Anda di halaman 1dari 1

SK.

TANJUNG MANAWALI
D/a Pejabat Pendidikan Daerah Kudat (PPD Kudat)
Peti Surat 319,
89058 Kudat, Sabah No. Telefon : 088-622945 (PPD Kudat)
No. Faks : 088-614033 (PPD Kudat)
Email : xba5017@moe.edu.my
Rujukan Kami : SKTMKXBA5017/1400/2019(2)

Pegawai Pendidikan Kudat,


Pejabat Pendidikan Daerah Kudat,
Peti Surat 319,
89058 Kudat,
Sabah
(u.p: Unit Pengurusan Sekolah)

Tuan,

PERMOHONAN KELULUSAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil


belajar ke beberapa tempat seperti dibawah. Sehubungan dengan itu, berikut adalah
ketetapannya.

Hari : Jumaat sehingga Isnin


Tarikh : 4 hingga 7 Oktober 2019
Peserta : 6 Orang
Guru Pengiring : 4 Orang
Tempat : 1) Ladang Madu Lebah (Sikuati)
2) Tapak Perkhemahan Nohutu (Kota Belud)
3) Muzium Sabah (Kota Kinabalu)
4) Perpustakaan Negeri Sabah (Kota Kinabalu)
5) Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu)

3. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah meneroka bidang dan pengetahuan baru
untuk mengukuhkan kefahaman murid dan pembelajaran di sekolah melalui pengalaman
langsung mereka. Seterusnya memperluaskan pengalaman dan pengetahuan murid dalam hal
yang relevan dan berkaitan langsung dengan fakta pembelajaran.

4. Oleh itu, kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan
permohonan kami ini. Kerjasama daripada pihak tuan kami ucapkan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang menurut perintah :

......................................................
(JOKOPURWANTO BIN JIMIN)
Guru Besar
SK Tanjung Manawali.

sk – Fail Sekolah

Anda mungkin juga menyukai