Anda di halaman 1dari 2

Matlamat Kaunseling

1. Memupuk minat sosial

 Minat bersosial perlu dipupuk dan dibimbing dalam diri seseorang klien sejak
lahir lagi.
 Kehidupan bersosial akan memberi kesejahteraan kepada klien dan
masyarakat setempat kerana klien mampu membentuk gaya hidup yang
tersendiri.

2. Menangani perasaan kecewa dan rendah diri

 Perasaan rendah diri wujud sejak individu dilahirkan.


 Perasaan rendah diri yang melampau akan membawa kepada masalah.
 Setiap orang mempunyai kelemahan atau kekurangan masing-masing yang
akan mewujudkan perasaan rendah diri dan kecewa.
 Jadi, galakan adalah sangat penting kerana usaha ini akan memberi
keyakinan untuk mengatasi perasaan rendah diri dengan tindakan-tindakan
yang sewajarnya.

3. Mengubah suai pandangan dan matlamat klien

 Peristiwa-peristiwa masa kecil akan menunjukkan kefahaman yang asas


bagaimana klien memandang dirinya, bagaimana pandangan hidup,
kepercayaan dan nilai hidupnya.
 Kaunselor perlu menganalisis dengan jelas supaya klien dapat mengenal
kekuatan diri mereka dan menggunakannya untuk kebajikan diri.

4. Mengubah cara hidup klien

 Setiap individu akan berusaha memaksimakan potensi atau keupayaannya,


bakatnya dan sebagainya yang ada pada diri sendiri
 Semua orang mempunyai gaya hidup yang tidak sama.
 Jadi, kaunselor akan membantu klien mewujudkan gaya hidup yang sejahtera
untuk mengembangkan lagi potensi diri.
5. Membina cerdik akal klien

 Proses celik akal perlu diperolehi dalam perhubungan kaunselor dan klien.
 Melalui proses cerdik akal, klien dapat mengetahui gaya hidupnya dan sedar
akan matlamatnya yang salah, serta tingkah laku yang tidak rasional.
 Klien akan menyedari kesalahannya dan bermotivasi untuk mengubah
tingkah lakunya.

Anda mungkin juga menyukai