Anda di halaman 1dari 7

Taisir Mustolahul-Hadis-Bab Kedua:Sifat-Sifat Orang Yang Diterima

Periwayatannya
Dan Perbincangan Tentang Al-Jarh Wa Al-Ta'dil
BAB KEDUA
SIFAT-SIFAT ORANG YANG DITERIMA PERIWAYATANNYA DAN
PERBINCANGAN TENTANG AL-J ARH WA AL-TA'DIL
Perbahasan Pertama:Perawl Dan Syarat-Syarat Penerimaannya
Perbahasan Kedua:Gambaran Umum Tentang Kitab-Kitab Al-J arh Wa Al-Ta'dil
Perbahasan Ketiga:Tingkatan Al-J arh Wa Al-Ta'dil
PERBAHASAN PERTAMA:PERAWI DAN SYARAT-SYARAT PENERIMAANNYA
Pendahuluan
Oleh kerana hadis-hadis Rasulullah s.a.w.sampai kepada kita melalui para perawi dan
merekalah paksi utama untuk mengetahui kesahihan dan kepalsuan hadis,maka ulama hadis
telah memberiperhatian khusus terhadap para perawi dan meletakkan beberapa syarat yang
teliti lagi kemas sekaligus membuktikan kedalaman pemerhatian,kemantapan pemikiran dan
keunggulan metodologi mereka. Syarat-syarat yang diletakkan oleh ulama hadis pada perawi
serta syarat-syarat lain bagi penerimaanhadis dan riwayat tidak pernah dicapai oleh mana-
mana agama sekalipun pada zaman moden ini walaupun ahli-ahlinya mendakwa bahawa
mereka memiliki metodologi dan ketelitian.Mereka tidak meletakkan syarat pada pelapor
berita seperti syarat yang dimestikan oleh ulama hadis pada perawi meskipun syarat yang
lebih rendah daripada itu.Kebanyakan berita-berita yang dilaporkan oleh agensi-agensi berita
rasmi tidak dapat dipercayai dan diyakini.Ini kerana para pelapornya tidak dikenali.Bukankan
kebinasaan cerita-cerita itu kerana pelapor-pelapornya? Selang beberapa waktu sahaja
termyata kebanyakan berita itu adalah palsu.

Syarat-Syarat Penerimaan Perawi


Majoriti ulama hadis dan fiqh telah sepakat bahawa dua syarat asas mesti ada pada seorang perawi,

iaitu:

1.Keadilan iaitu perawi itu mestilah seorang muslim,baligh,waras,tidak mermpunyai faktor-faktor


kefasikan dan perkara-perkara yang mencacatkan maruah.

2.Ketepatan(hw)iaitu tidak bercanggah dengan perawi-perawi thiqah,tidak lemah ingatan,tidak ada


kesilapan yang jelek,tidak lalai dan tidak banyak kekeliruan.
Keadilan dibuktikan dengan salah satu daripada perkara berikut
1. Penjelasan oleh ulama a/-Jarh wa a/-Ta'di/tentang keadllannya atau salah seorang dari padamereka,
2. Dengan sebab terkenal dan masyhur. Sesiapa terkenal dengan keadilannya di kalangan ahli
ilmu, memadai tersebar pujian terhadapnya dan lidak pertu lagi kepada penjelasan dan pada
ulama alJalh Wa al-Ta'di/. Mereka itu termasuklah para imam seperti imam yang mazhab
empat, Abu Hanifah, Malik, al-Syafi'I dan Ahmad bin Hanbal, Sufyan lbn'Uyainah, Sufyan al-Thauri, al-
Auza'I dan lain-lain.

Mazhab lbn Abd Al-Barr Tentang Pembuktian Keadilan


Ibn Abd al-Barr berpendapat bahawa setiap pembawa ilmu yang terkenal dengan memberi
perhatianterhadap ilmu dianggap sebagai adil sehinggalah terbukti tairih kepadanya. Beliau berhujah
dengan hadis
‫يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين و تأويل الجاهلين‬

"llmu ini dibawa pada setiap generasi oleh orang«rang yang adil yang menghindarkan
daripadanyapenyelewengan orang-orang yang melampau, pemalsuan golongan sesat dan takwilan
golonganjahil [1]

Bagaimanapun pendapat beliau ini tidak dipersetujui oleh para ulama kerana status hadis ini tidaksahih.
Jika diandaikan sahih maka maknanya hendaklah ditafsirkan sebagai perintah iaitu hendaklahpada setiap
generasi orang-orang yang adil membawa ilmu ini. penafsiran ini berdasarkan ada jugaperawi yang tidak
adil membawa ilmu ini.

Bagalmana Mengetahul Ketepatan Perawl


netepatan perawi dapat diketahui berdasarkan kepada kesamaan riwayatnya dengan perawi-
perawrthiqah yang tekun datam periwayatan hadis. Jika pada kebanyakan keadaan beliau
menyamaimereka datam periwayatan maka dia dianggap sebagai seorang yang dhabit (seorang yang
tepat dankuat ingatan) tidak mengapa jika jarang-jarang terdapat perbezaan dengan riwayat perawi-
perawilain. Sebaliknya jika berlaku banyak percanggahan maka cacatlah ketepatannya dan dia tidak
bolehdijadikan hujah.

Adakah Tajrih Dan Ta'dn Diterima Dengan Tanpa Alasan?


Mengikut pendapat yang masyhur dan sahih, ta'di/diterima tanpa disebutkan sebabnya keranasebabnya
terlalu banyak dan sukar untuk dihitung kerana ulama yang men ta'difkan perawi
terpaksamenyebutkan :"Dia tidak melakukan ini, tidak melakukan itu.. Atau dia buat ini, dia buat itu....
Dansebagainya.
Tetapi lair rh tidak diterima kecuali dengan menjelaskan sebab kerana sebabnya tidak sukar
untukdinyatakan dan masyarakat berbeza pendapat tentang sebab-sebab tairih. Kadang-kadang
ulamamentajrihkan perawi tanpa tairih yang wajar. Ibn al-Shalah berkata :"Inilah yang jetas diakui
datamilmu fiqh dan usui. Al-Khatib al-Baghdadi menyebutkan itu adalah mazhab imam yang hafiz hadis
danpengkritik hadis seperti al-Bukhan, Muslim dan lain-lain. Oleh kerana itu, al-Bukhari berhujah
dengansekumpulan perawi yang ditajrihkan oleh orang lain seperti'Ikrimah,'Amar bin Marzuq. Muslim
pulaberhujah dengan Suwaid bin Sa'id dan sekumpulan perawi yang dipertikai oleh orang lain,
Begitujuga dengan Abu Daud. Ini menunjukan bahawa mereka berpendapat bahawa tairrh tidak
terbuktikecuali dengan diterangkan sebabnya.
Adakah Tajrih Dan Ta'dil Terbukti Dengan Seorang Sahaja?
1. Menurut pendapat yang sahih, taai/dan tairih boleh sabit dengan seorang imam.
2. Ada pendapat mengatakan perlu kepada dua orang imam.

Tajrih Dan Ta'dil Serentak Pada Perawi Yang Sama


Apabila berkumpul pada seorang perawi tairih dan ta'di/maka
1. Menurut pendapat yang muktamad tairih diutamakan jika tajr rh mulassar (dinyatakan
sebab).
2. Dikatakan jika bilangan ulama yang menta'dilkan itu ramai maka ta'di/didahulukan.
Tetapipendapat ini daif dan tidak dipegang.

Hukum Periwayatan Perawi Adil Daripada Seseorang Individu


Periwayatan seorang perawi adil daripada seseorang tidak boleh dianggap sebagai ta'dil.
Inimerupakan pendapat sebilangan besar ahli hadis dan inilah pandangan yang sahih. Ada juga
yangmengatakan itu merupakan tauil untuk perawi tersebut.
Amalan dan fatwa seorang alim mengikut sesebuah hadis bukanlah merupakan keputusan
kepadakesahihannya. Demikian juga percanggahannya dengan hadis itu bukan merupakan
kritikannyaterhadap kesahihan hadis tersebut dan tidak juga terhadap perawi-perawinya. Ada
dikatakan, ituadalah keputusannya tentang kesahihan hadis itu. Pendapat ini telah diakui sahih
oleh al-Amidi danulama lain dari kalangan ahli usuI. Datam masalah ini ada perbahasan yang
panjang dan terperinci.

Hukum Perlwayatan Perawl Yang Bertaubat Darlpada Kefaslkannya


1. Diterima periwayatan perawi yang bertaubat daripada melakukan kefasikan.

2. Tidak diterima periwayatan daripada perawi yang berlaubat daripada mereka-reka hadis
atasnama Rasulullah s. a. w.

Hukum Perlwayatan Darlpada Perawl Yang Mengambll Upah Men9ajarkan Hadls


1. Setengah ulama tidak menerima periwayatan perawi yang mengambil upah
keranamengajarkan hadis. Antara mereka ialah, Imam Ahmad, Ishaq dan Abu Hatim.

2. Setengah ulama yang lain menerima seperti Abu Nu'aim Fadhal bin Dukain.

3. Abu Ishaq al-Syirazi memfatwakan harus mengambil upah bagi perawi yang tidak
mampumenyara keluarganya kerana sibuk mengajarkan ilmu hadis.
Hukum Perlwayatan Perawi Yang Dlkenali Sebagal Bermudah AtauMenerlma
Talqin Atau Banyak Lupa
1. Tidak diterima periwayatan perawi yang dikenali sebagai bermudah atau longgar datam
menerima dan menyamparkan hadis seperh orang yang tidur ketika mendengar hadis atau
menyampaikan hadis berdasarkan kepada naskhah yang tidak dibandingkan dengannuskhah
yang diakui.
2. Tidak diterima periwayatan perawi yang dikenali menerima talqin datam hadis seperti ia
dibacakan sesuatu hadis kemudian ia menyampaikannya tanpa mengetahui itu termasukdatam
hadisnya sendiri.
3. Tidak diterima periwayatan perawi yang dikenali dengan banyak lupa.

Hukum Perlwayatan Perawl Yang Menyampalkan Hadls Kemudlan Ia Lupa


Definisi perawi yang menyampaikan hadis dan ia lupa ialah seorang syaikh yang tidak
mengingatiriwayat hadis yang disampaikan oleh muridnya daripadanya.
Hukum periwayatannya

1. Ditolak, jika beliau menafikannya dengan tegas dengan mengatakan saya tidak
pernahmeriwayatkannya atau dia berdusta atas nama saya dan sebagainya.

2. Diterima, jika beliau teragak-agak datam menafikannya seperti ia mengatakan saya tidak
tahuatau saya tidak ingat dan sebagainya.

Adakah Penolakan Terhadap Sebuah Hadls ltu Bermakna Salah Seorang


DarlpadaMereka Berdua (Syaikh Dan Muridnya) Telah Ditajrihkan?
Tidak boleh dianggap penolakan hadis itu sebagai mencacatkan keadilan salah seorang
daripadamereka berdua, kerana masing-masing tidak boleh mentajrihkan satu sama lain.

Contoh

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dan lbn Majah melalui Rabi'ah bin Abi
AbdulRahman daripada Suhail bin Abi Soleh daripada bapanya daripada Abu Hurairah bahawa
‫ان النبي صلى ا عليه وسلم قضى باليمين مع الشاهد‬

Rasulullah s. a. w. telah memutuskan kes berdasarkan sumpah berserta saksi.

Abdul Aziz bin Muhammad al-Darawardi berkata :"Rabi'ah bin Abi Abdul Rahman telah
menceritakan

kepada saya hadis ini daripada Suhail. Kemudian saya menemui Suhail dan bertanya
kepadanyatentangnya dan beliau tidak mengetahuinya. Lalu saya mengatakan (kepadanya),
Rabi'ah telahmeriwayatkan hadis ini daripada anda."Selepas itu, Suhail mengatakan Abdul Aziz
telahmenceritakan kepada saya Rabi'ah daripada saya bahawa saya meriwayatkan hadis ini
kepadanyadaripada Abu Hurairah.

Kitab-kitab yang paling masyhur


Kitab Akhbar Man Haddatha Wa Nasiya oleh al-Khatib.

[1] Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn'Adi di datam aLKamil dan juga oleh ulama lain. AI-Iraqi
mengatakan semua Jalan hadls ini lemah, lidak boleh dlsabMn satupun. Sebahagian ulama
menilainya sebagai sahi kerana
terdapat banyak Jalan. Untuk pendetallan, rujuk, al-Suyutl, Tadrib al-Rabi Syarh Tagrib al-
Nawawi.
Talsir Mustolahul-Hadls-Gambaran Umum Tentang Kitab-Kitab Al-Jarh Wa Al-Ta'dll &
Perbahasan Ketiga Tingkatan Jarh dan Ta'dil

PERBAHASAN KEDUA

Gambaran Umum Tentang Kltab-Kitab Al-J arh Wa AI-Ta'dil


Oleh kerana penilaian tentang kesahihan dan kedaifan hadis berdasarkan kepada keadilan
perawi
dan ketepalannlra ) atau kecaman terhadap keadilan dan ketepatannya, para Llama
telahmenyusun kitab-kitab yang menjelaskan keadilan para perawi dan ketepatan mereka.
Penulisanmereka itu berdasarkan kepada nukilan daripada imam-imamyang dipercayai datam
ilmumengkreditkan para perawi. Ini dinamakan sebagai ta'dil sebagaimana datam kitab-kitab
tersebutterdapat kecaman terhadap keadilan sesetengah perawi atau terhadap ketepatan dan
keadilanmereka yang dinukilkan daripada para imam yang tidak taksub. Ini dinamakan dengan
a/-Jarh. Darisinilah, kitab-kitab tersebut dinamakan kitab-kitab al-Jarh Wa al-Ta'dil.

Kitab-kitab ini sangat banyak dengan pelbagai metode, antaranya dikhususkan untuk
menjelaskanperawi-perawi yang daif dan ditajrihkan. Ada kitab tentang perawi-perawi thiqah
dan daif. Dari aspeklain, sebahagian kitab ini meliputi semua perawi hadis tanpa melihat kepada
perawi-perawi kitabhadis tertentu dan ada juga khusus dengan perawi-perawi sebuah kitab
sahaja atau beberapa buahkitab hadis yang tertentu.

Usaha = usaha penyusunan biografi = biografi perawi yang dilakukan oleh ulama a/. Jarh wa al=
Ta'di/inidiakui sebagai usaha yang unik kerana mereka menyentuh secara teliti kesemua biografi
para perawihadis dan menjelaskan kedudukan jarh dan ta'dil yang ditujukan kepada mereka.
Kemudiandisebutkan guru-guru yang menjadi sumber ambilan bagi perawi itu kemudian siapa
pula yangmengambil hadis daripadanya. Ke mana mereka pemah mengembara dan bitakah
mereka bertemuguru-guru hadis. Di samping itu, dinyatakan juga zaman hidup mereka dengan
cara yang tidakpemah didahului oleh orang lain bahkan bangsa-bangsa bertamadun di zaman
moden ini tidak dapatmenjangkaui walaupun sedikit usaha-usaha ulama hadis datam menulis
ensaiklopedia yang besartentang biografi-biografi perawi hadis. Mereka mengingati dengan
lengkap pengenalan tentangperawi-perawi hadis sepanjang hayat mereka. Semoga Allah s. w. t.
Memberikan balasan yang baikbuat mereka. Berikut beberapa nama kitabkitab njal

1. A/-Tarrkh al-Kabir oleh Imam al-Bukhari. Kitab ini umum meliputi perawi-perawi thiqah
dandaif.
2. A/Jarh Wa a/-Ta'dil oleh lbn Abi Hatim. Ini juga merangkumi perawi-perawi thiqah dan daif.
3. A/-Thlgat oleh Ibn Hibban. Kitab ini khusus tentang perawi thiqah sahaja.
4. Al-Kami/Fi a/-Dhubla'oleh Ibn'Adi. Jetas dari namanya, kitab ini khusus tentang perawi-perawi
dhaif.
5. A/-Kamal Fi Asma-al-Rira/oleh'Abd al-Ghani al-Maqdasi. Sebuah kitab yang
umum,bagaimanapun ia khusus dengan perawi-perawi kitab Sunan Sittah.
6. Mizan al-/'tidal oleh al-Zahabi_Sebuah kitab yang khusus tentang perawi-perawi daif
dan matruk iaitu setiap orang perawi yang ditajrihkan walaupun pentajrihan itu tidak diterima.
7. Tahzib al-Tahzib oleh Ibn Hajar. Kitab ini dianggap sebagai salah sebuah ringkasan
dansar\ngan kibb al-Kamal Fi Asma'al-Rijal.
PEMAHASAN KETIGA
Tingkatan j arh dan Ta'dil
Datam pendahuluan kitabnya, alJarh Wa al-Ta'di/, lbn Adi telah membahagikanperingkat Jarh
dan Ta'dir dengan masing-masing ada empat dan menjelaskan hukum setiap peringkatitu.
Kemudian ulama telah membahagikan setiap peringkat itu kepada dua. Dengan itu,
setiapperingkat Jarh dan Ta'dil itu mempunyai enam. Berikut ini, peringkat-peringkat Jarh dan
Ta'dil tersebutberserta dengan lafaz-lafaznya.

Peringkat-Perlngkat Ta'dil Dan Lafaz-Lafaznya.


1. Yang menunjukkan kepada kemuncak kepada menthiqahkan atau dengan menyatakan
makna'paling'. Ini peringkat yang paling tinggi seperti ml J ml qi (fulan itukemuncak datam
ketelitian), NI mi t (si fulan orang yang paling teguh).
2. Kemudian ditegaskan dengan satu sifat atau dua sifat thiqah seperti : a a
(dipercayaidipercayai) atau m a (dipercayai lagi teguh).
3. Peringkat yang disebutkan dengan sifat yang menunjukkan thiqah tetapi tanpa
penegasanseperti a atau L.
4. Peringkat yang rJ1enunjukkan fa'dil tanpa menyatakan ketepatan perawi seperti dJ (sangat
benar). LWI m (padanya ada kebenaran), u Y (tidak mengapa dengannya) selaindari lbn Ma'in
kerana lafaz ini di sisi beliau adalah seorang perawi yang thlqah.
5. Peingkat yang tidak menyatakan thiqah atau lair rh seperti W atau orang ramaimeriwayatkan
daripadanya.
6. peringkat yang menunjukkan hampir dengan tajrih seperti I (seorang yanghadisnya baik) atau
4 (boleh ditulis hadisnya).

Hukum Peringkat-peringkat Ini


1. Tiga peringkat yang pertama itu, para perawinya dijadikan hujah walaupun di antara
merekaitu ada yang lebih kuat.
2. Peringkat keempat dan kelima, perawi-perawinya itu tidak boleh dijadikan hujah tetapi hadis
mereka boleh ditulis dan diuji, walaupun perawi peringkat kelima lebih rendah daripadaperawi
peringkat keempat.
3. Perawi-perawi peringkat keenam tidak boleh dijadikan hujah tetapi hadis mereka boleh ditulis
untuk I'tibar sahaja bukan untuk diuji kerana ketidaktepatan mereka datam periwayatan
sudahjetas.

Peringkat-Peringkat Jarh Dan Lafaz-Lafaznya.


1. Lafaz yang menunjukkan kepada lembut, iaitu yang paling Hngan datam Jarh seperti o33 pi
2. Lafaz yang menunjukkan tidak boleh dijadikan hujah atau yang seumpamanya seperti y N4a ,
atau W 4l.
3. Kemudian lafaz yang menunjukkan hadisnya tidak ditulis dan seumpamanya seperti Y N
4. Kemudian lafaz yang mengandungi tuduhan berdusta atau seumpamanya seperti
5. Lafaz yang menyifatkan perawi itu mereka hadis atau seumpamanya
seperti uljs, N, Eh3, L4JS ataueA.
6. Kemudian lafaz yang menunjukkan kepada dusta secara maksimun iaitu yang paling jele
seperti uaLi/I di pi, ml d W 4! atau m \ LjSj P.
Hukum Perlngkat-Perlngkat Inl
1. Perawi-perawi dua peringkat yang pertama tidak boleh berhujah dengan hadis mereka sama
sekali tetapi boleh ditulis untuk I'tibar sahaja walaupun perawi-perawi peringkat kedua
tidaksama kedudukan dengan yang peringkat pertama.
2. Adapun perawi-perawi peringkat keempat yang terakhir, hadis mereka tidak boleh
dijadikanhujah, tidak ditulis dan tidak dijadikan I'tibar.

Anda mungkin juga menyukai