Anda di halaman 1dari 1

Aqidah Memimpin Perubahan

Oleh : Wan Ghazali

Aqidah telah menjadi objek perjuangan umat dahulu dan akan menjadi subjek dalam membawa
perubahan sekarang untuk memimpin masyarakat manusia kearah jalan yang benar.

Sesungguhnya Islam yang dibawa oleh Nabi adalah Islam yang dibawa oleh para sahabat, dan
generasi seterusnya yang bersatu mereka itu di atas jalan Aqidah yang benar.

Aqidah inilah yang membawa penyatuan terhadap orang beriman sesama mereka, yang
memegang dan menyimpul hati-hati mereka, ikatan yang lebih tinggi dari ikatan darah. Maka
tidak mungkin seruan terhadap Aqidah ini boleh menimbulkan permusuhan dan berpecah
belah, jika itu berlaku, muhasabahlah di mana kesilapan kita.

Aqidah ini pasti akan mewujudkan jurang keimanan dan kekufuran, sebagaimana dosa dan
pahala serta syurga dan neraka. Adalah aqidah yang dibawa nabi itu telah mengubah
seluruhnya kehidupan manusia berzaman, Islamlah yang memimpin perubahan masyarakat
ketika itu, Islamlah yang membangun tamadun dan peradaban akhlak.

Islam yang realistik jangan terlalu idealistik sehingga membuka ruang ijtihadi seluasnya
mengikut acuan neo-muktazilah dan neo-khawarij zaman moden. Iltizamlah dengan ulama yang
ikhlas dan amanah dengan ilmunya. Jangan lupa pengorbanan ulama dulu dalam mengibarkan
Islam sehingga nikmat Islam dapat dirasai kini.

Tugas ulama adalah untuk menyediakan tapak bagi umat untuk berjalan menuju Tuhannya
mengikut zaman dan jangan lupa zaman dan cabaran semasa adalah berlainan sekali. Umat
yang memahami addeen Islam teruslah mendokong perjuangan memartabatkan Islam mengikut
acuan ulama dan jangan bertaklid buta, taklid dengan ilmu, dan ilmu dengan mengaji.

Hukum Islam, arahan Tuhan serta sunnah Nabi tidak akan dipatuhi jika tiada kefahaman yang
jelas oleh umat, kefahaman yang benar akan meluruskan pemikiran manusia, lalu
menghasilkan kerelaan hati mereka sendiri untuk mengamalkan Islam. Islam membawa berita
gembira bagi mereka yang beriman dan membawa peringatan yang nyata bagi mereka yang
mengingkari.

Tidak akan rugi bagi orang yang menjadikan agama sebagai modal hidup dan perjuangan
dirinya.

Wan Ghazali Ibnu Yusuf Kelantani

Anda mungkin juga menyukai