Anda di halaman 1dari 2

Antara Haraki Talaqqi dan Sufi

Oleh : Wan Ghazali

Kamu di mana?

Aku budak haraki, aku tak perlu lagi menadah kitab, tak payah bermulazamah dengan sang
guru, lalu kitab-kitab fardu ain aku dulu ditinggalkan berhabuk bersama-sama rak buku.

Aku budak talaqqi, aku perlu berkhidmat kepada si guru, yang mana bercanggah dengan
guruku maka dia telah sesat, makin bertambah ilmuku diriku makin sombong dengan umat,
dikaburi ilmu, lalu amalku ditinggalkan.

Aku budak sufi, sebenarnya jalan hakikat menuju Tuhanku adalah dengan beruzlah, siang
malamku adalah dengan kelazatan ibadah, lalu sahabatku dibiarkan dengan kejahilan diri
mereka masing-masing.

BA Islamic Study, dilatih untuk jadi ulamak umat, balik-balik duduk berdebat, perasan diri
bagus, ilmu dijual dengan larisnya melalui sanad perguruan tetapi langsung tidak berkat, walau
bertulis dari nabi sampai ke diri, kerana berbangga dengan manhaj yang dilalui, lalu medan
amalmu ditinggalkan.

BSc Physics Study, mengikuti usrah sejak diploma, terus masuk degree lalu jadi ulamak jadian
yang kalamnya petah berbicara hingga mampu neruntuhkan bukit bukau. Program sana sini,
meeting 24 jam, postmortem tiap hari, luarannya. Dalamannya kerja dibuat tidak ikhlas,
mahukan hasil yang cepat, mahukan benda yang dinampak dengan mata, mahukan pujian dan
sanjungan. Kerja dibuat tanpa roh dan kemanisan. Tidak berkat kerana medan ilmumu
ditinggalkan.

Belajar agama tidak sepatutnya menjadikan manusia itu ditipu syaitan, bahkan maksud ilmu
adalah untuk menyampaikanmu kepada Tuhan. Di manakah kemuliaanmu wahai ulamak andai
tidak bermanfaat untuk umat? Hanya pandai mengejek kaum haraki yang tidak bersanad itu
sedangkan medan mereka di alam karenah manusia yang lalai pada Tuhannya, dengan
kesempitan masa yang tidak dapat membuatkan mereka selalu berdamping dengan ulamak.

Berada di medan dakwah tidak sepatutnya membuatkanmu lupa dan lalai dengan ilmu.
Dimanakah alat dakwahmu tanpa ilmu? Jangan mudah mengkafirkan, janganlah bermudahan
dalam urusan agama, jangan meninggalkan ulamak kitabi, dengan
meningkatnya dakwah sepatutnya ilmu mu perlu ditingkatkan sekali.

Wahai manusia yang berada dalam kelalaian, janganlah ikut bersekongkol dengan fitnah dan
isu semasa yang merendahkan Islam. Dalamilah realiti fekah setempat dan sesuaikan, jangan
menyusahkan, berilah khabar gembira.
Kuasailah isu semasa, janganlah mudah ditipu dengan rencana munafikin dan kafirin. Sudah
lupakah dengan kebangkitan Islam yang tidak boleh dilaksanakan melalui politik semata-mata?
Sudah lupakah dengan hukum Islam serta syariatnya beserta syiarnya mampu dilaksanakan
dengan politik Islam?

Sudah masanya untuk kamu tahu bahawa medan ilmu itu adalah keutamaan untuk para amilin.
Sedangkan medan amal telah menjadi keutamaan para ilmuan. Janganlah mengejek dan
merendahkan, wahai kaum muslimin bersatulah dibawah Islam dengan mendokong Islam yang
bermanhaj Rabbani itu, yang bermanhaj Syamil itu, bermanhaj Alami itu.

Ulamak-ulamak ummah banyaknya yang semuanya telah pergi meninggalkan kita dengan
sejuta manfaat, sedangkan kita masih lagi berkhilaf sama ada mahu menjadi penyokong atau
pendokong, talaqi atau haraki, dengan timbulnya banyak mafsadah dih zaman fitnah ini. Aku
harapkan moga Allah rahmati mereka yang membaca tulisan ini.

Wallahualam

Wan Ghazali Ibnu Yusuf

Anda mungkin juga menyukai