Anda di halaman 1dari 2

Resepi Ayam Masak Merah Mudah!

Bahan-bahan diperlukan:

 Ayam setengah ekor (digoreng terlebih dahulu)


 3 sudu besar Cili Giling (Boleh letak banyak kalau nak pedas)
 1/2 batang Kulit Kayu Manis
 3 ulas Bawang Putih (kisar)
 1/2 inci Halia (kisar)
 2 biji Bawang Merah Besar (kisar)
 1/2 inci Lengkuas (kisar)
 Sos cili
 Sos Tomato
 Pes Tomato
 Garam & gula. (nak manis gula lebih)
 1 labu bawang besar kuning (dihiris bulat)
 Daun bawang (dihiris)

Cara-caranya:

1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis cili giling sehingga garing dan
kegelapan! (wajib)
2. Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar bersama iaitu bawang putih, halia,
bawang merah besar dan lengkuas. Sehingga betul betul garing dan sedikit
gelap! (wajib)
3. Masukkan sos tomato, sos cili, pes tomato dan garam serta gula secukup rasa.
4. Biarkan mendidih sebelum di masukkan ayam yang telah di goreng..
5. Taburkan bawang dan daun bawang yang dihiris.
6. Gaulkan Siap dah untuk di hidang..!

NASI MINYAK

Bahan-bahan:

 3 Cup Beras Jasmine Royal Siam


 Air
 1 Sudu Minyak Sapi
 3 Sudu Minyak Masak
 5 biji Bunga Cengkih
 3 biji Buah Pelaga
 3 Bunga lawang
 1 batang Kulit kayu manis
 1/2 inci Halia diketuk
 5 biji bawang merah (dimayang)
 2 ulas bawang putih (dimayang)
 1/2 sudu kecil Garam
 2 sudu besar Susu Cair
 1 sudu besar Susu Pekat
 1 sudu besar Sos TOmato
 Daun pandan
 Pewarna merah dan kuning telur

Cara-caranya:

1. Panaskan periuk nasi di atas dapur, masukkan minyak sapi dan minyak masak.
2. Tumiskan kesemua bahan untuk membuat nasi kecuali beras dan air sehingga naik
bau.
3. Tutup api dapur dan pindahkan ke rice cooker untuk memasak nasi.
4. Masukkan air (sukatan biasa) , beras dan garam. Biarkan selama 5 minit.
5. Masukkan susu cair, susu pekat dan sos tomato.
6. Masukkan daun pandan dan biarkan sehinga nasi masak. (tak payah letak pun
takpe, sebab beras ni dah wangi)
7. Yang terakhir, part mewarnakan nasi minyak. Titiskan pewarna kesukaan anda..
dan biar beberapa minit, sebelum di gaul.

Anda mungkin juga menyukai