Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUTTERWORTH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019


TINGKATAN 5

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan


2. Jawab satu soalan sahaja

Arahan kepada Ketua Pengawas.

(a) Kertas lukisan yang disediakan bagi peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 berukuran
lebih kurang 28 cm x 38 cm akan dibekalkan oleh Unit Peperiksaan Sekolah. Calon tidak
boleh menggunakan kertas sendiri.

(b) Pastikan semua hasil kerja calon telah kering sebelum dikutip. Hasil kerja tersebut
jangan dilipat atau digulung untuk mengelakkan daripada sebarang kerosakan.

(c) Jika calon menggunakan krayon atau pastel, permukaan lukisan tersebut hendaklah dilapik
dengan kertas yang sesuai. Setiap hasil kerja calon tidak boleh di bungkus
keseluruhannya dengan kertas atau plastik.

(d) Jika calon menggunakan teknik kolaj atau teknik campuran, mereka boleh menggunakan
kertas berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan
lain-lain yang dibawa sendiri oleh calon.
2611/2 SULIT
2

Arahan kepada calon

(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang
ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nombor Kad Pengenalan, Nombor Pusat,
Angka Giliran, Kod Mata Pelajaran, Nombor Soalan dan Ruang Markah
mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka belakang
kertas lukisan anda. (Lihat gambar rajah di bawah).

Sudut Kanan Sebelah Atas Muka Belakang Lukisan.

NO. KAD PENGENALAN: ……..


NO. PUSAT: ……………………..
ANGKA GILIRAN: ……………...
5 cm KOD MATA PELAJARAN: …….
NO. SOALAN: …….……………..
MARKAH : ………..……………..

8 cm

(b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli.


(c) Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan
kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.
(d) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan
hasil kerja yang sudah siap.
(e) Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan
asemblaj. Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas
berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan
lain-lain yang dibawa sendiri.
(f) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.

2611/2 SULIT
3
Seni Halus
Pilih satu soalan sahaja

1. Di sebuah lebuh raya, kemalangan jalan raya telah berlaku. Beberapa orang anggota. polis
dan ahli bomba sedang berusaha untuk mengeluarkan penumpang kereta yang cedera. Di tepi
jalan raya tersebut kelihatan sebuah papan iklan yang besar. Ayat yang tertulis di atas papan
iklan tersebut ialah "PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT”.
Gambarkan suasana tersebut.

2. Di atas sebuah meja terdapat beberapa ketul kuih pelbagai jenis di dalam pinggan, sebuah jug
berisi air dan gelas minuman untuk sarapan pagi. Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan
memberi penekanan kepada bentuk , jalinan dan ruang

3. Promosi jualan perkakas buatan plastik sedang dijalankan di dalam sebuah bilik jualan.
Kelihatan beberapa orang pelawat sedang memilih perkakas-perkakas yang diminati mereka. Di
sekitar mereka terdapat pelbagai jenis perkakas buatan plastik berwarna warni yang
dipamerkan.
Gambarkan suasana, tersebut dari pandangan yang dekat.

4. Di tepi pantai berdekatan dengan sebuah gua, terdapat pelbagai jenis tumbuh tumbuhan
yang aneh tetapi cantik. Di tepi gua tersebut, beberapa ekor binatang liar sedang berehat.
Gambarkan suasana tersebut.

5. Anda berada di sebuah kawasan yang ganjil. Terdapat beberapa makhluk asing yang
menyerupai kura-kura sedang sibuk membawa tangkapan lembaga besar di atas sejenis
kenderaan ajaib dan menuju ke arah tempat tinggal mereka. Kelihatan awan dan habuk
berwarna warni berterbangan di hadapan pintu masuk. Langit di atas hampir ditutupi dengan
asap yang berwarna kemerah merahan. Gambarkan suasana yang sungguh aneh ini.

6. Pada waktu petang, angin taufan melanda sebuah perkampungan nelayan. Kelihatan
beberapa buah rumah papan diserang oleh angin taufan tersebut. Di sebelah tepi rumah rumah
tersebut, pokok pokok ditumbangkan oleh angin kencang.
Gambarkan suasana yang cemas itu.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai