Anda di halaman 1dari 5

Tugasan 4

Bagi memenuhi kehendak tugasan, satu karya kreatif telah dihasilkan. Karya ini adalah
bertemakan abstrak dan menggunakan teknik cetakan dalam penghasilannya. Hal benda
utama karya ini pula adalah kapal lanun.

Tajuk karya ini adalah Pirate at the sea dan media yang digunakan adalah lino ink on
fabric. Proses yang diambil untuk menghasilkan karya ini terbahagi kepada lima fasa. Pertama
adalah proses menggelek lino ink di atas perspek sehingga sekata. Saiz perspek yang
digunakan adalah sedikit lebih besar daripada hasil akhir karya. Hal ini untuk mengelakkan
tiada sebarang bahagian pada kain yang tidak tercetak. Kedua adalah proses mengguris di
atas lino ink yang telah digelek. Alat utama yang digunakan untuk mengguris lino ink pada
perspek adalah palette knife. Kesan yang dihasilkan oleh palette knife adalah kemas dan
palatte knife mempunyai tahap kawalan yang tinggi sekali gus setiap gurisan baik kecil atau
besar mampu dihasilkan dengan mudah dan tampak bersahaja dan bertenaga. Proses
seterusnya adalah menekap kain pada lino ink yang sedia terguris dengan corak kapal lanun.
Semasa kain ditekap pada dakwat, bagi mendapatkan dakwat terlekat kemas pada kain,
dengan menggunakan gumpalan kain, saya telah menekan-nekan setiap sudut kain tersebut
dan juga memijak kain ini. Proses seterusnya adalah mengangkat kain yang telah dicetak dan
dijemur di bahagian yang luas. Setelah dakwat telah 80% kering, proses mewarna dimulakan.
Media digunakan adalah akrilik hanya sesetengah bahagian diwarnakan. Hal ini kerana kesan
putih pada kain juga membawa makna artistik pada karya. Akhir sekali, karya siap untuk
dibingkaikan dan dibuat kekemasan.

Hasil akhir karya menunjukkan suasana kapal lanun yang sedang berlayar di lautan
pada waktu malam dan bertemankan bulan yang sedang mengambang. Karya ini adalah
separa abstrak, oleh itu, hal benda utama karya masih boleh diamati. Kapal lanun dilihat
berlayar megah di lautan dan terdapat juga bendera yang sedang berkibar pada bahagian
atas kapal. Bulatan besar pada bahagian belakang kapal adalah bulan yang mengambang
dan memancarkan cahayanya menunjukkan waktu malam. Gurisan-gurisan kecil pada bawah
karya pula melambangkan ombak-ombak yang terhasil geseran daripada kapal dan air laut.
Idea untuk menghasilkan hal benda ini timbul apabila saya cuba untuk menghasilkan objek
tidak hidup dan mempunyai banyak elemen-elemen kecil yang boleh menghasilkan karya
yang menarik. Keistimewaan kapal lanun terletak pada layarnya yang besar dan tali-tali yang
berserabut yang terdapat disekelilingnya. Hal benda ini juga berkait rapat dengan nilai yang
saya ingin selitkan pada karya iaitu nilai keberanian.
Unsur-unsur seni pada karya ini menghasilkan aspek formalistik yang penting dalam
mendapatkan unsur kesatuan pada keseluruhan karya. Umumnya, unsur seni yang paling
jelas pada karya adalah garisan. Garisan utama yang digunakan adalah garisan tebal yang
ditimbulkan pada layar-layar kapal. Garisan ini membantu dalam melihatkan stroke yang
berani sesuai dengan hal benda kapal lanun yang megah. Garisan-garisan melintang juga
banyak dihasilkan pada karya mewakili tali-tali dan kayu yang terdapat pada kapal laut
sebenar.

Selain itu, warna karya juga memainkan peranan yang cukup penting. Warna gelap
merupakan warna yang dominan digunakan untuk mewakili waktu malam. Untuk mewujudkan
elemen kegagahan pada karya juga, warna panas digunakan iaitu pada merah dan kuning.
Pada masa yang sama, warna ini akan mendapatkan unsur harmoni pada karya.

Dari segi prinsip rekaan, salah satu yang paling jelas yang dapat dilihat adalah prinsip
imbangan tidak simetri. Belah kanan dan kiri karya berjaya diseimbangkan agar sama
walaupun corak yang ada pada kedua-dua belah adalah tidak sama. Hal ini mewujudkan
perasaan selesa untuk dipandang. Prinsip pergerakan juga dapat dilihat melalui karya ini.
Sapuan stroke yang dilakukan pada layar kapal dan bendera dapat menimbulkan imitasi angin
yang sedang meniup pada kapal. Stroke berpancar pada bahagian bawah karya juga
menunjukkan pergerakan ombak yang terhasil akibat geseran kapal dengan laut.

Kesimpulannya, karya pirate at the sea ini mampu memberikan impak yang positif
dalam menghayati nilai estetika yang ditonjolkan. Karya ini dapat membawa audiens untuk
berasa seolah-olah berada di dalam karya.
RUJUKAN

Ing, C. C. (2011, Mac 21). Scribd. Retrieved from Karya Kritikan Haron Mokhtar:
https://www.scribd.com/doc/51184592/Karya-Kritikan-Haron-Mokhtar

Iza. (2009, Oktober 31). Scribd. Retrieved from apresiasi seni:


https://www.scribd.com/doc/21963733/apresiasi-seni

Najri. (2016). Academia. Retrieved from APRESIASI DAN KRITIKAN KARYA HARON MOKHTAR:
https://www.academia.edu/19756171/APRESIASI_DAN_KRITIKAN_KARYA_HARON_
MOKHTAR

Sakura. (2013, Ogos 29). Scibd. Retrieved from Aspek Karya Seni Dan Apresiasi:
https://www.scribd.com/doc/163960977/Aspek-Karya-Seni-Dan-Apresiasi
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana


dengan izin dan kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan ini. Seinfiniti
perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya berikan kepada Encik
Shahril Awang dan Cik Zaharah selaku pensyarah pengkaryaan kreatif saya yang
banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara saya sepanjang
proses menyiapkan penulisan ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada
mereka, saya tidak akan dapat menghasilkan satu kerja kursus yang baik.

Di kesempatan ini, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan


seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan bersama-sama
mencari bahan rujukan untuk memudahkan saya menyiapkan tugasan ini. Disamping,
menyalurkan idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea. Terima kasih
sekalung budi.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Semoga jasa dan bantuan anda dibalas dengan ganjaran pahala yang besar
kerana membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, 56000
KUALA LUMPUR

JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Nama Pelajar SHAZLIZA BINTI NUZOL AZAM


Angka Giliran 2016172340124

Nombor Kad Pengenalan 950814-03-6408

Kumpulan/Unit G6.8

Kod dan Nama Kursus PSVK3123 / PENGKARYAAN KREATIF

Nama Pensyarah ENCIK SHAHRIL AWANG / CIK ZAHARAH MOHAMAD

Tarikh Hantar 15/3/2019

Perakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah.


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:

Anda mungkin juga menyukai