Anda di halaman 1dari 1

4.

Penutup Kesimpulannya, penghasilan tugasan individu ini mampu untuk mempertingkatkan

kefahaman pelajar mengenai susunan frasa. Hal ini kerana pemahaman mengenai frasa dapat membantu seseorang untuk menghasilkan ayat yang terdiri daripada pelbagai frasa dengan betul yang berdasarkan kepada peraturan tatabahasa. Selain itu, pemahaman mengenai susunanan frasa juga mengelakkan berlakunya kesalahan tatabahasa semasa menghasilkan karangan atau esei. Selain itu, tugasan ini juga telah menguji kemampuan pelajar untuk menganalisis ayat majmuk yang terdapat dalam cerpen yang dikaji iaitu cerpen Anak Bumi Tercinta karya Fatimah Busu. Analisis ayat majmuk berdasrkan cerpen tersebut membuktikan bahawa pelajar mampu untuk menghuraikan setiap bentuk kata yang mendasari ayat majmuk dan seterusnya membuat analisis dengan menghuraikan pembentukan ayat majmuk tersebut. Di samping itu, tugasan ini benar-benar memncabar pemahaman pelajar mengenai asas tatabahasa bahasa Melayu kerana setiap analisis yang dibuat adalah saling berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai