Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

(LAWATAN KERJAYA KE KUALA LUMPUR BERSAMA KTMB)

1.0 PENGENALAN

Lawatan sambil belajar adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah. Untuk tujuan itu,Unit Kecemerlangan Akademik SK Pekan Layang-
Layang mengorak langkah dengan menggalakkan murid-murid mengikuti lawatan sambil belajar ini.

2.0 RASIONAL

Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid menghilangkan rasa
tekanan akibat memberi tumpuan sepenuhnya sebelum ini terhadap pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2016. Ia juga bagi menghargai jasa murid yang
mengharumkan nama sekolah di dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum.

3.0 MATLAMAT

Membuka ruang kepada murid tentang aktiviti luar bilik darjah adalah perlu dalam membantu
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti lawatan sambil belajar ini juga
dapat membantu murid-murid menghayati keadaan sebenar yang berlaku di dalam persekitaran
mereka

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

1. Murid-murid tahu tentang keadaan sebenar yang berlaku,yang mana sebelum ini hanya dapat berita
melalui buku teks sahaja.

2. Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengenali tempat-tempat yang menarik di negara
Malaysia

3. Membantu murid-murid mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan mereka melalui aktiviti lawatan
sambil belajar ini

4. Membantu murid menghilangkan tekanan selepas menghadapi peperiksaan UPSR

5. Program Lawatan Sambil Belajar merupakan aktiviti tahunan Unit Kecemerlangan Akademik yang
dapat membantu murid dan guru bertukar-tukar fikiran berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran.

5.0 KUMPULAN SASARAN

100 orang murid Tahap Dua SK Pekan Layang-Layang.

6.0 BILANGAN PESERTA

8 orang guru dan 32 orang murid

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 Sumbangan daripada pihak dermawan


8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 Bayaran untuk murid RM260 x 32 = 8320


8.2 Bayaran untuk guru RM280 x9 =2520

8.3 T/SHIRT RM 20 X 41PC=820

__________________________________________
JUMLAH RM 11,660
___________________________________________

PAKEJ LAWATAN TERMASUK

1. Tambang keretapi pergi & balik


2. Pengangkutan dengan bas (air-cond)
3. Bayaran tempat lawatan
4. 2 x sarapan pagi
5. 2 x makan tengah hari
6. 2 x makan malam
7. Pemandu Pelancong
8. Cenderahati setiap orang

9.0 CADANGAN TENTATIF LAWATAN

Hari Pertama

- Bertolak dengan tren dari stesen kereta api Layang-Layang


- Tiba di KL Sentral / Solat Subuh / Mandi

Hari Kedua

0730 pagi - Sarapan pagi di KL Sentral


0830 pagi - Rehat Mandi
1000 pagi - Melawat Muzium Negara, Muzium Polis Muzium Matawang Bank Negara
-Makan Tengahari
0250 ptg - Melawat Planetarium Negara
0300 ptg - Check In Hotel
0500 ptg - Melawat Muzium Coklat

0700 mlm - Bertolak ke I City Shah Alam

0830 mlm - Tiba / Makan Malam / Solat


0900 mlm - Bertolak Balik/Rehat

Hari Ketiga

0730 pagi –sarapan pagi,check out hotel


- Menaiki LRT ke KLCC
0100 - Melawat Petrosains KLCC
1300 - Makan Tengahari
1500 -Melawat Istana Negara
-Shopping
1800 -Rehat Solat Masjid Negara
1900 -Dataran Merdeka
1930 -Makan Malam
2000 -Aktiviti bebas NU Sentral
2130 -Bertolak balik dengan tren

10.0 PENUTUP

Pihak Jawatankuasa program lawatan merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan bantuan
yang diberikan oleh pihak sekolah dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Selain itu, pihak jawatankuasa program mengharapkan program yang dirancang dapat memberIkan
manfaat dan sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan murid-murid
sekolah ini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh,

……………………………………..

Zaleha bt Syed Alwi

Penyelaras Program

Anda mungkin juga menyukai