Anda di halaman 1dari 7

1) Ucapan Alu-aluan

Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd

Yang berusaha Pn. Junaidah Bt Zainal Abidin, Guru Besar Sek. Keb. Rambai
Tujuh, Yang dihormati En. Zakwan Bin Hj Sohor, Yang Dipertua PIBG Sek.
Keb. Rambai Tujuh,En Hasnol Abd Hakim bin Hasnol Abd Hadi,Pegawai
Pertanian Daerah Kuala Kangsar. Pn. Haniza Bt Abd Rahim, Guru Kanan
Pentadbiran, Pn Hawa Binti Abd Raman,Guru Kanan Hal Ehwal Murid, En
Mior Khir Amir Bin Mohd Rasid, Guru Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini serta murid-murid Sek. Keb Rambai
Tujuh yang disayangi sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN


SEKOLAH KEBANGSAAN SK RAMBAI TUJUH TAHUN 2018.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas
limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini
untuk menjayakan kejohanan sukan tahunan SKRT kali ke 32.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir
bagi memeriahkan lagi kejohanan pada hari ini.

2) Upacara Perarakan Badan Beruniform dan Rumah Sukan

Hadirin yang dihormati,

Pembuka acara pada pagi ini akan dimulakan dengan perarakan perbarisan dan lintas hormat
rumah-rumah sukan sebentar lagi.

(kontinjen dekat dengan VIP)


Majlis menjemput Yang Dihormati Pn. Junaidah Bt Zainal Abidin, Guru Besar Sek. Keb.
Rambai Tujuh,, untuk mempersila dan mengiringi Yang berusaha En Hasnol Abd Hakim bin
Hasnol Abd Hadi,Pegawai Pertanian Daerah Kuala Kangsar untuk menerima lintas hormat
daripada kontingen-kontingen yang mengambil bahagian. Dipersilakan.

Pasang CD Marching

Rumah MANGKUBUMI mendahului kontijen perbarisan pada hari ini.


Merah melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan. Kontigen ini di bawah
bimbingan Ustaz Fakhrumizi dan diketuai oleh Muhammad Airil Bin Abd Aziz.

Diikuti oleh Rumah KESATRIA..


Kuning melambangkan warna di raja. Kontigen ini di bawah bimbingan Cikgu Shahriman
dan diketuai oleh Muhammad Syamil Haikal Bin Abd Rahman.
Kontijen seterusnya ialah Rumah BENDAHARA.
Biru melambangkan perpaduan.Ini menunjukkan mereka bersatu padu untuk membentuk
sesebuah pasukan yang mantap. Kontigen ini di bawah bimbingan Ustaz Che Muhsin dan
diketuai oleh Muhammad Zafran Aqil Bin Ahmad Taupit.
3) Bacaan Doa
Hadirin yang dihormati.
Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Adik
Muhammad Syakir Bin Harmi untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan
segala hormatnya.

Bacaan doa

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

4) Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan Lagu
sekolah.
Hadirin diminta berdiri

Pasang tape nyayian

1. Seterusnya bacaan ikrar kejohanan sukan tahunan kali ke 32, akan dibacakan oleh
adik Aidil Hakimy Bin Adzharuddin.

2. Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Pn Junaidah Bt


Zainal Abidin untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Junaidah Bt Zainal Abidin di atas ucapan beliau
itu tadi.

3. Seterusnya majlis menjemput En. Zakwan Bin Hj Sohor, YDP PIBG Sk. Rambai
Tujuh untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan
Tahunan Sek. Keb. Rambai Tujuh kali yang ke 32. Majlis dengan hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Zakwan Bin Hj Sohor di atas ucapan beliau itu
tadi.

Hadirin yang dihormati.


Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan perasmian. Untuk itu
majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati Pn Junaidah Bt Zainal Abidin untuk
mempersila dan mengiringi Yang Berusaha En Hasnol Abd Hakim bin Hasnol Abd
Hadi,Pegawai Pertanian Daerah Kuala Kangsar. untuk menyampaikan ucapan dan
merasmikan Kejohanan Trek dan Balapan kali ke 32. Dengan segala hormatnya
dipersilakan……

Seterusnya acara menaikkan bendera kejohanan oleh Ahli Pengakap SK Rambai Tujuh.
(selepas selesai ucapan….)
Sekali lagi majlis mempersilakan Yang dihormati, untuk mengiringi Yang Berusaha En Encik
Hasnol Abd Hakim bin Hasnol Abd Hadi,Pegawai Pertanian Daerah Kuala Kangsar untuk
diperkenalkan kepada kontigen-kontigen yang mengambil bahagian. Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Hasnol Abd Hakim Bin Hasnol Abd Hadi di
atas ucapan dan perasmian itu tadi. Maka dengan itu, rasmilah kejohanan sukan Sek. Keb.
Rambai Tujuh kali ke-32

5. Perarakan Keluar Kontingen

Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.


Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke
khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia
kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.
6. ACARA SUKAN

Acara sukan akan dimulakan sebentar lagi dengan larian 100 meter lelaki dan
perempuan individu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6. Para peserta diminta bersedia.

Acara sukan pertama pada hari ini adalah larian 100 meter individu lelaki Tahun

RUJUK BUKU ATURCARA

Acara sukan diteruskan lagi dengan acara sukaneka secara individu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5,
Para peserta diminta bersedia.

Acara sukaneka pertama adalah _____________________

RUJUK BUKU ATURCARA

Acara sukan diteruskan lagi dengan acara kemuncak pertandingan pada hari ini iaitu Larian
berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter lelaki & perempuan Tahap 2.

10) Penutup

Dengan berakhirnya acara pertandingan larian berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X


200 meter itu tadi, Maka berakhirlah acara olahraga kita pada kali ini.

11) Upacara Penyampaian hadiah

Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiah

Majlis dengan sukacitanya menjemput …………………………………………………….


Untuk mengiringi ………………………………………..………………………….
untuk menyampaikan hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada …………………………………. di atas kesudian beliau


untuk menyampaikan hadiah.

BAGI HADIAH IKUT ACARA. RUJUK BUKU ATURCARA

Seterusnya diumumkan penyandang bagi olahragawan & olahragawati SKSK


bagi tahun ini.

Olahragawan SKRT tahun ini disandang oleh :………………………………………


Olahragawati SKRT tahun ini disandang oleh :………………………………………
Majlis dengan sukacitanya menjemput _____________________________
Untuk mengiringi ______________________ untuk menyampaikan cenderahati sebagai
tanda penghargaan kepada ______________________ atas kesudian beliau hadir dan
merasmikan majlis pada hari ini.

12) Penutup

Maka dengan itu berakhirlah sudah kejohanan sukan tahunan SKRT kali ke-32.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah
daripada kami sendiri.

Akhir kata dari kami berdua,


Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa sepanjang kami mengendalikan majlis ini,
Syabas untuk semua dan “Majulah Sukan SKRT untuk negara”

TIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI.


HIP-HIP…..HOORAY 3X

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai