Dengan nama Tuhan yang tidak dapat diganggu gugat oleh sesuatu, baik di bumi
mahupun di langit dan ia Maha mendengar dan Maha mengetahui.
Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Majlis Sesi Motivasi murid tahun 6 bersama penceramah jemputan khas
di SK Taman Selasih pada pagi ini.
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja, Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah,
mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar bersyukur di atas
nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-
Mu.
Ya Allah,Ya Mujibassailin….
Jadikanlah pelajar-pelajar yang hadir dalam program motivasi pada hari ini sebagai
pelajar-pelajar yang bersyukur, pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan
gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang
akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon
daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis ini akan menjadi wadah
dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama
menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada segala bahaya dan keburukan.
ه هه
لولل، ًصوومما لوتلتلفرقُّلتللناً مون بلتوعده تلتلفرقُّاًم لموع ص، ًاَللَلمصهمم اَوجلعول لجولعلناً لهلذاَ لجومعاً لمورصحوومما
. ًلوتلعهل اَلَلمصهمم هوفيتلناً لولل لملعلناً لولل لمون يلتوتبْلتعصلناً لشهقيياً لولل لمطوصروومداَ لولل لومصروومما
ال للهلم اوغغفورلننناَ ذلنلـووبنـنناَ نوغلوخنوانغنناَ الغذيونن نسبَنـلقوونناَ غباَغليونماَغن نولن تنوجنعول فغوي قـللووبغنناَ غغلل
ف نرغحويمم
ك نرءلوو م لغلغذيونن نءانمنلـووا نربلـنناَإنل ن
سلنةَ ُلوقللناَ ُلعلذاَ ل
ُ ب ُاَلسناَرل سلنةَ ُ ُلولفيِ ُاَللخلرلةَا ُلح ل
لرسبلناَ ُلءاَلتلناَ ُلفيِ ُاَلددعنلياَ ُلح ل
ب ُلواَعللحعممد ل س ل،ُ سلسلم
ل ُلر ب ا ُلعللىَ ُمملحسمدَّد ُلولعللىَ ُلءاَللله ُلو ل
صعحلبله ُلو ل صسلىَ ُ م
لو ل
اَللعاَلللمعيلن