Anda di halaman 1dari 3

Huraikan ciri-ciri utama tamadun dengan merujuk kepada kemunculan tamadun-

tamadun awal dunia.

PENGENALAN: ( 3 markah)

1. Konsep tamadun

 Definisi :Tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks.Tamadun


merujuk kepada pencapaian/kemajuan sesuatu masyarakat @ negara dalam
bidang pengetahuan, pentadbiran, undang2, kepercayaan agama, kesenian,
perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam
 Ciri-ciri:
 Petempatan Kekal
 Pembandaran
 Organisasi Sosial
 Kepercayaan Dan Agama
 Sains Dan Teknologi
 Bahasa Dan Sistem Tulisan

2. Latar belakang tamadun-tamadun awal:

 Tamadun Mesopotamia
 Tamadun Mesir
 Tamadun Indus
 Tamadun China

3. Faktor – faktor yang mendorong kemunculan tamadun

 Proses evolusi
 Proses urbanisasi
 Kemajuan sains dan teknologi
 Sungai
 Faktor angin
 Faktor bahasa dan tulisan
 Penciptaan roda
 Kewujudan organisasi sosial
 Pengkhususan kerja
 Sistem agama dan kepercayaan

ISI: CIRI-CIRI TAMADUN ( 7 isi X 3 markah = 21 markah)

1. Urbanisasi

 Manusia hidup tetap di sesuatu tempat


 Mereka menetap di lembah2 sungai
 Sebab; tanahnya subur dan bekalan air yang mencukupi untuk menjalankan
pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan
 Petempatan kekal bermula di Mesir sejak tahun 7000 S.M.
 Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar2
Memphis , Dhilkah dan Thebes

2. Pengkhususan Kerja

 Setiap anggota masyarakat mempunyai tugas dan peranan mereka masing2


seperti petani, penternak, artisan dan askar.
 Pengkhususan kerja mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan
tamadun.
 Contoh; tamadun China

3. Organisasi sosial

 Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu


masyarakat telah mencapai ketamadunan.
 Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu
pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
 Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.
 Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.
 Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara
keagamaan
 Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing2
 Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja2 yang berat.
 Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan
untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda
 Contoh ; kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan masyarakat
tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi

4. Bahasa dan Tulisan

 Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, @ berbentuk


pepaku
 Tulisan2 ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
 Lambang2 bertulis merupakan alat yang melahirkan idea2 perundangan,
pengetahuan serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian dan
perakaunan.
 Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekodkan upacara
keagamaan dan harta kuil.
 Contoh; tulisan Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodkan
tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.

5. Agama dan Kepercayaan


 Terdapat amalan politeisme iaitu menyembah dewa-dewi.
 Dewa/i juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
 Jika tidak disembah,dewa/i akan membawa malapetaka seperti banjir,dan
kemarau.
 Contoh; Tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
 Tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa/i yang banyak diadakan
ketika upacara keagamaan di Ziggurat.

6. Kemajuan sains dan teknologi

 Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi


dalam masyarakat tamadun awal.
 Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.
 Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan
pengangkutan.
 Kemajuan2 ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan
Mesopotamia.

7. Estetika

 Hal ini dapat dilihat dari segi seni bina, seni ukir dan sastera.
 Contoh dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang
menceritakan keperwiraan bangsanya.
 Iliyad dan Odysey yang dihasilkan Homer juga banyak menceritakan tentang
kejayaan dan pengembaraan orang Yunani.

Anda mungkin juga menyukai