Anda di halaman 1dari 92

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Matematik
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Tingkatan 1
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Matematik
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Tingkatan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Mei 2015
Terbitan 2015
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini
dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN

Rukun Negara.................................................................................................................................................. v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan..................................................................................................................... vi

Definisi Kurikulum Kebangsaan ....................................................................................................................... vii

Kata Pengantar.................................................................................................................................................. vii

Pendahuluan...................................................................................................................................................... 1

Matlamat ........................................................................................................................................................... 2

Objektif .............................................................................................................................................................. 2

Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah........................................................................................... 4

Fokus ................................................................................................................................................................ 5

Kemahiran Abad Ke-21..................................................................................................................................... 14

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.......................................................................................................................... 15

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ............................................................................................................ 16

Elemen Merentas Kurikulum ............................................................................................................................. 20

Pentaksiran ....................................................................................................................................................... 22

Organisasi Kandungan ..................................................................................................................................... 29

Perincian Kandungan

1. Nombor Nisbah ........................................................................................................................................ 31


2. Faktor dan Gandaan ............................................................................................................................... 36

3. Kuasa dua, Punca Kuasa dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga ........................................................ 39

4. Nisbah, Kadar dan Kadaran ..................................................................................................................... 44

5. Ungkapan Algebra ................................................................................................................................... 48

6. Persamaan Linear .................................................................................................................................... 51

7. Ketaksamaan Linear ................................................................................................................................ 55

8. Garis dan Sudut ....................................................................................................................................... 58

9. Poligon Asas ............................................................................................................................................ 62

10. Perimeter dan Luas .................................................................................................................................. 66

11. Pengenalan Set ....................................................................................................................................... 69

12. Pengendalian Data .................................................................................................................................. 72

13. Teorem Pythagoras ................................................................................................................................. 76


RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

“3(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang


termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.”

Sumber:Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1996


[PU(A)531/97]

vii
KATA PENGANTAR DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam
tunjang Kerangka KSSM, mengintegrasikan pengetahuan,
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang
kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit
dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan
Kemahiran Abad ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan
(KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM
insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah
emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
Pendidikan Kebangsaan.
2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah
menengah setanding dengan standard antarabangsa.
Bagi menjayakan pelaksanaan KSSM, pengajaran dan
Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan
pembelajaran (p&p) guru perlu memberi penekanan kepada
antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSM menerusi
KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan
penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran
Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pelajaran yang
Berasaskan Projek, supaya murid dapat menguasai
mengandungi Standard Kandungan, Standard
kemahiran yang diperlukan dalam abad ke- 21.
Pembelajaran dan Standard Pentaksiran.
Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-
Usaha memasukkan Standard Pentaksiran di dalam
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
dokumen kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak
pihak yang terlibat dalam penggubalan KSSM. Semoga
Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem
pelaksanaan KSSM akan mencapai hasrat dan matlamat
Pendidikan Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir
Sistem Pendidikan Kebangsaan.
secara berterusan untuk mengenalpasti tahap
penguasaannya dalam sesuatu mata pelajaran, serta
Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL
membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi
Pengarah
mempertingkatkan pencapaian murid. Bahagian Pembangunan Kurikulum

viii
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

PENDAHULUAN Penyusunan semula kurikulum Matematik Sekolah


Menengah mengambil kira kesinambungan dari peringkat
KSSM Matematik merupakan mata pelajaran teras yang sekolah rendah ke peringkat sekolah menengah dan
harus dilalui oleh semua murid yang mengikuti Sistem seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Penandaarasan
Pendidikan Kebangsaan. Setiap murid di Malaysia kurikulum Matematik telah dijalankan dengan negara yang
berpeluang melalui sekurang-kurangnya enam tahun berpencapaian tinggi dalam pentaksiran peringkat
pendidikan asas di sekolah rendah dan lima tahun di antarabangsa bagi memastikan kurikulum matematik di
sekolah menengah. Program matematik di peringkat Malaysia relevan dan setanding dengan negara lain di
sekolah menengah terbahagi kepada tiga program iaitu dunia.
Matematik di peringkat menengah rendah, Matematik di
Dalam usaha mengembangkan potensi dan profisiensi
peringkat menengah atas dan Matematik Tambahan juga di
intelektual individu dan pembinaan insan, matematik
peringkat menengah atas.
merupakan wadah terbaik kerana sifat tabiinya yang
Kandungan yang dipelajari dalam Matematik di peringkat menggalakkan pemikiran mantik dan bersistem. Justeru,
menengah pada asasnya merupakan kesinambungan penggubalan kurikulum matematik, selain daripada
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari peringkat berlandaskan kepada keperluan membangunkan negara,
sekolah rendah. Matematik di sekolah menengah bertujuan juga mengambil kira faktor yang menyumbang kepada
antara lain mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pembentukan individu yang berpemikiran logik, kritis,
murid bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah analitis, kreatif dan innovatif. Langkah ini selaras dengan
dalam kehidupan harian, menyambung pelajaran ke keperluan menyediakan secukupnya pengetahuan dan
peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya dapat berfungsi kemahiran matematik bagi memastikan negara mampu
sebagai tenaga kerja yang berkesan. bersaing di peringkat global serta berupaya menghadapi
cabaran abad ke-21. Latar belakang dan keupayaan murid
yang pelbagai diberi perhatian khusus dalam menentukan

1
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam mata dan Operasi; Sukatan dan Geometri; Perkaitan dan
pelajaran ini. Algebra; Statistik dan Kebarangkalian serta Matematik
Diskret;

MATLAMAT
2. Membentuk kapasiti dalam:
 merumus situasi ke dalam bentuk matematik;
KSSM Matematik bermatlamat membentuk individu yang  menggunakan konsep, fakta, prosedur dan
berfikrah matematik iaitu individu yang berpemikiran penaakulan; dan
matematik, kreatif dan inovatif serta berketerampilan  mentafsir, mengaplikasi serta menilai hasil
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik matematik;
secara berkesan dan bertanggungjawab dalam
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, 3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
berlandaskan sikap dan nilai agar berupaya menangani matematik dalam membuat pertimbangan dan
cabaran dalam kehidupan harian, selaras dengan keputusan yang wajar bagi menyelesaikan masalah
perkembangan sains dan teknologi dan cabaran abad dalam pelbagai konteks;
ke-21.
4. Mempertingkatkan kemahiran matematik berkaitan
dengan Nombor dan Operasi; Sukatan dan Geometri;
OBJEKTIF
Perkaitan dan Algebra; Statistik dan Kebarangkalian
serta Matematik Diskret seperti:
KSSM Matematik bertujuan membolehkan murid mencapai
 memungut dan mengendalikan data;
objektif berikut:
 mewakilkan dan mentafsir data;

1. Membentuk kefahaman tentang konsep, hukum,  mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara
prinsip, dan teorem yang berkaitan dengan Nombor matematik;

2
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

 menggunakan algoritma dan perkaitan; 9. Memupuk dan mengamalkan nilai murni, bersikap

 membuat anggaran dan penghampiran; dan positif terhadap matematik serta menghargai

 mengukur dan membina; kepentingan dan keindahannya;

5. Mengamalkan secara konsisten kemahiran proses 10. Membentuk pemikiran aras tinggi, kritis, kreatif dan

matematik iaitu penyelesaian masalah, penaakulan; inovatif; dan

berkomunikasi secara matematik, membuat perkaitan


11. Mengamal dan mengembangkan kemahiran generik
dan perwakilan;
bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

6. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan


kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan
dan keputusan yang wajar secara berkesan dan
bertanggungjawab dalam situasi kehidupan harian;

7. Menyedari bahawa idea matematik saling berkait dan


merupakan ilmu yang menyeluruh dan bersepadu,
serta mampu menghubungkaitkan ilmu matematik
dengan bidang ilmu yang lain;

8. Menggunakan teknologi bagi membina konsep,


menguasai kemahiran, menyiasat dan meneroka idea
matematik dan menyelesaikan masalah;

3
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
MENENGAH Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan
yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan,
berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan
KSSM dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi;
kreatif serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam
Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan
Rajah 1. Kurikulum Matematik digubal berdasarkan enam
Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan
tunjang Kerangka KSSM.
Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain
utama yang menyokong antara satu sama lain dan

Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah

4
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

FOKUS Fikrah Matematik

KSSM Matematik berfokus kepada usaha membangunkan Fikrah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)
insan yang berfikrah matematik. Kerangka kurikulum membawa pengertian yang sama dengan daya berfikir dan
Matematik sepertimana yang digambarkan dalam Rajah 2 pemikiran. Dalam konteks pendidikan matematik, fikrah
merupakan asas penting kepada pelaksanaan kurikulum matematik merujuk kepada kualiti murid yang dihasratkan
Matematik di bilik darjah. Empat elemen penting yang untuk dilahirkan melalui sistem pendidikan matematik
menyumbang kepada pembangunan insan yang berfikrah kebangsaan. Murid yang berfikrah matematik merupakan
matematik ialah: murid yang berkeupayaan melakukan matematik dan
 Bidang Pembelajaran; memahami idea matematik, serta mengaplikasikan secara
 Nilai; bertanggungjawab pengetahuan dan kemahiran matematik
 Kemahiran; dan dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai.
 Proses Matematik.  Nombor dan Operasi Fikrah matematik juga berhasrat menghasilkan individu
 Sukatan dan Geometri
 Perkaitan dan Algebra yang kreatif dan inovatif serta memenuhi keperluan abad
 Statistik dan
ke-21 kerana kemampuan negara amat bergantung kepada
Kebarangkalian
 Matematik Diskret modal insan yang mampu berfikir dan menjana idea.

NILAI

 Penyelesaian Bidang Pembelajaran


 Nilai Matematik
Masalah
 Nilai Sejagat
 Penaakulan
 Komunikasi secara Kandungan matematik merangkumi lima bidang
Matematik
 Perwakilan pembelajaran utama yang saling berkait antara satu sama
 Perkaitan  Kemahiran Matematik
 Kemahiran Abad ke-21 lain iaitu:
 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Rajah 2: Kerangka Kurikulum Matematik Sekolah Menengah


5
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

 Nombor dan Operasi; kepentingan penyelesaian masalah, proses matematik ini


 Sukatan dan Geometri; menjadi tulang belakang dalam pengajaran dan
 Perkaitan dan Algebra; pembelajaran matematik dan seharusnya berupaya
 Statistik dan Kebarangkalian; dan membentuk murid yang mampu menggunakan

 Matematik Diskret. kepelbagaian strategi penyelesaian masalah, menggunakan


kemahiran berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif. Guru
perlu mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang
Proses Matematik
menjadikan penyelesaian masalah sebagai fokus
perbincangan. Aktiviti yang dijalankan perlu menuntut
Proses matematik yang menyokong pembelajaran
penglibatan murid secara aktif dengan mengemukakan
matematik yang berkesan dan berfikrah adalah:
kepelbagaian soalan dan tugasan yang mengandungi bukan
 Penyelesaian masalah;
sahaja soalan rutin malah soalan bukan rutin. Penyelesaian
 Penaakulan; masalah yang melibatkan soalan bukan rutin pada asasnya
 Komunikasi secara matematik; menuntut tahap pemikiran dan penaakulan pada aras tinggi
 Perkaitan; dan dan perlu dibudayakan penggunaannya oleh guru bagi
 Perwakilan. menyediakan murid yang mampu bersaing di peringkat
Kelima-lima proses matematik tersebut saling berkait dan global.
perlu dilaksanakan secara bersepadu merentas kurikulum.
Langkah-langkah penyelesaian masalah berikut perlu
ditekankan agar murid dapat menyelesaikan masalah
Penyelesaian masalah merupakan jantung kepada
secara sistematik dan berkesan:
matematik. Justeru, kemahiran menyelesaikan masalah
 Memahami dan mentafsirkan masalah;
perlu dikembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan
 Merancang strategi penyelesaian;
merentas keseluruhan kurikulum matematik. Sesuai dengan
 Melaksanakan strategi; dan

6
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

 Membuat refleksi. Refleksi adalah langkah penyelesaian masalah yang


penting. Refleksi membolehkan murid melihat, memahami
Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam dan menghargai perspektif dari sudut yang berbeza di
penyelesaian masalah, termasuk langkah-langkah samping mengkonsolidasikan kefahaman mereka terhadap
penyelesaiannya harus diperluaskan penggunaannya.
sesuatu konsep yang dipelajari.
Antara strategi yang biasa digunakan ialah melukis gambar
rajah, mengenal pola, membuat jadual/carta atau senarai
Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami
secara bersistem; menggunakan algebra, mencuba kes
matematik dengan lebih berkesan dan bermakna.
lebih mudah, menaakul secara mantik, cuba jaya, membuat
Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan
simulasi, bekerja ke belakang serta menggunakan analogi.
perkembangan intelek dan komunikasi murid. Penaakulan
Berikut adalah antara proses yang perlu ditekankan melalui berupaya mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran
penyelesaian masalah iaitu pembentukan kapasiti murid logik malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis
dalam: yang juga merupakan asas kepada pemahaman matematik
 Merumus situasi yang melibatkan konteks yang pelbagai secara mendalam dan bermakna. Justeru, guru perlu
seperti peribadi, kemasyarakatan, saintifik dan bidang menyediakan ruang dan peluang dengan mereka bentuk
pekerjaan ke dalam bentuk matematik; aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menuntut murid
 Menggunakan dan mengaplikasikan konsep, fakta, melakukan matematik serta terlibat secara aktif dalam
prosedur dan penaakulan dalam menyelesaikan membincangkan idea-idea matematik.
masalah; dan
Elemen penaakulan dalam pengajaran dan pembelajaran
 Mentafsir, menilai dan membuat refleksi terhadap
mengelakkan murid dari menganggap matematik sebagai
penyelesaian atau keputusan yang dibuat dan
hanya satu set prosedur atau algoritma yang perlu diikuti
menentukan sama ada ianya munasabah.
bagi mendapatkan penyelesaian, tanpa memahami konsep
matematik yang sebenarnya secara mendalam. Penaakulan

7
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

bukan sahaja mengubah paradigma murid dari memahami dan mengaplikasikan matematik dengan lebih
mementingkan pengetahuan prosedural malah memberi efektif.
pengupayaan pemikiran dan intelektual apabila murid
Guru harus peka dengan peluang yang ada semasa
dibimbing dan dilatih untuk membuat konjektur,
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi
mengesahkan konjektur, memberikan penerangan logikal,
menggalakkan murid untuk menyatakan dan
menganalis, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua
mempersembahkan idea matematik mereka melalui teknik
aktiviti matematik. Latihan sedemikian membentuk murid
penyoalan yang sesuai. Komunikasi yang melibatkan
yang yakin dengan diri sendiri dan berani, selaras dengan
pelbagai perspektif dan pelbagai sudut pendapat dapat
hasrat untuk membentuk pemikir matematik yang
membantu murid meningkatkan pemahaman matematik
berkeupayaan tinggi.
dengan lebih baik di samping meningkatkan keyakinan diri.

Komunikasi secara matematik ialah proses menyatakan Aspek yang penting dalam komunikasi matematik adalah
idea dan kefahaman secara lisan, visual atau bertulis keupayaan untuk memberi penerangan dengan berkesan,
menggunakan nombor, tatatanda, simbol, gambar rajah, serta memahami dan mengaplikasikan notasi matematik
graf, gambar atau perkataan. Komunikasi ialah proses yang dengan betul. Murid perlu menggunakan laras bahasa dan
penting dalam pembelajaran matematik kerana komunikasi simbol matematik dengan betul bagi memastikan sesuatu
secara matematik membantu murid menjelaskan dan idea matematik dapat dijelaskan dengan tepat.
memperkukuh kefahaman matematik mereka. Melalui
Komunikasi berkesan memerlukan persekitaran yang
komunikasi, idea matematik dapat diluahkan dan difahami
sentiasa peka terhadap keperluan murid untuk berasa
dengan lebih baik. Komunikasi secara matematik, sama ada
selesa semasa bercakap, bertanya soalan, menjawab
secara lisan, penulisan atau menggunakan simbol dan
soalan, menghuraikan pernyataan serta menjustifikasikan
perwakilan visual (dengan menggunakan carta, graf,
pandangan kepada rakan sekelas dan juga guru. Murid
gambar rajah dan lain-lain), dapat membantu murid
perlu diberi peluang untuk berkomunikasi secara aktif dalam

8
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

pelbagai suasana, contohnya berkomunikasi semasa mereka; mengenal perkaitan antara konsep matematik yang
melakukan aktiviti secara berpasangan, berkumpulan atau berkaitan dan menggunakan matematik untuk memodelkan
memberi penerangan kepada seluruh kelas. situasi, fizikal dan fenomena sosial. Apabila murid berupaya
mewakilkan konsep dalam pelbagai cara, mereka akan
membentuk fleksibiliti dalam pemikiran mereka tentang
Perwakilan ialah satu komponen penting dalam matematik
konsep tersebut dan memahami bahawa terdapat
dan sering digunakan untuk mewakilkan fenomena dunia
kepelbagaian cara untuk mewakilkan sesuatu idea
sebenar. Oleh yang demikian, mesti wujud keserupaan
matematik bagi membolehkan masalah diselesaikan dengan
antara aspek dunia yang diwakili dan aspek dunia yang
lebih mudah.
mewakili. Perwakilan boleh didefinisikan sebagai sebarang
tatarajah huruf, imej atau objek konkrit yang boleh
melambangkan atau mewakilkan sesuatu yang lain.
Perkaitan antara bidang-bidang dalam matematik seperti
penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan statistik
Pada peringkat sekolah menengah, mewakilkan idea dan
adalah penting bagi membolehkan murid mempelajari
model matematik secara umumnya menggunakan simbol,
konsep dan kemahiran secara bersepadu dan bermakna.
geometri, graf, algebra, gambar rajah, perwakilan konkrit
Dengan mengenali bagaimana konsep atau kemahiran
dan perisian dinamik. Murid juga harus berupaya beralih
dalam bidang yang berbeza berhubung kait antara satu
daripada satu bentuk perwakilan kepada bentuk perwakilan
sama lain, matematik akan dilihat dan dipelajari sebagai
yang lain dan mengenal hubung kait antara perwakilan
satu disiplin ilmu yang menyeluruh, mempunyai kaitan
tersebut serta menggunakan perwakilan yang pelbagai,
antara satu dengan yang lain dan memungkinkan konsep
relevan dan diperlukan dalam menyelesaikan masalah.
abstrak lebih mudah difahami.

Penggunaan perwakilan yang pelbagai akan membantu


Apabila idea matematik dikaitkan pula dengan pengalaman
murid untuk memahami konsep matematik dan perkaitan;
harian di dalam dan di luar bilik darjah, murid akan lebih
mengkomunikasikan pemikiran, hujah dan kefahaman

9
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

menyedari kegunaan, kepentingan, kekuatan dan keindahan Jadual 1: Standard Proses Matematik
matematik. Selain itu murid berpeluang menggunakan
PENYELESAIAN MASALAH
matematik secara kontekstual dalam bidang ilmu yang lain
dan dalam kehidupan harian mereka. Model matematik  Memahami masalah.
 Mengekstrak maklumat yang relevan dalam situasi yang
digunakan untuk menerangkan situasi kehidupan sebenar diberi dan menyusun maklumat secara sistematik.
secara matematik. Murid akan mendapati kaedah ini boleh  Merancang pelbagai strategi untuk menyelesaikan
masalah.
digunakan untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah
 Melaksanakan strategi mengikut rancangan yang
atau untuk meramal kemungkinan sesuatu situasi ditetapkan.
berdasarkan model matematik tersebut.  Menghasilkan penyelesaian yang menepati kehendak
masalah.
 Membuat tafsiran penyelesaian.
Dalam melaksanakan kurikulum matematik, peluang untuk
 Membuat semakan dan refleksi bagi penyelesaian dan
membuat perkaitan perlu diwujudkan supaya murid dapat strategi yang digunakan.
mengaitkan pengetahuan konseptual dengan pengetahuan PENAAKULAN
prosedural serta dapat mengaitkan topik-topik dalam
 Mengenal penaakulan dan pembuktian sebagai asas
matematik khususnya dan mengaitkan matematik dengan matematik.
bidang lain secara amnya. Ini akan meningkatkan  Mengenal pola, struktur, dan kesamaan dalam situasi
dunia sebenar dan perwakilan simbolik.
kefahaman murid dalam matematik dan menjadikan  Memilih dan menggunakan pelbagai jenis penaakulan
matematik lebih jelas, bermakna dan menarik. dan kaedah pembuktian.
 Membuat, menyiasat dan mengesahkan konjektur
matematik.
Standard Proses Matematik  Membina dan menilai hujah matematik dan bukti.
 Membuat keputusan dan menjustifikasi keputusan yang
dibuat.
Berikut adalah standard Proses yang perlu dicapai oleh
BERKOMUNIKASI SECARA MATEMATIK
murid melalui pelaksanaan kurikulum ini.
 Mengorganisasi dan menggabungkan pemikiran

10
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

matematik melalui komunikasi untuk menjelas dan Kemahiran


mengukuhkan kefahaman matematik.
 Mengkomunikasi pemikiran dan idea matematik secara
jelas dan yakin. Kemahiran yang harus dikembangkan dan dipupuk dalam
 Menggunakan bahasa matematik untuk menyatakan kalangan murid melalui mata pelajaran ini meliputi
idea matematik dengan tepat.
 Menganalisis dan menilai pemikiran matematik dan Kemahiran Matematik, Kemahiran Abad ke-21 dan
strategi orang lain. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
PERWAKILAN
Kemahiran Matematik merujuk antara lain kemahiran seperti
 Menggambarkan idea matematik menggunakan
mengukur dan membina, membuat anggaran dan
pelbagai jenis perwakilan.
 Membuat interpretasi daripada perwakilan yang penghampiran, memungut dan mengendali data,
diberikan. mewakilkan dan mentafsir data, mengenal perkaitan dan
 Memilih jenis perwakilan yang sesuai.
mewakilkannya secara matematik, menterjemahkan situasi
 Menggunakan pelbagai jenis perwakilan matematik
untuk: sebenar kepada model matematik, menggunakan laras
i) Mempermudahkan idea matematik yang kompleks.
bahasa matematik yang betul, mengaplikasikan penaakulan
ii) Membantu dalam menyelesaikan masalah.
iii) Membina model dan mentafsir fenomena matematik. mantik, menggunakan algoritma dan perkaitan,
iv) Membuat hubungan antara pelbagai jenis
menggunakan alat matematik, menyelesaikan masalah,
perwakilan.
membuat keputusan dan sebagainya. Selain itu, kurikulum
PERKAITAN
ini menuntut pembentukan kemahiran matematik murid
 Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan antara idea dalam aspek kreativiti, keperluan murid membentuk keaslian
matematik.
 Memahami bagaimana idea matematik saling dalam pemikiran mereka dan keupayaan melihat perkara di
berhubung dan disusun atur menjadi kesatuan yang sekeliling dengan cara yang baharu dan perspektif yang
padu.
 Mengaitkan idea matematik dengan kehidupan harian berbeza bagi tujuan membangunkan individu yang kreatif
dan bidang lain. dan inovatif. Penggunaan alat matematik secara berstrategi,
tepat dan berkesan amat ditekankan dalam pengajaran dan

11
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

pembelajaran matematik. Alat matematik yang dimaksudkan contoh, walaupun kalkulator grafik membantu murid
termasuk kertas dan pensel, pembaris, jangka sudut, jangka membuat visualisasi tentang sifat fungsi dan grafnya,
lukis, kalkulator, hamparan elektronik, perisian dinamik dan penggunaan kertas dan pensel masih merupakan hasil
sebagainya. pembelajaran yang harus dicapai oleh semua murid. Begitu
juga dalam mendapatkan punca-punca kepada persamaan
Ledakan kemajuan pelbagai teknologi dalam kehidupan
kuadratik. Teknologi perlu digunakan secara bijaksana bagi
masa kini menjadikan penggunaan teknologi elemen
membantu murid membentuk konsep, meningkatkan
penting dalam pengajaran matematik. Guru yang berkesan
kefahaman, membuat visualisasi dan sebagainya di
akan memaksimumkan potensi dan keupayaan teknologi
samping memperkayakan pengalaman pembelajaran.
agar murid dapat membentuk kefahaman serta
meningkatkan minat dan profisiensi mereka dalam Secara spesifiknya kemahiran menggunakan teknologi yang
matematik. Memandangkan keupayaan dan keberkesanan perlu dipupuk dalam diri murid melalui mata pelajaran
teknologi terhadap kandungan matematik yang diajar, maka Matematik ialah keupayaan murid:
guru perlu membudayakan penggunaan teknologi  Menggunakan teknologi bagi meneroka, menyelidik,
khususnya kalkulator grafik, perisian komputer seperti memodelkan matematik dan seterusnya membentuk
Geometer’s Sketchpad, Geogebra, hamparan elektronik, konsep matematik yang mendalam;
perisian pembelajaran, Internet dan lain-lain.  Menggunakan teknologi untuk membantu dalam
pengiraan bagi menyelesaikan masalah dengan
Walau bagaimanapun, teknologi harus digunakan secara
berkensan;
bijaksana. Kalkulator sebagai contoh tidak harus digunakan
 Menggunakan teknologi terutamanya teknologi
sehingga mengabaikan kepentingan mencongak dan asas
elektronik dan digital untuk mencari, mengurus, menilai
mengira. Kecekapan melaksanakan pengiraan adalah
dan mengkomunikasikan maklumat; dan
penting terutamanya di peringkat rendah dan murid tidak
 Menggunakan teknologi secara bertanggungjawab dan
harus bergantung kepada kalkulator secara total. Sebagai
beretika.

12
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Penggunaan teknologi seperti perisian dinamik, kalkulator  Nilai matematik – iaitu nilai dalam pengetahuan
grafik, Internet dan sebagainya perlu diintegrasikan dalam matematik yang merangkumi penekanan kepada sifat-
pengajaran dan pembelajaran matematik bagi membantu sifat dalam pengetahuan matematik; dan
murid membentuk kefahaman mendalam tentang sesuatu  Nilai sejagat – iaitu nilai murni sejagat yang diterapkan
konsep terutamanya yang melibatkan konsep yang abstrak. merentas semua mata pelajaran.

Pembentukan nilai melalui pengajaran dan pembelajaran


Nilai Dalam Pendidikan Matematik
matematik juga seharusnya melibatkan unsur ketuhanan,
kepercayaan, minat, penghargaan, keyakinan, kecekapan
Nilai adalah kualiti afektif yang ingin dibentuk melalui dan ketabahan. Kepercayaan kepada kekuasaan dan
pengajaran dan pembelajaran matematik menggunakan kebesaran tuhan pada asasnya boleh dipupuk melalui
konteks yang sesuai. Nilai kebiasaannya diajar dan kandungan dalam kurikulum ini. Perkaitan antara
dipelajari secara implisit di dalam sesi pembelajaran. Nilai kandungan yang dipelajari dengan dunia sebenar mampu
murni yang dipupuk akan seterusnya menjelmakan sikap menampakkan dan mengesahkan lagi kebesaran dan
yang baik. Penerapan nilai dan sikap dalam pengajaran dan kekuasaan pencipta alam semesta.
pembelajaran matematik bertujuan melahirkan insan yang
berketerampilan dari aspek pengetahuan dan kemahiran di Unsur sejarah dan patriotisme juga perlu diterapkan

samping memiliki akhlak yang mulia. Penghayatan nilai mengikut kesesuaian tajuk bagi membolehkan murid

murni juga dapat membentuk generasi muda yang menghayati matematik dan memberangsangkan lagi minat

berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur dan mempunyai serta keyakinan murid terhadap matematik. Unsur sejarah

sikap yang baik. seperti peristiwa tertentu tentang ahli matematik atau
sejarah ringkas tentang sesuatu konsep atau simbol juga
Nilai yang harus dibangunkan dalam diri murid melalui ditekankan dalam kurikulum ini.
pengajaran dan pembelajaran matematik ialah:

13
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

KEMAHIRAN ABAD KE-21


PROFIL MURID PENERANGAN

Pemikir Mereka berfikir secara kritikal, kreatif


Satu daripada hasrat KSSM adalah untuk melahirkan murid
dan inovatif; mampu untuk
yang mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi menangani masalah yang kompleks
dan membuat keputusan yang
fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan
beretika. Mereka berfikir tentang
kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran pembelajaran dan diri mereka
sebagai pelajar. Mereka menjana
Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang
soalan dan bersifat terbuka kepada
mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid perspektif, nilai dan tradisi individu
dan masyarakat lain. Mereka
seperti dalam Jadual 2 supaya berupaya bersaing di
berkeyakinan dan kreatif dalam
peringkat global. Penguasaan SK dan SP dalam kurikulum menangani bidang pembelajaran
yang baru
Matematik menyumbang kepada pemerolehan Kemahiran
Abad ke- 21 dalam kalangan murid. Kerja Mereka boleh bekerjasama secara
Sepasukan berkesan dan harmoni dengan
orang lain. Mereka mengalas
Jadual 2: Profil Murid
tanggungjawab bersama serta
menghormati dan menghargai
PROFIL MURID PENERANGAN
sumbangan yang diberikan oleh
setiap ahli pasukan. Mereka
Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan
memperoleh kemahiran
mengatasi kesukaran, mengatasi
interpersonal melalui aktiviti
cabaran dengan kebijaksanaan,
kolaboratif, dan ini menjadikan
keyakinan, toleransi, dan empati.
mereka pemimpin dan ahli pasukan
yang lebih baik.
Mahir Mereka menyuarakan dan
meluahkan fikiran, idea dan
Berkomunikasi
maklumat dengan yakin dan kreatif
secara lisan dan bertulis, Bersifat Ingin Mereka membangunkan rasa ingin
menggunakan pelbagai media dan Tahu tahu semula jadi untuk meneroka
teknologi. strategi dan idea baru. Mereka
mempelajari kemahiran yang

14
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

PROFIL MURID PENERANGAN PROFIL MURID PENERANGAN


diperlukan untuk menjalankan inkuiri
Patriotik Mereka mempamerkan kasih
dan penyelidikan, serta
sayang, sokongan dan rasa hormat
menunjukkan sifat berdikari dalam
terhadap negara.
pembelajaran. Mereka menikmati
pengalaman pembelajaran
sepanjang hayat secara berterusan.

Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur, KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


kesamarataan, adil dan
menghormati maruah individu,
kumpulan dan komuniti. Mereka Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam
bertanggungjawab atas tindakan,
kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat
akibat tindakan serta keputusan
mereka. menterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam
Bermaklumat Mereka mendapatkan pengetahuan
dan membentuk pemahaman yang kalangan murid. Penerangan KBAT adalah berfokus kepada
luas dan seimbang merentasi
empat tahap pemikiran seperti Jadual 3.
pelbagai disiplin pengetahuan.
Mereka meneroka pengetahuan
dengan cekap dan berkesan dalam Jadual 3: Tahap Pemikiran dalam KBAT
konteks isu tempatan dan global.
TAHAP
Mereka memahami isu-isu etika / PENERANGAN
PEMIKIRAN
undang-undang berkaitan maklumat
yang diperoleh. Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan,
kemahiran, dan nilai dalam situasi
Penyayang/ Mereka menunjukkan empati, belas berlainan untuk melaksanakan sesuatu
Prihatin kasihan dan rasa hormat terhadap perkara
keperluan dan perasaan orang lain. Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada
Mereka komited untuk berkhidmat bahagian kecil untuk memahami
kepada masyarakat dan dengan lebih mendalam serta hubung
memastikan kelestarian alam kait antara bahagian berkenaan
sekitar.

15
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

TAHAP
PENERANGAN
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu
PEMIKIRAN
Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan
menggunakan pengetahuan, rasional.
pengalaman, kemahiran, dan nilai serta
memberi justifikasi
Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang
Mencipta  Menghasilkan idea atau produk atau
kaedah yang kreatif dan inovatif berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan
masalah.
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat KBAT boleh diaplikasi dalam bilik darjah melalui aktiviti
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid
mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran
berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir. dan peta minda serta penyoalan aras tinggi untuk
menggalakkan murid berfikir.
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk
menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Pengajaran dan pembelajaran matematik yang baik
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk menuntut guru merancang aktiviti dengan teliti serta
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan menggabungjalinkan kepelbagaian strategi yang

bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara membolehkan murid bukan sahaja memahami kandungan

asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.

16
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

secara mendalam, malah dicabar untuk berfikir pada aras matematik. Justeru pengajaran dan pembelajaran yang
yang lebih tinggi. melibatkan inkuiri, penerokaan dan penyiasatan matematik
Pengajaran dan pembelajaran Matematik menekankan perlu dijalankan di mana sesuai. Guru perlu mereka bentuk
penglibatan murid secara aktif yang antara lain boleh pengajaran dan pembelajaran yang memberi ruang dan
dicapai melalui: peluang bagi murid membuat konjektur, menaakul, bertanya
 Pembelajaran berasaskan Inkuiri yang melibatkan soalan, membuat refleksi dan seterusnya membentuk
penyiasatan dan penerokaan matematik; konsep dan pengetahuan secara kendiri.
 Pembelajaran berasaskan masalah; dan
Peluang dan pengalaman pembelajaran yang pelbagai,
 Penggunaan teknologi bagi membentuk konsep.
pengintegrasian penggunaan teknologi, dan penyelesaian
Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan masalah yang melibatkan keseimbangan kedua-dua soalan
pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am rutin dan bukan rutin juga ditekankan dalam pengajaran dan
bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat pembelajaran Matematik. Soalan bukan rutin yang
sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan memerlukan pemikiran aras tinggi ditekankan bagi
merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara mencapai hasrat menghasilkan modal insan yang berfikrah,
penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji kreatif dan inovatif, mampu bersaing dalam era globalisasi
dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti yang serta berupaya menghadapi cabaran abad ke-21.
dijalankan murid akan menyiasat sesuatu fenomena, menilai
Matematik adalah bidang ilmu yang berteraskan konsep,
pola dan seterusnya mencapai kesimpulan sendiri. Guru
fakta, sifat, peraturan, corak dan proses. Oleh itu, strategi
kemudian membimbing murid untuk membincangkan dan
yang digunakan dalam pengajaran dan pengajaran
memahami konsep mematik melalui hasil inkuiri tersebut.
matematik memerlukan kepelbagaian dan keseimbangan.
Kurikulum Standard Matematik memberi penekanan kepada
Strategi yang bersifat tradisional kadang kala masih
kefahaman konseptual yang mendalam, kecekapan dalam
diperlukan apabila mengajar kandungan yang berasaskan
manipulasi, kebolehan menaakul dan berkomunikasi secara

17
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

prosedural. Sebahagian kandungan pula menuntut guru berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi
menyediakan aktiviti pembelajaran yang membolehkan dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman
murid menemui konsep secara kendiri. Justeru, teknik sendiri. Pendekatan dan strategi pembelajaran seperti
penyoalan yang berstruktur diperlukan bagi membolehkan inkuiri-penemuan, penerokaan dan penyiasatan matematik
murid menemui peraturan, pola ataupun sifat sesuatu serta aktiviti yang berpusatkan murid dengan berbantukan
konsep matematik. alat matematik yang bersesuaian, tuntas dan berkesan
dapat menjadikan pengalaman pembelajaran matematik
Penggunaan bahan bantu mengajar dan pelaksanaan
menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar yang
tugasan dalam bentuk pembentangan atau kerja projek
seterusnya akan membentuk kefahaman konsep yang
perlu dirangkum dalam pengalaman pembelajaran yang
mendalam.
disediakan untuk murid bagi menghasilkan murid yang
berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan dan Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah dan strategi
kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan
melibatkan situasi harian di samping dapat membentuk murid yang mempunyai kepelbagaian kebolehan,
kemahiran insaniah. kecenderungan dan minat. Keterlibatan aktif murid dalam
aktiviti yang bermakna dan mencabar memerlukan sesi
Selain itu guru perlu menggunakan kepelbagaian
pengajaran dan pembelajaran yang direka bentuk khusus
pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran
dengan keperluan mereka. Setiap murid perlu mempunyai
seperti pembelajaran kooperatif, pembelajaran masteri,
peluang sama rata dalam membentuk kefahaman konsep
pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran
dan juga kecekapan prosedural. Untuk itu guru harus teliti
berasaskan projek dan sebagainya.
dalam menyediakan ekosistem pembelajaran dan diskusi
Pembelajaran matematik yang berfikrah perlu dijelmakan
intelektual yang memerlukan murid berkolaborasi dalam
dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Justeru,
menyelesaikan tugasan yang bermakna dan mencabar.
strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah

18
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Kreativiti dan inovasi merupakan elemen utama dalam Guru perlu mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran
perkembangan masyarakat berilmu abad ke-21. Kedua-dua yang menggalakkan dan memupuk kreativiti dan inovasi.
elemen ini bakal memberi sumbangan besar terhadap Antara strategi yang boleh digunakan ialah melibatkan
kemakmuran sosial dan individu sesebuah negara. Negara murid dalam aktiviti kognitif yang kompleks seperti:
amat memerlukan modal insan yang kreatif dan inovatif agar  Pelaksanaan tugasan yang melibatkan soalan bukan
mampu bersaing dalam dunia yang semakin kompetitif dan rutin yang memerlukan kepelbagian strategi
dinamik. Pendidikan dilihat sebagai pencerna dan wahana penyelesaian masalah dan tahap pemikiran yang tinggi;
kepada pembentukan kemahiran kreativiti dan inovasi  Penggunaan teknologi dalam meneroka, membina
dalam kalangan rakyat. kefahaman konsep dan menyelesaikan masalah;
 Membudayakan amalan yang membolehkan murid
Kreativiti dan inovasi ialah dua perkara yang saling
mempamerkan hasil kreativiti dan inovatif dalam bentuk
berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk tindakan
yang pelbagai; dan
penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi
 Mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang
pula ialah proses menjana idea kreatif dalam konteks
menyediakan ruang dan peluang untuk murid
tertentu. Keupayaan kreativiti dan inovasi merupakan
melakukan matematik dan membentuk kefahaman
kemahiran yang boleh dibentuk, diasah dan dipupuk dalam
melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan berasaskan
diri murid melalui pengajaran dan pembelajaran di bilik
inkuiri.
darjah. Matematik ialah sains pola dan perkaitan yang
mengandungi keindahan yang amat berkait rapat dengan Kepelbagaian pendekatan dan strategi pengajaran dan
fenomena alam. Justeru, matematik merupakan wadah dan pembelajaran yang lain seperti pembelajaran masteri,
pemangkin bagi mengembangkan kemahiran kreatif dan pembelajaran kontekstual, konstruktivisme , pembelajaran
inovatif murid melalui tugasan dan aktiviti yang sesuai. berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan
sebagainya perlu dilaksanakan mengikut keperluan dan
kesesuaian.

19
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

membudayakan pendekatan STEM dengan mengamalkan


PENDEKATAN STEM (Science, Technology, perkara-perkara seperti berikut;
Engineering and Mathematics)
1. Menyoal dan mengenal pasti masalah,
2. Membangunkan dan menggunakan model,
Pendekatan STEM ialah p&p yang mengaplikasikan 3. Merancang dan menjalankan penyiasatan,
pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM melalui inkuiri, 4. Menganalisis dan mentafsirkan data,
penyelesaian masalah atau projek dalam konteks kehidupan 5. Menggunakan pemikiran matematik dan pemikiran
harian, alam sekitar dan masyarakat tempatan serta global komputasional,
seperti dalam Rajah 1. 6. Membina penjelasan dan mereka bentuk penyelesaian,
7. Melibatkan diri dalam perbahasan dan perbincangan
berdasarkan eviden, dan
8. Mendapatkan maklumat, menilai dan berkomunikasi
tentang maklumat tersebut.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah


yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan
P&P STEM yang kontekstual dan autentik dapat
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan
menggalakkan pembelajaran mendalam dalam kalangan
yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa
murid. Murid boleh bekerja secara berkumpulan atau secara
individu mengikut kemampuan murid ke arah

20
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

dan masa hadapan. Elemen-elemen di dalam EMK adalah 3. Nilai Murni


seperti berikut:

1. Bahasa  Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata


pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan
mengamalkannya.
 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu
dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.  Nilai murni merangkumi aspek kerohanian,
kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi
 Semasa p&p bagi setiap mata pelajaran, aspek
amalan dalam kehidupan harian.
sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras
bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu
murid menyusun idea dan berkomunikasi secara 4. Sains Dan Teknologi
berkesan.  Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi
dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi

2. Kelestarian Alam Sekitar dalam kalangan murid.


 Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat
membantu serta menyumbang kepada pembelajaran
 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar
yang lebih cekap dan berkesan.
dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua
 Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP
mata pelajaran.
merangkumi empat perkara iaitu:
 Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan
(i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta,
alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk
prinsip, konsep yang berkaitan dengan sains
menghargai alam.
dan teknologi);
(ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan
kemahiran manipulatif tertentu);

21
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

(iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran,  Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu
keselamatan); dan untuk memastikan pembangunan modal insan yang
(iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti P&P. mampu menghadapi cabaran Abad 21.
 Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan

5. Patriotisme dalam p&p.

7. Keusahawanan
 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua
mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat
masyarakat.  Penerapan elemen keusahawanan bertujuan
 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
mempunyai semangat cintakan negara dan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
berbangga sebagai rakyat Malaysia. murid.
 Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam p&p

6. Kreativiti Dan Inovasi melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti

 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta

untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk
memacu idea ke pasaran.
mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui
ilham atau gabungan idea yang ada.
 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.

 Penerapan elemen TMK dalam p&p memastikan


murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan

22
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang isu semasa di peringkat tempatan, Negara dan
dipelajari. global.
 Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid  Elemen ini diajar secara langsung dan secara
menjadi kreatif malah menjadikan p&p lebih menarik sisipan dalam mata pelajaran yang berkaitan.
dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti
pembelajaran.
10. Pendidikan Kewangan
 TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang
hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi
 Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan
meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap
membentuk generasi masa hadapan yang
kandungan mata pelajaran.
berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang
bijak, mengamalkan pengurusan kewangan yang
9. Kelestarian Global
beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal
kewangan secara bertanggungjawab.
 Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan  Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan
murid berdaya fikir lestari yang bersikap responsif dalam p&p secara langsung ataupun secara sisipan.
terhadap persekitaran dalam kehidupan harian Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-
dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan tajuk seperti Wang yang mengandungi elemen
nilai yang diperolehi melalui elemen Penggunaan kewangan secara eksplisit seperti pengiraan faedah
dan Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global mudah dan faedah kompoun. Penerapan secara
dan Perpaduan. sisipan pula diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain
 Elemen Kelestarian Global penting dalam merentas kurikulum. Pendedahan kepada
menyediakan murid bagi menghadapi cabaran dan pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar
adalah penting bagi menyediakan murid dengan

23
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat melaksanakan PS, guru perlu merancang, membina item,
diaplikasikan secara berkesan dan bermakna. mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor tahap
penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
PENTAKSIRAN SEKOLAH
(DSKP).

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah sebahagian daripada Maklumat yang dikumpul melalui PS seharusnya membantu
pendekatan pentaksiran yang merupakan satu proses guru menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam
mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang mencapai sesuatu standard kandungan. Maklumat yang
dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru yang berkenaan. dikumpul ini juga seharusnya membantu guru mengadaptasi
Proses ini berlaku berterusan secara formal dan tidak formal pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan dan
supaya guru dapat menentukan tahap penguasaan sebenar kelemahan murid mereka. PS yang menyeluruh perlu
murid. PS perlu dilaksanakan secara holistik berdasarkan dirancang dengan baik dan dijalankan secara berterusan
prinsip inklusif, autentik dan setempat (localised). Maklumat sebagai sebahagian daripada aktiviti di bilik darjah. Usaha
yang diperoleh dari PS akan digunakan oleh pentadbir, guru dalam melaksanakan PS yang holistik di samping
guru, ibu bapa dan murid dalam merancang tindakan membantu memperbaiki kelemahan murid akan membentuk
susulan ke arah peningkatan perkembangan pembelajaran ekosistem pembelajaran yang seimbang.
murid.
Dalam usaha memastikan PS membantu meningkatkan
keupayaan dan pencapaian murid, guru harus
PS boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan
menggunakan strategi pentaksiran yang mempunyai ciri-ciri
sumatif. Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring
berikut:
dengan proses pengajaran dan pembelajaran, manakala
 Mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada akhir suatu
dihasratkan dalam kurikulum;
unit pembelajaran, penggal, semester atau tahun. Dalam

24
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

 Bentuk yang pelbagai seperti pemerhatian terhadap Jadual 4: Tahap Penguasaan Umum
aktiviti yang dijalankan, ujian, pembentangan, projek,
TAHAP TAFSIRAN
folio dan sebagainya; PENGUASAAN
 Direka bentuk bagi membolehkan murid mempamerkan
Mempamerkan pengetahuan asas
pelbagai keupayaan pembelajaran; dengan contohnya menyatakan sesuatu
1
idea matematik sama ada secara lisan
 Adil kepada semua murid; dan
atau bukan lisan.
 Holistik iaitu mengambil kira pelbagai aras kognitif,
Mempamerkan kefahaman dengan
afektif dan psikomotor.
contohnya menerangkan sesuatu
2
konsep matematik sama ada secara
lisan atau bukan lisan.
Pentaksiran Kandungan
Mengaplikasikan kefahaman dengan
3 contohnya melakukan pengiraan,
membina jadual dan melukis graf.
Pentaksiran Kandungan pada umumnya dilakukan secara
topikal merangkumi juga pentaksiran proses dan kemahiran Mengaplikasikan pengetahuan dan
matematik. Pentaksiran secara topikal berserta kemahiran yang sesuai dengan
contohnya menggunakan algoritma,
pengintegrasian proses dan kemahiran matematik ini 4
rumus, prosedur atau kaedah asas
bertujuan melihat sejauh mana murid memahami Standard dalam konteks penyelesaian masalah
rutin yang mudah.
Kandungan tertentu secara menyeluruh dan holistik.
Standard Prestasi (SPi) bagi setiap topik dibina berdasarkan Mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai dalam situasi
Tahap Penguasaan Umum seperti dalam Jadual 4. baharu dengan contohnya
5 melaksanakan prosedur yang berlapis,
menggunakan perwakilan berdasarkan
sumber maklumat yang berbeza dan
menaakul secara langsung dalam
konteks penyelesaian masalah rutin

25
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

elemen ini boleh dilakukan pada pertengahan tahun dan


TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN akhir tahun bagi melihat perkembangan murid dan
yang kompleks. membantu mereka meningkatkan amalan nilai yang baik
berdasarkan Jadual 5.
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai dengan
contohnya menggunakan maklumat Jadual 5: Pentaksiran Nilai dalam Pendidikan Matematik
berdasarkan penyiasatan dan
pemodelan terhadap situasi masalah NILAI DALAM TAHAP PENGHAYATAN
6
yang kompleks; menaakul pada tahap PENDIDIKAN
yang tinggi; membentuk pendekatan dan MATEMATIK RENDAH SEDERHANA TINGGI
strategi baharu dalam konteks
penyelesaian masalah bukan rutin Berminat untuk
secara kreatif. 1 belajar
matematik.
SPi menggariskan elemen yang perlu diambil kira dalam Menghargai
keindahan dan
mentaksir dan melaporkan pencapaian murid bagi setiap 2
kepentingan
topik. SPi diletakkan pada akhir setiap topik bagi matematik.
memudahkan guru. Yakin dan
tabah dalam
3 1-2 3-4 5-6
pembelajaran
matematik.
Pentaksiran Nilai
Sanggup
belajar
4
daripada
Elemen sikap dan nilai yang perlu dipamerkan dan kesilapan.
diamalkan oleh murid ditaksir secara berterusan melalui Berusaha ke
5
media yang pelbagai seperti pemerhatian, latihan, arah ketepatan.
pembentangan, respon murid secara lisan, kerja 6 Mengamalkan
pembelajaran
berkumpulan dan sebagainya. Pelaporan pencapaian

26
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

NILAI DALAM TAHAP PENGHAYATAN


PENDIDIKAN 1 hingga 3 daripada semua standard yang
MATEMATIK RENDAH SEDERHANA TINGGI Rendah
disenaraikan diperhatikan
kendiri.
4 hingga 6 daripada semua standard yang
Berani Sederhana
disenaraikan diperhatikan
mencuba
7
sesuatu yang 7 hingga 9 daripada semua standard yang
baru. Tinggi
disenaraikan diperhatikan
8 Bekerja secara
sistematik.
Menggunakan
alat matematik Pelaporan Tahap Penguasaan Keseluruhan
9
secara tepat
dan berkesan.
Pelaporan secara keseluruhan adalah diperlukan bagi
Tahap penghayatan Nilai Dalam Pendidikan Matematik menentukan tahap pencapaian murid di akhir tempoh
dikategorikan kepada tiga tahap iaitu Rendah, Sederhana tertentu persekolahan. Pelaporan ini merangkumi aspek
dan Tinggi. kandungan, kemahiran dan proses matematik yang
ditekankan dalam kurikulum, termasuklah kemahiran berfikir
Guru perlu menilai elemen ini secara holistik dan
aras tinggi. Untuk itu guru perlu menilai murid secara
menyeluruh melalui penelitian dan pemerhatian serta
kolektif, keseluruhan dan holistik dengan mengambil kira
menggunakan pertimbangan profesionalnya dalam
semua aktiviti murid secara berterusan melalui media yang
menentukan tahap penghayatan nilai yang perlu diberikan
pelbagai seperti pencapaian dalam peperiksaan, ujian
kepada seseorang murid. Skala dalam Jadual 6 digunakan
topikal, pemerhatian, latihan, pembentangan, respon murid
untuk melabel tahap penghayatan nilai murid sebagai
secara lisan, kerja berkumpulan, projek dan sebagainya.
Rendah, Sederhana atau Tinggi.
Oleh itu, guru perlu menggunakan kebijaksanaan mereka
Jadual 6: Tahap Penghayatan Nilai
untuk membuat pertimbangan professional dalam

27
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

menentukan tahap penguasaan keseluruhan murid. Selain


TAHAP KANDUNGAN, KEMAHIRAN DAN
itu tugasan yang pelbagai serta mengandungi elemen yang PENGUASAAN PROSES MATEMATIK
ditekankan dalam Tahap Penguasaan Keseluruhan ini harus rumus, prosedur atau kaedah asas,
membuat penaakulan langsung dan
dikembangkan dalam diri murid secara bersepadu dan
membuat pentafsiran bagi keputusan
merentas aktiviti pembelajaran. Pelaporan tahap yang diperoleh.
penguasaan Keseluruhan ini walau bagaimanapun tidak
Murid berupaya: melaksanakan
mengandungi elemen nilai yang mana seharusnya prosedur yang dinyatakan dengan jelas,
termasuk prosedur yang berlapis,
dilaporkan secara berasingan bagi memudahkan pihak
mengaplikasikan strategi penyelesaian
berkepentingan menilai tahap penghayatan murid dalam masalah yang mudah, mentafsir dan
3 menggunakan perwakilan berdasarkan
aspek berkenaan. Jadual 7 berikut digunakan untuk
sumber maklumat yang berbeza,
mentaksir dan melaporkan tahap penguasaan murid secara menaakul secara langsung dan
berkomunikasi secara ringkas dalam
keseluruhan.
memberikan pentafsiran, keputusan
dan penaakulan.
Jadual 7: Tahap Penguasaan Keseluruhan
Murid berupaya: menggunakan secara
berkesan model eksplisit bagi situasi
TAHAP KANDUNGAN, KEMAHIRAN DAN kompleks yang konkrit, memilih dan
PENGUASAAN PROSES MATEMATIK mengintegrasikan perwakilan yang
berbeza dan mengaitkan dengan
Murid berupaya: menjawab soalan yang situasi dunia sebenar, menggunakan
mana semua maklumat berkaitan 4
kemahiran dan menaakul secara
diberi dan soalan ditakrifkan dengan fleksibel berdasarkan kefahaman yang
1
jelas. Mengenal pasti maklumat dan mendalam dan berkomunikasi dengan
menjalankan prosedur rutin mengikut penerangan dan hujah berdasarkan
arahan yang jelas. pentafsiran, perbincangan dan
tindakan.
Murid berupaya: mengenal dan
2 mentafsirkan situasi secara langsung, Murid berupaya: membangun dan
5
menggunakan suatu perwakilan menggunakan model bagi situasi
tunggal, menggunakan algoritma,

28
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

TAHAP KANDUNGAN, KEMAHIRAN DAN TAHAP KANDUNGAN, KEMAHIRAN DAN


PENGUASAAN PROSES MATEMATIK PENGUASAAN PROSES MATEMATIK
kompleks; mengenal pasti kekangan perbincangan, refleksi dan tindakan
dan membuat andaian yang spesifik; secara tepat.
mengaplikasi strategi penyelesaian
masalah yang sesuai; bekerja secara
Berdasarkan Tahap Penguasaan Keseluruhan jelas bahawa
strategik menggunakan kemahiran
berfikir dan menaakul secara guru perlu menggunakan kepelbagaian tahap kesukaran
mendalam; menggunakan pelbagai
dan kompleksiti tugasan yang dapat mengakses
perwakilan yang sesuai serta
mempamerkan kefahaman yang kepelbagaian elemen dan tahap penguasaan murid.
mendalam; membuat refleksi terhadap
Pentaksiran yang holistik ini diperlukan dalam membentuk
keputusan dan tindakan; merumus dan
berkomunikasi dengan penerangan murid yang mempunyai kemahiran global. Penguasaan
dan hujah berdasarkan pentafsiran,
kandungan perlu disokong dengan keupayaan murid
perbincangan dan tindakan.
mencapai dan mengaplikasikan proses dan seterusnya
Murid berupaya: mengkonsepsi,
mempamerkan keupayaan dalam menyelesaikan masalah
membuat generalisasi dan
menggunakan maklumat berdasarkan yang kompleks terutamanya yang melibatkan situasi
penyiasatan dan pemodelan terhadap
kehidupan sebenar. Adalah penting bagi setiap guru
situasi masalah yang kompleks;
menghubung kait sumber maklumat melaksanakan pentaksiran yang komprehensif dan
dan perwakilan yang berbeza dan
seterusnya malaporkan Tahap Penguasaan yang adil dan
menukarkan bentuk perwakilan antara
6 satu dengan yang lain secara fleksibel; saksama bagi setiap murid mereka.
memiliki pemikiran matematik dan
kemahiran menaakul pada tahap yang
tinggi; mempamerkan kefahaman yang
mendalam; membentuk pendekatan
dan strategi baharu untuk menangani
situasi baharu; merumus dan
berkomunikasi dengan penerangan
dan hujah berdasarkan pentafsiran,

29
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

ORGANISASI KANDUNGAN  Maklumat atau nota berkaitan dengan matematik yang


menyokong kefahaman guru.
Kurikulum Standard Matematik Sekolah Menengah
mengandungi tiga bahagian terpenting iaitu Standard Dalam menyediakan aktiviti dan persekitaran pembelajaran
yang sesuai dan relevan dengan kebolehan serta minat
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.
murid, guru perlu menggunakan kreativiti dan kebijaksanaan
Standard Kandungan ialah penyataan spesifik tentang profesional mereka. Senarai aktiviti yang dicadangkan
perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam bukanlah sesuatu yang mutlak. Guru disarankan
suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek menggunakan sumber yang pelbagai seperti buku dan
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Internet dalam menyediakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bersesuaian dengan keupayaan dan minat
Standard Pembelajaran ialah suatu penetapan kriteria atau
murid mereka.
indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard kandungan.

Standard Prestasi ialah suatu set kriteria umum yang


menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid
pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah
dikuasai murid.

Terdapat juga lajur Catatan yang memperincikan antara


lain:
 Limitasi dan skop Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran;
 Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan

30
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Nombor dan Operasi

1. Nombor Nisbah

Cadangan Masa P&P 9 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

31
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

1.1 Integer 1.1.1 Mengenal nombor positif dan nombor negatif Kaitkan dengan situasi kehidupan
berdasarkan situasi sebenar. sebenar seperti pergerakan ke kiri
dan ke kanan, ke atas dan ke
bawah.
1.1.2 Mengenal dan memerihalkan integer.

1.1.3 Mewakilkan integer pada garis nombor dan


membuat perkaitan antara nilai integer dengan
kedudukan integer tersebut berbanding integer lain
pada garis nombor.

1.1.4 Membanding dan menyusun integer mengikut


tertib.

1.2 Operasi asas aritmetik 1.2.1 Menambah dan menolak integer menggunakan Kaedah lain seperti bahan konkrit
yang melibatkan integer garis nombor atau kaedah lain yang sesuai. (cip berwarna), bahan manipulatif
Seterusnya membuat generalisasi tentang maya dan perisian GSP.
penambahan dan penolakan integer.

1.2.2 Mendarab dan membahagi integer menggunakan


pelbagai kaedah. Seterusnya membuat
generalisasi tentang pendaraban dan
pembahagian integer.

1.2.3 Membuat pengiraan yang melibatkan gabungan


operasi asas aritmetik bagi integer mengikut tertib
operasi.

1.2.4 Menghuraikan hukum operasi aritmetik iaitu Jalankan aktiviti penerokaan.


Hukum Identiti, Hukum Kalis Tukar Tertib, Hukum
Kalis Sekutuan dan Hukum Kalis Agihan.

32
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

1.2.5 Membuat pengiraan yang efisien dengan Contoh pengiraan efisien yang
menggunakan hukum operasi asas aritmetik. melibatkan Hukum Kalis Agihan:
2030 × 25 = (2000 + 30) × 25
= 50 000 + 750
= 50 750
Pengiraan yang efisien mungkin
berbeza antara murid.
1.2.6 Menyelesaikan masalah yang melibatkan integer.

1.3 Pecahan positif dan 1.3.1 Mewakilkan pecahan positif dan pecahan negatif
pecahan negatif pada garis nombor.

1.3.2 Membanding dan menyusun pecahan positif dan


pecahan negatif mengikut tertib.

1.3.3 Membuat pengiraan yang melibatkan gabungan


operasi asas aritmetik bagi pecahan positif dan
pecahan negatif mengikut tertib operasi.

1.3.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan pecahan


positif dan pecahan negatif.

1.4 Perpuluhan positif dan 1.4.1 Mewakilkan perpuluhan positif dan perpuluhan
perpuluhan negatif negatif pada garis nombor.

1.4.2 Membanding dan menyusun perpuluhan positif


dan perpuluhan negatif mengikut tertib.

1.4.3 Membuat pengiraan yang melibatkan gabungan


operasi asas aritmetik bagi perpuluhan positif dan
perpuluhan negatif mengikut tertib operasi.

33
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

1.4.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan


perpuluhan positif dan perpuluhan negatif.

1.5 Nombor nisbah 1.5.1 Mengenal dan memerihalkan nombor nisbah. Nombor nisbah ialah nombor yang
boleh ditulis dalam bentuk pecahan,
p
iaitu bagi dua integer, p dan q,
q
dengan q  0.

1.5.2 Membuat pengiraan yang melibatkan gabungan


operasi asas aritmetik bagi nombor nisbah
mengikut tertib operasi.

1.5.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor


nisbah.

34
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang integer, pecahan dan perpuluhan.

2 Mempamerkan kefahaman tentang nombor nisbah.

Mengaplikasikan kefahaman tentang nombor nisbah untuk melaksanakan operasi asas dan
3
gabungan operasi asas aritmetik.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nombor nisbah dalam
4
konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nombor nisbah dalam
5
konteks penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nombor nisbah dalam
6
konteks penyelesaian masalah bukan rutin.

35
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Nombor dan Operasi

2. Faktor dan Gandaan

Cadangan Masa P&P 6 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

36
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

2.1 Faktor, faktor perdana 2.1.1 Menentu dan menyenaraikan faktor bagi nombor
dan faktor sepunya bulat, dan seterusnya membuat generalisasi
terbesar (FSTB) tentang faktor.
2.1.2 Menentu dan menyenaraikan faktor perdana bagi
suatu nombor bulat dan seterusnya
mengungkapkan nombor tersebut dalam bentuk
pemfaktoran perdana.
2.1.3 Menerang dan menentukan faktor sepunya bagi Pertimbangkan juga kes yang
nombor bulat. melebihi tiga nombor bulat.
2.1.4 Menentukan FSTB bagi dua dan tiga nombor Gunakan pelbagai kaedah
bulat. termasuk pembahagian berulang
dan penggunaan pemfaktoran
perdana.
2.1.5 Menyelesaikan masalah yang melibatkan FSTB.

2.2 Gandaan, gandaan 2.2.1 Menerang dan menentukan gandaan sepunya Pertimbangkan juga kes yang
sepunya dan gandaan bagi nombor bulat. melebihi tiga nombor bulat.
sepunya terkecil (GSTK)
2.2.2 Menentukan GSTK bagi dua dan tiga nombor Gunakan pelbagai kaedah
bulat. termasuk pembahagian berulang
dan penggunaan pemfaktoran
perdana.
2.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan GSTK.

37
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang nombor perdana, faktor dan gandaan.

2 Mempamerkan kefahaman tentang nombor perdana, faktor dan gandaan.

Mengaplikasikan kefahaman tentang nombor perdana, faktor dan gandaan untuk melaksanakan
3
tugasan mudah yang melibatkan FSTB dan GSTK.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nombor perdana, faktor dan
4
gandaan dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nombor perdana, faktor dan
5
gandaan dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nombor perdana, faktor dan
6
gandaan dalam konteks penyelesaian masalah bukan rutin.

38
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Nombor dan Operasi

3. Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga

Cadangan Masa P&P 8 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

39
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

3.1 Kuasa dua dan punca 3.1.1 Menerangkan maksud kuasa dua dan kuasa dua Teroka pembentukan kuasa dua
kuasa dua sempurna. dengan pelbagai kaedah termasuk
penggunaan bahan konkrit.
3.1.2 Menentukan sama ada suatu nombor adalah Nombor kuasa dua sempurna ialah
kuasa dua sempurna. 1, 4, 9, ...

3.1.3 Menyatakan hubungan antara kuasa dua dan Hubungan dinyatakan berdasarkan
punca kuasa dua. hasil penerokaan.
Punca kuasa dua suatu nombor
bernilai positif dan negatif.
3.1.4 Menentukan kuasa dua suatu nombor tanpa dan
dengan menggunakan alat teknologi.
3.1.5 Menentukan punca kuasa dua suatu nombor tanpa Hadkan kepada:
menggunakan alat teknologi. a) kuasa dua sempurna
b) pecahan dengan keadaan
pengangka dan penyebutnya
adalah kuasa dua sempurna
c) pecahan yang boleh
dipermudahkan kepada pecahan
yang pengangka dan
penyebutnya adalah kuasa dua
sempurna
d) perpuluhan yang boleh ditulis
dalam bentuk kuasa dua
perpuluhan yang lain.
3.1.6 Menentukan punca kuasa dua suatu nombor
positif dengan menggunakan alat teknologi.

40
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

3.1.7 Menganggar Bincangkan cara membaiki


(i) kuasa dua suatu nombor, anggaran sehingga mendapat
(ii) punca kuasa dua suatu nombor. anggaran terbaik; sama ada dalam
bentuk julat, nombor bulat atau
ketepatan yang dinyatakan.

3.1.8 Membuat generalisasi tentang pendaraban yang Generalisasi dibuat berdasarkan


melibatkan hasil penerokaan.
(i) punca kuasa dua nombor yang sama,
(ii) punca kuasa dua nombor yang berbeza.

3.1.9 Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang


melibatkan kuasa dua dan punca kuasa dua.

3.2 Kuasa tiga dan punca 3.2.1 Menerangkan maksud kuasa tiga dan kuasa tiga Teroka pembentukan kuasa tiga
kuasa tiga sempurna. dengan pelbagai kaedah termasuk
penggunaan bahan konkrit.

3.2.2 Menentukan sama ada suatu nombor adalah Nombor kuasa tiga sempurna ialah
kuasa tiga sempurna. 1, 8, 27, ...

3.2.3 Menyatakan hubungan antara kuasa tiga dan Hubungan dinyatakan berdasarkan
punca kuasa tiga. hasil penerokaan.

3.2.4 Menentukan kuasa tiga suatu nombor tanpa dan


dengan menggunakan alat teknologi.

41
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

3.2.5 Menentukan punca kuasa tiga suatu nombor tanpa Hadkan kepada:
menggunakan alat teknologi. a) pecahan dengan keadaan
pengangka dan penyebutnya
adalah kuasa tiga sempurna,
b) pecahan yang boleh
dipermudahkan kepada pecahan
yang pengangka dan
penyebutnya adalah kuasa tiga
sempurna,
c) perpuluhan yang boleh ditulis
dalam bentuk kuasa tiga
perpuluhan yang lain.

3.2.6 Menentukan punca kuasa tiga suatu nombor


dengan menggunakan alat teknologi.

3.2.7 Menganggar Bincangkan cara membaiki


(i) kuasa tiga suatu nombor, anggaran sehingga mendapat
(ii) punca kuasa tiga suatu nombor. anggaran terbaik; sama ada dalam
bentuk julat, nombor bulat atau
ketepatan yang dinyatakan.

3.2.8 Menyelesaikan masalah yang melibatkan kuasa


tiga dan punca kuasa tiga.

3.2.9 Menjalankan pengiraan yang melibatkan


penambahan, penolakan, pendaraban,
pembahagian dan gabungan operasi tersebut ke
atas kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan
punca kuasa tiga.

42
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

Mempamerkan pengetahuan asas tentang kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan punca
1
kuasa tiga.

Mempamerkan kefahaman tentang kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan punca kuasa
2
tiga.

Mengaplikasikan kefahaman tentang kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga, dan punca kuasa
3
tiga untuk melaksanakan operasi asas dan gabungan operasi asas aritmetik.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang kuasa dua, punca kuasa
4
dua, kuasa tiga dan punca kuasa tiga dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang kuasa dua, punca kuasa
5 dua, kuasa tiga dan punca kuasa tiga dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang
kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang kuasa dua, punca kuasa
6
dua, kuasa tiga dan punca kuasa tiga dalam konteks penyelesaian masalah bukan rutin.

43
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Perkaitan dan Algebra

4. Nisbah, Kadar dan Kadaran

Cadangan Masa P&P 10 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

44
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

4.1 Nisbah 4.1.1 Mewakilkan hubungan antara tiga kuantiti dalam


bentuk a : b : c.
4.1.2 Mengenal pasti dan menentukan nisbah setara Contoh nisbah setara dalam
dalam konteks berangka, geometri atau situasi konteks geometri:
harian.

1:2 2:4

4.1.3 Mengungkapkan nisbah dua dan tiga kuantiti Termasuk yang melibatkan
dalam bentuk termudah. pecahan dan perpuluhan.

4.2 Kadar 4.2.1 Menentukan hubungan antara nisbah dan kadar. Jalankan aktiviti penerokaan.

Libatkan pelbagai situasi seperti


laju, pecutan, tekanan dan
ketumpatan.

Libatkan pertukaran unit.

Kadar ialah kes khas nisbah yang


melibatkan dua ukuran yang
berbeza unit.

4.3 Kadaran 4.3.1 Menentukan hubungan antara nisbah dan Jalankan aktiviti penerokaan.
kadaran.
Libatkan situasi kehidupan sebenar.

45
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

4.3.2 Menentukan nilai yang tidak diketahui dalam suatu Gunakan pelbagai kaedah
kadaran. termasuk pendaraban silang dan
kaedah unitari.

4.4 Nisbah, kadar dan 4.4.1 Menentukan nisbah tiga kuantiti apabila dua atau Libatkan situasi kehidupan sebenar.
kadaran lebih nisbah dua kuantiti diberi.

4.4.2 Menentukan nisbah atau nilai yang berkaitan


apabila diberi
(i) nisbah dua kuantiti dan nilai satu kuantiti.
(ii) nisbah tiga kuantiti dan nilai satu kuantiti.

4.4.3 Menentukan nilai yang berkaitan dengan suatu


kadar.

4.4.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan nisbah,


kadar dan kadaran, termasuk membuat anggaran.

4.5 Perkaitan antara nisbah, 4.5.1 Menentukan hubungan antara peratusan dan Jalankan aktiviti penerokaan.
kadar dan kadaran nisbah.
dengan peratusan,
pecahan dan perpuluhan 4.5.2 Menentukan peratusan suatu kuantiti dengan Libatkan pelbagai situasi.
mengaplikasikan konsep kadaran.

4.5.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan


perkaitan antara nisbah, kadar dan kadaran
dengan peratusan, pecahan dan perpuluhan.

46
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang nisbah, kadar dan kadaran.

2 Mempamerkan kefahaman tentang nisbah, kadar dan kadaran.

Mengaplikasikan kefahaman tentang nisbah, kadar dan kadaran untuk melaksanakan tugasan
3
mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nisbah, kadar dan kadaran
4
dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nisbah, kadar dan kadaran
5
dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nisbah, kadar dan kadaran
6
dalam konteks penyelesaian masalah bukan rutin.

47
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Perkaitan dan Algebra

5. Ungkapan Algebra

Cadangan Masa P&P 12 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

48
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

5.1 Pemboleh ubah dan 5.1.1 Menggunakan huruf untuk mewakilkan kuantiti Huruf sebagai pemboleh ubah.
ungkapan algebra yang tidak diketahui nilai. Seterusnya menyatakan
sama ada pemboleh ubah itu mempunyai nilai Libatkan situasi kehidupan sebenar.
yang tetap atau nilai yang berubah dengan
memberi justifikasi.

5.1.2 Menerbitkan ungkapan algebra berdasarkan


ungkapan aritmetik yang mewakili suatu situasi.

5.1.3 Menentukan nilai ungkapan algebra apabila nilai


pemboleh ubah diberi dan membuat perkaitan
dengan situasi yang sesuai.

5.1.4 Mengenal pasti sebutan dalam suatu ungkapan


algebra. Seterusnya menyatakan pekali yang
mungkin bagi sebutan algebra.

5.1.5 Mengenal pasti sebutan serupa dan sebutan tidak


serupa.

5.2 Ungkapan algebra yang 5.2.1 Menambah dan menolak dua atau lebih ungkapan
melibatkan operasi asas algebra.
aritmetik
5.2.2 Membuat generalisasi tentang pendaraban Hubung kaitkan pendaraban
berulang ungkapan algebra. berulang dengan kuasa dua atau
lebih.
5.2.3 Mendarab dan membahagi ungkapan algebra
yang mengandungi satu sebutan.

49
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang pemboleh ubah dan ungkapan algebra.

2 Mempamerkan kefahaman tentang pemboleh ubah dan ungkapan algebra.

3 Mengaplikasikan kefahaman tentang ungkapan algebra untuk melaksanakan tugasan mudah.

50
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Perkaitan dan Algebra

6. Persamaan Linear

Cadangan Masa P&P 12 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

51
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

6.1 Persamaan linear dalam 6.1.1 Mengenal pasti persamaan linear dalam satu Jalankan aktiviti penerokaan yang
satu pemboleh ubah pemboleh ubah dan menghuraikan ciri-ciri melibatkan ungkapan dan
persamaan tersebut. persamaan algebra.
6.1.2 Membentuk persamaan linear dalam satu
pemboleh ubah berdasarkan suatu pernyataan
atau situasi, dan sebaliknya.
6.1.3 Menyelesaikan persamaan linear dalam satu Pelbagai kaedah seperti cuba jaya,
pemboleh ubah. pematahbalikan, dan
pengaplikasian kefahaman tentang
konsep kesamaan.
6.1.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan
persamaan linear dalam satu pemboleh ubah.

6.2 Persamaan linear dalam 6.2.1 Mengenal pasti persamaan linear dalam dua Nyatakan bentuk umum persamaan
dua pemboleh ubah pemboleh ubah dan menghuraikan ciri-ciri linear dalam dua pemboleh ubah,
persamaan tersebut. iaitu ax + by = c.

6.2.2 Membentuk persamaan linear dalam dua


pemboleh ubah berdasarkan suatu pernyataan
atau situasi, dan sebaliknya.

6.2.3 Menentu dan menjelaskan penyelesaian yang


mungkin bagi persamaan linear dalam dua
pembolehubah.

6.2.4 Mewakilkan persamaan linear dalam dua Termasuk kes (x, y) apabila
pemboleh ubah secara graf. (i) x tetap dan y berubah,
(ii) x berubah dan y tetap.
Libatkan semua sukuan sistem
Cartes.

52
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

6.3 Persamaan linear 6.3.1 Membentuk persamaan linear serentak Gunakan perisian untuk meneroka
serentak dalam dua berdasarkan situasi harian. Seterusnya kes yang melibatkan garis:
pemboleh ubah mewakilkan persamaan linear serentak dalam dua (i) Bersilang (penyelesaian unik)
pemboleh ubah secara graf dan menjelaskan (ii) Selari (tiada penyelesaian)
maksud persamaan linear serentak. (iii) Bertindih (penyelesaian tak
terhingga)

6.3.2 Menyelesaikan persamaan linear serentak dalam Libatkan kaedah graf dan algebra
dua pemboleh ubah menggunakan pelbagai (penggantian, penghapusan).
kaedah.
Gunakan alat teknologi untuk
6.3.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan meneroka dan menyemak jawapan.
persamaan linear serentak dalam dua pemboleh
ubah.

53
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang persamaan linear.

2 Mempamerkan kefahaman tentang persamaan linear dan persamaan linear serentak.

Mengaplikasikan kefahaman tentang penyelesaian persamaan linear dan persamaan linear


3
serentak.

Mengaplikasikan kefahaman dan kemahiran yang sesuai tentang persamaan linear dan
4
persamaan linear serentak dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan kefahaman dan kemahiran yang sesuai tentang persamaan linear dan
5
persamaan linear serentak dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan kefahaman dan kemahiran yang sesuai tentang persamaan linear dan
6
persamaan linear serentak dalam konteks penyelesaian masalah bukan rutin.

54
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Perkaitan dan Algebra

7. Ketaksamaan Linear

Cadangan Masa P&P 7 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

55
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

7.1 Ketaksamaan 7.1.1 Membanding nilai nombor, memerihal Gunakan garis nombor untuk
ketaksamaan dan seterusnya menerbitkan mewakilkan hubungan
ketaksamaan algebra. ketaksamaan, ‘>’ , ‘<’ , ‘≥’ dan ‘≤’.
Libatkan nombor negatif.
7.1.2 Membuat generalisasi tentang ketaksamaan yang Jalankan aktiviti penerokaan.
berkaitan dengan
(i) sifat akas dan transitif, songsangan terhadap Sifat akas  jika a < b, maka b > a.
penambahan dan pendaraban,
(ii) operasi asas aritmetik. Sifat transitif  jika a < b < c, maka
a < c.

Songsangan terhadap penambahan


 jika a < b, maka −a > −b.

Songsangan terhadap pendaraban


1 1
 jika a < b, maka > .
𝑎 𝑏

Operasi asas aritmetik: apabila


ditambah, ditolak, didarab atau
dibahagi kedua-dua belah.

7.2 Ketaksamaan linear 7.2.1 Membentuk ketaksamaan linear berdasarkan


dalam satu pemboleh suatu situasi kehidupan harian, dan sebaliknya.
ubah
7.2.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan Boleh menggunakan garis nombor
ketaksamaan linear dalam satu pemboleh ubah. untuk menyelesaikan masalah.

7.2.3 Menyelesaikan ketaksamaan linear serentak


dalam satu pemboleh ubah.

56
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang ketaksamaan linear dalam satu pemboleh ubah.

2 Mempamerkan kefahaman tentang ketaksamaan linear dalam satu pemboleh ubah.

Mengaplikasikan kefahaman tentang ketaksamaan linear dalam satu pemboleh ubah untuk
3
melaksanakan tugasan mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang ketaksamaan linear dalam
4
satu pemboleh ubah dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang ketaksamaan linear dalam
5
satu pemboleh ubah dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang ketaksamaan linear dalam
6
satu pemboleh ubah dalam konteks penyelesaian masalah bukan rutin.

57
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Sukatan dan Geometri

8. Garis dan Sudut

Cadangan Masa P&P 8 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

58
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

8.1 Garis dan sudut 8.1.1 Menentu dan menerangkan kekongruenan


tembereng garis dan kekongruenan sudut.
8.1.2 Menganggar dan mengukur saiz tembereng garis
dan sudut serta menerangkan cara anggaran
diperoleh.
8.1.3 Mengenal, membanding beza dan menerangkan
sifat sudut pada garis lurus, sudut refleks, dan
sudut putaran lengkap.
8.1.4 Memerihalkan sifat sudut pelengkap, sudut Jalankan aktiviti penerokaan.
penggenap dan sudut konjugat.
8.1.5 Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut
pelengkap, sudut penggenap dan sudut konjugat.
8.1.6 Membina Gunakan
(i) tembereng garis, a) jangka lukis dan alat tepi lurus
(ii) pembahagi dua sama serenjang suatu sahaja,
tembereng garis, b) sebarang alat geometri,
(iii) garis serenjang kepada suatu garis lurus, c) perisian geometri
(iv) garis selari untuk pembinaan.
dan menerangkan rasional langkah-langkah
pembinaan.
8.1.7 Membina sudut dan pembahagi dua sama sudut Gunakan sudut 60 sebagai contoh
serta menerangkan rasional langkah-langkah pertama bagi pembinaan yang
pembinaan. menggunakan jangka lukis dan alat
tepi lurus sahaja.
8.2 Sudut yang berkaitan 8.2.1 Mengenal pasti, menerangkan dan melukis sudut
dengan garis bersilang bertentang bucu dan sudut bersebelahan pada
garis bersilang, termasuk garis serenjang.

59
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

8.2.2 Menentukan nilai sudut yang berkaitan dengan


garis bersilang apabila nilai sudut lain diberi.
8.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut
yang berkaitan dengan garis bersilang.

8.3 Sudut yang berkaitan 8.3.1 Mengenal, menerangkan dan melukis garis selari
dengan garis selari dan dan garis rentas lintang.
garis rentas lintang
8.3.2 Mengenal, menerangkan dan melukis sudut
sepadan, sudut selang-seli dan sudut pedalaman.
8.3.3 Menentukan sama ada dua garis lurus adalah
selari berdasarkan sifat-sifat sudut yang berkaitan
dengan garis rentas lintang.
8.3.4 Menentukan nilai sudut yang berkaitan dengan
garis selari dan garis rentas lintang apabila nilai
sudut lain diberi.
8.3.5 Mengenal dan mewakilkan sudut dongak dan
sudut tunduk dalam situasi kehidupan sebenar.
8.3.6 Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut Termasuk yang melibatkan sudut
yang berkaitan dengan garis selari dan garis dongak dan sudut tunduk.
rentas lintang.

60
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang garis dan sudut.

2 Mempamerkan kefahaman tentang garis dan sudut.

3 Mengaplikasikan kefahaman tentang garis dan sudut untuk melaksanakan tugasan mudah.

Mengaplikasikan kefahaman dan kemahiran yang sesuai tentang garis dan sudut dalam konteks
4
penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan kefahaman dan kemahiran yang sesuai tentang garis dan sudut dalam konteks
5
penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan kefahaman dan kemahiran yang sesuai tentang garis dan sudut dalam konteks
6
penyelesaian masalah bukan rutin.

61
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Sukatan dan Geometri

9. Poligon Asas

Cadangan Masa P&P 6 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

62
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

9.1 Poligon 9.1.1 Menyatakan hubung kait antara bilangan sisi, bucu Jalankan aktiviti penerokaan.
dan pepenjuru poligon.

9.1.2 Melukis poligon, melabel bucu poligon dan


menamakan poligon tersebut berdasarkan bucu
yang telah dilabel.

9.2 Sifat segi tiga dan sudut 9.2.1 Mengenal dan menyenaraikan sifat geometri bagi Sifat geometri termasuk bilangan
pedalaman serta sudut pelbagai jenis segi tiga. Seterusnya mengkelaskan paksi simteri.
peluaran segi tiga segi tiga berdasarkan sifat geometri.
Libatkan pelbagai kaedah
penerokaan seperti penggunaan
perisian dinamik.

9.2.2 Membuat dan mengesahkan konjektur tentang Gunakan pelbagai kaedah


(i) hasil tambah sudut pedalaman, termasuk penggunaan perisian
(ii) hasil tambah sudut pedalaman dan sudut dinamik.
peluaran bersebelahan,
(iii) hubungan antara sudut peluaran dan hasil
tambah sudut pedalaman yang bertentangan
suatu segi tiga.

9.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan segi tiga.

9.3 Sifat sisi empat dan sudut 9.3.1 Menghuraikan sifat geometri bagi pelbagai jenis Sifat geometri termasuk bilangan
pedalaman serta sudut sisi empat. Seterusnya mengkelaskan sisi paksi simetri.
peluaran sisi empat empat berdasarkan sifat geometri.
Libatkan pelbagai kaedah
penerokaan seperti penggunaan
perisian dinamik.

63
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

9.3.2 Membuat dan mengesahkan konjektur tentang Gunakan pelbagai kaedah


(i) hasil tambah sudut pedalaman suatu sisi termasuk penggunaan perisian
empat, dinamik.
(ii) hasil tambah sudut pedalaman dan sudut
peluaran bersebelahan suatu sisi empat, dan
(iii) hubungan antara sudut yang bertentangan
dalam segi empat selari.

9.3.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan sisi


empat .

9.3.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan


gabungan segi tiga dan sisi empat.

64
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang poligon.

2 Mempamerkan kefahaman tentang segi tiga dan sisi empat.

Mengaplikasikan kefahaman tentang garis dan sudut untuk melaksanakan tugasan mudah yang
3
berkaitan dengan sudut pedalaman dan sudut peluaran segi tiga dan sisi empat.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang segi tiga dan sisi empat
4
dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang segi tiga dan sisi empat
5
dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang segi tiga dan sisi empat
6
dalam konteks penyelesaian masalah bukan rutin.

65
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Sukatan dan Geometri

10. Perimeter dan Luas

Cadangan Masa P&P 6 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

66
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

10.1 Perimeter 10.1.1 Menentukan perimeter pelbagai bentuk apabila Pelbagai bentuk termasuk yang
panjang sisi diberi atau perlu diukur. melibatkan garis lurus dan garis
lengkung.

10.1.2 Menganggar perimeter pelbagai bentuk,


seterusnya menilai ketepatan anggaran secara
membandingkannya dengan nilai yang diukur.

10.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan


perimeter.

10.2 Luas segitiga, segiempat 10.2.1 Menganggar luas pelbagai bentuk dengan Termasuk penggunaan kertas grid
selari, lelayang dan menggunakan pelbagai kaedah. bersisi 1 unit.
trapezium
10.2.2 Menerbitkan rumus luas segi tiga, segi empat Jalankan aktiviti penerokaan yang
selari, lelayang dan trapezium berdasarkan luas melibatkan bahan konkrit atau
segi empat tepat. penggunaan perisian dinamik.

10.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan luas segi


tiga, segi empat selari, lelayang, trapezium dan
gabungan bentuk-bentuk tersebut.

10.3 Perkaitan antara 10.3.1 Membuat dan mengesahkan konjektur tentang


perimeter dan luas perkaitan antara perimeter dan luas.

10.3.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan


perimeter dan luas segi tiga, segi empat tepat,
segi empat sama, segi empat selari, lelayang,
trapezium dan gabungan bentuk-bentuk tersebut.

67
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang perimeter.

2 Mempamerkan kefahaman tentang perimeter dan luas.

3 Mengaplikasikan kefahaman tentang perimeter dan luas untuk melaksanakan tugasan mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang perimeter dan luas dalam
4
konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang perimeter dan luas dalam
5
konteks penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang perimeter dan luas dalam
6
konteks penyelesaian masalah bukan rutin.

68
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Matematik Diskret

11. Pengenalan Set

Cadangan Masa P&P 4 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

69
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

11.1 Set 11.1.1 Menerangkan maksud set. Jalankan aktiviti mengisih dan
mengklasifikasi termasuk yang
melibatkan situasi kehidupan
sebenar.

11.1.2 Menghuraikan suatu set dengan menggunakan: Termasuk set kosong dan
(i) perihalan, simbolnya, { } dan .
(ii) penyenaraian, dan
(iii) tatatanda pembina set. Libatkan penggunaan tatatanda set.
Contoh tatatanda pembina set:
A = {x: x ≤ 10, x nombor genap}

11.1.3 Mengenal pasti sama ada suatu objek adalah Perkenalkan simbol  dan .
unsur kepada suatu set dan mewakilkan hubungan
tersebut dengan simbol.

11.1.4 Menentukan bilangan unsur bagi suatu set dan Perkenalkan simbol n(A).
mewakilkan bilangan unsur dengan simbol.

11.1.5 Membanding beza dan menerangkan sama ada


dua atau lebih set adalah sama, dan seterusnya
membuat generalisasi tentang kesamaan set.

11.2 Gambar rajah Venn, set 11.2.1 Mengenal pasti dan menghuraikan set semesta Perkenalkan simbol untuk set
semesta, pelengkap bagi dan pelengkap bagi suatu set. semesta (), pelengkap bagi suatu
suatu set dan subset set (A’) dan subset ().

70
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

11.2.2 Mewakilkan
(i) hubungan suatu set dengan set semesta, dan
(ii) pelengkap bagi suatu set
dengan gambar rajah Venn.

11.2.3 Mengenal pasti dan menghuraikan subset yang


mungkin bagi suatu set.

11.2.4 Mewakilkan suatu subset dengan gambar rajah


Venn.

11.2.5 Mewakilkan perkaitan antara set, subset, set


semesta dan pelengkap bagi suatu set dengan
gambar rajah Venn.

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang set.

2 Mempamerkan kefahaman tentang set.

3 Mengaplikasikan kefahaman tentang set.

71
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Statistik dan Kebarangkalian

12. Pengendalian Data

Cadangan Masa P&P 10 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

72
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

12.1 Proses pengumpulan, 12.1.1 Menjana soalan statistik dan mengumpul data Gunakan pendekatan inkuiri
pengorganisasian dan yang relevan. statistik untuk tajuk ini.
perwakilan data, serta
pentafsiran perwakilan Inkuiri Statistik
data 1. Mengemukakan/Merumuskan
masalah (kehidupan sebenar)
Merancang dan mengumpulkan
data
2. Mengorganisasikan data
3. Memaparkan/Mewakilkan data
4. Menganalisis data
5. Mentafsir dan membuat
kesimpulan
6. Mengkomunikasikan hasil
Soalan statistik – soalan yang boleh
dijawab dengan mengumpul data
dan terdapat keragaman/
kebolehubahan dalam data
tersebut.
Libatkan situasi kehidupan sebenar.
Pengumpulan data menggunakan
pelbagai kaedah seperti temu bual,
tinjauan, eksperimen dan
pemerhatian.

73
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

12.1.2 Mengklasifikasikan data kepada data kategori atau Data numerik – diskret atau selanjar
data numerik dan membina jadual kekerapan.

12.1.3 Membina perwakilan data bagi data tak terkumpul Perwakilan data termasuk pelbagai
dan menjustifikasikan kesesuaian suatu jenis carta palang, carta pai, graf
perwakilan data. garis, plot titik dan plot batang-dan-
daun.
Plot titik – dot plot
Plot batang-dan-daun – stem and
leaf plot
Gunakan pelbagai kaedah untuk
membina perwakilan data termasuk
perisian.

12.1.4 Menukar satu perwakilan data kepada perwakilan


lain yang sesuai serta memberi justifikasi.

12.1.5 Mentafsir pelbagai perwakilan data termasuk Libatkan histogram dan poligon
membuat inferens atau ramalan. kekerapan.

12.1.6 Membincangkan kepentingan mewakilkan data


secara beretika bagi mengelakkan kekeliruan.

74
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

Mempamerkan pengetahuan asas tentang pengumpulan, pengorganisasian dan perwakilan


1
data.

2 Mempamerkan kefahaman tentang pengumpulan, pengorganisasian dan perwakilan data.

3 Mengaplikasikan kefahaman tentang perwakilan data untuk membina perwakilan data.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang perwakilan dan pentafsiran
4
data dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang perwakilan dan pentafsiran
5
data dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang perwakilan dan pentafsiran
6
data dalam konteks penyelesaian masalah bukan rutin.

75
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Bidang Pembelajaran Sukatan dan Geometri

13. Teorem Pythagoras

Cadangan Masa P&P 5 jam

Murid melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, menaakul, membuat perkaitan
Standard Pembelajaran
dan membuat perwakilan apabila mereka:

76
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan

13.1 Teorem Pythagoras 13.1.1 Mengenal pasti dan mendefinisikan hipotenus bagi
sebuah segi tiga bersudut tegak.

13.1.2 Menentukan hubungan antara sisi segi tiga Jalankan aktiviti penerokaan
bersudut tegak. Seterusnya menerangkan Teorem dengan melibatkan pelbagai
Pythagoras merujuk kepada hubungan tersebut. kaedah termasuk penggunaan
perisian dinamik.

13.1.3 Menentukan panjang sisi yang tidak diketahui bagi Tentukan panjang sisi dengan
(i) sebuah segi tiga bersudut tegak. mengaplikasikan Teorem
(ii) gabungan bentuk geometri. Pythagoras.

13.1.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan Teorem


Pythagoras.

13.2 Akas Teorem 13.2.1 Menentukan sama ada suatu segi tiga adalah segi
Pythagoras tiga bersudut tegak dan memberi justifikasi
berdasarkan akas Teorem Pythagoras.

13.2.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan akas


Teorem Pythagoras.

77
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 1

Standard Prestasi

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mempamerkan pengetahuan asas tentang sisi segi tiga bersudut tegak.

2 Mempamerkan kefahaman tentang hubungan antara sisi segi tiga bersudut tegak.

3 Mengaplikasikan kefahaman tentang teorem Pythagoras.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang teorem Pythagoras dalam
4
konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang teorem Pythagoras dalam
5
konteks penyelesaian masalah rutin yang kompleks.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang teorem Pythagoras dalam
6
konteks penyelesaian masalah bukan rutin.

78

Anda mungkin juga menyukai