Anda di halaman 1dari 2

1. Niat. Niat mestilah baik, bukan untuk berbuat maksiat atau kemungkaran.

Perjalanan
mestilah dengan tujuan, bukan main keluar je tanpa memikirkan tujuan dan aktiviti yg ingin
dicapai.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan:

Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai
perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau
bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi.
Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan
mudahkan perjalanannya.”
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

2. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum keluar rumah. Moga Allah permudahkan segala
urusan.

“Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari 2 rakaat
yang dilakukan di sisi mereka ketika berniat untuk bermusafir”
(Hadis diriwayatkan oleh Tabrani)

3. Memulakan musafir selain dari hari Jumaat supaya tidak terlepas Solat Jumaat. Tapi saya
dah terancang hari Jumaat plak. Patutnya hari Khamis, tapi tak jadi.uhu.

“Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai
perjalanannya pada Khamis.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

4. Membawa beg kecil yg berisi keperluan diri. Macam Rasulullah sendiri membawa beg
kecil berisi kayu sugi, celak, sikat, minyak wangi, cermin dan ape tah lagi, tak ingat.

5. Meminta izin dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga.

"Apabila seseorang dari kamu akan bermusafir , hendaklah meminta izin kepada saudara-
saudaranya, sebab sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan kebaikan pada doa mereka."
(Diambil dari kitab al-Azkar Imam Nawawi)

6. Memulakan perjalanan pada waktu malam. Berjalan di waktu malam dapat menjimatkan
masa atau memendekkan masa perjalanan kerana malam lebih tenang. Kalau siangkan
banyak kenderaan. Dan moga kita dijaga Allah.

“Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

7. Bermusafir dengan berteman. Kalau lebih dari 3 orang, sunat melantik ketua bagi
perjalanan tersebut.

“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu
mereka enggan bermusafir sendirian.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
8. Membaca doa sebelum bermusafir, doa naik kenderaan dan doa ketika memasuki suatu
kawasan atau tempat orang.

9. Bertakbir bila melalui tempat tinggi dan bertasbih ketika menuruni tempat tinggi. Macam
naik kapal terbang pun macam tu jugak.

Dari Jabir r.a. dia berkata: “Apabila kami naik kami bertakbir, dan apabila turun kami
bertasbih”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

10. Bernyanyi/Berzikir/Berzanji dsb sebagai hiburan ketika dalam perjalanan supaya tidak
tension. Rasulullah suka perjalanan yg menenangkan.

11. Sujud syukur bila tiba di destinasi.

12. Membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Kebanyakan dari kita selalu membeli buah
tangan untuk dibawa pulang, tapi sayangnya kita lakukan tanpa mengetahui bahawa ia
sebahagian dari sunnah Rasul.

13. Meminta orang bermusafir mendoakan kita since doa orang yg bermusafir lebih mustajab.

"Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg
musafir."
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)

Dari Umar Bin Khattab r.a dia berkata : aku meminta izin kepada Nabi S.A.W untuk
melaksanakan ibadah umrah dan baginda mengizinkanku serta bersabda:

“Jangan engkau lupakan kami dalam doamu, wahai saudaraku”.


(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

Bayangkan, Rasulullah pun minta orang bermusafir mendoakannya.

Anda mungkin juga menyukai