Anda di halaman 1dari 2

Minggu Praktikum : 1

Tarikh : 14.06.2019
Tajuk Jurnal : Kebersihan kelas kurang memuaskan

1. Isu yang difokuskan :


Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun 4 Azalea pada hari
jumaat. Setelah masuk ke kelas tersebut, saya mendapati kebersihan kelas agak kurang
memuaskan. Hal ini demikian kerana, saya melihat sampah di atas lantai. Keadaan ini
menyukarkan saya untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik.
2. Analisis Isu yang difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid
masih kurang kesedaran untuk menjaga kebersihan kelas mereka. Hal ini dikatakan demikian
kerana, walaupun saya masuk ke kelas 4 Azalea pada waktu pagi bukan selepas waktu rehat,
saya masih melihat terdapat sampah sarap di atas lantai. Sikap murid-murid yang kurang
menitikberatkan aspek kebersihan kelas mereka menyebabkan saya untuk mengarahkan
murid-murid membersihkan kelas mereka terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran
dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, lazimnya set induksi akan mengambil masa yang
lebih daripada lima minit kerana saya hendak memastikan kelas 4 Azalea bersih supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :
Menurut Nazry Salam (2013), tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mengajar tetapi
turut memastikan kelas sentiasa bersih dan ceria. Kejayaan seorang guru dalam
menguruskan suasana bilik darjah yang kondusif bermaksud guru telah berjaya membentuk
budaya berdisiplin, menghargai alam sekitar dan mematuhi setiap arahan diberi (Syed Ismail
& Ahmad Subki, 2010).
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah:-
i) Menyediakan peraturan iaitu bersihkan kelas sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
bermula.
ii) Memberikan nasihat kepada murid tentang kepentingan menjaga kebersihan kelas.
ii) Melantik seorang ketua dalam setiap kumpulan untuk memastikan kelas dalam keadaan
bersih tanpa sampah sarap.

5. Tempoh Masa Penyelesaian : 15.06.2019 -26.06.2019


6. Tindakan Susulan
Saya akan membuat pemerhatian dari semasa ke semasa untuk melihat perkembangan
kebersihan kelas 4 Azalea.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan : 26.06.2019
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Berdasarkan cadangan bagi menyelesaikan masalah kebersihan kelas 4 Azalea. Saya telah
mengambil tindakan dengan memperuntukkan masa selama dua minit sebagai rutin
pengurusan bilik darjah. Murid-murid dikehendaki membersihkan kelas mereka, mengutip
sampah dan menyusun meja sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya
amat berpuas hati kerana rutin ini memberikan impak yang positif kepada kebersihan kelas
tersebut. Saya juga berasa gembira melihat perubahan sikap murid. Hal ini demikian kerana,
murid-murid secara automatik akan membersihkan kelas tanpa arahan saya. Oleh yang
demikian, dapatlah disimpulkan langkah membersihkan kelas sebagai rutin merupakan salah
satu usaha yang sesuai dilaksanakan dalam bilik darjah kerana menimbulkan kesan yang
positif.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :


Saya berpuas hati dengan peningkatan kebersihan kelas 4 Azalea. Saya juga berharap agar
kelas ini akan sentiasa mengekalkan sikap menjaga kebersihan sama ada di dalam kelas
mahupun diluar kelas.

Rujukan
Nazry Salam. (2013). Misi Cikgu Baru. Batu Caves: PTS Pop Sdn Bhd.
Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Maskon (2010). Budaya dan Pembelajaran. Ipoh:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai