Anda di halaman 1dari 2

Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.

Jenis
Ciri Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap
Pengertian mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan.
di dalam kelas.

Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk Mengesan pencapaian murid berdasarkan
Tujuan membaiki kelemahan dengan kada segera. beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan
gred murid di dalam kelas.

Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu
Aktiviti sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada berdasarkan ketetapan jadual secara individu
dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh. mengikut kelas.

Masa Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap Semasa semester pertama (pertengahan tahun)
hujung bulan. dan semester kedua (akhir tahun).

Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi Ujian formal adalah ujian kertas pensel atau ujian,
Bentuk soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut
ujian kertas pensel dam masa yang singkat. kesesuaiannya.

Sasaran Secara individu, secara kumpulan atau kelas. Secara kelas

Liputan Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu
beberapa kemahiran (ujian formal) tahap persekolahan

Rekod Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan Penggunaan rekod profil atau pensijilan.
senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian
formal)

Membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau  Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang
menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di sesuai.
Tindakan dalam kelas.  Merancan g dan mengubahsuai pelajaran atau
kurikulum.
 Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam
peperiksaan.
Definisi Refleksi Dalam Pengajaran

Refleksi secara amnya bermaksud satu renungan semula atau mengingat dan semula
pengalaman dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan di dalam kelas.

Amalan refleksi banyak kebaikannya untuk guru-guru. Daripada amalan ini, kita dapat
membuat analisis dan menilai kelebihan dan kelemahan pengajaran yang telah dilaksanakan.
Apabila kita mengetahui kelebihan, unsur pengukuhan dapat kita serapkan kerana
keberkesanannya. Jika terdapat kelemahan dalam pengajaran kita, maka kita dapat memikirkan
cara bagaimana hendak memperbaiki kelemahan tersebut. Di sini kita dapat menukar strategi
pengajaran dan pendekatan yang bersesuai mengikut aras kebolehan murid. Amalan refleksi
yang dilakukan secara berterusan dapat menambah kecekapan kita membuat penilaian,
membentuk pengertian atau mengenalpasti sebab terhadap sesuatu. Dengan ini, ia dapat menjadi
garis panduan dan kegunaan bagi masa yang akan datang berdasarkan pengalaman yang pernah
dilalui.

Amalan refleksi memang baik diamalkan oleh setiap guru. Adakah amalan refleksi menjadi
beban atau tidak bagi seseorang guru? Cuba renung-renungkan.

Anda mungkin juga menyukai