Anda di halaman 1dari 6

Ya Allah, kami memohon kepada Mu Ya Allah, berilah kami rahmat Mu Ya Allah,

letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya Allah.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup
kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami
serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat
yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ َ

Ya Allah ingatkan kami bahawa rezeki kami tidak akan diambil orang lain, maka
tenangkan kami Ya Allah.

Ya Allah ingatkan kami bahawa amal amal kami tidak mungkin dilakukan oleh orang
lain, maka perkuatkanlah azam kami untuk beramal Ya Allah.

Ya Allah kuatkan dan sempurnakan iman kami. Ya Allah, terimalah taubat kami

Ya Allah, panjangkan umur kami, kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang
baik.
Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.

Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke
dalam syurga Firdaus Mu Ya Allah.

Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan
redha kerana setiap kepahitan itu Engkau telah janjikan ganjaran kemanisan yang
tidak terperi manisnya.

Ya Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga
akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan
peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci.

Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan
berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan,


taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami.

Dorongkanlah kami utk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami


serta amalan baik kami.Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan
kepada Mu jualah kami kembali.

Masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai


kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami

perbaikilah hubungan di antara kami, satukanlah di antara hati - hati


kami, tunjukilah kami jalan - jalan keselamatan, selamatkanlah kami dari
gelapnya kekufuran kepada cahaya keimanan, dan jauhkanlah kami dari
kekejian, baik lahir maupun batin.

Ya Allah Ya Tuhan kami

berkatilah bagi kami pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami,


pasangan kami (suami / istri) dan anak cucu kami. terimalah tobat kami,
sesungguhnya engkaulah maha penerima taubat lagi maha penyayang.
jadikanlah kami orang - orang yang pandai bersyukur terhadap nikmat
engkau, memuji dan menerimanya, dan sempurnakanlah nikmat tersebut
atas kami!
DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan
hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami,
dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa
semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami
manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini
sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati
mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata
mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-
guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka
untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan SPM dan PT3
peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah
anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah
mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada
mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan
gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk
menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti.
Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami.
Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-
mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk
mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan
cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak
kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang
baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah
dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang
bertakwa.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang
kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka
kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah.
Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan
hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan
mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah.
Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka
ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa


mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat.
Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya
Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami
serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak
bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat
yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang
Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah
tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami.
Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami
ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan
memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan
mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Anda mungkin juga menyukai