Anda di halaman 1dari 2

UNIT 6 : KELUARGA BERINTEGRITI

KELUARGA DISEGANI

Latihan Pengukuhan ( m/s 81 )

A. Laksanakan aktiviti circle time dalam memupuk integriti keluarga dengan merujuk situasi di
bawah.

10. Bryan tidak memulangkan baki wang apabila ibunya meminta Bryan membeli barang
di kedai. Wajarkan tindakan Bryan?

P - Tidak wajar.
S - Bryan yang bersikap tidak jujur terhadap ibunya telah melanggar ajaran agama.
K - Sikap Bryan ini akan menghilangkan kepercayaan daripada ibunya dan menjejaskan
hubungan antara mereka secara tidak langsung.
T - Bryan seharusnya memulangkan baki wang kepada ibunya tanpa sebarang penipuan.

11. Amutha sentiasa dibantu oleh kakaknya dalam pelajaran. Bagaimanakan Amutha
menunjukkan penghargaan terhadap anggota keluarga setelah mereka membantunya?

T1 - Amutha haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran.


H1 - Anggota keluarganya akan berbangga terhadap prestasi Amutha yang bermotivasi ini.
T2 - Amutha juga boleh menghasilkan kraf tangan secara DIY bagi menunjukkan penghargaan
terhadap keluarga dengan hati yang ikhlas.
H2 - Ahli keluarganya akan berasa bahagia dan dihargai serta seterusnya hubungan antara
mereka akan dirapatkan.

Soalan Tambahan

1. Sejauh manakah amalan nilai universal dapat menerapkan integriti dalam keluarga?

K1 – Ahli keluarga akan saling menghormati antara satu sama lain


C1 – Seorang ayah yang penyayang akan dihormati oleh anak-anaknya

K2 – Pertelingkahan antara ahli keluarga akan berkurangan.


C2 – Contohnya, ahli keluarga bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah.

N1 - Masyarakat perlulah mengamalkan nilai bertanggungjawab dalam keluarga.


C1 - Ibu bapa haruslah memastikan setiap anggota keluarga melaksanakan kewajipan masing-
masing.
N2 - Masyarakat juga hendaklah menerapkan nilai kasih sayang dalam keluarga.
C2 - Setiap individu patutlah menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara anggota keluarga
dengan aman.

2. Berikan rumusan tentang aktiviti di atas dengan menyatakan amalan integriti yang
anda amalkan dalam keluarga.

R - Setiap anggota keluarga perlu mempunyai sikap integriti sebagai jati diri demi kebahagiaan
keluarga.
A1 - Saya sentiasa menunjukkan perlakuan mulia supaya menjadi contoh baik dalam kalangan
anggota keluarga.
C1 - Saya sentiasa berunding dalam menyelesaikan masalah supaya dapat menangani urusan
dan permasalahan keluarga dengan jujur dan adil.
A2 - Saya sering mendidik anggota keluarga dengan mematuhi segala ajaran agama atau
kepercayaan.
C2 - Saya selalu melakukan kebaikan bersama-sama dengan anggota keluarga , contohnya
melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan yang diadakan oleh pihak swasta ataupun kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai