Anda di halaman 1dari 2

KENYATAAN AKHBAR

YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

HARI HIPERTENSI SEDUNIA 2015


Ketahui Tekanan Darah Anda

Sambutan Hari Hipertensi Sedunia pada tahun ini disambut pada 17 Mei
2015 dengan tema “Ketahui Tekanan Darah Anda” (Know Your Numbers)
yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit
hipertensi di kalangan komuniti. Hipertensi juga dikenali sebagai
"pembunuh senyap" (silent killer) kerana ia sering tidak menunjukkan
sebarang tanda atau gejala, dan ramai yang masih tidak menyedari
mereka menghidapi hipertensi. Oleh yang demikian pemeriksaan tekanan
darah secara berkala amat penting untuk menentukan status kesihatan
seseorang.

Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011


menunjukkan bahawa prevalen hipertensi di kalangan penduduk
Malaysia dewasa berumur 18 tahun dan ke atas adalah 32.7% atau kira-
kira 5.8 juta orang dewasa. Dari jumlah ini dianggarkan 60.6% (3 dari 5)
penduduk Malaysia tidak mengetahui mereka menghidap penyakit
hipertensi oleh kerana tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sempena Hari Hipertensi Sedunia tahun ini saya ingin


menyarankan kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil langkah-
langkah berikut:

1. Ketahui tekanan darah anda dengan menjalani pemeriksaan tekanan


darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun;

m.s 1 dari 2
2. Cegah penyakit hipertensi dengan mengamalkan gaya hidup sihat iaitu
mengurangkan pengambilan garam, lemak tepu, menangani stres
dengan baik, tidak merokok, aktif setiap hari, mengekalkan berat
badan unggul dan elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan;
dan
3. Jika anda menghidap hipertensi, kurangkan pengambilan makanan
yang masin, memakan ubat mengikut nasihat doktor dan mematuhi
temujanji rawatan yang diberikan.

Semoga dengan peningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan


orang ramai terhadap kepentingan pemeriksaan tekanan darah dan
bahaya penyakit hipertensi kepada kesihatan mampu mengubah
tingkahlaku rakyat Malaysia untuk mencegah dan mengawal penyakit
hipertensi. Seterusnya ini akan mengurangkan risiko kematian pra-
matang akibat penyakit jantung dan strok di kalangan rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM


Menteri Kesihatan Malaysia

15 Mei 2015
Putrajaya

m.s 2 dari 2

Anda mungkin juga menyukai