Anda di halaman 1dari 2

e-Forum 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari keganasan, ini juga termasuk
jugalah kanak-kanak yang berkeperluan khas. Mereka juga mempunyai hak untuk hidup bebas dari
keganasan. Namun begitu, masih ada lagi segelintir kanak-kanak berkeperluan khas khususnya
murid berkeperluan khas yang menjadi mangsa dalam kespenderaan di sekolah dan tidak kurang
juga ketika di rumah.

Penderaan kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual,
kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau
komersial. penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan
kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada
18 tahun.

Penderaan kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk
penderaan fizikal,penderaan seksual, penderaan emosi dan pengabaian.

Penderaan fizikal adalah disebabkan tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan,


campakkan, tikaman, mencekik atau pukulan menggunakan tangan, kayu atau sebarang objek, atau
apa-apa yang mencederakan kanak-kanak. Juga dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama
ada secara berniat atau tidak.

Selain itu, penderaan seksual dikategorikan sebagai sebarang aktiviti yangbermaksud untuk
mendapatkan kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana
mengikut umur atau perkembangan boleh mengambil tanggungjawabdan dipercayai. Hal ini juga
termasuk, mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan
dengan undang-undang, dan juga mengeksploitasi komesial melalui pelacuran atau penghasilan
gambar lucah. Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang pelindung yang lebih dewasa yang
dapat menyayangi dan menyokong mereka untukmembesar.

Pengabaian pula ialahpengabaian yang berlaku apabila kanak-kanak menginap di rumah yang
tidak memberi keperluan asas kepada mereka. Seperti kegagalan untuk menyediakan keperluan
asas seperti makanan, tepat perlindungan atau kurang pengawasan yang teliti. Selain itu, dari segi
perubatan, seperti kegagalan untuk memberi rawatan atau perawatan kesihatan mental. Jika kanak-
kanak gagal diberi pendidikan atau menawarkan perkhidmatan khas juga dikira sebagai
pengabaian. Di samping itu, pengabaian dari segi emosi pula adalah kurang memberi perhatian
terhadpa keperluan emosi kanak-kanak seperti membiarkan kanak-kanak menangis tanpa
mengambil tahu punca kanak-kanak tersebut menangis. Kegagalan untuk menyediakan penjagaan
psikologi juga di ambil kira sebagai satu penderaan.

Kesimpulannya, segala jenis penderaan yang dihuraikan di atas adalah antara penderaan yang
sering berlaku tidak semestinya berlaku pada kanak-kanak normal malah berlaku di kalangan
kanak-kanak berkeperluan khas.

Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Penderaan_kanak-kanak

http://www.myhealth.gov.my/penderaan-kanak-kanak/

Anda mungkin juga menyukai