Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP KEM BIG SIRI 2

PERGERAKAN
KELUAR / PENGACARAAN MAJLIS CATATAN
MASUK
Siswa siswi guru diminta mengambil tempat di dalam dewan. Majlis kita
akan bermula sebentar sahaja lagi.

Mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia
Tuan Haji Mohd Zain bin Badui
Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor

Diiringi

Para pensyarah sekalian

Hadirin diminta bersedia untuk nyanyian lagu


Bangsa Johor
Negaraku
Dan Semaian Subur

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatulahiwabarakatuh
Salam Sejahtera

Yang Berbahagia
Tuan Haji Mohd Zain bin Badui
Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor

Yang Berusaha
Tuan Haji Azman bin Manas
Penyelaras Kem Bina Insan Guru,
Ipg Kampus Temenggong Ibrahim
Yang dihormati
Encik Zali bin Abd Rahman,
Kem Komandan Kem Bina Insan Guru,
Ipg Kampus Temenggong Ibrahim

Yang dihormati
Para pensyarah,

serta
rakan siswa siswi guru
IPG Kampus Temenggong Ibrahim yang dikasihi sekalian.

Terbang tempua ke semak berduri,


Hinggap sebentar di pohon rumbia;
Tangan ditadah sepuluh jari,
Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh saudara Ahmad Firdaus bin Abd Rahman. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

*doa*

*Amin amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan atas pimpinan


bacaan doa sebentar tadi.
Alhamdulillah kami rafakkan dengan penuh kesyukuran ke hadrat ilahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya,
kita dapat terus bersama-sama,
berkumpul pada petang yang indah ini bagi meraikan

Majlis Penutup Kem Bina Insan Guru Siri 2, IPG Kampus


Temenggong Ibrahim, Johor bagi tahun 2018

Hadirin yang dihormati,

Kem Bina Insan Guru Siri 2, IPG Kampus Temenggong Ibrahim


merupakan sebuah program yang disertai oleh 54 orang guru pelatih
semester 5. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk
memupuk nilai jati diri yang kukuh dalam diri setiap guru pelatih bagi
melahirkan bakal guru yang berkualiti kelak . Terdapat banyak aktiviti
yang telah dijalankan dalam kem ini bagi menguji kekuatan dan
ketahanan fizikal dan mental guru pelatih. Antaranya ialah aktiviti
Kembara, Keyakinan diri di Air, Berakit dan Abselling. Diharapkan
segala input yang telah diberikan sepanjang kem ini dapat dijadikan
panduan yang berguna dalam kehidupan guru pelatih sekalian.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Begitulah juga,
Tak lengkaplah Majlis jika yang diraikan tidak mengungkap bicara.

Kini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan saudara Amirul Ariff


bin Arsad selaku penghulu kem untuk menyampaikan ucapan beliau.

Dipersilakan.

*ucapan*
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Amirul Ariff
bin Arsad atas ucapan beliau itu tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan menjemput En Zali bin Abd


Rahman untuk menyampaikan ucapan beliau selaku Kem Komandan
Kem BIG Siri 2 IPGKTI.

Dipersilakan.
*Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.

Selanjutnya, dijemput Tuan Haji Mod Zain bin Badui, Pengarah IPG
Kampus Temenggong Ibrahim untuk menyampaikan ucapan beliau
sekaligus merasmikan majlis penutup Kem Bina Insan Guru Siri 2 bagi
tahun 2018.

*Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Zain bin Badui atas
ucapan sebentar tadi.
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Di atas dahan burung tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua kembali

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. dan segala
kelemahan adalah dari diri kami sendiri.

Kini majlis kita sudah berada di penghujungnya. Sebelum bersurai,


para hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu rasmi Institut
Pendidikan Guru Malaysia

*Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi, maka berakhirlah


majlis kita pada petang ini ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum w.b.h.

Mengumumkan perarakan keluar

Yang Berbahagia
Tuan Haji Mohd Zain bin Badui
Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor

bersama para pensyarah

Anda mungkin juga menyukai