Anda di halaman 1dari 4

VIDEO UCAPAN

https://www.youtube.com/watch?v=fGqyA4VIOKM
Pengucapan awam adalah satu proses pengucapan kepada satu perkumpulan atau
perhimpunan yang terancang. Pengucapan awam disampaikan dengan tujuan yang baik, iaitu
bertujuan untuk memaklumkan, atau bertujuan menghiburkan pendengar. Ianya sangat berkait
rapat kepada “penyampaian”, namun pengucapan awam adalah lebih bersifat komersil dan
tersirat. Secara umumnya, objektif seorang pemidato adalah sangat mudah, diantara
menyampaikan maklumat, memotivasikan pendengar untuk bertindak, sangat hanya untuk
menceritakan sebuah kisah. Seorang pengucap awam profesional biasanya akan berlatih dari
segi pengetahuan dan kelancaran dalam ucapannya. Ini termasuklah mencari bimbingan bagi
meningkatkan kemahiran berucap mereka seperti mempelajari teknik penyampaian yang
berkesan agar penyampaian dan pengucapan yang diberi mampu diterima baik oleh pendengar.
Menurut Supyan Hussin (2006), perucapan umum tergolong kepada segala bentuk persembahan
ucapan, syarahan, dan juga ceramah.

Teknik penyampaian Guru besar Sk Pasir Akar dapat dilihat melalui bahasa badan dan
penggunaan bahasa yang sesuai dan sopan dalam ucapan beliau. Teknik penyampaian ini
merupakan teknik yang paling berkesan dan boleh memberi impak kepada pendengar. Ia
merupakan satu teknik yang sukar dilaksanakan.Ianya banyak bergantung kepada keupayaan
dan kebolehan si penyampai menimbulkan perasaan bersalah, marah, geram, benci dan sedih
pendengar akibat daripada isu-isu yang dibangkitkan oleh si penyampai (Arshad Md. Ghaus,
2003). Dalam ucapan Guru besar tersebut, beliau menggunakan bahasa badan yang sopan
dalam menyuarakan pendapat agar guru dan murid dapat menyelami emosi yang ingin
disampaikan.

Seterusnya, teknik penyampaian yang dapat dilihat terhadap guru besar itu juga adalah
dari segi penampilannya yang sesuai dengan majlis. Penampilan beliau bukan sahaja dilihat
bersedia dari luaran malahan dari dalaman juga iaitu dari segi mental dan fizikal. Guru besar
memberi ucapan dengan penuh berdedikasi dan penghayatan agar ucapan yang diberi berkesan
buat warga di sekolah tersebut. Penceramah telah mengenakan pakaian yang kemas, selesa dan
senang dipandang oleh audiens. Oleh itu, teknik penyampaian perlu diambil peduli oleh setiap
penceramah agar ucapan atau ceramah yang diberi mampu mengubah persepsi audiens
terhadap sesuatu isu yang dibicangkan. (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2001)
Setiap penceramah perlu memahami bahawa dalam pengucapan awam terdapat
beberapa etika yang perlu dilihat secara serius. Oleh sebab penceramah menjadi perhatian
umum, apa yang diucapkan, apa yang ditunjukkan dan gerak geri penceramah akan dijadikan
sebagai model, atau rujukan bagi sebahagian hadirin. Etika mempunyai asas atau dasarnya
tersendiri yang merangkumi agama, nilai-nilai sejagat dan garis panduan yang dapat diguna pakai
dalam kehidupan masyarakat. Menurut Md Izuddin Ali (2005), ucapan merupakan sebahagian
daripada perucapan umumnya dalam aspek perutusan

Antara ciri etika yang ditunjukkan oleh penceramah iaitu guru besar dalam video diatas
ialah bercakap tentang perkara yang difikirkannya penting dan dapat dimanfaatkan oleh para
hadirin. Misalnya, penceramah tersebut menekankan tentang perkara yang difkokuskan kepada
guru dan murid yang selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Guru besar Sk Pasir Akar menegaskan isi penting dalam ucapan beliau iaitu guru
dan murid perlu berkerjasama dalam membangunkan pendidikan di Negara. Penceramah ini
betul-betul mengamalkan etika yang betul semasa memberi ucapan.

Etika yang dapat dilihat dalam diri penceramah tersebut ialah apabila beliau
mengemukakan bukti yang kukuh dalam menguatkan hujah atau dasar. Fakta dan maklumat
yang digunakan perlu menyokong hujah-hujah yang disuarakan dalam ucapan seseorang.
Penceramah ini menggunakan maklumat dan fakta yang betul semasa memberi semangat
kepada guru dan murid agar mampu meningkatkan prestasi mereka. Penceramah memberi
maklumat tentang statistik prestasi sekolah yang makin meningkat setiap tahun dan penceramah
menggunakan fakta tersebut bagi memuji guru-guru disekolah tersebut kerana mampu berjaya
menaikkan nama sekolah. Penceramah yang bermoral tidak akan memanipulasikan atau
memutarbelitkan fakta untuk kepentingan tertentu (Rahimah Yeop, 2001).

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat halangan ialah bermaksud rintangan.
Secara jelasnya, halangan dapat dimaksudkan dengan hal yang menjadi sebab tidak
terlaksananya sesuatu perkara dengan baik. Halangan dalam pengucapan awam mampu
menjejaskan keberkesanan ucapan tersebut. Oleh itu, tumpuan hadirin kepada ceramah atau
syarahan yang diberikan boleh terjejas akibat wujudnya gangguan-gangguan yang ada. Antara
halangan yang boleh terjadi termasuklah dari segi bahasa, fizikal, fisiologi dan psikologi.
Berdasarkan video ucapan diatas, halangan yang dapat dilihat adalah suasana yang agak bising
ketika waktu pertengahan ucapan yang disampaikan. Hal ini kerana murid sudah tidak lagi focus
terhadap isi penting yang ingin disampaikan oleh Guru besar mereka. Menurut Rahmat Ismail,
suasana yang bising dapat menjadi halangan kepada penceramah dalam menyampaikan
maklumat dengan tepat. Penceramah juga mungkin terganggu dari segi psikologinya dalam
mendapatkan idea-idea yang bernas untuk disampaikan.

Halangan lain yang dapat dilihat adalah apabila penceramah hilang idea bagi meneruskan
ucapan beliau. Guru besar tersebut hilang idea apabila ingin mengaitkan tema hari guru tahun
tersebut dengan isu semasa yang terjadi pada waktu itu. Guru besar sebagai penceramah
kelihatan agak gementar kerana takut fakta atau isu yang dikeluarkannya tidak menepati tema
hari guru tersebut. Oleh itu penceramah perlu merancang terdahulu ucapan tersebut agar ucapan
yang diberi mampu diterima baik oleh para audiens tanpa mengira peringkat umur, suasana dan
saluran berucap (Abdul Mua’ti Ahmad, 1994). Contohnya, penceramah boleh menyediakan
bahan atau slaids untuk dipertontonkan kepada audiens agar mereka lebih faham dan jelas
terhadap perkara yang disampaikan.

Kesimpulannya, Guru Besar Sk Pasir Akar boleh dinobatkan sebagai pengucap yang
hebat kerana telah berjaya menarik perhatian audiens, menyuarakan pendapat yang penting
beserta fakta dan maklumat yang sahih melalui ucapan beliau. Hal yang paling penting, beliau
dapat menerapkan kesemua elemen-elemen pengucapan awam dalam ucapannya.

Anda mungkin juga menyukai