Anda di halaman 1dari 41

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH

SEKOLAH MENENGAH

MODUL PEMBELAJARAN

EDUP2033

PEDAGOGI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2200, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA,
SELANGOR D.E.

Effective from March 2016


(March 2016 Edition)
EDUP2033 PEDAGOGI

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

November 2015
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

1
EDUP2033 PEDAGOGI

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif, dan berdisiplin.

November 2015
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini
dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

2
EDUP2033 PEDAGOGI

PENGENALAN

Kursus ini memberi fokus kepada kemahiran guru dalam merancang, melaksanakan dan
mentaksir pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan suasana yang kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran. Kandungan kursus meliputi konsep dan prinsip pengajaran
dan pembelajaran; model-model pengajaran; pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran; kemahiran-kemahiran asas pengajaran mikro; pengurusan bilik darjah,
komunikasi dan interaksi yang berkesan; pentaksiran sekolah rendah; pemulihan,
pengayaan dan pendidikan inklusif.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan
pembelajaran. (C2, LO1)
2. Menganalisis teori-teori pembelajaran melalui pelbagai sumber yang relevan. (C4, LO3,
LO6)
3. Memilih strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan
pelajar berdasarkan model pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. (C5, LO3)
4. Melaksanakan pengajaran mikro berdasarkan prinsip kemahiran asas dalam
pengajaran. (C6, A4, LO3, LO4)
5. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan, strategi
dan kaedah pengajaran masa kini dan yang relevan budaya. (C6, LO3)

3
EDUP2033 PEDAGOGI

AGIHAN TAJUK

Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk dalam kursus ini.

Topik Jam Interaksi Jam Jum


Kandungan Bersemuka Modul Masa
K T A
1 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran
 Pengertian Pengajaran dan 1 1
pembelajaran
 Prinsip-prinsip pengajaran dan
pembelajaran

2 Proses Pembelajaran 3 1 4

 Kesediaan Belajar
 Pengamatan
 Penanggapan
 Ingatan
 Lupaan
 Pemindahan Pembelajaran

3 Teori-Teori Pembelajaran 3 2 5
 Teori Pembelajaran Behaviouris
 Teori Pembelajaran Kognitif dan
Kontruktivis
 Teori Humanistik
 Implikasi teori-teori terhadap
pengajaran dan pembelajaran

4 Model-Model Pengajaran 3 2 2 7
 Model Pemprosesan Maklumat
 Model Behavioural
 Model Sosial
 Model Personal
 Implikasi model-model pengajaran
dan
5 Konsep pedagogi, pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik pengajaran 1 1 5 7
 Konsep pedagogi
 Pendekatan pengajaran
 Strategi pengajaran
 Kaedah dan teknik pengajaran

4
EDUP2033 PEDAGOGI

6 Pengajaran Mikro dan Penulisan 3 1 6 10


Refleksi
 Konsep dan kepentingan
pengajaran makro
 Perancangan dan penulisan RPH
 Kemahiran asas pengajaran mikro
 Pelaksanaan pengajaran mikro
 Penulisan refleksi dan
penambahbaikan pengajaran
7 Pedagogi Masa Kini 2 1 3 6
 Kerangka kemahiran pedagogi
 Ciri-ciri pedagogi masa kini
 Implikasi pedagogi masa kini
dalam pengajaran dan
pembelajaran
8 Pedagogi Relevan Budaya 2 1 3 6
 Konsep dan Definisi Pedagogi
Relevan Budaya
 Elemen-Elemen dalam Pedagogi
Relevan Budaya
 Usaha Memupuk Hubungan Etnik
antara Masyarakat Malaysia

Jumlah 18 9 18 45

5
EDUP2033 PEDAGOGI

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda
agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk
belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak
biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang
kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan
masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran


anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika
anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara
begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila
diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia
bukannya tanda kelemahan diri.

SASARAN KURSUS

Pelajar PDPLI SM yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian


Pendidkan Malaysia (IPG KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam mod
Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada jumlah jam pembelajaran mod
sepenuh masa adalah JPP bersemuka dan 40% adalah JPP pembelajaran kendiri.

6
EDUP2033 PEDAGOGI

SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung
kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan
disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda
telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di
antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai
cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti
rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi kuliah dan
tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan anda melalui email jika
terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada
sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan
masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan
dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda
untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran
anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan
membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

7
EDUP2033 PEDAGOGI

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran
pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti
maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan
yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

8
EDUP2033 PEDAGOGI

Tajuk 1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.1 Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengertian pengajaran dan pembelajaran, serta
prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Ia merangkumi peristiwa-peristiwa pengajaran
dan kaitan dengan jenis-jenis pembelajaran Gagne. Pengetahuan ini akan membolehkan
guru-guru memahami dengan lebih baik prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran
seperti dikemukakan oleh Ewell dalam mengorganisasikan pembelajaran.

1.2 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran

2. Menyatakan prinsip dan jenis-jenis pembelajaran Gagne

3. Menunjukkan perkaitan antara pengajaran dengan pembelajaran

1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini

Pengajaran dan
Pembelajaran

Konsep Asas Prinsip-Prinsip


Pengajaran dan
Pembelajaran (Ewell)

Penglibatan aktif Situasi mendesak


Definisi Pengajaran &
Perkaitan dan corak Maklum balas berterusan
Pembelajaran
Pembelajaran informal Suasana yang menyeronokkan

Pengalaman langsung Refleksi

9
EDUP2033 PEDAGOGI

1.4 Kandungan

1.4.1 Pengertian Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang disediakan


untuk murid menghasilkan suatu perubahan yang agak kekal melalui penglibatan
dalam pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai
satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Secara praktisnya, pengajaran merupakan
suatu yang diagnostik dan preskriptif. Guru menilai keperluan-keperluan
pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti-
aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Ini merupakan faktor penting dalam pengajaran.
Secara ringkasnya, pengajaran ialah :

 melibatkan diri dalam pembelajaran dan perkembangan sepanjang hayat


 menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja
 berkongsi pengetahuan
 membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang
 menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya
 menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional
 menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai
(Noriati, Boon & Sharifah, 2012)

Definisi –definisi pengajaran berdasarkan ahli psikologi yang lain:

 Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses interaktif, melibatkan “ classroom


talk” yang berlaku antara guru dan murid serta berlaku semasa aktiviti
dilaksanakan ( Amidon & Hunter, 1964 )

 Pengajaran adalah satu pertembungan antara seorang personel yang


berpersonaliti matang dengan seorang yang kurang matang dalam proses
membentuk pendidikan untuknya. ( Morrison, 1926)

Pengertian pembelajaran

Pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah
laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman
berulang subjek dalam situasi tersebut. Ini berlaku jika perubahan tingkah laku tidak
dapat diterangkan berdasarkan asas kecenderungan respons subjek, kematangan
atau keadaan sementara seperti letih lesu, mabuk, desakan dan sebagainya (Bower
& Hilgard, 1981)

10
EDUP2033 PEDAGOGI

Mengikut Slavin (2005) pula, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang


individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan
semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman.

Definisi di atas tentang pembelajaran mempunyai tiga komponen:


 Pembelajaran mencerminkan satu perubahan dalam potensi suatu tingkah laku.
Ia tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Kita
harus dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah
laku.

 Perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak


sentiasa kekal. Oleh kerana pengalaman-pengalaman baharu, tingkah laku
yang telah dipelajari tidak dipamerkan.

 Perubahan tingkah laku disebabkan proses-proses selain daripada


pembelajaran. Sebagai contoh, tingkah laku kita boleh berubah kerana motivasi
bukan pembelajaran. Anda belajar untuk mengelakkan kegagalan dan ketakutan
anda memotivasikan anda untuk belajar. Perubahan tingkah laku ini adalah
sementara: apabila keadaan motivasi berubah, tingkah laku juga berubah. Oleh
itu, anda akanberhenti belajar apabila anda tidak rasa takut tentang kegagalan
peperiksaan. Berhenti belajar adalah suatu contoh di mana keadaan sementara
menyebabkan perubahan tingkah laku.

Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai persoalan “Adakah


pembelajaran itu kekal?”

1.4.2 Prinsip Prinsip Pembelajaran Ewell

Prinsip prinsip pembelajaran merupakan dasar-dasar yang menerangkan bagaimana


pembelajaran boleh berlaku secara efektif. Secara umumnya, kesediaan untuk
belajar, keinginan untuk belajar untuk menemui dan mengumpul pengetahuan,
belajar secara eksperiential, pembelajaran secara aktif dan penyusunan dan
pemeringkatan isi merupakan beberapa prinsip asas dalam pembelajaran.

Perbincangan seterusnya akan menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran yang


dikemukakan oleh Ewell(1997). Beliau telah membentuk satu model yang
menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan
pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasi dalam
bilik darjah.

11
EDUP2033 PEDAGOGI

Lapan prinsip yang diadaptasi daripada model Ewell adalahterdiri daripada yang
berikut:

(a) Penglibatan Aktif

Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam
pengajaran guru. Pengetahuan tidak disampaikan kepada pelajar secara
langsung tetapi pelajar harus boleh mereka dan membina pengetahuan.
Mengikut Ewell(1997,ms.6), ”the learner is not a ’receptacle’ of knowledge, but
rather creates his or her learning activity actively and uniquely”. Cara
pembelajaran jenis ini amat berbeza dengan model pengajaran tradisional iaitu
kuliah atau pengajaran langsung.

Bruner(1961) mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan


pembelajaran akandapat mengingat kembali maklumat. Pelajar bukan sahaja
perlu bertingkah laku secara aktif tetapi harus aktif secara kognitif (Mayer,
2004).

Pelajar bukan sahaja menerima maklumat secara pasif tetapi mereka perlu
diberi tugasan yang dapat memberi peluang mereka meneroka bahan maklumat
selain memimpinnya kearah pemahaman dan pembelajaran. Dalam proses ini,
pelajar dapat menyelesaikan masalah serta mengemukakan cadangan,
memberi pengertian baharu terhadap sesuatu topik dan berkebolehan
menghubungkait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baharu.

Contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif terdiri daripada:

 Perbincangan dalam kumpulan kecil


 Adakan diskusi atau forum secara online
 Pembelajaran koperatiif seperti think-pair-share dan pembelajaran jigsaw
 Latihan bertulis sepertione minute paper untuk pelajar meninjau dan
membuat penilaian dan rumusan bahan pembelajaran.

(b) Perkaitan dan Corak

Pelajar mempunyai peluang menentu, menguji dan membina corak dan


perkaitan apabila mereka membina makna daripada situasi pembelajaran.
Proses kognitif iniinvolves actively creating linkages among concepts, skill
elements, people, and experiences (Ewell, 1997). Pelajar dapat mengadaptasi
terhadap konteks pembelajaran baharu dan tugasan dengan mengkait,
mengorganisasi dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah

12
EDUP2033 PEDAGOGI

dipelajari ke dalam struktur-struktur baharu. Apabila diberi tugasan, pelajar


mendekatinyadengan membanding beza, menyusun dan memilih daripada apa
yang murid tahu untuk menyelesaikan masalah. Murid boleh menghubungkait
dengan pengetahuan sedia ada dan murid juga membuat perkaitan tentang
bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa depan. Tambahan pula,
jika diberi satu konteks pembelajaran yang spesifik, murid boleh menggunakan
pola-pola yang diketahui untuk menyusun semula serta mengektrapolasikannya
secara bermakna di dalam situasi baharu.

(c) Pembelajaran Informal

Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak formal dan boleh dipelajari


dimana-mana sahaja serta pada bila-bila masa. Semua murid belajar
sepanjang masa, bersama guru atau tanpa guru. Pembelajaran informal
merupakan pembelajaran implisit, iaitu memperoleh pengetahuan akibat
interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya
dan fasilitator selain daripada apa yang diajar secara eksplisit (Ewell,1997b).

Secara umumnya, pembelajaran boleh berlaku dimana situasi sahaja, peluang


untuk belajar tidak semestinya berasaskan sekolah sahaja. Pelajar boleh
mengenal pasti dan belajar dalam apa jua situasi pembelajaran dan ia tidak
perlu hanya dilaksanakan dalam bilik darjah. Misalnya, lawatan sambil belajar
di mana pelajar berpeluang berinteraksi dengan persekitaran bertujuan untuk
meneroka dan belajar.

Guru boleh mewujudkan kawasan di sudut pembelajaran untuk pelajar


bermain pelbagai permainan tradisional di mana murid akan diberi peluang
untuk bermain dalam kumpulan kecil dan belajar memanipulasi serta belajar
cara bermain dengan betul. Dalam situasi sedemikian, murid belajar secara
informal bagaimana berinteraksi dengan rakan serta cara bermain alat-alat
permainan tradisional yang tidak diajar oleh guru(Noriati, Boon & Sharifah,
2012).

(d) Pengalaman Langsung

Mengikut Ewell (1997), pembelajaran langsung merujuk kepada learning-by-


doing, iaitupelajar akan belajar jika mereka melakukkan aktiviti pembelajaran
secara langsung. Pelajar diberi peluang pembelajaran untuk melibatkan diri

13
EDUP2033 PEDAGOGI

secara aktif. Pengalaman langsung dapat membantu pelajar meneroka dan


memperoleh pemahaman dan mencipta suatu idea. Kadang kala pengalaman
lepas mempengaruhi pelajar untuk mempunyai tanggapan yang kurang tepat.
Pengalaman langsung boleh membantu dalam memperbetulkan pemikiran
murid (Halpern &Associates,1994 dalam Ewell, 1997). Dengan pengalaman
langsung, pelajar diberi peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran
dengan memerhati secara langsung objek atau fenomena yang ingin dikaji.

Rehat seketika dan buat renungan:

Fikirkan beberapa contoh aktiviti pembelajaran langsung yang dapat


dilaksanakan oleh anda dalam mata pelajaran pengkhususan anda.

(e) Situasi Mendesak

Pembelajaran optimum cenderung berlaku jika pelajar berhadapan dengan


sesuatu masalah yang perlu diselesaikan menggunakan kemahiran tertentu.
Oleh yang demikian guru boleh menyediakan pembelajaran yang agak
kompleks dan mendesak sertameminta pelajar meneroka pelbagai penyelesaian
inovatif yang boleh diguna pakai. Guru juga boleh menyediakan pelbagai
peluang untuk melibatkan pelajardalam pelbagai kemahiran serta memberi
jangka masa sesuai untuk pencapaian penguasaan kemahiran. Tambahan pula,
guru mewujudkan situasi di mana pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan
kemahiran sedia ada sementara mengadaptasi kepada keadaan baharu. Antara
caranya termasuk mewujudkan satu situasi yang kompleks dan bermotivasi agar
merangsang perhatian dan usaha untuk mencari penyelesaian dan pastikan
keputusan yang diperolehi boleh diaplikasi untuk kehidupan harian pelajar.

(f) Maklum balas

Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu


mengenai kesesuaian tindakan serta respons mereka. Maklumat ini
membolehkan pelajar untuk menyemak pencapaian serta memantau kemajuan
pembelajaran. Mengikut Guskey (2001) maklum balas harus diagnostik,
preskriptif dan sesuai dengan tahap pembelajaran pelajar. Peranan maklum
balas dalam proses pembelajaran bukan semata-mata pemerosesan maklumat
tetapi ia seharusnya mempengaruhi proses-proses afektif dan motivasi pelajar.

14
EDUP2033 PEDAGOGI

Maklum balas merupakan satu aspek penting untuk menambahbaik prestasi


pelajar.

Pelbagai maklum balas dapat diperolehi di dalam bilik darjah. Guru memberi
pelajar input secara lisan atau bertulis.Rakan sebaya juga memberi maklum
balas kepada rakannya. Selain itu, maklum balas dalam bentuk cadangan-
cadangan penambahbaikan akan membantu pelajar untuk membaiki
prestasinya.

Secara rumusan, maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan atau
insentif adalah perlu daripada guru serta rakan sebaya sepanjang proses
pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan. Jika tidak ada maklum
balas ataaupun peluang untuk latihan, kemahiran-kemahiran yang dipelajari
dengan baik boleh hilang begitu sahaja.

(g) Suasana yang menyeronokkan

Ewell(1997) menerangkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


adalah konteks budaya dan interpersonal yang menyediakan peluan interaksi,
pelbagai tahap sokongan peribadi dan mewujudkan banyak peluang
pembelajaran (ms 10). Kebanyakan daripada pembelajaran jenis ini bercorak
kumpulan dan secara lisan.

Suatu persekitaran menyeronokkan boleh dibentuk jika guru memastikan


suasana bilik darjah kondusif dari segi fizikal dan psikososial. Susunatur meja
dan kerusi bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan akan
mewujudkan suatu persekitaran yang merangsang penglibatan pelajar.

Tambahan pula, persekitaran sosioemosi bilik darjah dipengaruhi suara dan


intonasi guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan
penggunaan ganjaran dalam bilik darjah. Suara guru yang jelas, berintonasi dan
tidak tegang dapat mewujudkan suasana yang selesa dan tenang. Ini akan
menggalakkan pelajar bermesra dan berinteraksi dengan guru.

Gaya kepimpinan guru mempengaruhi suasana emosi bilik darjah. Contohnya


guru yang demokratik akanmenerimaidea pelajar secara terbuka, menggalakkan
pelajaruntuk menyoal dan memberi mereka pujian yang berpatutan. Hal ini
mewujudkan suasana emosi yang menyenangkan dan tenang. Manakala,

15
EDUP2033 PEDAGOGI

kepimpinan autokratik akan menyebabkanpelajar berada dalam keadaan


tertekan kerana tidak ada tolak ansur daripada pihak guru, sentiasa dimarahi
atau dikritik dan pelajar kurang peluang untuk memberi pendapat. Guru yang
berkepimpinan laissez fairepula memberi kebebasankepada pelajar untuk
melakukan apa sahaja tanpa batasan akan mewujudkan suasana bilik darjah
yang tidak selesa dan tidak terkawal.Oleh itu, guru perlu berkeyakinan, riang, dan
mempunyai unsur kecindan untuk mewujudkan suatu suasana yang
merangsangkan pembelajaran pelajar. Keadaan sebegini tidak memberi tekanan
kepada pelajar hingga menjejaskan prestasi mereka.

Persekitaran sebegini menyumbang kepada interaksi dan komunikasi berkesan


dalam kalangan individu. Pembelajaran berkesan akan berlaku melalui aktiviti-
aktiviti yang melibatkan interaksi dalam suasana harmonis dan menyeronokkan.

(h) Refleksi

Refleksi merujuk kepada cara memikirkan mengenai pendidikan yang melibatkan


kebolehan membuat pilihan yang rasional dan pada masa yang sama
bertanggungjawab ke atas pilihan yang dibuat(Ross,1987).

Maksud refleksi ialah proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman


dan implikasinya terhadap diri kita. Ia adalah satu usaha bermakna untuk
menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran, membantu kita mengimbangkan
kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita membuat refleksi, kita
menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan sebagai
kesannya, proses pendidikan dipertingkatkan.
Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberi
tuju hala tentang apa yang telah capai dan apa yang perlu ditambah baik.
Kesemua ini akan mengakibatkan pemindahan pembelajaran ke situasi baharu
serta memberi impak jangka panjang (Bransford et al., 1999). Situasi
pembelajaran berkesan memerlukan tempoh masa untuk berfikir. Pelajar
membuat refleksi terhadap dirinya sebagai pembelajar apabila mereka menilai
proses berfikir yang digunakan untuk menentukan strategi yang terbaik untuknya.
Renungan:
Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah. Bagaimana guru
menggalakkan melibatkan secara aktif di dalam aktiviti bilik darjah.
Sejauhmanakah ia memberi impak dan pengalaman pembelajaran kepada
anda?

16
EDUP2033 PEDAGOGI

1.5 Rumusan

Tajuk ini membincangkan tentang konsep pengajaran dan pembelajaran, prinsip-


prinsip pembelajaran dan jenis-jenis pembelajaran Gagne. . Secara kesimpulan, setiap
jenis pembelajaranmemerlukan keadaan–keadaan dalaman dan luaran yang berlainan.
Juga dalam setiap jenis pembelajaran ini sembilan peristiwa pengajaran harus dilalui.
Tajuk ini penting kerana guru perlu mempunyai kesedaran tentang proses-proses yang
berlaku dalam minda murid dan kaedah untuk digunakan untuk memudahcara
pembelajaran konsep dan kemahiran secara optimum.

Rujukan

Amidon,E. & Hunter,E.(1964).Student teaching :Cases and comments. New


York:Holt,Rinehart & Winston.

Ewell, P. T. (1997b). Organizing for learning: A point of entry. Draft prepared


for discussion at the 1997 AAHE Summer Academy at Snowbird. National
Center for Higher Education Management Systems (NCHEMS). Retrieved
from http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html

Gagné, R. (1985). Conditions of learning. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Gagne , R. M., and Briggs, L. J. (2005).Principles of instructional design (2nd


ed.). New York: Holt, Rinehart &Winston.

Morrison, H.C.(1926).The practice of teaching in secondary school.Chicago:University of


Chicago Press.

Noriati, A.R., Boon, P.Y., Sharifah Fakriah.(2012).Murid dan alam belajar.


Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.

Slavin, R.E. (2005).Educational psychology: Theory into practice.Englewood


Cliff: Prentice Hall Ltd.

Tan, O,S., Parsons,R.D.,Hinson,S.L.,Sardo-Brown,D.(2003). Educational


Psychology: A practitioner-research approach(An Asian Ed.). Singapore:
Thomson Learning.

Woolfolk, A. (2004). Educational psychology (9th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Yelon, S. C., &Weinstein G. W. (1977).A Teacher’s world:Psychology in the


Classroom. New York: MacGraw Hill.

17
EDUP2033 PEDAGOGI

TAJUK 2 PROSES PEMBELAJARAN

2.1 SINOPSIS

Proses pembelajaran melibatkan kesediaan belajar, pandangan dan persepsi,


Ingatan dan Lupaan, Pemindahan Pembelajaran dan Implikasi proses
pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:

1. Menjelaskan konsep-konsep, membanding dan membezakan pengertian


dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran.
2. Menganalisis proses kesediaan belajar
3. Membanding dan membezakan konsep Persepsi dan Penanggapan.
4. Menjelaskan proses ingatan dan Lupaan dalam proses pembelajaran.
5. Menjelaskan bagaimana pemindahan pembelajaran dapat dilakukan.
6. Menghuraikan implikasi proses pembelajaran terhadap pengajarann
pembelajaran.

2.3 KERANGKA TAJUK

18
EDUP2033 PEDAGOGI

Proses Pembelajaran

Kesediaan Belajar

Persepsi dan
Penanggapan

Ingatan dan Lupaan

Pemindahan
Pembelajaran

Implikasi proses
pembelajaran terhadap
pengajaran dan
pembelajaran

2.4 KANDUNGAN

2.4.1 KESEDIAAN BELAJAR

Pengenalan

Kesediaan belajar bermaksud keadaan dalaman individu yang bersedia dan


berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman
pembelajaran yang baru. Tiga ahli psikologi iaitu Thorndike, Piaget dan Burner telah
memberi pendapat mereka mengenai kesediaan belajar mengikut teori pembelajaran
tertentu. Thorndike mengemukakan pendapatnya mengikut teori pembelajaran
bermazhab Behavioris. Manakala Piaget dan Bruner memberi pendapat mereka
berdasarkan teori pembelajaran bermazhab Kognitif. Edward Lee Thorndike (1874-
1949) telah mengemukakan Hukum Kesediaan (1913) yang dirumuskan secara
ringkas seperti berikut:

Jenis Jenis Kesediaan Belajar

1. Kesediaan Kognitif.

19
EDUP2033 PEDAGOGI

Kesediaan Kognitif merujuk kepada kesediaan mental untuk aktiviti seperti berfikir,
menaakul, menganalisis, mensistensis (menbentuk konsep) dan menilai
(menyelesaikan masalah). Kesediaan kognitif yang dimiliki oleh pelajar pada masa
kini menentukan keberkesanan proses pembelajaran yang baru.

Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu yang


baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti
pembelajaran dan menerima faedahnya. Dengan erti kata yang lain, pencapaian
ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya

Aktiviti 2.4.1(1)

Banding beza jenis-jenis kesediaan belajar mengikut tahap pembelajaran

2. Kesediaan Afektif

Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat,


ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti
pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik.
Motivasi intrinsik merupakan ransangan dalaman yang wujud apabila seseorang
pelajar merasakan keperluan asas (contoh: rasa selamat, disayangi) dan
keinginannya (minat) dipenuhi. Jika motivasi intrinsik pelajar adalah tinggi, maka
pelajar akan bersedia untuk belajar (kesediaan afektif adalah tinggi) dan pelajar
mendapat faedah yang banyak daripada proses pembelajaran. Sebaliknya, jika
motivasi intrinsiknya rendah, maka kesediaan afektifnya juga adalah rendah.

20
EDUP2033 PEDAGOGI

3. Kesediaan Psikomotor

Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal. Kesediaan psikomotor pula bermaksud


seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot,
tulang anggota, dan pengawalan serta penyelarasan pergerakkan badan. Seseorang
yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu
tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru. Kesediaan psikomotor adalah
tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang
diperlukan. Peringkat kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza
bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. Kesediaan psikomotor

2.4.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar

Apa yang dapat diperhatikan ialah dalam sesebuah kelas yang sama, kita sering
mendapati ada murid yang minat dalam pelajaran dan ada pula yang tiada minat untuk
belajar. Jadi Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajadi. Setiap pelajar yang ingin
mengikutisesuatu proses pembelajaran akan melalui proses dimana perlu bersiap sedia untuk
menerima proses pembelajaran dan pengajaran. Kesediaan belajar adalah dipengaruhi oleh
kematangan, minat dan sikap serta pengalaman pada seseorang. Oleh itu, kesediaan pembelajaran
pelajar adalah disumbangkan oleh faktor utama seperti sejauh mana matangnya seseorang pelajar
itu dan juga berapa banyak pengalaman yang ada dalam diri seseorang pelajar itu dapat membantu
pelajar terbabit bersedia untuk proses pembelajaran dan pengajaran.

Menurut Lee, Shok Mee (1998) menyatakan kesediaan belajar seseorang murid itu
bergantung kepada perkembangan fizikal, sikap dan tingkahlaku murid itu sendiri.
Kebiasaannya, minat dan sikap seseorang dikaitkan dengan kematangan emosi dan faktor
persekitaran keluarga atau murid-murid. Jika seseorang kanak mempunyai minat dan sikap
yang positif, kanak tersebut akan bersemangat yang mendadak untuk belajar. Maka, guru
memainkan peranan yang penting ketika memulakan satu tajuk khasnya dalam peringkat set
induksi.

2.4.3 Langkah-langkah membantu kesediaan belajar pelajar

21
EDUP2033 PEDAGOGI

Kesediaan belajar murid yang berbeza memerlukan layanan yang berbeza dari pihak
guru. Terdapat beberapa langkah yang dibuat oleh pihak guru untuk memastikan setiap pelajar
boleh benar-benar bersedia belajar. Tujuannya supaya murid-murid mendapat keselesaan
dan bertambah seronok untuk belajar. Antara langkah-langkahnya adalah seperti guru haruslah
memilih isi kandungan yang sesuai bagi kelas yang berlainan. Aktiviti-aktiviti yang diberikan juga
harus berbeza. Bagi murid-murid yang cerdik latihan yang lebih mencabar harus diberi supaya dapat
mengukuhkan lagi kemahiran yang dikuasai. Manakala bagi pelajar yang lemah pula, guru haruslah
memberi tunjuk ajar yang lebih atau mengajar dengan berulangkali agar pelajar dapat menjalani
aktiviti serta matlamat pelajaran yang sama dapat dicapai.

Guru boleh menggunakan pelbagai jenis sumber pengajaran-pembelajaran seperti carta,


gambar, benda maujud, audio dan video klip bagi memenuhi keperluan-keperluan murid yang
berbeza kesediaan belajarnya. kepelbagaian aktiviti turut dapat membantu kesediaan belajar
pelajar. Guru juga haruslah mempelbagaikan aktiviti seperti secara kumpulan. Guru boleh
membenarkan murid-murid memilih rakan-rakan sendiri supaya keselesaan belajar dapat dirasai
oleh murid-murid.

2.5 Pengamatan

2.5.1 Konsep Pengamatan

Mengikut Kamus Dewan (1998), pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau


penelitian. Secara spesifiknya, pengamatan adalah bererti dengan perkataan persepsi, iaitu
gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi
pancaindera), atau tanggapan.

Definisi Pengamatan

Pengamatan atau persepsi merupakan satu proses di mana otak menerima


maklumat dari deria-deria, menyusun semula maklumat dan memberi makna kepadanya.
Dari pengertian ini adalah jelas bahawa untuk melakukan pengamatan kita tidak sahaja
memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan tetapi kita hendaklah memberi makna
kepada rangsangan-rangsangan yang tiba pada deria-deria kita (Ee Ah Meng, 1997).
Menurut Slavin (1997), mendefinisikan pengamatan sebagai suatu interpretasi yang
memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh deria seseorang itu.

Pengamatan adalah satu proses yang mana otak kita menerima maklumat dari
deria-deria kita (seperti deria lihat, deria mendengar, deria merasa, deria menghidu dan
22
EDUP2033 PEDAGOGI

deria menyentuh), menyusun semula maklumat itu dan memberi makna kepadanya.
Kebiasaanya, maklumat yang diterima adalah berdasarkan pengalaman yang berkaitan,
menginterpretasi dan membentukkan gambaran, bayangan, makna atau konsep
rangsangan tersebut. Sebagai contoh, jika sebuah motosikal lalu, seseorang itu mendengar
bunyi (deria pendengaran) tersebut dan dia telah pernah melihat objek (motosikal)
mengeluarkan bunyi tersebut (pada masa yang lalu), maka gambaran ‘motosikal’ dengan
cepat terbayangnya. Akan tetapi, seseorang individu yang tidak ada pengalaman seperti ini
tidak akan mampu memberikan makna kepada bunyi ini.

2.5.2 Organisasi Pengamatan

Ini bermakna rangsangan yang dipersepsikan adalah sentiasa disusun dan diorganisasikan
dalam bentuk yang baik iaitu mudah, elok dan simetri. Jadi, organisasi pengamatan
merupakan proses mental yang menyusun maklumat, membuat tafsiran dan membentuk
konsep berdasarkan pengalaman lampau. Namun begitu, penetapan makna maklumat
tersebut bergantung kepada pengamatan seseorang individu. Individu akan memilih
rangsangan yang bermakna bagi dirinya, seterusnya mengorganisasikan maklumat
kederiaan dan seterusnya menginterpretasikan rangsangan tersebut.

Di dalam kehidupan harian kita, kebanyakan rangsangan yang kita menerima bukan
terdiri daripada satu-satu, malah bukan terpisah-pisah. Ahli-ahli psikologi Gestalt pula
berpendapat bahawa manusia cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan
daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan tersebut.

2.5.3 Teori Pembentukan Pengamatan

Ahli-ahli psikologi berusaha menggunakan Teori Gestalt dan Hukum Pragnanz untuk
menghuraikan pembentukan pengamatan manusia. Perkataan gestalt berasal daripada
bahasa Jerman yang bermaksud bentuk, pola atau konfigurasi yang dipersepsi. Mengikut
teori Gestalt (bentuk, pola atau tatarajah), manusia mempunyai struktur kognitif di mana otak
akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam proses pembelajaran. Teori gestalt
menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan latar dalam pengamatan manusia.
Gestalt dan latar boleh bertukar kedudukannya bergantung kepada salah satu aspek yang
utama.

Contoh : Ilustrasi di bawah mengandungi gestalt dan latar.

23
EDUP2033 PEDAGOGI

Apabila kita memberi perhatian kepada gestalt (bahagian putih), persepsi yang diperoleh
ialah sebuah pasu bunga manakala jika perhatian ditumpu kepada latar (bahagian hitam)
maka kita akan melihat sebagai dua muka orang. Ini adalah bergantung kepada pilihan
pemerhati tentang bentuk dan latarnya. Menurut Ridzuan Hussin (2009) yang penting bagi
teori Gestalt ialah bagaimana para pelajar memproses maklumat untuk menentukan apa
yang mereka pelajari. Teori ini juga turut menekankan aspek pemikiran, kepercayaan, sikap
dan nilai pelajar.

Ahli-ahli psikologi gestalt mengemukakan enam prinsip pengamatan (persepsi) dikenali


sebagai Hukum Pragnanz seperti berikut:

(a) Prinsip Kedekatan (b) Prinsip Bentuk dan Latar

(c) Prinsip Kesamaan (d) Prinsip Simetri

(e) Prinsip Lengkapan ( f) Prinsip Terangkum

2.5.4 Teori Pengajaran-Pembelajaran yang berkaitan dengan Pengamatan

24
EDUP2033 PEDAGOGI

Wetheirmer ialah pengasas teori Gestalt. Beliau mengambil berat tentang cara
kanak-kanak belajar terutama di sekolah. Beliau tidak bersetuju dengan penggunaan
hafalan. Beliau mahu kanak-kanak mencapai kefahaman, dan mempunyai celik akal dalam
sesuatu masalah.

Kohler pula menjalankan eksperimen terhadap perlakuan seekor chimpanzi telah


mengemukakan konsep celik akal yang bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara
tiba-tiba. Dalam kajiannya, chimpanzi yang lapar dimasuk ke dalam sangkar dan beberapa
batang kayu panjang diletak berhampirannya, manakala sebiji pisang pula diletakkan di luar
sangkar. Chimpanzi mendapat idea dengan memahami masalah dan cari penyelesaian iaitu,
menyambungkan kayu-kayu tersebut dan berjaya mengaitkannya dengan buah pisang.
Chimpanzi ini menunjukkan apa yang dipanggil oleh Kohler sebagai celik akal dan Kohler
merasakan bahawa ia berlaku terutama dalam pembelajaran manusia.

2.6 Penanggapan

2.6.1 Konsep Penanggapan

Hilgard, Atkinson dan Atkinson (1979) telah menerangkan penanggapan sebagai


sifat-sifat umum bagi suatu kelompok objek atau idea. Dengan ini, penanggapan merupakan
suatu proses pembentukan konsep. Bruner (1973) menggunakan perkataan
pengkategorisasikan sebagai pembentukan konsep iaitu membuat kategori dengan
membezakan perkara-perkara atau benda-benda yang beraneka jenis mengikut ciri-ciri yang
sama masing-masing. Sebagai contoh, haiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat-
sifat khusus seperti jenis binatang yang terbahagi kepada mamalia, reptilian dan amfibia.
Cara pengkategorisasi ini membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari
ataupun mengingati mereka dengan lebih mudah lagi.

Penanggapan merupakan satu proses pembentukan konsep di mana pembelajaran


bergantung kepada pengamatan pelajar terhadap sesuatu rangsangan dan membuat
tanggapan yang tepat terhadap sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Namun, dalam
proses membuat tanggapan yang tepat, pelajar sering terganggu sekiranya banyak
rangsangan wujud di sekelilingnya

25
EDUP2033 PEDAGOGI

2.6.2 Faktor-faktor Mempengaruhi Pembentukan Penanggapan atau Konsep

a. Pengalaman

Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk konsep. Tanpa pengalaman lalu


yang boleh dikaitkan, murid-murid tidak dapat membentuk penanggapan yang betul.

b. Imaginasi

Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu walaupun


objek atau orang itu tiada di hadapannya. Daya imaginasi yang tinggi juga mempercepatkan
pembentukan penanggapan seseorang individu.

c. Kecerdasan

Merujuk kepada kebolehan mental seseorang untuk melihat perkaitan serta menggunakan
perkaitan-perkaitan ini dalam proses penyelesaian masalah. Kecerdasan yang tinggi
seseorang individu maka mempercepatkannya untuk membuat generalisasi serta
membentuk penanggapan.

d. Penguasaan Bahasa

Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat yang


baik. bahasa yang mengelirukan boleh menyebabkan murid-murid membentuk
penanggapan yang salah.

e. Contoh-contoh

Contoh-contoh yang diberi hendaklah mencukupi ketika guru menyampaikan satu-satu


konsep. Ini kerana murid-murid perlu mengetahui segala cirri-ciri konsep dengan baik untuk
pembentukan konsep.

2.6.3 Kesimpulan

Menurut Razhiyah (2006), setiap kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran


mempunyai masalah yang berbeza dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Namun
begitu, setiap kanak-kanak dapat diajar dan mereka berhak mendapat bimbingan yang
sepatutnya. Jadi, guru hendaklah memikirkan, merancangkan strategi pengajaran-

26
EDUP2033 PEDAGOGI

pembelajaran mengikut tahap murid-murid. Dengan itu penumpuan murid-murid terhadap


pelajaran yang disampaikan oleh guru dapat ditimbulkan. Sebagai guru, adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk memastikan faktor-faktor yang meningkatkan pengamatan dan
penanggapan murid-murid dapat diwujudkan.

2.7 Ingatan

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari
dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang
diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran
selanjutnya. Menurut Fein (1978), beliau mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan
maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Selain itu,
Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang
bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa hadapan. Kesimpulannya, ingatan
merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan
menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.

2.7.1 Proses Ingatan

Menurut Teori Gagne, ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem
saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka
pendek, kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan seterusnya ke penggerak
tindak balas melalui sistem saraf. Di dalam stor ingatan jangka pendek, maklumat yang
diterima akan dikodkan secara bermakna dalam rangka yang lebih mudah diingati, iaitu
dalam bentuk gambar mental atau simbol bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang
diterima. Maklumat yang dikodkan akan disimpan dalam masa 15-30 saat sahaja dan
kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit
atau selama-lamanya. Menurut Gagne, maklumat- maklumat yang disimpan dalam stor
ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan
pengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.

2.7.2 Jenis-jenis ingatan

27
EDUP2033 PEDAGOGI

Ingatan boleh digolongkan kepada tiga jenis kategori, iaitu ingatan sensori, ingatan jangka
pendek dan ingatan jangka panjang. Pertama, ingatan sensori, di mana dikenali sebagai
ingatan deria kerana ia berfungsi sebagai rakaman deria. Masa proses ingatan sensori ini
adalah sangat singkat, biasanya berlaku beberapa saat sahaja. Ini adalah kerana ransangan
yang diterima sampai ke bahagian organ deria tidak akan kekal lama, tetapi dihantar terus
ke stor ingatan jangka pendek dengan serta merta.

Jenis ingatan yang kedua ialah ingatan jangka pendek. Ingatan ini berfungsi menerima
maklumat dari ingatan sensori untuk diproses untuk sementara waktu sahaja, iaitu dalam
15-30 saat sahaja. Ia menggunakan tempoh yang singkat ini untuk memerhati maklumat
yang berguna, mengekodkannya dalam satu sistem yang mudah diingat, kemudian
menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang. Maklumat yang tidak diberi perhatian,
biasanya dianggap kurang penting ataupun kurang berguna akan lenyap dalam proses
lupaan.

Jenis ingatan yang ketiga ialah ingatan jangka panjang. Ini bermakna ia berfungsi menerima
dan proses maklumat yang telah diekodkan secara kasar dari ingatan jangka pendek untuk
disimpan dalam masa yang lebih lama, mungkin di antara beberapa minit hingga bertahun-
tahun. Maka maklumat yang diterima akan diproses semula dan dipindahkan kepada satu
sistem yang lebih mudah, lebih sistematik dan lebih sempurna, seperti dalam sistem fail
yang dibahagikan mengikut jenis dan kategori supaya mudah disimpan dan mudah
dikeluarkan.

Terdapat empat jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan sematik, ingatan episodik, ingatan
prosedural dan ingatan perdana. Pertama, ingatan sematik ialah ingatan di mana maklumat
berbentuk fakta yang dikuasai sepanjang hayat daripada interaksi manusia dengan
persekitarannya. Ia merangkumi segala fakta dan pengalaman yang dialami oleh seseorang.
Sebagai contoh, maklumat yang berkaitan dengan persekolahan, pekerjaan, pembacaan,
penontonan filem dan dari pengalaman-pengalaman lain. Kedua, ingatan episodik di mana
ia merujuk kepada semua maklumat yang telah diperolehi daripada pengalaman lampau
seperti tarikh, tempat, tahun yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa khas, sama ada yang
manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan oleh seseorang individu. Contohnya,
penglibatan seseorang dalam kemalangan, hari jadi ke-21, hari konvokesyen seseorang dan
sebagainya.

Manakala yang ketiga, ingatan prosedural. Ia melibatkan langkah-langkah dan prosedur-


prosedur amalan seharian. Sebagai contoh, ia melibatkan langkah-langkah yang terlibat
dalam membuat kuih, memandu kereta ke tempat kerja, mandi dan lain-lain. Ingatan ini
boleh mengalami proses lupaan kalau ia tidak digunakan secara kerap. Keempat, ingatan
perdana di mana ia melibatkan segala maklumat amalan seharian yang sudah menjadi

28
EDUP2033 PEDAGOGI

sebati dan automatik untuk seseorang. Beberapa contoh ingatan perdana ialah nombor
rumah, nombor telefon polis atau ambulan, nama ahli keluarga, nombor kad pengenalan dan
kad ATM dan sebagainya. Satu masalah dalam proses ingatan ialah kegagalan dalam
proses endkoding akan menghalang maklumat ini daripada memasuki ingatan jangka
panjang. Kadang-kadang, maklumat dalam peringkat ini dilupai bila ia tidak sampai ke
ingatan jangka panjang.

2.7.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan boleh dikategorikan kepada tiga kategori utama,
iaitu faktor bahan pembelajaran, faktor kaedah pembelajaran dan faktor peribadi.
Kategori pertama ialah faktor bahan pembelajaran. Kategori ini merangkumi empat aspek,
iaitu panjang bahan, kesukaran bahan, kedudukan bahan dan bahan bermakna.
Pertama, panjang bahan pembelajaran di mana menurut kajian H.Ebbinghaus, beliau
mendapati pembelajaran suku kata yang tidak bermakna dan tidak melebihi 7 bilangannya,
biasanya boleh mengingatnya selepas membaca sekali. Sekiranya ditambah sehingga 12
suku kata, maka diperlukan membaca 17 kali sebelum boleh mengingatnya, dan jika
ditambah 16 suku kata lagi, ia memerlukan membacanya sebanyak 30 kali baru boleh
mengingatnya.

Kedua, faktor kesukaran bahan pembelajaran, menurut Kruegar (1946), dalam kajiannya,
mendapati bahan pembelajaran yang terlalu mudah, kemajuan dalam peringkat awal
bergerak dengan sangat cepat, tetapi cepat berundur dalam masa yang singkat. Ini adalah
kerana bahan pembelajaran yang kurang mencabar, minat pembelajaran tidak dapat
ditimbulkan, oleh itu ingatannya tidak akan kekal lama. Bagi bahan pembelajaran yang
terlalu sukar, tidak ada kemajuan langsung kerana kekurangan keupayaan untuk
mempelajarinya. Bagi bahan pembelajaran yang mempunyai kesukaran yang berpatutan,
ianya kesukarannya boleh diatasi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kemajuannya
boleh dikekalkan secara terus-menerus.

Ketiga, kedudukan bahan pembelajaran menurut Kingsley (1957), dalam kajian ingatan
terhadap set-set suku kata dan perkataan tunggal yang disenaraikan mengikut susunan

29
EDUP2033 PEDAGOGI

secara tertib, mendapati suku kata dan perkataan yang terletak di tempat awal dan tempat
akhir adalah lebih mudah diingat daripada yang terletak di tempat pertengahan, khasnya
bagi ingatan set suku kata yang tidak bermakna. Terdapat banyak contoh harian yang kita
boleh huraikan fenomena ini. Contohnya, kita lebih mudah mengingati peristiwa yang
berlaku dalam hari persekolahan pertama dan terakhir daripada peristiwa-peristiwa di antara
mereka. Begitu juga, kita lebih mudah mengingat peristiwa yang berlaku dalam hari Tahun
Baru dan hari akhir tahun daripada peristiwa-peristiwa berlaku di antara perayaan-perayaan
yang lain sepanjang tahun.

Keempat ialah bahan pembelajaran yang bermakna. Menurut kajian Kingsley menunjukkan
pembelajaran perkataan-perkataan yang bermakna adalah lebih mudah daripada set suku
kata yang tidak bermakna. Dengan perkataan lain, pembelajaran bahan yang bermakna
adalah lebih mudah diingati daripada pembelajaran bahan yang tidak bermakna.

Manakala kategori yang kedua ialah kaedah pembelajaran. Ia merupakan cara


pembelajaran yang digunakan semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan. Cara
pembelajaran ini merangkumi dua aspek utama iaitu pertama, masa belajar secara
bahagian adalah lebih berkesan daripada masa belajar secara sekali gus. Di dalam kajian
Done dan Hilgard (1937), calon ujian dibahagikan kepada empat kumpulan seperti berikut;
kumpulan A belajar satu minit, rehat satu minit; kumpulan B belajar dua minit, rehat tiga
minit; kumpulan C belajar satu minit, rehat sebelas minit dan kumpulan D belajar tiga minit,
rehat satu minit. Hasil kajian menunjukkan cara pembelajaran kumpulan C adalah terbaik,
diikuti dengan kumpulan B, kumpulan A dan akhir sekali kumpulan D. Ini bermakna cara
pembelajaran secara bahagian diikuti dengan masa rehat yang cukup adalah lebih mudah
diingat kembali daripada cara pembelajaran yang menggunakan masa lebih daripada masa
rehat.

Kedua, pembelajaran berlebihan (over-learning) pula merupakan faktor yang penting untuk
pembelajaran yang berkesan. Di dalam tempoh latihan, sekiranya telah berjaya menguasai
semua langkah pembelajaran, bolehlah dikatakan telah mencapai seratus peratus
pembelajarannya. Contohnya, menghafaz sebuah puisi yang lengkap memerlukan lima kali
membacanya, barulah disebut sebagai pencapaian seratus peratus pembelajaran.
Sungguhpun telah berjaya mencapai seratus peratus pembelajaran, pembelajaran setakat
ini adalah amat mudah dilupai. Justeru itu, untuk mengekalkan ingatan, selepas mencapai
seratus peratus pembelajaran, perlu membacanya beberapa kali.

30
EDUP2033 PEDAGOGI

Kategori yang ketiga ialah faktor peribadi. Antara faktor peribadi seperti umur, jantina,
kebolehan, motif, emosi, kesihatan, personaliti dan sebagainya, juga mempengaruhi ingatan
selepas pembelajaran. Pertama, faktor umur iaitu ramai orang percaya bahawa peringkat
pembelajaran yang terkuat ialah pada waktu kanak-kanak, khasnya kanak- berumur 8-9
tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian telah menunjukkan peringkat pembelajaran yang
terkuat sebenarnya ialah di antara umur 8-20 tahun. Di dalam kajian Thorndike (1928),
calon-calon ujian dari umur 8 hingga 70 tahun adalah dipilih untuk mengkaji pembelajaran
bahasa esperanto, iaitu satu bahasa internasional yang dicipta oleh Dr. Zamenlof pada
tahun 1887. Hasil kajian beliau menunjukkan kemajuan terbaik ialah peringkat umur 8-20
tahun. Selepas 20 tahun, kemajuannya dilambatkan dan mencapai puncaknya dalam umur
25 tahun. Selepas umur 35 tahun, kebolehan belajar mula menurun, dan apabila sampai
umur 42 tahun, ia telah diturun sebanyak 22 peratus daripada peringkat kemuncaknya.

Kedua, faktor jantina iaitu kebolehan pembelajaran dan daya ingatan di antara lelaki dan
perempuan tidak banyak perbezaan. Keupayaan kemahiran teknik, seperti bermain alat
muzik, menjahit, menulis, melukis dan sebagainya, di antara lelaki dan perempuan adalah
hampir sama. Di dalam pembelajaran bahasa, kebolehan perempuan dan lelaki tidak
banyak bezanya.

Ketiga, perkaitan motivasi dengan pembelajaran iaitu ramai ahli psikologi percaya motivasi
berkait rapat dengan pembelajaran. Di dalam sekolah, ganjaran lebih diutamakan sebagai
motivasi untuk mendorong pembelajaran, kerana banyak kajian telah membuktikan
pemberian ganjaran adalah lebih berkesan daripada mengenakan hukuman. Ini adalah
kerana ganjaran menggalakkan tingkah laku yang diingini diteraskan, manakala hukuman
menghalang tingkah laku yang diingini diteruskan, manakala hukuman menghalang tingkah
laku diteruskan, malah ia tidak pula menunjukkan atau membawa tingkah laku ke arah yang
positif. Oleh itu, kesan motivasi ganjaran merupakan positif, sedangkan kesan motivasi
hukuman adalah negatif.

Terdapat sesetengah aktiviti pembelajaran yang sama perkaitannya dengan motivasi adalah
diwujudkan secara semulajadi dan tanpa memerlukan sebarang ganjaran. Contohnya,
kanak-kanak yang melibatkan diri dalam permainan bola atau alat muzik, tidak perlu
menggunakan ganjaran atau hukuman untuk mengawal mereka. Ini adalah kerana mereka
mendapat kepuasan daripada aktiviti tersebut. Secara ringkasnya, sekiranya pelajar sendiri
melibatkan diri dalam situasi pembelajaran, dan daripada aktiviti pembelajaran memperoleh
kejayaan atau pencapaian yang memuaskan, maka motivasi untuk pembelajaran akan
berlaku dan dikekalkan dalam ingatan.

31
EDUP2033 PEDAGOGI

Keempat, emosi di mana ia merupakan perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira,
takut dan lain-lain. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis
utama iaitu seronok (gembira) atau kurang seronok (sedih), dan cemas (risau) atau tenang.
Kebiasaannya manusia lebih boleh ingat peristiwa atau pengalaman yang seronok dan
mempunyai kecenderungan agar sengaja melupai peristiwa atau pengalaman yang sedih
atau kurang seronok.

2.8 Lupaan

Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala maklumat yang telah
diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai
tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan. Menurut Erikson (1963), lupaan
merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja dilupai kerana dianggap
tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang.
Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang
terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.

2.8.1 Jenis-jenis lupaan

Manusia sebagai insan dikurniakan untuk melupakan peristiwa-peristiwa pahit yang dilalui
pada masa lampau. Lupaan juga ada kebaikannya. Jika penyimpanan kod melimpah-
melimpah, ia boleh mengakibatkan kelumpuhan mental seseorang. Terdapat tujuh
jenis lupaan iaitu pertama, lupaan keusangan. Pertama, lupaan keusangan berlaku apabila
maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang dilupai akibat jarang digunakan. Ini
bermaksud kod-kod maklumat yang disimpan tidak aktif dan tidak dipanggil semula.
Kedua, lupaan kegagalan di mana individu-individu gagal untuk memanggil semula
maklumat yang spesifik. Setiap kali manusia mempelajari maklumat baru, otak akan
mewujudkan satu tanda halus ingatan untuk maklumat tersebut. Jika maklumat ini tidak
dilatih dan dipanggil balik, ia akan lama kelamaan hilang begitu sahaja.

Ketiga, lupaan penggantian di mana ia berlaku apabila maklumat baru menggantikan segala
ingatan yang lama. Sebagai contoh, pembelajaran rumus matematik yang dapat dikira
secara pendek akan menggantikan pembelajaran rumus matematik sama yang lebih
panjang dan yang mengelirukan. Jenis lupaan yang keempat ialah lupaan gangguan.
Lupaan gangguan ialah lupaan yang berlaku akibat gangguan yang berlaku akibat
pembelajaran baru atau pembelajaran lama.

32
EDUP2033 PEDAGOGI

Terdapat dua jenis lupaan gangguan iaitu gangguan retroaktif dan proaktif. Gangguan
retroaktif adalah gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru mengganggu
pembelajaran lama. Justeru itu maklumat pembelajaran lama dilupakan. Ia berlaku apabila
bahan pembelajaran yang lama tidak difahami dengan baik atau belum mencapai tahap
pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, pembelajaran yang baru akan mengganggu
pembelajaran yang lama. manakala gangguan proaktif pula ialah pembelajaran lama yang
kekal dan mantap dalam fikiran mengganggu pembelajaran baru. Ini bermakna seseorang
itu mungkin enggan untuk menerima pembelajaran baru.

Kelima, jenis lupaan terdesak di mana ia berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau
sesuatu peristiwa yang menyakitkan. Oleh itu, individu akan sengaja menolaknya ke otak
sebagai mekanisme helah bela diri. Jenis lupaan keenam iaitu lupaan kebimbangan dan
ketakutan. Lupaan ini berlaku dalam keadaan yang tertekan seperti individu yang bimbang
atau semasa murid-murid berada di dalam dewan peperiksaan. Lupaan ini berlaku apabila
murid-murid tidak dapat mengingati nota-nota penting dan proses ini dikenali
sebagai “mental block”. Keenam, lupakan ledakan maklumat. Maklumat yang terlalu banyak
untuk dipelajari dan yang tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga boleh
menyebabkan proses lupaan. Fikiran murid-murid buntu dan menyebabkan mereka panik
dan melupai fakta-fakta yang penting. Jenis lupaan yang terakhir ialah kegagalan untuk
menyimpan. Maklumat penting dilupakan apabila tidak sampai ke dalam ingatan jangka
panjang. Kegagalan dalam proses enkoding menghalang maklumat daripada memasuki
ingatan jangka panjang.

2.8.2 Faktor-faktor lupaan

Pertama, faktor minat di mana, kebanyakan perkara yang tidak diminati oleh pelajar akan
mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru
mengajar. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yang telah dipelajari
dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah. Faktor kedua, ialah perasaan takut
dan bimbang. Pelajar yang berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat
kembali fakta yg diajar oleh guru. Guru yang garang dan tidak peramah juga akan
menyebabkan keupayaan pelajar untuk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.

Faktor ketiga ialah peredaran masa. Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yang
dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yang disimpan dalam ingatan

33
EDUP2033 PEDAGOGI

jangka panjang pelajar. Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku
dengan peredaran masa yang lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan. Faktor
keempat, keusangan di mana persekitaran yang berubah akan menyebabkan kesukaran
mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yang berkaitan dengan dirinya.
Maklumat lama yang disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai
digunakan di dalam persekitaran yang baru. Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman
manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati
kampungnya sudah berubah dengan pesat. Maklumat lama dalam ingatan jangka
panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi.

Faktor kelima, pengalaman yang pahit. Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan
menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana
tidak mahu mengingatinya lagi. Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak
timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk
menyesuaikan diri kepada persekitarannya. Faktor keenam, masa yang tidak cukup untuk
mengingat. Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab
soalan dengan betul. Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg
cukup ingat kembali sesuatu fakta. Dan faktor yang ketujuh, iaitu aras keyakinan. Aras
keyakinan yang tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yang rendah
memudahkan proses lupaan. Contohnya, guru yang berkeyakinan dalam menyampaikan isi
pengajarannya akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Faktor kelapan, kekurangan kejelasan kepada ingatan. Maklumat baru tidak dapat
diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru kurang baik
dan kefahaman pelajar adalah rendah. Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik
kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Oleh itu, konsep-konsep yang diajar guru perlulah
dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kelicinan kepada ingatan. Faktor
kesembilan, gangguan proaktif dan gangguan retroaktif. Gangguan proaktif berlaku apabila
pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru. Gangguan retroaktif pula berlaku
apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar
pembelajaran yang baru. Faktor yang terakhir ialah terlalu banyak maklumat yang perlu
diingati. Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat
yg perlu diingati. Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta
atau isi pembelajaran yang perlu diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan
menyebabkan lupaan.

2.8.3 Cara meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan lupaan

34
EDUP2033 PEDAGOGI

Pertama, guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan
dengan kehidupan murid-murid. Kedua, guru meningkatkan isi pembelajaran dengan
menggunakan pelbagai cara iaiti daripada senag kepada susah, maujud kepada abstrak,
dekat kepada jauh dan kecil kepada besar. Ketiga, memeringkatkan kaedah pembelajaran
melalui interaksi guru murid dua hala, pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat
serta merancang aktiviti pembelajaran menarik dan berkesan. Keempat, menyusun jadual
waktu di mana subjek yang susah seperti matematik, kimia dan fizik di sebelah pagi,
manakala subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.

Kelima, menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi mengingat jenis
memori dalam ingatan jangka panjang. Keenam, guru membimbing pelajar bagaimana cara
belajar dengan betul atau Kemahiran Meta-kognitif iaitu dengan teknik membuat rumusan
atau ringkasan nota, teknik pengurusan masa, membuat peta minda atau peta kosep dan
sebagainya. Ketujuh, guru perlu menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan
mengajar satu sesi pengajaran dengan maklumat atau isi pelajaran yang terlalu
padat. Kelapan, guru haruslah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna. Di mana
guru menekankan kepada isi-isi pengajaran yang sangat penting. Kesembilan, guru
menggunakan bahan bantu mengajar secara visual. Guru perlu menggunakan banyak alat
bantuan pengajaran visual.

2.8.4 Kesimpulan

Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran.
Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa
yang sama apa yang dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian
yang lebih banyak melalui proses lupaan. Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-
langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan
lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.

2.9 Pemindahan Pembelajaran (Transfer of Learning)

35
EDUP2033 PEDAGOGI

Pemindahan pembelajaran bermaksud kemampuan seseorang untuk mengaplikasi dan


menggunapakai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari satu dalam satu
konteks kepada situasi dan konteks yang baru atau berlainan. Dengan perkataan
lain, mengambil sesuatu yang kita telah pelajari dan menggunapakainya semula di situasi
yang berlainan.

2.9.1 Jenis-jenis pemindahan pembelajaran

Terdapat beberapa jenis pemindahan pembelajaran antaranya, pemindahan positif dan


pemindahan negatif. Pertama, pemindahan positif (Positive Transfer) dapat diklasifikasikan
kepada dua kategori iaitu Pemindahan mendatar (lateral transfer) dan Pemindahan
menegak (vertical transfer). Pemindahan mendatar merujuk kepada pengalaman seseorang
dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi yang serupa atau
peringkat kesukaran yang sama. Contohnya, Kanak-kanak mempelajari maksud perkataan
untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan. Manakala pemindahan menegak merujuk
kepada penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ia
melibatkan pembelajaran prinsip, hukum dan teorem. Contohnya, murid-murid mempelajari
konsep sisi empat, maka murid-murid dapat menyelesaikan konsep segiempat sama sisi,
segiempat tepat dan segiempat selari.

Kedua, pemindahan negatif ialah pembelajaran lama yang mengganggu pembelajaran baru
dan menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan pembelajaran yang
salah. Sebab-sebab berlaku pemindahan pembelajaran negatif ialah gangguan proaktif,
ganggunan retroaktif dan gangguan tabiat. Gangguan proaktif berlaku di mana
pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya. Contohnya, mempelajari Fizik
menganggu pelajaran Kimia. Manakala pembelajaran retroaktif pula berlaku apabila
pembelajaran baru menganggu pembelajaran sebelumnya. Contohnya, selepas belajar
Bahasa Inggeris, murid melupai struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya.
Gangguan tabiat pula berlaku apabila tabiat lama mengganggu tabiat baru. Contohnya,
murid yang mempunyai tabiat menulis tangan kiri akan mengganggu pembentukan tabiat
menulis tangan kanan.

Selain itu terdapat jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang lain iaitu pemindahan
bilateral, pemindahan pengantara, pemindahan set pembelajaran dan pemindahan sifar.
Pertama, pemindahan bilateral juga dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education).
Ia melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan latihan kemahiran seperti

36
EDUP2033 PEDAGOGI

Pendidikan Jasmani. Contohnya, latihan menggunakan tangan kiri dipercayai boleh


membantu latihan tangan kanan. Kedua, pemindahan pengantara, ia berlaku setelah murid
menguasai satu tindak balas dan menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk
satu tindak balas baru. Contohnya, selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih
mudah mempelajari ejaan perkataan.

Ketiga, pemindahan set pembelajaran. Set pembelajaran (learning set) ialah teknik
pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang.
Contohnya, murid diberi latih tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai
operasi mendarab dengan baik. Keempat, pemindahan sifar, ia bermaksud tidak berlaku
sebarang pemindahan. Seseorang berusaha menggunakan kemahiran atau konsep untuk
pembelajaran baru tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. Ini berlaku kerana
penggunaan konsep atau kemahiran sedia ada tidak mempunyai perkaitan langsung dengan
konsep baru. Contohnya, menggunakan konsep operasi tambah untuk mempelajari operasi
bahagi.

2.9.2 Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaran

Menurut C. Ellis (1965), terdapat beberapa prinsip-prinsip pemindahan pembelajaran


iaitu pertama, prinsip unsur kesamaan. Fenomena pemindahan pembelajaran lebih mudah
berlaku apabila kedua-dua pembelajaran mempunyai unsur-unsur sama dan seiras.
Prinsip kedua ialah prinsip banyak latihan asas. Semakin banyak latihan asas diadakan
untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap
pembelajaran berkaitan. Prinsip yang ketiga, prinsip kepelbagaian rangsangan. Semakin
banyak latihan dipelbagaikan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan
pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Manakala prinsip keempat ialah prinsip
pengukuhan konsep. Penguasaan konsep, prinsip atau hukum yang kukuh lebih
memudahkan pemindahan pembelajaran. Prinsip yang terakhir ialah prinsip celik akal.
Pemindahan pembelajaran mudah berlaku dengan kecekapan menggunakan celik akal
melalui latih tubi.

2.9.3 Strategi & prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif


` dalam pengajaran dan pembelajaran.

37
EDUP2033 PEDAGOGI

Beberapa strategi dan prinsip yang dicadangkan untuk meningkatkan pembelajaran positif
dalam pengajaran dan pembelajaran, antaranya pertama, menentukan pencapaian objektif
eksplisit. Kedua, mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran
berfikir. Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik dan yang keempat,
mengajar konsep dengan contoh sesuai.Pertama, menentukan pencapaian objektif
eksplisit. Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati bahawa pelajar yg diberitahu objektif
pembelajaran dan bentuk peperiksaan sebelum pembelajaran mempunyai pencapaian yang
lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran. Ini kerana pelajar mempunyai
persediaan mengingat fakta atau konsep penting.

Kedua, mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir. Untuk


mengingati sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya. Oleh
itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi sesuatu yang bermakna. Contohnya,
untuk mengingat nombor “19572020” dengan lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan
yang bermakna “Merdeka, Wawasan”

Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik. Sekiranya berlaku pembelajaran


negatif, iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat untuk pembelajaran baru maka
dua prinsip berikut perlu dilaksanakan iaitu pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari
pengalaman asas kepada yang lebih kompleks dan mengaitkan antara mata pelajaran,
contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan konsep Fizik.

Keempat, mengajar konsep dengan contoh sesuai. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran , huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan memudahkan pelajar
memahami konsep tersebut. Contohnya, guru menerangkan konsep tuas dan memberikan
contoh dacing, jongkang-jongket, rod pemancing dan penukul sebagai contoh tuas.

2.9.4 Kesimpulan

Amalan-amalan pemikiran yang menggalak proses pemindahan pembelajaran ysng positif di


kalangan murid-murid. Pemindahan pembelajaran positif dapat dipupuk sekiranya murid-
murid bermotivasi tinggi, berani mengambil risiko, memberi perhatian serta mempunyai
perasaan tanggungjawab untuk menguasai pembelajaran.

38
EDUP2033 PEDAGOGI

Bibliografi

Ee Ah Meng. (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah


Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee. (1998). Psikologi Pendidikan 2. Edisi 2. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan


pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rahill Mayyuddin dan Habibah Elias (2007), Psikologi Pendidikan Untuk Pengurusan.
Edisi 2. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ramlan Hamzah Lily Mastura Harun, PhD. (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi
Pendidikan: Untuk PraSarjana Muda Dan KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Razhiyah K. A. (2006). Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar. Kuala Lumpur: PTS


Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ridzuan Hussin. (2009). Teori Gestalt. Tg. Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Slavin, R.E. (1997). Educational psychology. Theory and practice. 5th.ed.


Boston: Ally & Bacon.

Pengamatan. Retrived Ogos 24, 2012. From the


http://cintakudikeningau.blogspot.com/2011/06/pengamatan.html

Psikologi P&P. Retrived Ogos 24, 2012. From the


http://ibnuziad.wordpress.com/2010/03/05/psaikoloji-pp/

Kesediaan Penentu Keberkesanan Pembelajaran. Retrived Ogos 23, 2012. From


the http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/36-mengenai-
pendidikan/5584-kesediaan-penentu-keberkesananan-pembelajaran.html

39
EDUP2033 PEDAGOGI

PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN

EDUP 2033 PEDAGOGY

NAMA KELAYAKAN

EN NOR AZNAN B HJ MAHMOOD Kelulusan:


M. Sc Biologi, UPM
Pensyarah B.Sc Hons (Management) Forestry, UPM
IPG Kampus Batu Lintang Dip Edu, UIA
Jln College Dip. Pertanian , UPM
93200 KUCHING
Pengalaman:
Pensyarah Sains dan Matematik
Guru Sains dan Kemahiran Hidup

HJH DYG PUTRI BINTI HJ AWG MAHBI Kelulusan:


M.Ed. (Kurikulum dan Pedagogi) UKM
Pensyarah B.Sc Hons (Science Human Development) UPM
IPG Kampus Batu Lintang, Dip. Perguruan (Pengajian Melayu Sekolah
Jln College Rendah)
93200 KUCHING.
Pengalaman:
Pensyarah Pedagogi Pendidikan
Guru Bahasa Melayu

40

Anda mungkin juga menyukai