Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera ..

Yang berusaha Guru besar SK bruan Mapal, Puan Selehah Binti Ali. Yang dihormati YDP
PIBG, En Aminuddin. Yang diraikan Penolong Kanan HEM kita iaitu Cikgu Musa Bin Masra
dan guru ganti kita iaitu Cikgu Siti Roniza, Guru-guru penolong Kanan, rakan-rakan guru,
warga SKBM, exco-exco PIBG serta anak-anak murid sekalian.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha


Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis
sekalung budi yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Ahmad
Ismail Bin Mohamad.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan


kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput Guru Besar Sk Bruan Mapal, Puan
Selehah Binti Ali untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas ucapan itu tadi.
Baiklah, sekarang majlis akan menjemput wakil murid iiatu Nurfahana Humaira
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Sekarang tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu mendengar ucapan
daripada orang yang diraikan iaitu Encik Musa Bin Masra, Penolong Kanan HEM
SKBM. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Musa.


Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you
never want to lost. Itulah PK HEM kita, Encik Musa Bin Masra, lembut, tenang namun
tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat
digambarkan mengenai Cikgu Musa. Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas
dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan pelajar. Beliau juga seorang yang
berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajar.

Seterusnya, majlis kita akan diteruskan lagi dengan menonton tayangan video yang
disediakan oleh pihak sekolah khas buat Cikgu Musa.

Selesailah sudah tayangan video itu tadi.


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, yang
patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan
yang berganti. Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap akan diingati, kekal abadi
tersemat di hati.

Warga Dewan yang Dikasihi,

Majlis kita akan diteruskan lagi dengan sesi penyerahan tugas oleh Cikgu Musa. Untuk
itu dijemput Guru Besar dan Penolong kanan-penolong Kanan untuk ke hadapan bagi
menyempurnakan sesi ini. Terima kasih diucapkan.

Baiklah, majlis kita akan diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kenang-
kenangan kepada yang diraikan pada hari ini iaitu Cikgu Musa dan Cikgu Siti Roniza.

Baiklah dipersilakan Guru Besar SKBM untuk menyampaikan cenderamata kenang-


kenangan daripada sekolah kepada Cikgu Siti Roniza dan seterusnya, Cikgu Musa.
Terima kasih diucapkan kepada guru besar.

Seterusnya, dijemput YDP PIBG SKBM, Encik Aminuddin untuk menyampaikan


cenderamata kepada Cikgu Musa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada YDP.

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang


Diraikan pada hari ini.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara Nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada
Yang diraikan Cikgu Musa kerana sudi bersama kita pada pagi ini dan kami semua
mendoakan agar Cikgu Musa ceria di tempat baharu. Kami warga SKBM ingin memohon
ampun dan maaf andai ada tersalah kata & tingkah laku yang mengguris
sepanjangperkhidmatan cikgu Musa di sini.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Baiklah, selepas ini kita akan ada sesi bersalaman bersama dengan Cikgu Musa.
Dimulakan dengan murid Prasekolah.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai

  • Teks MC
    Teks MC
    Dokumen2 halaman
    Teks MC
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Buku Program 4
    Buku Program 4
    Dokumen12 halaman
    Buku Program 4
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Sijil
    Sijil
    Dokumen1 halaman
    Sijil
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Budi Bahasa Amalan Mulia
    Budi Bahasa Amalan Mulia
    Dokumen2 halaman
    Budi Bahasa Amalan Mulia
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Teks Pengacara Majlis Apresiasi SK Bruan Mapal
    Teks Pengacara Majlis Apresiasi SK Bruan Mapal
    Dokumen11 halaman
    Teks Pengacara Majlis Apresiasi SK Bruan Mapal
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Tanda Nama
    Tanda Nama
    Dokumen2 halaman
    Tanda Nama
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Malaysia Di Pentas Dunia
    Malaysia Di Pentas Dunia
    Dokumen2 halaman
    Malaysia Di Pentas Dunia
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Soalan Kuiz Pss
    Soalan Kuiz Pss
    Dokumen1 halaman
    Soalan Kuiz Pss
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Pidato
    Pidato
    Dokumen5 halaman
    Pidato
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Ajk Induk PSS
    Ajk Induk PSS
    Dokumen1 halaman
    Ajk Induk PSS
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Latihan Isi Tempat Kosong
    Latihan Isi Tempat Kosong
    Dokumen1 halaman
    Latihan Isi Tempat Kosong
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Erph
    Erph
    Dokumen2 halaman
    Erph
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Penutup
    Penutup
    Dokumen1 halaman
    Penutup
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Membaca
    Membaca
    Dokumen1 halaman
    Membaca
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Maksud Kongruen
    Maksud Kongruen
    Dokumen10 halaman
    Maksud Kongruen
    Mohd Jaylaludin Borhan
    100% (1)
  • Design Tile Rumah
    Design Tile Rumah
    Dokumen3 halaman
    Design Tile Rumah
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • REFLEKSI
    REFLEKSI
    Dokumen3 halaman
    REFLEKSI
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat