Anda di halaman 1dari 3

Angin Perubahan, Agenda Reformasi dan Masa Depan Islam (Bahagian 2)

Bahagian Akhir

Oleh : Wan Ghazali

Jika pada artikel pertama dibahaskan agenda politik Pakatan Harapan maka artikel kedua ini
akan dibahaskan tentang angin politik Gagasan Sejahtera serta isu semasa.

Keputusannya Kelantan berjaya dipertahan, dan Terengganu berjaya dipegang. Tanpa


gelombang kesedaran yang berterusan hampir mustahil untuk menggerakkan kebangkitan anak
muda khususnya pengundi luar. Di atas kertas, penganalisa politik menyatakan kemenangan ini
tentunya datang dari anak muda dan pengundi luar, tetapi kita melihat ini sebenarnya adalah
sebuah kemenangan dan suatu keputusan dari-Nya.

Kelantan Serambi Mekah

Kelantan ditadbir dengan wadah politik Pas, menyaksikan Kelantan dibangunkan atas dasar
membangun bersama Islam selari dengan dasar Pas. Banyak perubahan baik berlaku sejak
Kelantan ditadbir dengan Islam melalui ulama dan amilin profesional dalam negeri. Pentadbiran
Pas ternyata bersih dan kosong dari salah guna kuasa dan rasuah, berbeza dengan Bn dan Ph.
Penulis kata, hebatnya Kelantan disebabkan banyak ulama dan agamawan yang ada disana
dan kehebatan rakyat Kelantan pula adalah disebabkan mereka ikut dan pilih Islam, kerana
itulah kemuliaan Muslim sebenarnya. Mereka yang bukan dari negeri Kelantan perlu tahu
apakah sebenarnya yang bagus menjadi rakyat Kelantan dan bernaung di bawah Pas.

Terengganu Darul Iman

Kesempatan untuk menyambung pengajian di salah sebuah instituisi akademik di negeri ini dan
duduk bersila di Masjid Rusila serta mendengar kuliah Tg Ayah Chik telah benar-benar
mengubah pemikiran penulis berkenaan dengan Terengganu. Penulis melihat, jika kekuatan
Kelantan pada ulamanya maka Terengganu pun begitu! Lama kelamaan pasti arus negeri ini
berubah arah dengan berubahnya acuan dan kehendak manusia yang mahukan keadilan Islam.
Kerana dunia hanya menunggu masa, untuk melihat Islam kembali bangkit dan menguasai
suasana.

Reformasi Politik Arus Perdana

Telah timbul beberapa masalah untuk mendirikan kerajaan negeri antaranya Perak, Johor,
Sabah serta Kedah. Kemenangan yang tidak mendapat 'simple majority' untuk membentuk
kerajaan di sebahagian negeri ini contohnya di Perak telah menonjolkan kekuatan Pas sebagai
King Maker. Walaupun hanya memenangi beberapa kerusi, tetapi Pas boleh bersuara. Setelah
dimomokkan dengan isu UG Pas-Bn serta Pas-Ph, Majlis Syura Pas telah membuktikan
keadilan keputusan Pas dan kematangan politiknya serta kebijaksanaan bacaan politik Tg Ayah
Chik, dengan menampilkan solusi kerajaan perpaduan tanpa pembangkang demi menjaga
kestabilan Islam dan Melayu dalam negeri.

Pas bukanlah semata-mata melihat kejayaan Ph bakal menggugat kestabilan Islam, tetapi
sebagai langkah yang menutup segala pintu kearah ketergugatan terhadap agama Islam maka
disitulah sebenarnya Pas berdiri.

Isu Lompat Parti dan Baiah Pamer Keadilan Politik Islam

Situasi di Perak, dan beberapa negeri yang lain kebanyakannya berakhir dengan beberapa
Adun masing-masing melompat parti. Kebanyakannya dari Bn kepada Ph untuk membentuk
kerajaan. Jadinya Pas yang selalu dimomokkan dengan Ug, akhirnya tidak Ug sebaliknya
mereka yang memomokkan Ug itulah yang ber-Ug yakni dengan cara melompat parti. Apakah
dasar dan sebab mereka melompat parti? Semuanya beralasankan rakyat, cakap mahu
meneruskan projek yang terbengkalai, atau meneruskan bakti terhadap rakyat dengan wadah
baru, serta pelbagai alasan mudah yang lain. Rakyat telah menyokong mereka atas dasar parti
yang mereka bawa lalu mereka bermudahan keluar parti dan mendokong dasar parti lain.

Lompat parti kerana mahu terus berbakti kepada rakyat dan mengikut kehendak rakyat?

Apakah perjuangan wakil rakyat parti hanya berdasarkan kepada rakyat dan semata-mata
mahu mengikut kehendak rakyat? Adakah dengan mengikut kemahuan rakyat maka segala
masalah negara dan rakyat akan selesai? Apakah jika rakyat berubah kita akan turut berubah?
Adakah jika rakyat tolak Islam maka kita akan turut menolak Islam?

Kalau hanya dengan mengikut kemahuan dan kehendak rakyat, itu sebenarnya tidak
menyelesaikan apa-apa permasalahan. Kerana tidak semua masalah akan selesai dengan
kemahuan rakyat, hanyasanya semua masalah akan selesai bila kita ikut kemahuan dan
kehendak Tuhan, yang menciptakan rakyat, yang tahu dimana kelemahan manusia dan
kekuatan manusia. Yang memahami manusia, tentunya Pencipta. Dan datang dari Tuhan,
itulah Islam sebagai solusi kepada permasalahan yang bersangkut paut dengan segala perkara.

Pentingnya Politik Berdasarkan Islam

Kerana apa wakil rakyat parti mudah keluar dan lompat parti? Pertama kerana dasar pegangan
sesebuah parti itu lemah, kedua kerana ketiadaan baiah (ikrar janji serta taat setia) dan ketiga
adalah kerana ahli parti tidak faham dengan pembawakan parti disebabkan unsur lain. Dengan
senario politik tanah air yang berlaku, sudah cukup untuk kita mengambil pengajaran dan
hikmah kenapa sesebuah parti politik itu perlu berpegang kepada dasar yang kuat seperti Islam,
dan kenapa dalam gerakan politik Islam diwajibkan untuk melakukan sumpah baiah.

Janganlah kita mengaku bahawa kita sudah alim dengan ilmu Islam seandainya kita menolak
pandangan ulama setempat, sezaman dan muktabar, hanya disebabkan mereka terjun dalam
kancah politik tidak bermakna mereka jahil dalam urusan pentadbiran negara, bahkan Nabi
Muhammad Saw itu menjadi seorang Pemimpin negaranya, yang menjadi rahmat sekalian
alam.
Ada segolongan pihak yang menafikan baiah kerana berpendapat baiah sudah tidak wujud
zaman ini dan tidak diterima kerana bersalahan dengan baginda Nabi Saw. Kita hanya dengan
sekelumit mengaji dan khatam sebutir kitab sudah pandai berfatwa dan menjual petunjuk
dengan kesesatan. Adalah ilmu itu dengan lamanya masa, dengan susahnya ujian dan dengan
berkatnya dari sang guru.

Adalah mustahil golongan ulama bersepakat atas kesesatan dan tidak mustahil kita sebagai
manusia berselisih dengan golongan ulama yang ikhlas ini, lalu akhirnya dimakan serigala.

Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai