Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
1. Contoh gambar dan ayat sebagai panduan untuk murid-murid UPSR SJK 2015.
2. Contoh ayat yang diberi dalam bentuk aras sederhana kepada murid-murid yang
sederhana dalam bina ayat.
3. Perkataan yang dihitamkan dalam bina ayat menunjukkan kata kerja (aktiviti)
manakala perkataan yang dihitamkan dan condong menunjukkan kata adjektif.
1. Dua orang adik-beradik sedang membina istana pasir dengan seronok di tepi
pantai.
2. Ranjit sedang mengejar seekor ketam di tepi pantai.
3. Dua orang pelancong makan angin sambil berjalan di tepi pantai.
4. Kamala dan emaknya menyediakan makanan di atas tikar di tepi pantai.
5. Bapa Kumar sedang membaca surat khabar dengan khusyuk di bawah sebatang
pokok.
1. Kakak Raja sedang menjahit baju dengan kemas di ruang tamu rumah.
2. Dua orang adik-beradik sedang bermain catur dengan seronok di ruang tamu.
3. Abang Raja sedang membaca surat khabar dengan khusyuk di ruang tamu
rumah.
4. Ibu bapa Raja menonton televisyen di ruang tamu rumah.
5. Keluarga Raja sibuk membuat kerja masing-masing di ruang tamu rumah.
1. Adik Kamal sedang menyusun buku dengan rapi di rak buku di sudut ruang tamu.
2. Emak Kamal sedang mengelap gambar di ruang tamu rumah.
3. Adik Kamal sedang bermain kereta mainan di ruang tamu rumah.
4. Kamal membersihkan akuarium di ruang tamu rumah.
5. Seorang tukang cat mengecat dinding dengan kemas di ruang rumah.
1. Dua orang murid sedang mengelap cermin tingkap dengan bersih di bilik darjah.
2. Kumari, Tan Heng dan Aisyah sedang menyapu sampah dengan kemas di bilik
darjah pada waktu pagi.
3. Ranjit dan Zul menyusun meja mengikut barisan dengan teratur di bilik darjah.
4. Seorang murid perempuan sedang menampal gambar di papan kenyataan.
5. Siti sedang memadam papan putih dengan bersih di bilik darjah.
1. Polis trafik sedang mengawal kenderaan yang lalu lintas di jalan raya.
2. Murid-murid sekolah sedang melintas jalan raya dengan berhati-hati di jalan
raya.
3. Dua orang pejalan kaki sedang menunggu untuk melintas jalan raya.
4. Beberapa buah kereta dan motosikal berhenti di garisan lampu trafik di jalan
raya.
5. Keadaan di persimpangan lampu trafik sungguh sibuk pada waktu pagi.