Anda di halaman 1dari 5

Senarai Biasiswa yang Ditawarkan untuk

Semua Bidang Pengajian!


Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 31, 2017, 05:53 pm
FACEBOOK TWITTER GOOGLE+

Majoriti biasiswa kini ditawarkan mengikut jurusan tertentu sahaja. Sangat


mengecewakan jika anda sudah memenuhi syarat kelayakan akademik
tetapi bila merujuk kepada jurusan, anda tidak layak!. Maklum sahajalah
biasiswa yang ditawarkan majoritinya daripada syarikat-syarikat besar.
Mereka mahukan pelajar dibawah tajaan mereka mengikat kontrak dengan
syarikat selepas tamat pengajian.

Jika jurusan yang tidak ada kena mengena dengan pengurusan atau
perniagaan syarikat, tentulah rugi sahaja menanggung kos pengajian tanpa
mendatangkan apa-apa kepentingan kepada syarikat. Oleh itu, menerusi
artikel ini, kami kongsikan senarai biasiswa yang boleh dipohon oleh semua
jurusan. Kami ulang SEMUA JURUSAN. Jangan ada yang bertanya lagi
jurusan apa yang boleh dipohon!.

Biasiswa Hong Leong


(Semua jurusan di semua universiti awam & swasta)

Biasiswa ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia berumur antara 17 -


25 tahun dan berlatar belakangkan keluarga yang kurang berkemampuan.
Pelajar yang sedang dalam pengajian Diploma atau program Ijazah di mana-
mana kolej dan universiti tempatan yang diiktiraf layak untuk memohon.
Biasiswa Lion-Parkson
(Semua jurusan di semua universiti awam & swasta)

Biasiswa Lion-Parkson ditawarkan oleh Lion Group untuk sama-sama


menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan sumber manusia di
negara ini. Biasiswa ini terbuka pelajar yang sedang memohon untuk
melanjutkan pengajian secara sepenuh masa ijazah pertama (kursus 1st
Degree) dan yang telah menerima tawaran kemasukan ke Universiti Awam
dan Swasta yang diiktiraf di Malaysia.

Biasiswa Khazanah Global & Khazanah Watan


(Semua jurusan di universiti terkemuka di seluruh dunia)

Yayasan Khazanah menawarkan dua biasiswa untuk pelajar yang ingin


melanjutkan pengajian bermula di peringkat asasi sehingga ke peringkat
Doktor Falsafah (PhD) ke universiti terbaik di seluruh dunia iaitu di bawah
biasiswa Khazanah Global dan Khazanah Watan.

Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman


(Semua jurusan di semua universiti awam & swasta)

Tawaran biasiswa ini dibuka kepada Pelajar lepasan STPM / Asasi /


Matrikulasi / Diploma yang mencapai PNGK 3.50 dan ke atas . Permohonan
juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh
masa di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan yang
berjaya mencapai minimum PNGK 3.50 dan tahun pengajian masih berbaki
sekurang-kurangnya 2 tahun.

Biasiswa Kerajaan Korea


(semua jurusan di universiti korea)

kerajaan Korea menerusi kedutaanya telah membuka tawaran peluang


melanjutkan pengajian ke universiti-universiti yang terletak di Korea.
Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang berminat untuk menyambung
pengajian dalam sarjana dan PhD di Korea.

Program Khas Biasiswa Selangorku


(Semua jurusan di UNISEL & KUIS)

Program ini merupakan satu program Biasiswa khas untuk anak Selangor
yang belajar di UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan
rendah. Keutamaan juga diberikan kepada pelajar yang memperoleh
pencapaian akademik yang baik.

Biasiswa Petronas dalam & Luar Negara


(Semua jurusan di Universiti teknologi Petronas (UTP))
Petronas membuka tawaran biasiswa kepada pelajar lepasan SPM yang
berkelayakan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang yang
ditawarkan oleh Petronas di UTP. Biasiswa ini dibuka pada setiap tahun,
pada tahun sekitar Februari- Mac.

Biasiswa Yayasan Kuok Berhad


(Semua jurusan di Universiti Awam di Malaysia dan Singapura)

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian


ijazah sarjana muda secara sepenuh masa di Universiti Awam Malaysia dan
Singapura dalam semua jurusan. Biasiswa ini dibuka pada setiap tahun
sekitar Februari-Mac.

Jadi kepada anda yang tidak memenuhi syarat kelayakan disebabkan oleh
kursus yang diambil tidak memenuhi kriteria biasiswa yang ditawarkan,
bolehlah memohon biasiswa yang disenaraikan ini. Setiap tahun ianya
dibuka untuk permohonan.

Anda mungkin juga menyukai