Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN MENCIPTA PANTUN SEMPENA BULAN BAHASA 2019

NAMA NUR FAHIMAH BINTI PATLILLAH

UNIT PISMP SEJARAH JUN 2016

NO KAD PENGENALAN 960830-08-5102

PANTUN Bunga Melati indah di Chini,


Dipetik dara buat hiasan;
IPG kami sentiasa di hati,
Kenangan indah takkan dilupakan.

Hijau segar daun berimbunan,


Warna malar pepohon di hutan;
Minggu orientasi salam perkenalan,
Pembuka ikatan ukhwah berpanjangan.

Terbang bebas burung merpati,


Terbang bertebaran di seluruh bumi;
Baju kurung dan kelas sudah sebati,
Itulah identiti harian kami.

Bulan mengambang cantik tak terperi,


Tak jemu pungguk menanti sedia;
Jawatan K.U amanah diberi,
Memimpin 15 srikandi setia.

Bumi Sarawak bumi kenyalang,


Tanahnya luas penuh hikmat;
Jaraknya jauh bukan penghalang,
PISAlah tempat ibadat dan nasihat.

Ufuk jingga di awan petang,


Matahari menghilang melabuhkan senja;
Boria, koir dan sorakan perang,
Persembahan kami tak kurang hebatnya.

Tahan, Benum dan juga Angsi,


Puncak mendaki di tanah rata;
Ilmu dicurah pengalaman dikongsi,
Itulah jasa pensyarah tercinta.

Kayunya kukuh si pohon jati,


Hujan ribut tetap terpahat;
Mentor datang silih berganti;
Tak kira siapa, kami sambut hormat.

Tinggallah dunia tanpa nama,


Asal jasa dikenang lama;
BIG menanti di semester lima,
Panas dan hujan dilalui bersama.

Pagi tiba disapa mentari,


Rezeki dicari membayar ufti;
Bangunan lama masih berdiri,
Di muzium itu kami berbakti.
Dari Inderapura ke Selatan Melaka,
Untuk bertemu tuan puteri;
Durian Daun letaknya di Melaka,
Panjang umur kita berjumpa lagi.

Bunyi bertalu mengikut irama,


Alunan murni bertema klasik;
Jasa semua tak kami lupa,
Doakan kami bakal pendidik.

Anda mungkin juga menyukai