Anda di halaman 1dari 11

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN

SK LKTP MEDOI 2019

CUE TEKS
Siding hadirin Assalamualaikum dan salam sejahtera
mengambil Sidang hadirin yang dimuliakan,
tempat
Salam hormat dan selamat datang ke Majlis Apresiasi Kecemerlangan
SK LKTP Medoi bagi tahun 2019. Majlis kita akan bermula sebentar
lagi, sebaik sahaja ketibaan Yang Berbahagia Cikgu Nasir Bin Mohd
Yunos. Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para hadirin
agar dapat mematuhi adab majlis seperti berikut:
1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan
tetamu kehormat dibuat oleh Pengacara Majlis.
2. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada
mod senyap.
3. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya
keluar setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis
4. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis
berjalan.
5. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di
bahagian hadapan.
6. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian sidang
untuk menyanyikan lagu kebangsaan kita dengan penuh
bersemangat.

Ketibaan tetamu Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Cikgu Nasir Bin Mohamed
Yunos, diiringi oleh Tuan Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG serta
dif-dif kehormat masuk ke dewan.

Persembahan Persembahan silat itu tadi merupakan persembahan silat selamat


silat datang yang telah disampaikan oleh pesilat cilik SK LKTP Medoi.

Nyanyian lagu Hadirin sekalian,


Bangsa Johor
dan Negaraku Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Bangsa Johor dan Lagu
Negaraku dengan iringan koir Murid-murid tahun 6.

Terima kasih kepada Pasukan Koir murid tahun 6 serta hadirin sekalian
atas nyanyian lagu sebentar tadi
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN
SK LKTP MEDOI 2019

Hadirin dipersilakan duduk


Ucapan alu- Assalamualaikum dan salam sejahtera
aluan Pengerusi Pembuka kata lidah bicara
Majlis Izinkan saya mulakan acara
semoga majlis disambut ceria.

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar Cemerlang Sama dirai ,
Agar Terlaksana Wawasan Negara.

Bismillahir rahmanir rahim ,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat
Sejahtera.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan


bangganya mengucapkan selamat datang serta mengalu-
alukan kehadiran ;

Yang Berbahagia Cikgu Nasir Bin Mohamed Yunos, Tuan Pegawai


Pendidikan Daerah Segamat

Yang Berusaha Cikgu Shamsul Kamar Bin Abd Wahab, Guru Besar SK
LKTP Medoi

Yang Dihormati …………………………………………….., Yang


Dipertua PIBG SK LKTP Medoi

Barisan Guru-guru Penolong-Penolong Kanan, Guru-guru, kakitangan


sekolah,
ahli jawatankuasa PIBG, ahli Jawatankuasa Permuafakatan Tahun 6
dan Pra sekolah, para jemputan , tuan-tuan dan puan-puan seterusnya
anak-anak didik penerima hadiah yang kita raikan pada hari ini.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya


dapatkita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah
ini bagi meraikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah
Kebangsaan LKTP Medoi untuk menyaksikan catatan kenangan
manis buat para penerima anugerah.
Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk
melahirkan insan berilmu , berakhlak mulia dan memiliki jati diri
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN
SK LKTP MEDOI 2019

melalui pelaksanaan pengurusan pendidikan yang berkesan


dan berkualiti.

Pada pagi ini , murid-murid SK LKTP Medoi yang menunjukkan


kecemerlangan dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum akan
diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah.
Bukan itu sahaja , jasa ibu bapa serta masyarakat setempat
yang banyak membantu memajukan sekolah juga tidak
dilupakan.

Bacaan doa Membuat kerabu mencari lokan


Penambah selera sudahlah tentu
Memohon doa tidak dilupakan
Diucap di amin setiaplah waktu

Bagi memberkati majlis pada pagi ini , dengan segala


hormatnya dipersilakan al fadhil ustaz Noor Azali Bin Ismail
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan .”

Amin,amin Ya Rabbal Alamin….Majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan GB Sidang warga dewan sekalian,

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,


Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap lagu tanpa irama,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..

Memulakan persada ucapan pada pagi yang indah ini, majlis


mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Shamsul Kamar Bin Abd
Wahab, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas
ucapan aluan itu tadi.
Ucapan Terbang di awan burung jentayu,
Perasmian Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN
SK LKTP MEDOI 2019

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia


Cikgu Nasir Bin Mohamed Yunos, Pegawai Pendidikan Daerah
Segamat untuk tampil ke hadapan bagi menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan.

“Majlis dengan perasaan terhutang budi merakamkan setinggi-


tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pegawai
Pendidikan Daerah Segamat atas kesudian merasmikan majlis
pada pagi ini .”

Anugerah Sidang warga dewan sekalian,


Sesi 1
Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
- Tamat pra
Sambutan Anugerah penyeri ,majlis
- Tamat t6
Sematkan gagah di dalam jiwa

Anugerah Hadiah diatur Nampak kemas


Sesi 2 Tuan yang berbahagia senyum sekilas
Tampillah tuan penuh ikhlas
Sempurnakan majlis di atas pentas

Majlis Apresiasi Kecemerlangan pada pagi ini akan dimulakan dengan


penyampaian sijil tamat sekolah bagi murid-murid pra sekolah, sijil
tamat sekolah bagi tahun 6 serta Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan.

majlis dengan sukacitanya menjemput Cikgu Ramzol Bin Muhamad


untuk mengiringi Cikgu Shamsul Kamar Bin Abd Wahab untuk
menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

*sijil tamat pra sekolah

Dijemput ke pentas adik……….(Rujuk senarai nama)


MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN
SK LKTP MEDOI 2019

*sijil tamat tahun 6

Disampaikan pula sijil tamat sekolah bagi murid tahun 6.


Dijemput adik………………………

 penyampaian sijil kecemerlangan

seterusnya, akan disampaikan anugerah murid terbaik kelas Pra


sekolah.

Tempat pertama….. dipersilakan adik……..


tempat kedua…… adik…..
dan tempat ketiga…… adik……

Disampaikan pula anugerah peningkatan prestasi bagi murid kelas


pendidikan khas. Dipersilakan adik Muhd Ainudin Hafizi Bin Mohd
Hafisrul.

Anugerah seterusnya adalah anugerah mata pelajaran terbaik bagi


setiap kelas.

Bagi kelas tahun 1. Dipersilakan adik……

Bagi kelas tahun 2. Dipersilakan adik…….

Bagi kelas tahun 3…. dipersilakan adik…..

bagi kelas tahun 4… dipersilakan adik……

bagi kelas tahun 5….. dipersilakan……..

dan

bagi kelas tahun 6…. dipersilakan…….

Anugerah seterusnya ialah anugerah sahsiah terbaik murid kelas


pendidikan khas. dipersilakan adik Nur Syafiya Binti Johari.

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah sebentar tadi.


MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN
SK LKTP MEDOI 2019

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Cikgu Shamsul Kamar Bin Abd Wahab atas kesudian
menyampaikan anugerah itu tadi.

Persembahan Hadirin sekalian,

Buluh diikat di tepi jalan,


Untuk digubah menjadi para;
Persembahan prasekolah kami hidangkan,
Semoga terhibur hati yang lara.

Kami tampilkan persembahan daripada anak-anak prasekolah dan


anak-anak pendidikan khas dengan persembahan sketsa mereka
bertajuk Anak Solehah. Dipersilakan.

Berikan tepukan gemuruh untuk anak-anak Prasekolah dan


Pendidikan Khas SK LKTP Medoi atas kesudiaan menyampaikan
persembahan Sketsa Anak Solehah itu tadi.

Untuk pengetahuan hadirin, persembahan itu tadi adalah di bawah


bimbingan Cikgu Ikhwati Aqilah Binti Abdul Waled, Cikgu Norul Azhar
Bin Nordin, Cik Suzana Binti Hamnon dan Puan Noor Haidah Binti
Mahdin. Tahniah diucapkan.

Sidang hadirin yang dihormati,

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi


pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Penghargaan.

Majlis dengan ini berbesar hati untuk menjemput dan mempersilakan


………………………………………………………………………,
……………………………………………. dengan diiringi oleh Cikgu
Johari Bin Md Isa untuk menyempurnakannya. Dengan segala hormat
majlis mempersilakan.

Disampaikan Sijil Penghargaan kepada Ketua dan Penolong Ketua


Kelas…………………………….(baca senarai)
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN
SK LKTP MEDOI 2019

Dipersilakan ketua kelas Pra sekolah adik………………………… dan


Penolong Ketua Kelas, adik……………………………………

*********** baca senarai***************

Bagi sijil kehadiran penuh individu,

Kelas Pra sekolah ………………………………….. dipersilakan (baca


senarai)

Seterusnya disampaikan Sijil Penghargaan bagi Pengawas Tahun 6.


Dipersilakan adik Mohamad Ikram Izzami Bin Mohd Zaini selaku wakil
yang juga merupakan Ketua Pengawas Sekolah.

Diteruskan lagi dengan penyampaian sijil Penghargaan kepada


Pengawas pusat sumber Tahun 6.

Dipersilakan adik Abdul Faqih Bin Rosman selaku wakil dan juga
merupakan, Ketua Pengawas Pusat Sumber.

Bagi anugerah Kehadiran Penuh Kelas terbaik 2019 dimenangi oleh


Kelas Tahun 4 Cerdas.
dipersilakan Ketua Kelas adik Muhamad Irheril Nizam Bin Abdullah
untuk menerima anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ……………………….


…………………………………………………… atas kesudiaan
menyampaikan sijil dan anugerah itu tadi.

Sesi 3 Sidang dewan yang dihormati,

Majlis Apresiasi Kecemerlangan SK LKTP Medoi pada pagi ini kita


teruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Kokurikulum 2019.
Untuk itu, majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Cikgu
Nasir Bin Mohamed Yunos, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
SEgamat, diiringi oleh Cikgu Shamsul Kamar Bin Abd Wahab untuk
menyampaikan anugerah.
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN
SK LKTP MEDOI 2019

Dengan penuh takzimnya, Dipersilakan.

Disampaikan Anugerah murid terbaik setiap Unit Beruniform

Pengakap
Lelaki …………………………………………………………………..
Perempuan …………………………………………………………….

TKRS
lelaki ………………………………………………………………………..
Perempuan …………………………………………………………….

BSMM
lelaki ………………………………………………………………………..
Perempuan …………………………………………………………….

Seterusnya, Anugerah Murid terbaik Persatuan dan Kelab.

Persatuan Bahasa
lelaki ………………………………………………………………………..
Perempuan …………………………………………………………….

Matematik dan Sains


lelaki ………………………………………………………………………..
Perempuan …………………………………………………………….

Agama Islam
lelaki ………………………………………………………………………..
Perempuan …………………………………………………………….

Kebudayaan
lelaki ………………………………………………………………………..
Perempuan …………………………………………………………….

Rukunegara
lelaki ………………………………………………………………………..
Perempuan …………………………………………………………….
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN
SK LKTP MEDOI 2019

Anugerah seterusnya ialah bagi murid terbaik Sukan & Permainan

Hoki ………………………………………………………………………..

Memanah
lelaki ………………………………………………………………………..
Perempuan …………………………………………………………….

Bola Jaring…………………………………………………………….

Bola Sepak…………………………………………………………………..

Seni Silat
lelaki ………………………………………………………………………..
Perempuan …………………………………………………………….

Olahraga
lelaki ………………………………………………………………………..
Perempuan …………………………………………………………….

Diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Penglibatan Sukan


terbaik Kategori Murid Pendidikan Khas.

Dipersilakan adik Muhamad Nur Firdaus Bin Zakirin. dan

bagi Anugerah penglibatan sukan terbaik serta anugerah murid


Cemerlang Kokurikulum kelas Pendidikan Khas. dipersikan adik Siti
Amira Binti Ramli.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima


anugerah.

Cenderahati Demikianlah adat kehidupan,


Orang berbudi kita berbahasa
perasmi
Tidak mungkin terbalas budi
Walau emas sebungkus diberi
Cuma harapan di dalam dada
Tanda mata sudi terima
Tanda ingatan kekal selamanya.
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN
SK LKTP MEDOI 2019

Sebagai tanda kenang-kenangan dan terima kasih yang tidak


terhingga , dipersilakan Yang Berusaha , Cikgu Shamsul Kamar
Bin Abd Wahab untuk menyampaikan cenderahati kepada
Cikgu Nasir Bin Mohamed Yunos. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Cikgu Nasir Bin Mohamed Yunos atas kesudiaan
menyempurnakan majlis itu tadi.

Sekali lagi, mohon kepada semua hadirin untuk memberikan tepukan


gemuruh kepada semua para penerima anugerah cemerlang SK LKTP
Medoi pada hari ini.

penutup Sidang hadirin sekalian,

Kita telahpun tiba dipenghujung majlis,

Bersyukur kini kami panjatkan


Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.

Pulang ke desa menyambut lebaran


Disambut mersa rakan dan taulan
Jika tersasul memohon keampunan
Jika tersalah harap dibetulkan.

Bagi pihak majlis, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf


sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang
perjalanan majlis ini.

Burung terkukur terbang rendah


Terbang bersama siburung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Apresiasi Kecemerlangan


Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi bagi tahun 2019. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang
sudi menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah diucapkan
kepada semua penerima anugerah. Diharap anugerah ini
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN
SK LKTP MEDOI 2019

merupakan batu loncatan kepada semua pihak dalam


meningkatkan prestasi khususnya dalam bidang Kurikulum dan
Kokurikulum SK LKTP Medoi.

Renungilah kata-kata seorang cendikiawan


“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang
berusaha secara luar biasa “

Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai