Anda di halaman 1dari 1

Persatuan Tagal Kg.

Nalapak
Peti Surat 74, 89308 Ranau
SABAH

YB Datuk Abidin Madingkir,


ADUN N.31 Paginatan,
Ranau, SABAH.
25 NOVEMBER 2019

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK AKTIVITI


GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN TAGAL KG.NALAPAK

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa AJK Persatuan Tagal Kg. Nalapak dan semua
penduduk kampung akan menjalankan program gotong royong membersihkan kawasan
tagal pada 30 November 2019. Di antara aktiviti – aktiviti yang akan dijalankan ialah aktiviti
gotong royong serta mendirikan bangunan operasi sementara tagal yang bakal diadakan
seperti berikut :

Tarikh : 30 November 2019


Masa : 8.00 pagi higga 12 tengahari
Tempat : Kawasan Tagal Kg. Nalapak

3. Sehubungan itu, saya mewakili AJK Persatuan Tagal Kg.Nalapak sangat berbesar
hati dan dengan sukacitanya ingin menjemput pihak tuan untuk menghadiri program
gotong royong ini.

4. Selain itu, saya juga memohon jasa baik tuan sekiranya dapat menghulurkan
sedikit sumbangan kewangan bagi menjayakan program tersebut. Tujuan sumbangan
kewangan ini adalah untuk membeli kelengkapan makan dan minum semasa gotong
royong serta membeli baja ikan.

5. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

…………………………….
( ROBIK SOLUPAN )
Pengerusi
Persatuan Tagal Kg.Nalapak
Ranau

Anda mungkin juga menyukai