Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP


DPLI 2016

TARIKH
3 & 4 DISEMBER 2016

TEMPAT
DEWAN GEMILANG
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
(UNISZA)
KAMPUS GONG BADAK

KERTAS KERJA
KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP DPLI 2016
KURSUS GKS 4033 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH SESI 2016
1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini ditulis adalah untuk mendapatkan kebenaran dalam melaksanakan
kejohanan badminton bagi memenuhi keperluan kursus GKS 4033 Pengurusan dan
Pengelolaan Kokurikulum dan seterusnya mendapat kelulusan kewangan daripada pihak
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) UniSZA.

2.0 PENDAHULUAN
Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum (GKS 4033) adalah salah satu subjek wajib yang
perlu diambil oleh guru-guru pengsiswazahan di bawah kelolaan Bahagian Pendidikan Guru.
Sebagai memenuhi keperluan kokurikulum subjek ini, kami telah memutuskan untuk
menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup DPLI 2016 bagi peserta DPLI Semesta 1 2016.
Melalui penganjuran projek sebegini kami boleh mengaplikasikan ilmu pengurusan dan
pengelolaan projek yang kami perolehi semasa kuliah ke pengalaman terus (hands on) di
lapangan. Program ini juga merupakan satu usaha dalam melengkapkan tugasan bagi Kursus
GKS 4033 Pengurusan Pengelolaan Kokurikulum dalam memenuhi spesifikasi proforma yang
telah disediakan.
Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Sesi 2016/2017merupakan satu usaha
sama antara Yayasan Terengganu dengan pihak UniSZA bagi menyediakan satu platform
perlesenan pendidikan kepada barisan guru berijazah tanpa ijazah pendidikan yang sedang
berkhidmat di Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu dan Madrasah Moden Maidam.
Bagi ambilan Sesi 2016/2017, seramai 75 orang pelajar telah mendaftarkan diri bagi program
pengajian ini yang mengambil masa selama 18 bulan atau satu tahun setengah. Program DPLI
ini adalah di bawah pantauan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) namun dikawal selia
oleh Pusat Pendidikan Lanjutan UniSZA.
3.0 MATLAMAT

Membolehkan mahasiswa/i mengaplikasikan kemahiran pengurusan dan pengelolaan


sesuatu projek kokurikulum yang sistematik dan berstruktur serta menggunakan ilmu dari
pengalaman penganjuran ini apabila mereka bertugas di sekolah serta membina
keterampilan diri yang positif dalam apa jua tugasan.
1

4.0 OBJEKTIF
4.1

Membina semangat kesukanan di antara pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Sesi
2016/17 dengan kakitangan akademik dan bukan akademik universiti.

4.2

Menjalinkan ukhwah dan hubungan silaturrahim di antara pelajar Diploma Pendidikan


Lepasan Ijazah (DPLI) yang datang dari pelbagai latar belakang yang berlainan.

4.3

Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.

4.4

Mempraktikkan kemahiran kepimpinan dan toleransi.

4.5

Melahirkan mahasiwa/i yang aktif, kreatif dan inovatif.

4.6

Meningkatkan tahap disiplin dan akur serta patuh kepada pertandingan dan undangundang pertandingan

4.7

Mempraktikkan kemahiran pengurusan dan pengelolaan sukan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1

Mahasiswa/i DPLI

: 76 orang

5.2

Kakitangan akademik & bukan akademik

: 10 orang

6.0 CADANGAN TARIKH/ TEMPAT

6.1

Tarikh : 3 Disember 2016 (Sabtu)


: 8.00 pagi 6.30 petang
: 4 Disember 2016 (Ahad)
: 8.00 pagi 2.00 petang

6.2

Tempat : Dewan Gemilang UniSZA

7.0 HADIAH

7.1

Hadiah bagi kategori lelaki berpasangan ialah berupa hamper untuk tempat pertama
hingga ke-3

7.2

Hadiah bagi kategori wanita berpasangan ialah berupa hamper untuk tempat
pertama hingga ke-3

7.3

Hadiah bagi kategori berkumpulan ialah berupa hamper untuk


johan keseluruhan kejohanan

8.0 STRUKTUR ORGANISASI


Penaung
Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin
Pengarah Pusat Pendidikan Lanjutan UniSZA
Penasihat
En. Ab. Aziz bin Sulaiman
Penyelaras Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Penyelaras
Puan Wan Hamedah binti Wan Endok
Pensyarah Kursus GKS 4033 Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum
Pengarah
En. Syed Husain Najmi bin Sayed Mohd AlBakir
Timbalan Pengarah
En. Mohd Raimi Bin Che Mansor
Setiausaha
Cik Norlaini binti Mohamad
Bendahari
Puan Siti Nor Shahirah binti Salleh
Urusetia
Cik Nurul Farah Nadiah Binti Mohd Nordin
Pertandingan & Teknikal
En. Muhammad Amin Bin Ja'afar
Protokol
Puan Nor Fadzilah Binti Zulkifli
Keselamatan dan Kebajikan
Cik Fatin Nadiah Binti Alias
Hadiah dan Cenderamata
En. Mohamad Syazwan Bin Zainal Abiddin
Jamuan dan Makanan
Puan Najwa Adawiyah Binti Mohd Tajuddin
Tajaan
Cik Nur Khadija Binti Hashim Azmi
Publisiti dan Dokumentasi
Cik Najihatussolihah Binti Jaafar
Tempat dan Peralatan
En. Rahmad Sazuan Bin Mohd Salleh
Hakim/Juri
En. Mohd Fadhlillah Bin Abdul Patah

9.0 SUMBER KEWANGAN


9.1

Memohon peruntukan daripada Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


10.1 Rujuk lampiran 1
11.0 TENTATIF
Hari Pertama :
8.00 pg

: Ketibaan peserta dan AJK

9.00 pg 12.00 tghari

: Pertandingan pusingan pertama


: Minum pagi
: Sambungan pertandingan pusingan pertama

12.00 tghari

: Makan tengahari/ Solat Zohor/ Rehat

2.00 ptg 6 ptg

: Sambungan pertandingan pusingan pertama


: Minum petang
: Majlis dijangka bersurai

Hari Kedua :
8.00 pg

: Ketibaan peserta dan AJK

8.30 pg 1.00 ptg

: Pertandingan suku akhir, separuh akhir dan akhir


: Minum pagi
: Pertandingan Separuh Akhir

1.00 tghari

: Makan tengahari/ Solat Zohor/ Rehat

2.00 ptg

: Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah oleh :


Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin
Pengarah Pusat Pendidikan Lanjutan UniSZA

3.00 ptg

: Gotong-royong membersihkan kawasan


: Program tamat

12.0 PENUTUP

Diharap agar program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta
yang menyertai kejohanan ini di samping dapat meningkatkan mutu serta minat mendalam
dalam bidang sukan. Selain itu, semangat kekitaan serta kerjasama yang erat juga
diharapkan dapat dibentuk selaras dengan objektif serta matlamat yang telah dirancang.
Kami berharap agar kertas kerja kejohanan badminton ini mendapat perhatian daripada
pihak Pengarah Pusat Pendidikan Lanjutan serta meluluskan penganjurannya serta
sejumlah peruntukan yang dinyatakan dalam kertas kerja ini. Pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan, saya bagi pihak penganjur Kejohanan Badminton Tertutup DPLI ini
mengucapkan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.
(Cik Norlaini binti Mohamad)
Setiausaha
Kejohanan Badminton Tertutup DPLI 2016

.
(Puan Wan Hamedah binti Wan Endok)
Penyelaras Aktiviti
Kejohanan Badminton Tertutup DPLI 2016

Diluluskan oleh,
..
Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin
Pengarah
Pusat Pendidikan Lanjutan Universiti Sultan Zainal Abidin

Anda mungkin juga menyukai