Anda di halaman 1dari 3

Tugasan : Shazliza binti Nuzol Azam

Kursus: Pengurusan Dalam Seni


Tarikh: 02 April 2020 (isnin)
Arahan:
 Jawab Semua Soalan.
 Anda perlu hantar jawapan anda dalam tempoh 2 jam melalui email group.

Soalan
2.
Implikasi Kewangan
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
1 Gegantung 1 keping x RM 150.00 RM 150.00
2 Bunting 2 keping x RM 30.00 RM 60.00
3 Sijil peserta pameran 150 keping x RM 1.50 RM 225.00
dan AJK
4 Cenderamata perasmi 1 lukisan & 1 plaq x RM 100.00
RM 100.00
5 Jamuan 462 tetamu x RM 10.00 RM 4,600.00
6 Katalog 150 buah x RM 15.00 RM 1,500.00
7 Beg Cenderahati 150 buah x RM 7.00 RM 1,050.00
Jumlah RM 7,685.00

Jadual 1: Angaran Kos Pameran Seni

Jadual 1, menunjukkan anggaran kos dalam menganjurkan sesuatu program. Berikan


pendapat anda apakah langkah - langkah yang perlu diambil sekiranya peruntukan yang
disediakan tidak mencukupi.

Jawapan:
Anggaran kos dalam menganjurkan sesuatu program adalah amat penting dalam memastikan
peruntukan yang ada mencukupi dalam menanggung setiap aspek dalam program. Namun
begitu, dalam pengiraan kewangan, jika peruntukan yang diterima tidak mencukupi, beberapa
langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Contoh yang diberikan adalah seperti dalam
jadual di atas yang menunjukkan anggaran kos dalam menganjurkan pameran seni visual.

Pertama, menurut jadual di atas, kos tertinggi adalah untuk menampung jamuan bagi 462 orang
tetamu dengan peruntukan RM10.00 untuk seorang tetamu. Bagi mengurangkan kos yang perlu
ditanggung, pengurus pemeran perlu membuat keputusan dalam menghadkan bilangan tetamu
jemputan kepada yang benar-benar perlu sahaja dan digalakkan dalam menjemput tetamu
yang terdiri daripada yang berada dalam Kawasan berhampiran pameran sahaja. Hal ini adalah
untuk memastikan kos pengangkutan bagi tetamu dapat diminimakan. Jika bilangan tetamu
tidak dapat dikurangkan, dinasihatkan agar kos sekepala dikurangkan. Namun begitu,
pengurangan kos bermaksud pengurangan dalam kualiti makanan yang diterima oleh tetamu,
Namun, jika pengurus pameran berjaya mendapatkan sponser daripada premis-premis
makanan, masalah ini juga dapat diselesaikan dan pada masa yang sama tidak perlu memakan
kos yang banyak daripada peruntukan yang diterima.

Peruntukan bagi katalog juga dilihat antara yang paling tinggi di dalam anggaran di atas. Satu
jalan penyelesaian bagi masalah ini adalah dengan melakukan cetakan bagi katalog secara in-
house. Maksudnya adalah melakukan cetakan di institusi sendiri dan mesin pencetak tersendiri
yang tidak memerlukan sebarang kos. Setelah cetakan dilakukan, kertas-kertas yang telah
dicetak boleh dibawa ke kedai untuk dibukukan. Proses ini akan dapat mengurangkan banyak
kos. Selain itu, katalog secara maya juga digalakkan. Pengurus pameran hanya perlu
menyediakan bar code dan para pengunjung boleh scan dan katalog yang lengkap akan siap
tersedia di dalam talefon pintar masing-masing. Katalog hanya perlu disediakan kepada VIP
dan VVIP pameran sahaja.

Seterusnya, Jika kos-kos seperti yang dibincangkan di atas tidak dapat dikurangkan atas
sebab-sebab tertentu, pihak pengurus pameran boleh berusaha untuk mendapatkan
peruntukan dengan pelbagai cara lain yang menguntungkan. Salah satu jalan penyelesaian
yang boleh diambil adalah dengan mengadakan pelbagai jualan yang boleh mengaut
keuntungan yang banyak. Contoh jualan yang boleh dilakukan adalah seperti jualan karya-
karya yang dihasilkan oleh pelajar seni visual ataupun hasil-hasil seni yang lain seperti batik,
kraf tradisional dan sebagainya. Secara tidak langung, jualan ini akan membantu pihak
pengurusan dalam menampung perbelanjaan yang diperlukan dalam penganjuran pameran
seni visual tanpa perlu memotong kos-kos lain.

Selain itu juga, kutipan dana juga dapat dilakukan kepada orang ramai yang ingin membantu
dalam menjayakan pameran ini. Sedikit pulangan perlu diberikan kepada pihak-pihak yang
membantu contohnya adalah seperti memberikan cenderamata kecil, penanda buku, atau
barangan seni yang tidak memakan kos yang besar. Cara ini membantu pihak pengurusan
untuk mendapatkan dana dengan masa yang singkat dan tidak memerlukan tenaga yang
banyak.

Kesimpulannya, banyak cara dan jalan penyelesaian yang boleh diambil untuk membantu
masalah kekurangan peruntukan dalam melaksanakan program. Pihak pengurusan program
perlu bijak dan kreatif agar program yang dicadangkan dapat dilangsungkan dengan lancar dan
sempurna.

Anda mungkin juga menyukai