih? untuk membuat giliran bagi murid-murid menjawab
soalan yang disediakan di dalam komputer guru.
3) pelajar yang dipilih akan ke hadapan dan menjawab satu soalan yang diberikan oleh guru.
4) perlakuan ini berulang sehingga habis soalan dijawab.
Penutup (+5 minit)
1) perisian exe power point anggota wuduk ditayangkan semula kepada pelajar.
2) guru membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.

Menilai dan Menyemak Semula

Penilaian pembelajaran dan prestasi murid :


Kefahaman murid tentang anngota wuduk yang diperkenalkan
Dalam setiap langkah yang digunakan guru menilai pembelajaran dengan tahap
penglibatan murid semasa pengajaran dan pembelajaran digunakan.
Penilaian prestasi dan Pengajaran guru
Objektif yang dinyatakan tercapai ataupun tidak.
Tindak balas pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Bahan-bahan yang digunakan berjalan dengan lancar ataupun tersekat-sekat ( video)
Perancangan pembelajaran dapat dijalankan semua dan mengikut perancangan
yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai