Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2019

SK BUKIT BERINGIN

TARIKH :

20 – 22 SEPTEMBER 2019

TEMPAT :

PUSAT KOKURIKULUM LANCHANG, MELAKA

ANJURAN :

UNIT KOKURIKULUM SK BUKIT BERINGIN

1
1.0 TAJUK PROJEK

Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2019

2.0 LATAR BELAKANG

Program Perkhemahan Unit Beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah
yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Aktiviti ini
dijalankan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPK) ke arah melahirkan modal
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dalam
program ini, para peserta akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran
yang sukar diperolehi ketika di dalam bilik darjah. Mereka akan melakukan aktiviti-aktiviti yang
mencabar ketahanan fizikal, mental dan emosi di samping dapat mewujudkan sikap dan nilai
murni dalam diri. Melalui program seumpama ini, diharapkan para peserta dapat
mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari apabila mereka melangkah ke
alam realistik yang lebih mencabar kelak. Dalam pada itu, program ini juga akan dapat
membantu untuk membina dan memupuk integrasi dalam kalangan murid dalam usaha untuk
membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran membina dan mengembangkan jaringan
hubungan antara pelbagai kaum demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu
padu.

3.0 Matlamat

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan FPK, maka program ini
dirancang sebagai satu usaha yang berterusan untuk melahirkan modal insan yang seimbang
dari segi JERIS. Program ini juga disediakan untuk murid-murid Tahun 6 sebagai satu aktiviti
yang dijalankan selepas menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Perkara ini
bertujuan untuk membina keyakinan diri murid-murid apabila mereka berhadapan dengan
situasi kehidupan yang mencabar di samping menerapkan semangat setiakawan dalam
kalangan mereka.

4.0 Objektif

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat :

4.1 Memperoleh pengalaman menyertai program kepimpinan yang berguna dalam


kehidupan seharian.
4.2 Membentuk sikap berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam situasi mencabar.
4.3 Menyemai semangat bekerjasama dalam setiap unit.
4.4 Mengukuhkan semangat jati diri.
4.5 Membina keyakinan diri dan keterampilan diri.

2
5.0 Masa

Untuk merealisasikan hasrat di atas, ahli jawatankuasa program bercadang untuk


mengadakan perkhemahan unit beruniform mengikut ketetapan berikut :

5.1 Tarikh : 20 – 22 September 2019

5.2 Hari : Jumaat hingga Ahad (3 hari 2 malam)

5.3 Masa : 2.00 petang (20.09.2019) hingga 2.00 petang (22.09.2019)

6.0 Tempat

Pusat Kokurikulum Lanchang, Melaka.

7.0 Sasaran

Program Perkhemahan Unit Beruniform menggalakkan penyertaan murid Tahap 2 SK Bukit


Beringin terutamanya murid-murid Tahun 6. Program ini akan disertai oleh peserta dari :

i. Persatuan Pengakap - 22 orang peserta


ii. Persatuan Pergerakan Puteri Islam Malaysia - 22 orang peserta
iii. Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah - 22 orang peserta
iv. Persatuan Tunas Pandu Puteri - 22 orang peserta
v. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia - 22 orang peserta

8.0 Ahli Jawatankuasa Program

8.1 Ahli Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform

Penaung : Encik Rosli bin Jamari


(Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru)

Penasihat : Puan Kamsiah binti Ali


(Guru Besar SK Bukit Beringin)

Pengerusi : Encik Sabdin bin Mat Amin


(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Timb. Pengerusi 1 : Encik Zainuddin bin Ishak


(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

3
Timb. Pengerusi 2 : Encik Yusof bin Abdullah
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha : Puan Norasyikin binti Mohd Zamuri


(Setiausaha Unit Kokurikulum)

Bendahari : Cik Fatin Afifah binti Zulkarnain


(Bendahari Unit Kokurikulum)

8.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Unit Beruniform

Penyelaras Program : Puan Norfaizah binti Ahmad


(Penyelaras Unit Beruniform)

Setiausaha : Puan Norasyikin binti Mohd Zamuri

Kem Komandan : Encik Abdul Kahar bin Safwan

Timb. Kem Komandan : Encik Ahmad Sani bin Samsuri

AJK Tertinggi : Encik Muhammad Suhairi bin Kamal


(Ketua Guru Penasihat Unit Pengakap)
Encik Mustaffar bin Mahmud
(Ketua Guru Penasihat Unit BSMM)
Puan Kamariah binti Bakar
(Ketua Guru Penasihat Unit PPIM)
Encik Razali bin Mukhtar
(Ketua Guru Penasihat Unit TKRS)
Puan Nurul Afiqah binti Abdul Latif
(Ketua Guru Penasihat Unit Tunas Pandu Puteri)

AJK Urusetia dan Pendaftaran AJK Keselamatan dan Kecemasan


1. Puan Rosmawati bin Sulaiman 1. Encik Rahman bin Sudin
2. Puan Tan Li Mei 2. Encik Abdul Rashid bin Othman
3. Encik Kamarulzaman bin Sahat 3. Puan Zuriati bin Manaf

4
AJK Makanan dan Minuman AJK Kebersihan dan Keceriaan
1. Puan Izzatul binti Roslah 1. Encik Mohd Akhir bin Ramlan
2. Puan Siti Zalikha binti Mamat 2. Encik Nazrin bin Abdul Sani
3. Encik Mohd Fuad bin Nazri 3. Cik Ainin Zubaidah binti Rahim

AJK Pengangkutan AJK Kerohanian


1. Encik Muhammad Aiman bin Kadir 1. Encik Ahmad Zaim bin Abdul Wahab
2. Puan Gayatri A/P Muthusamy

AJK Peralatan AJK Hadiah dan Cenderahati


1. Puan Fadzilah binti Abdul Jamil 1. Cik Nurul Sahira binti Sahadan
2. Encik Mohd Tarmizi bin Mohd Radzi 2. Puan Shahidah binti Senin
3. Encik Victor Perez 3. Encik Nik Azizi bin Nik Ahmad

AJK Siaraya AJK Jurugambar dan Dokumentasi


1. Encik Fadhil bin Md Yasin 1. Encik Shahril bin Roslan
2. Puan Intan Syafiqah binti Md Salleh 2. Encik Lai Ah Meng

AJK Riadah dan Pertandingan AJK Persiapan Tempat


1. Encik Zulhusni bin Abdul Rahman 1. Puan Ili Nasuha binti Zulhakimi
2. Puan Nurul Hanis binti Jumaat 2. Encik Aminuddin bin Bakri
3. Encik Daniel Peter Josley 3. Encik Fazzrul bin Khamis
4. Encik Ahmad Fakhrul bin Shukri
5. Puan Nur Nazirah bin Bahri

AJK Buku Program dan Jemputan AJK Perasmian Penutup


1. Cik Nurul Hanani binti Saad 1. Cik Nurul Atasha binti Azman
2. Puan Rafidah binti Md Hanapi 2. Puan Rosalinda binti Abu Bakar

9.0 Justifikasi Tugas Ahli Jawatankuasa Pelaksana

(Sila rujuk Lampiran 1)

5
10.0 Pelan Tindakan

JULAI OGOS SEPTEMBER


BIL STRATEGI PERLAKSANAAN
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1. Mesyuarat dalaman
2. Penubuhan jawatankuasa induk
dan jawatankuasa pelaksana
3. Menyediakan kertas kerja
4. Mesyuarat jawatankuasa induk
5. Pembentangan kertas kerja
6. Pembentangan perbelanjaan
perkhemahan
7. Kertas kerja diluluskan oleh
guru besar
8. Pemakluman perkhemahan
kepada pihak PPD
9. Mesyuarat bersama ketua unit
beruniform
10. Mesyuarat AJK induk dan AJK
pelaksana
11. Semakan tugas AJK oleh
penyelaras program
12. Penyerahan borang pendaftaran
13. Mengedarkan surat kepada :
 Pihak polis
 Pihak klinik kesihatan
 PIBG
14. Mengedarkan surat jemputan
15. Mengedarkan surat kebenaran
ibu bapa
16. Mesyuarat AJK induk dan AJK
pelaksana
17. Semakan akhir tugas AJK
18 Persiapan AJK pelaksana
19. Taklimat sebelum perkhemahan
20. Perkhemahan unit beruniform

6
21. Menyediakan laporan pascanilai

11.0 Tentatif Program

TARIKH MASA PERKARA


Pendaftaran peserta & berkumpul di kantin
2.00 petang
sekolah
Bertolak ke Pusat Kokurikulum Lanchang,
2.30 petang
Melaka
Tiba di tapak perkhemahan & mendengar
3.30 petang
taklimat perkhemahan
HARI PERTAMA
4.00 petang Mendirikan khemah & membina gajet
20 September 2019
5.00 petang Solat Asar & minum petang
(Jumaat)
5.30 petang Latihan Kawad Kaki
Pengurusan diri, makan malam, solat
6.30 petang
Maghrib, tazkirah & solat Isyak
9.00 malam Ice breaking / LDK
10.30 malam Persiapan malam kebudayaan
11.30 malam Supper & Tidur
5.00 pagi Persiapan diri, solat subuh & kuliah subuh
7.00 pagi Senamrobik
7.30 pagi Sarapan pagi
8.00 pagi Aktiviti Pangkalan Bergilir
i. Ikatan dan simpulan
HARI KEDUA ii. Ikhtiar hidup
21 September 2019 iii. Mini gajet
(Sabtu) 10.30 pagi Rehat & minum pagi
11.00 pagi Aktiviti Pangkalan Bergilir
i. Ikatan dan Simpulan
ii. Ikhtiar hidup
iii. Mini gajet
1.00 petang Makan tengah hari & solat Zohor

7
2. 30 petang Pertandingan
i. Ikatan dan simpulan
ii. Ikhtiar hidup
iii. Mini gajet
iv. Masakan Tradisional
4.30 petang Solat Asar dan minum petang
5.00 petang Latihan kawad kaki & persiapan malam
kebudayaan
6.30 petang Pengurusan diri, makan malam, solat
Maghrib, tazkirah & solat Isyak
9.00 malam Malam kebudayaan
11.00 malam Supper & Tidur
5.00 pagi Persiapan diri, solat subuh, kuliah subuh &
persiapan khemah
7.00 pagi Senamrobik
7.30 pagi Sarapan pagi
8.00 pagi Latihan kawad kaki
HARI KETIGA *Penilaian khemah dan gajet
22 September 2019 9.00 pagi Rehat & persiapan diri untuk pertandingan
(Ahad) kawad kaki
10.00 pagi Pertandingan kawad kaki
11.30 pagi Majlis perasmian penutupan & penyampaian
hadiah
12.30 tengah hari Makan tengah hari & solat Zohor
2.00 petang Bertolak pulang ke sekolah & bersurai

12.0 Implikasi Kewangan

a) Peruntukan Kokurikulum (BKK) : RM 3000.00


b) Yuran Peserta (RM10 × 110 peserta) : RM 1100.00
JUMLAH : RM 4100.00

BIL PERKARA BUTIRAN PERBELANJAAN JUMLAH CATATAN


1. Makanan dan Minuman Peserta Sumber
i. Sarapan RM 2 × 2 hari × 110 peserta RM 440.00 kewangan

8
ii. Makan Tengah RM 3 × 3 hari × 110 peserta RM 990.00 dari PIBG
Hari dan yuran
iii. Makan Malam RM 3 × 2 hari × 110 peserta RM 660.00 peserta
JUMLAH RM 2090.00
2. Hadiah / Cenderahati
i. Tempat RM 70 × 6 acara × 1 unit RM 420.00 Memohon
Pertama beruniform sumbangan
ii. Tempat Kedua RM 60 × 6 acara × 1 unit RM 360.00 dari pihak
beruniform PIBG dan
iii. Tempat Ketiga RM 50 × 6 acara × 1 unit RM 300.00 peruntukan
beruniform kokurikulum
iv. Saguhati RM 40 × 6 acara × 2 unit RM 480.00
beruniform
v. Cenderahati VIP RM 30 × 1 hamper RM 30.00
JUMLAH RM1590.00
3. Peralatan
i. Tapak Perkhemahan Memohon
 Lampu RM 7 × 20 biji RM140.00 sumbangan
mentol dari pihak
 Tali rafia RM 5 × 7 gulung RM 35.00 PIBG
 Wayar RM 50 × 1 gulung RM 50.00
elektrik
 Belerang RM 8 × 6 kg RM 48.00
ii. Ikhtiar Hidup
 Telur RM 14 × 2 papan RM 28.00
 Ubi keledek RM 5 × 3 kg RM 15.00
 Mancis RM 0.50 × 8 kotak RM 4.00
iii. Ikatan dan Simpulan
 Tali nilon RM 0.70 × 5 meter × 10 unit RM 35.00
 Tali kapas RM 0.35 × 100 meter × 1 unit RM 35.00
putih
JUMLAH RM 390.00
4. Penginapan Peruntukan
i. 3 hari 2 malam RM 1600 (sewa tapak RM 1600.00 kurikulum
perkhemahan)

9
JUMLAH RM 2000.00
5. Pengangkutan Memohon
i. Bas RM 70 × 2 hari × 2 bas RM 280.00 sumbangan
JUMLAH RM 280.00 pihak PIBG
6. Lain-lain
i. Ubat nyamuk RM 2 × 3 kotak RM 6.00
ii. Kertas A4 RM 12 × 2 rim RM 24.00
iii. Bendera unit RM 7 × 5 unit RM 35.00
beruniform
iv. Pen marker RM 22 × 1 kotak RM 22.00
v. Mineral water RM 15.00 × 25 kotak RM 375.00
cup
JUMLAH RM 462.00
JUMLAH KESELURUHAN RM6,812.00

13.0 Peraturan Perkhemahan

(Sila rujuk Lampiran 2)

14.0 Permohonan Pinjaman Peralatan

BIL PERALATAN UNIT CATATAN


1. Khemah 25 Pinjaman
2. Camera DSLR 2 Pinjaman
3. Microphone 3 Pinjaman
4. Portable speaker 2 Pinjaman
5. Long extension 5 Pinjaman
6. Dulang dan alas dulang 1 Pinjaman
7. Peralatan memasak - Pinjaman
8. First aid 5 Pinjaman
9. Kanvas 3 Pinjaman
10. Tali karamental dinamik 100m - Pinjaman
11. Tali karamental staqtik 100m - Pinjaman

10
15.0 Penutup

Mudah-mudahan program Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Tahun 2019


akan berjalan dengan lancar dan lebih cemerlang ke arah mencapai kegemilangan yang
tinggi. Adalah diharapkan bahawa program yang dirancang ini akan dapat melahirkan modal
insan yang seimbang dari segi JERIS di samping mempunyai jati diri dan disiplin diri yang
kuat. Kerjasama dari semua pihak yang terlibat amat diperlukan bagi menjayakan hasrat ini.
Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan, komitmen dan kerjasama
daripada semua pihak yang membanting tulang bagi menjayakan program ini.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………… ………………………………
(Puan Norasyikin binti Mohd Zamuri) (Encik Sabdin bin Mat Amin)
Setiausaha Kokurikulum, GPK Kokurikulum
SK Bukit Beringin SK Bukit Beringin

Diluluskan oleh :

………………………………
(Puan Kamsiah binti Ali)
Guru Besar
SK Bukit Beringin

11

Anda mungkin juga menyukai